Khamis, November 20, 2008

Foto-Foto Pantai Cherating November 2008

Gambar ditangkap sekitar pukul 6.36pm. Orang-orang tempatan yang tinggal disekitar Legend Resort bermain bola pantai. Aku rasa macam nak join. Akan tetapi disebabkan aku tidak begitu 'terkenal' dikalangan penduduk tempatan, maka dengan sendirinya aku tidak dibenarkan untuk ikut campur bagi menendang bola dipersisiran pantai.

Ditengah-tengah pulau itu kelihatan seperti sebuah 'Mansion' atau barangkali sebuah hotel atau resort.

Hanya kelihatan dua tiga kerat manusia yang berani mandi laut dikala air sedang pasang.Aku salah seorang daripada yang 'berani-berani takut'. Ini laut jangan dibuat main-main. Sekali dia tolak, dalam masa yang sama dia boleh pulak tarik. Betul-betul punya tarik. Sampai buku lali aku terbenam dalam pasir laut yang agak lembut. Tolak...tarik...tolakkk...tarikkk...sedar-sedar dah sampai tengah laut.Bahaya memang ini laut sangat merbahaya. Aku hanya mampu mandi laut tak sampai 10 meter dari pantai. Kalau ada sesiapa yang nak tempah nahas atau cuba tunjuk hebat silalah pergi lebih jauh daripada itu. Kalau lemas...mesti ramai yang tolong. Tolong tengok! heh.

Lanskap yang agak cantik. Mendamaikan....sentimental. Tapi bila dah masuk waktu Maghrib. Ada rasa-rasa yang agak menyeramkan. Bulu roma aku sudah tegak. Sesiapa yang sudah kena kemurungan yang agak teruk, agak tak elok melepak ditepi pantai dikala masuk waktu senja. Time tu pintu 'Twilight Zone' sedang terbuka. Bapak setan tengah baik punya siau layau. Jangan cari penyakit...

(Manual Exposure mode,18mm, 1/400 at f11, ISO 400)

Aku suka tengok foto nih. Terlalu 'kewl' beb! Composition yang agak seimbang. Dahan-dahan pokok yang berjurai menambahkan lagi rasa santai. Waktu ini suasana tengahari agak panas terik, namun dengan sedikit sebanyak pengalaman yang ada, dapat juga aku mengimbangi level lighting dan contrast agar ini foto tidak 'over-exposed'. Terer kan aku? kah kaah kaaahhh kah kahhh kah kaahhhh.

Tiada ulasan: