Jumaat, Oktober 31, 2008

mati hidup kembali

senikata yang menyentuh nurani.

diadun dengan cebisan irama dari lagu "Sedangkan Lidah Lagi Tergigit" oleh siapa lagi kalau bukan Seniman Tan Sri P.Ramlee.


Melodi penawar jiwa nan luka...

MATI HIDUP KEMBALI - BUTTERFINGERS


Jalan raya terlampau sunyi
untuk ku terus bermimpi
mataku belum mengantuk lagi
bawa ke mana sahaja aku pergi!

Tunjukkan ku Bulan Gerhana
tiada siapa nak kujumpa
Benda yang tiada ku sangka Ada
tak mengapa, oh tak mengapa !

***
Malam Semalam Gundah Gulana
hari ini hari Mulia
tak pernah daku rasa begini
seperti mati hidup kembali

***
Bawa ku hilang dari ingatan
hari ini sehingga Esok
tak pernah daku rasa begini
seperti mati hidup kembali

Angkasa penuh dengan Berlian
ku capai sebelah tangan
sebalik awan ada cahaya
bercahayalah selamanya!

Daku tertawa seorang diri
darah yang mengalir terhenti
fikiranku melayang-layang
tiada siapa yang perasan


seperti Mati Hidup Kembali...

(Oleh LoQue Butterfingers)

Rabu, Oktober 29, 2008

FAST FOOD NATION - "Filem tentang Burger bercampur Tahi!

Poster Wayang Gelap.


Menghabiskan masa selama hampir 2 jam pada semalam untuk menonton filem Fast Food Nation memang agak berbaloi. Ini kali kedua saya menonton kembali; dan kali ini dengan lebih tumpuan. Kali pertama dengan acuh tak acuh.

NIat saya menonton produk wayang Holywood ini sekadar untuk menonton lakonan actor Ethan Hawke (babak yang terlalu sedikit) pada mulanya. Selepas ini setengah jam saya mula memahami bagaimana industri ‘fast food’ gaya Amerika mula bergerak.

Filem ini bermula dengan menunjukkan bagaimana segerombolan pendatang haram Mexico, sedang merentas gurun kontang bersama kegelapan. Mereka bergerak dengan segala kepayahan, semata-mata untuk memenuhi impian Amerika...



(Ditulis pada 23/10/08, 4:43pm. Pun begitu tidak sempat dihabiskan kerna tiba-tiba sahaja 'mood' lari. Tak tahu bila nak sambung tulis balik. Selepas menonton tidak lagi dapat menikmati kelazatan daging burger seperti dulu. Cisss!)

Catatan tambahan: Lakonan Greg Kinnear dalam cerita ini tahap superb!

Selasa, Oktober 28, 2008

bukalah jendela hati mu...

satu ekspressi seni...kehidupan...


apa itu???

filem. novel. muzik. lukisan. atau foto.



semua sekali agaknya.

Gadis 'Library'...


gadis ‘library’

Oh Tuhan! indahnya kamu
tidak tersusun kata-kata ku
air wajah mu
membuat detik berhenti
bila kulihat helaian rambut menutup
wajah jernih mu

Lalu aku terjah ke iris kamu
melihat kerdipan bintang
seolah memberi ‘signal’ cinta.

Aku lihat kamu
Kamu lihat aku
tapi ku tak bisa memiliki kamu.

Kau gadis 'library'...

yang membuatkan aku
selalu mencari-cari buku...
hanya untuk melihat wajah kamu.


(ukp . selasa. 28/10/08)

Pasu Sarawak


Pasu melambangkan salah satu ciri budaya dan nilai estetika seni popular rakyat negeri Sarawak. Termasyhur di seantero benua... Art of Borneo...

Sabtu, Oktober 25, 2008

Sajak ' PADAN MUKA MELAYU ! '

kemanakah Melayu ini?
apakah nasib Melayu nanti?
pagi petang siang malam
melayani hedonisme
mudah meniru-niru.

Jepun meniru kereta
Korea meniru skuter
Iran meniru tenaga nuclear
Melayu hanya meniru gaya pakaian dan rambut macam-macam ‘kaler’.

meniru-niru kejahilan
menuju kekalahan
kebinasaan...

budak-budak Melayu hanya pandai merempit dan ‘isap pit’
sedangkan anak bangsa lain pandu BMW 3 siri dan Honda Civic terbaru.

Remaja Melayu bangga pakai jeans lusuh Levi’s 501 dan kasut but Timberland bundle. sedangkan anak bangsa Malaysia yang lain tak kisah soal jenama pakaian. mereka lebih teruja dengan PC Fair dan teknologi.

Melayu hanya pandai habiskan ribuan ringgit untuk make-up dan modifikasi kereta proton. sedangkan anak bangsa Malaysia hanya pandai buka kedai ekssesori kereta.

Melayu hanya pandai pandu laju-laju dan berlagak di lebuhraya. sedangkan anak bangsa Malaysia hanya pandai pandu laju-laju pick-up truck ketempat eksiden untuk diangkut kebengkel ketuk 'welding'. (kasi tekan cukup-cukup dalam bil).

Melayu hanya teruja bergaya dengan handphone Nokia termahal. sedangkan anak bangsa Malaysia yang lain sibuk carik cara macamana mahu bekal itu handphone.

Pandaikan Melayu?

Banyak Melayu gaya jer lebih...
kesimpulannya Melayu ini suka bergaya dan meniru-niru...

Jadi...
padan dengan muka Melayu
sebab suka sangat jadi jahat dan pemalas.

Empat perkara yang bangsa Melayu paling pandai tanpa diajar dan disuruh-suruh.
Pertama, buang duit.

Kedua, buang masa dan berpeleseran.
Ketiga, bergaduh dan tunjuk samseng dengan bangsa sendiri.
Keempat, semua yang diatas...

Hah! yang itu bangsa Melayu tersangat-sangatlah pandai...
Jadi sekali lagi...Padan laa dengan muka Melayu!



· Sajak keras kaku tanpa seni sastera ini ditulis oleh seorang Melayu.

Rabu, Oktober 22, 2008

- tiada tajuk -


Raya ke - 8... aku melepak kat sini... jauh dari hiruk pikuk key ell... jauh dari politik bergaduh... jauh dari hasad dengki dan kejahilan makhluk yang bernama manusia... Masa tengah baik punya hirup udara segar kat tepi tasik nih...aku rasa macam dah takmo balik-balik lagi kat KL... Faham apa maksud aku?
Aku dah lemas terhimpit dengan segala peluh daki dan noda manusia dibangunan batu... kotor dan hanyir dosa maksiat tanpa tolak ansur.
Adalah lebih baik aku dok sorang diri kat atas gunung... bertapa...beruzlah...bersuluk... Kalau lapar makan pucuk kayu. Kalau haus minum air gunung yang belum dibotolkan lagi (Jenama Evian)... Aku, Qur'an dan segala peralatan fotografi. Dok kat atas sana selama 3 tahun...tak turun-turun...

Jumaat, Oktober 17, 2008

dalam folk...ada cinta...

melodi folk pada kotak REVERBNATION disebelah; aku tujukan buat seorang kawan lama di Amerika.... =>>>

dan buat korang semua. semoga bahagia. jangan gaduh-gaduh. jangan hasad dengki dan yang paling penting jangan punya EGO terlampau besauuu. kasi buang itu semua dalam sungai Kelang. kita berbaik-baik sesama manusia tanpa mengenal sempadan agama, bangsa & negara. yeah!

err...lagi satu jangan suka tendang kucing! meooowww...

kepada member semua... aku akan still crunchy pop fuzz indie love sampai 100 tahun lagi... cool...hah...

Khamis, Oktober 16, 2008

bawah pokok ada hantu...


Ada satu pokok besar, entah apa kejadah namanya... orang kawasan perumahan disitu kata ber ‘antu’. entahkan betul entahkan tidak. kebanyakkan orang sanggup ambil jalan jauh jika balik lepas pukul 12 malam, semata-mata tak mahu jalan bawah pokok rendang ditepi jalan itu.

Pokok itu adalah semiotik kekolotan manusia yang mengaku moden dan tinggal dikawasan Bandar tapi masih takut ‘antu’. Ramai yang mengaku takut kepada tuhan didalam masa yang sama takut nak lalu bawah pokok rendang nan gelap. Jangan tak tahu, dalam disko dan pub lagi besau punya antu ada duduk...

Hakikatnya manusia lebih merbahaya dari antu pokok rendang...
Jangan ikut macam aku; suka duduk dalam gelap...sorang-sorang...sunyi sepi... ada berani kah:?

Ahad, Oktober 12, 2008

Mencari Tuhan dengan Kamera & Kanta...


Aku macam dah hilang selera nak mengulas isu-isu politik lokal. Aku lebih teruja dengan warna-warni daun hijau dan awan biru. Aku lebih bersyahwat besar dengan kotak kamera. Jadi selama beberapa minggu aku telah menolak permainan bangang lagi tongong orang-orang politik. Aku macam dah tak pedulik walaupun sebenarnya masih pedulik.


Melihat tasik dan menikmati keusangan bangunan-bangunan kolonialis lebih menggembirakan. Aku lebih gembira dengan lanskap dan ‘fish-eye’. Mengulas isu haiwan politik bergaduh sebenarnya boleh mencederakan emosi dan minda separa sedar dalam jangka waktu yang panjang. Jadi aku tidak sanggup lagi dengan rela hati mencederakan diri sendiri. Sekali-sekala tidak mengapa, tapi bukan selalu seperti sebelum ini. Kerna itu menulis sketsa raya semacam menjadi satu terapi berharga buat diri ku.


Hari ini aku lebih menjadi rakus membaca tentang kanta-kanta kamera (camera lens) daripada terlibat dengan segala macam kehodohan politik haiwaniah yang berpaksikan kekafiran barat.

Jadi jangan kalian hairan jika melihat blog ini sudah tidak menjadi seperti sebelum ini. Fikiran ku telah melalui tranformasi yang panjang...barangkali.Menikmati warna-warna alam dan menyelami sungai-sungai melodi cinta terlalu mendamaikan sebetulnya.Mengapa kalian sendiri tidak mencuba...

Hari ini Aku mencari cinta Tuhan dengan kamera dan kanta...

Sabtu, Oktober 11, 2008

selagi ada gerai 'lomang' tepi jalan...bermakna ada lagi rayoosss!

ini bunga api atas bumbung rumah jiran kepada jiran kepada dia punya jiran ditangkap pada malam raya ke-3. layan sentimental tengok cahaya bergemerlapan tanpa sekelumit pun memikir-mikirkan aweks-aweks lama...heh!


sekejap sungguh masa berlalu. sedar tak sedar raya dah masuk hari ke-11. bisukut raya dah tinggal serdak. mula-mula dulu sombong langsung tak mahu pandang’ tapi bila syawal mula menghitung hari maka serdak pun serdaklah.

baju melayu yang dah habis lodoh pun entah berapa kali sudah kasi cuci. songkok hitam sudah senget benget... samping Pakistan yang dibeli diJalan Masjid India sudah kena lipat taruk dalam almari baju elok-elok. Tahun depan guna pakai balik.

namun di Key Ell, Aidilfitri sebenarnya baru bermula. Dikala ini ‘Open House’ akan berlumba-lumba. Pintu depan dibuka seluas-luasnya. Kalau tak percaya cuba lihat ditepi-tepi jalan raya, pasti kita kan lihat asap putih tebal-menebal sedang menari rancak. Bang...itu orang jual ‘lomang’ tepi jalan daaa...

suka tak suka...duit sudah hampir habis. 'Hamper Raya' yang dibeli kat Parkson atau Carrefour sudah habis berterabur...itu ‘no hal’ bulan depan dapat gaji balik. yang penting raya kena sambut sebulan; sebab syawal sebulan whaaattt...? dah penat letih letak kita berpuasa sebulan. habis pontang-panting. inilah masa mengecapi nikmat hari rayooosss... maklumlah puasa... kah kaah kaahhh kaaaahhhh kasi ketawa berdekah-dekah!

sekali ada orang tak puasa daaa...

kah kaahhh kaaaahhhh....kaaahhhhh kaahh. kaah...

Jumaat, Oktober 10, 2008

ditaman ini...


Selepas berjalan raya
cuaca mendung
langit kelabu
sepi...

Ditaman ini dulu
disebelah tasik hijau
ada orang mati kena bunuh
pasangan bercinta
bersumpah setia
pokok-pokok jadi saksi
semak samun jadi saksi
rimbun daun hijau
sepasang mata
memerhatikan mereka
penuh dengan kejahatan...
Tragis...

Aku melihat taman ini
dengan hati ingin tahu
apa sebenarnya terjadi
malam itu...

Siapakah lelaki yang muncul dari kegelapan tasik
disebelah taman ini?
Ditutup dibawah timbunan fail polis...


(ukp , jumaat 10/10/08)