Ahad, Oktober 12, 2008

Mencari Tuhan dengan Kamera & Kanta...


Aku macam dah hilang selera nak mengulas isu-isu politik lokal. Aku lebih teruja dengan warna-warni daun hijau dan awan biru. Aku lebih bersyahwat besar dengan kotak kamera. Jadi selama beberapa minggu aku telah menolak permainan bangang lagi tongong orang-orang politik. Aku macam dah tak pedulik walaupun sebenarnya masih pedulik.


Melihat tasik dan menikmati keusangan bangunan-bangunan kolonialis lebih menggembirakan. Aku lebih gembira dengan lanskap dan ‘fish-eye’. Mengulas isu haiwan politik bergaduh sebenarnya boleh mencederakan emosi dan minda separa sedar dalam jangka waktu yang panjang. Jadi aku tidak sanggup lagi dengan rela hati mencederakan diri sendiri. Sekali-sekala tidak mengapa, tapi bukan selalu seperti sebelum ini. Kerna itu menulis sketsa raya semacam menjadi satu terapi berharga buat diri ku.


Hari ini aku lebih menjadi rakus membaca tentang kanta-kanta kamera (camera lens) daripada terlibat dengan segala macam kehodohan politik haiwaniah yang berpaksikan kekafiran barat.

Jadi jangan kalian hairan jika melihat blog ini sudah tidak menjadi seperti sebelum ini. Fikiran ku telah melalui tranformasi yang panjang...barangkali.Menikmati warna-warna alam dan menyelami sungai-sungai melodi cinta terlalu mendamaikan sebetulnya.Mengapa kalian sendiri tidak mencuba...

Hari ini Aku mencari cinta Tuhan dengan kamera dan kanta...

3 ulasan:

Aku Sebutir Pasir berkata...

ya, saya setuju dengan saudara.. jangan terlalu menyesakkan minda dengan cerita-cerita politik yang semakin lama semakin sukar diterima kewarasan akal.. teruskan bercinta dengan keindahan alam..

Letting the time pass me by berkata...

Bro.. lens kamera tu macam jenis mahal aje..... memang best kalau dapat ambik photo dengan kamera yang "high quality"...

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin..

Jangan lupa baca posting terbaru...

http://inspirasi-aliff.blogspot.com/

Mak Su berkata...

whoaaa, Tuhan hampir dengan anda bila anda ingin mencarinya hatta dengan kamera or tanpa kamera. lihatlah Ia dalam alamaya ini, disitu akan dilihat kekuasanNya. tapi, saya tak mampu nak beli kamera, apatah lagi kamera digital... huhuhu