Sabtu, Oktober 25, 2008

Sajak ' PADAN MUKA MELAYU ! '

kemanakah Melayu ini?
apakah nasib Melayu nanti?
pagi petang siang malam
melayani hedonisme
mudah meniru-niru.

Jepun meniru kereta
Korea meniru skuter
Iran meniru tenaga nuclear
Melayu hanya meniru gaya pakaian dan rambut macam-macam ‘kaler’.

meniru-niru kejahilan
menuju kekalahan
kebinasaan...

budak-budak Melayu hanya pandai merempit dan ‘isap pit’
sedangkan anak bangsa lain pandu BMW 3 siri dan Honda Civic terbaru.

Remaja Melayu bangga pakai jeans lusuh Levi’s 501 dan kasut but Timberland bundle. sedangkan anak bangsa Malaysia yang lain tak kisah soal jenama pakaian. mereka lebih teruja dengan PC Fair dan teknologi.

Melayu hanya pandai habiskan ribuan ringgit untuk make-up dan modifikasi kereta proton. sedangkan anak bangsa Malaysia hanya pandai buka kedai ekssesori kereta.

Melayu hanya pandai pandu laju-laju dan berlagak di lebuhraya. sedangkan anak bangsa Malaysia hanya pandai pandu laju-laju pick-up truck ketempat eksiden untuk diangkut kebengkel ketuk 'welding'. (kasi tekan cukup-cukup dalam bil).

Melayu hanya teruja bergaya dengan handphone Nokia termahal. sedangkan anak bangsa Malaysia yang lain sibuk carik cara macamana mahu bekal itu handphone.

Pandaikan Melayu?

Banyak Melayu gaya jer lebih...
kesimpulannya Melayu ini suka bergaya dan meniru-niru...

Jadi...
padan dengan muka Melayu
sebab suka sangat jadi jahat dan pemalas.

Empat perkara yang bangsa Melayu paling pandai tanpa diajar dan disuruh-suruh.
Pertama, buang duit.

Kedua, buang masa dan berpeleseran.
Ketiga, bergaduh dan tunjuk samseng dengan bangsa sendiri.
Keempat, semua yang diatas...

Hah! yang itu bangsa Melayu tersangat-sangatlah pandai...
Jadi sekali lagi...Padan laa dengan muka Melayu!



· Sajak keras kaku tanpa seni sastera ini ditulis oleh seorang Melayu.

6 ulasan:

AbGJaS berkata...

Hi Moderator,
Wah! Memang keras tamparan Moderator. Merah padam muka abgjas membacanya...

Tp ramai muka org melayu kini dah semakin tebal dan otot2 muka dah mati dek suntikan botox di sana sini...justeru 'padan muka melayu' kalau sampai merempat di bumi sendiri...

echah_syed berkata...

ade org melayu sanggup gunakan bangsa sendiri utk kepentingan peribadi..bercakaran sesama sendiri semata kerana taksub dgn seorg pemimpin yg tatau niat dihati nyerr yg sebenar..

aduhai org melayu..!

MODERATOR indie berkata...

Salam abgjas,

Wah! lama tak nampak. Sunyi sepi tanpa berita. Rajin2 lah update blog dgn kartun isu semasa.

Sajak ini satu bentuk ekspressi seni keras kaku saya terhadap bangsa sendiri.

depressi dan emosi.

Letting the time pass me by berkata...

Assalamualaikum Bro..

Hmm.. nampaknya macam ade semangat baru pulak, banyak posting bulan Oktober nie...

Memang bunyi sajak tu pun macam frust dan tak puas hati aje.

Nak komen banyak-banyak pun terkena kat diri sendiri.. Apa-apa hal pun, aku punya prisip.. Sentiasa positif dan berusaha memperbaiki keadaan...

P/S: Ade video baru kat Blog Letting...

PENDEKAR berkata...

aku setuju sangat2....itu hakikat Melayu skarang, walaupun bukan semua tapi mejoritinya......!@#$%^&*

Karim Musa berkata...

aku cukup setuju. melayu2..