Jumaat, Julai 31, 2009

VIDEO GEMPAR! : KOBOI MELAYU DAPAT KASUT KOBOI BARU... 100% GENUINE COWHIDE LEATHER, CUSTOM HAND-MADE.

Alhamdulillah...akhirnya cita-cita aku semasa zaman budak-budak dulu bila dah besau nanti nak jadi COWBOY...akhirnya Tuhan makbulkan jua. 100% MALAY COWBOY. kah kaah kaahhh...

Lepas ni aku nak kumpul duit untuk beli kuda 3-4 ekor pulak. Bukan kuda padi tau. Tapi betul-betul punya BLACK STALLION! Lepas tu bela lembu dan kerbau balau satu kandang. Betul-betul punyer geng THE CHAPPARAL...

Lepas tu mintak lesen simpan senapang 2 laras. Baru koboiii...


Tapi jangan panik... Aku takkan minum BEER@ AIR KENCING SETAN. Kalau haus aku minum susu! Tau sebab apa?

Sebaaaab...AKU MALAY COWBOY! Koboi Melayu kena selalu ingat TUHAN. Ingat Sembahyang. Ingat Zikir...

yeaaahh...


errr...lagi satu nak kasi ingat sama korang. Video ini bukan bertujuan nak berlagak atau show off...tapi just nak berkongsi minat dan daya kreativiti. Alaa...macam yang kaki pancing atau kaki futsal laa... Sama laa kiteee...minat jer berbeza...gilernya sama!

Ahad, Julai 26, 2009

YASMIN AHMAD MENINGGAL SELEPAS OPERATION BUANG DARAH BEKU DIKEPALA...



KUALA LUMPUR - Pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad (gambar) yang mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak sejak Khamis lepas meninggal dunia malam tadi.
Yasmin, 51, kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 11.30 malam di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya selepas tiga hari berada dalam koma setelah menjalani pembedahan membuang darah beku di kepalanya.
Yasmin yang terkenal sebagai pengarah filem Sepet, Gubra dan Talentime rebah secara tiba-tiba semasa bermesyuarat bersama penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa serta beberapa kakitangan Media Prima di Sri Pentas, TV3, sekitar pukul 3 petang Khamis lalu.
Beberapa jam sebelum itu, adik iparnya, Datuk Dr. Zakaria Zahari memberitahu media, Yasmin masih menerima bantuan alat sokongan hayat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar Damansara.

TERKINI : YASMIN AHMAD MENINGGAL DUNIA! innalilahi wa ina ilahi rajiuun...

Al-Fateha...


Pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, telah meninggal dunia setelah dilaporkan tenat awal malam ini.Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya sendiri, diumumkan dalam berita tengah malam TV3 sebentar tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara, lapor Bernama, yang memetik pengesahan daripada ketua pegawai operasi Media Prima, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di situ.

Khamis lalu, Yasmin dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital swasta itu setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3.Beliau waktu itu berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan menghadapi kesukaran bernafas dan pengsan.Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, dilaporkan turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut.
Di hospital pakar itu, para doktor dilaporkan berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan otak kira-kira jam 6 petang hari yang sama.Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.

VIDEO TERGEMPAR BUAT RAKYAT MALAYSIA!

Salam.

ini iklan gua bikin sendiri... sebab gua suka boot, dan semakin minat kumpul boot. gua suka dr. martens dan timberland. yang paling menjadi kegilaan ku... adalah cowboy boots...

tapi sayang cowboy boots lah yang paling banyak pakai kulit babi...jadi kerana sebab HARAM tersebut teramat-amatlah susah untuk gua kumpul cowboy boots.

buat penggemar boots diluar sana...berhati-hati dengan PIGSKIN LINING ok!

Boots...boots jugak. AGAMA ISLAM KENA JAGA!

Setakat inilah buat masa ini...gua gerak dulu...beb!


Selamat pakai BOOTS! siang dan malam...

Rabu, Julai 22, 2009

VIDEO GEMPAR MALAYSIA : DR. MARTENS BERGADUH DENGAN PROF. TIMBERLAND!

AKU GILA BOOTS!


Sekali lagi...'Seni itu indah!....'


Jangan lupa tengok semua sekali video-video yang aku bikin ini. Baru faham jalan cerita...

Komedi gelap ala-ala Alfred Hitchcock...

Selasa, Julai 21, 2009

VIDEO BIKIN SENDIRI : KASI HENTAM SAMPAI LEMBIK!

Kah kaah kahhhh...

Jangan risau bro'. Ini bukan hentam orang tapi hentam sama itu botol plastik air mineral kosong. Keganasan tanpa kompromi!

Just for entertainment maaaaaaaaa...


Seni itu indah!

Nantikan lain-lain video yang akan diupload kelak...

STOMP'in GROUND!!!

VIDEO BIKIN SENDIRI : BUT DR. MARTENS KASI HENTAM ITU BOTOL PLASTIK SAMPAI LUNYAI...

Salam. To all Dr. Martens boots fan...

ini video aku sendiri bikin. itu plastik kasi hancur sampai lunyai... Tradisi hentakkan boot yang penuh dengan nilai-nilai artistik dan estetik.

aku anggap botol plastik tu, ibarat kepala budak2 Nazi Punk Skinhead... kah kah kaaahhh...

Rase kaan...

Tunggu Part 2.