Ahad, November 30, 2008

Manusia bila sakit baru nak ingat Tuhan... termasuklah aku sendiri...

semasa aku sedang menulis untuk entry ini, keadaan kesihatan ku tidaklah begitu berapa baik. Asthma telah menyerang tanpa kompromi. Ton warna wajahku telah bertukar daripada coklat kepada kebiru-biruan. Dadaku terasa begitu ketat sekali. Tekak berasa penuh lender. Paru-paru terasa juga penuh dengan lendir. Sesiapa yang pernah kena serang asthma mesti tahu betapa seksanya. Sukar untuk bernafas dan tercungap-cungap.

Aku perlukan oksigen… jadi aku sedikit confused bila baru-baru ini aku ada terbaca kat suratkahabar ada satu artis kat Malaysia ini sudah keluarkan satu statement bahawa dia lebih perlukan wartawan hiburan lebih daripada dia perlukan udara disekeliling. Tipu.

Statement aku : Aku perlukan udara untuk bernafas lebih daripada aku perlukan Petrol (walaupun semenjak kebelakangan ini sudah turun harga.)

1 ulasan:

Gerrard berkata...

bro ... camne bro? dah owke ke sekarang ni?? ... =) Sihat2 selalu .. selamat berblogging...