Selasa, Disember 16, 2008

KISAH AYAH PIN & EKOR LEMBU...

Dengar khabar pada Hari Raya Haji yang lepas, kelibat AYAH PIN didakwa telah dilihat bersama pengikutnya melakukan UPACARA POTONG EKOR LEMBU. Ayah Pin; apakah dia yang dikenali sebagai P. Daddy? Tidaklah dapat dipastikan dengan lebih lanjut.

Ariffin Muhamad, 68, yang kini menjadi buruan pihak berkuasa telah dilihat berada di Kampung Batu 13, Hulu Besut, minggu lalu. Baca penuh...

Apa yang mengejutkan Ayah Pin telah melakukan upacara Korban Ekor Lembu terlebih dahulu sebelum disembelih pada leher lembu tampan tersebut. Ini Ayah Pin betul-betul sudah kemaruk sama itu ‘ SUP EKOR’...

Ya lah, dah lama masuk hutan keluar hutan sampaikan ke sempadan Thailand...mestilah rindu kat sup ekor ya tak?

Persoalan yang lebih besar, bagaimanakah caranya ekor lembu tampan itu dimasak? Apakah ia dimasak sup kuning ala’ala mamak kat Chow Kit Road atau dimasak style sup tomyam. Yang pasti Arwah Mr. Cow sudah menemui ajalnya dengan keredhaan Tuhan. Nasib Ayah Pin esok-lusa kalau Malaikat Izrael datang menjemput, belum tentu dapat mati dengan tenang seperti Mr. Cow...


3 ulasan:

AbGJaS berkata...

Hi Moderator,
Setakat ni, abgjas belum pernah makan sup ekor lembu.. err..sedap ke?

Segunung dosa , insyaallah boleh diampun tp tergelincir akidah, terus kafir jawabnya..

whitetulip berkata...

Salam.

Na'uzubillah. Hanya Allah sahaja yang akan menentukan balasan terhadap orang2 yang kufur...kafir..wallahua'lam

kikiEy berkata...

hish,

ayah pin kemaruk sup ekor=)

ajaran sesat semata2