Rabu, Oktober 14, 2009

UMNO TAK AKAN TUMBANG! Kenapa ya???

Muhyiddin: Jib, kau jangan risau. Next election kita kasi tutur cukup-cukup sama itu Nuar Ibrahim. Dia takkan jadi PM punya. Sebab aku sudah kasi standby Meriam Besau. Tunggu green light kau jer.
Najib: Kau jangan over konfiden sangat Din. Aku takut nanti itu Meriam Besau makan tuan. Nuar Berahim tu dulu boss aku.


Muhyiddin kata UMNO akan bangkit semula. Saling tak tumpah macam Parti Kuomintang di Taiwan dan Parti Kongres di India. Apakah betul? Ramai yang berharap telahannya betul dan tepat. UMNO parti GERGASI; dan Gergasi memang payah nak tumbang. Pilihanraya 2008, Gergasi ini sakit teruk. Kena pukul dengan Belantan Sakti oleh Pak Sheikh. Tapi yang peliknya tak tumbang-tumbang jugak. Ilmu apa yang dipakai oleh ini Gergasi, nampaknya Pakatan Rakyat kena kaji balik.


"Umno mampu menempuh cabaran ini dan memenuhi harapan baru. Ini kerana Umno adalah parti yang pragmatik dan pantas membaca keadaan serta berani membuat perubahan," katanya ketika merasmi serentak perhimpunan agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC di ibu negara malam ini.


Pas, Keadilan dan DAP tak sabar-sabar nak tengok ini Gergasi tumbang dalam ‘next election’. Tapi kalau kita tengok balik ‘virus B1N1’ sudah berjangkit pulak pada puak-puak dalam Pakatan Rakyat. Tak habis-habis bertelegah sesama sendiri.


Lagi pula itu GERGASI yang bernama UMNO sudah dapat pil tenaga batin daripada Negarawan Berjasa yakni Dr. M.


Dulu time Pak Lah, Dr. M tak pernah bagi penawar. Hari ini Dr. M bermurah hati bagi ‘pil rahsia’ pada Najib Razak. Maka tenaga batin GERGASI nampak macam dah nak sembuh. Sampai itu budak kiut miut , ISA Samad dapat menang besau kat Bagan Pinang.


Muhyiddin kata jangan main cucuk-cucuk. Jangan jadi Batu Api. Teriaknya, ahli parti perlu mematikan agar tidak ada lagi antara "kita yang menjadi batu-api, batu ronson, kaki-cucuk, talam dua muka, pepat di luar, rencong di dalam, dan si Kitol yang lidah bercabang, langkah menyilang. "Tidak ada lagi perpecahan dalaman, tidak ada lagi team A-team B seperti dulu, tidak ada lagi gerakan jatuh menjatuhkan pemimpin, tidak ada lagi budaya ugut-mengugut, dan tidak ada lagi perebutan kuasa sehingga parti menjadi mangsa. Yang ada hanya satu wadah, satu pasukan, Satu Umno!" katanya. Tepok! Tepookkk!


Disambungnya lagi, Muhyiddin mahu ahli parti itu mengambil pengajaran dan keinsafan daripada yang berlaku pada Parti Golkar di Indonesia yang tidak lagi sekental dulu dan Parti Nacionalista di Filipina telah lama tumpas. "Yang paling mutakhir tumbang ialah Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun yang telah banyak berjasa membangunkan semula negara Jepun selepas Perang Dunia Kedua."Apakah yang menyebabkan parti-parti ini kecundang? Apakah jasa dan bakti parti-parti ini kepada pembangunan, kemajuan dan kemakmuran negara masing-masing tidak lagi dikenang oleh rakyat? Apakah rakyat mempunyai kehendak dan aspirasi yang berbeza daripada apa yang mampu ditawarkan oleh parti-parti ini? Atau apakah parti-parti ini menjadi angkuh dan pemimpinnya tamak oleh kerana terlalu lama berkuasa?" soalnya.


Dan yang selebihnya, anda baca sini .Malas nak tulis, sebab panjang sangat nasihat oleh TPM kita ni.

Tapi jangan nanti bila itu GERGASI dah bikin ‘full recovery’; PM dan TPM mula nak bergasak balik.

Ala macam kisah dulu-dulu tu...takkan tak ingat kot...

Tiada ulasan: