Jelas dihadapanku terdapat sebuah kedai Punjabi yang menjual kuih-muih tradisional mereka. Warna-warni beraneka jenis. Aku memang suka kuih-muih Sikh itu. Salah satu jenis yang aku suka makan bernama Ladu. Sejenis kuih sebesar bola golf yang berwarna kuning dan berbintik jingga. Kebanyakkan kuih-muih mereka memang manis. Mahu makan sekali-sekala bolehlah, kalau selalu sangat takut kena penyakit Kencing Manis (Diabetes). Sikap bangsa Sikh mempertahankan nilai-nilai tradisi bangsa mereka memang patut dipuji. Agak rumit dan kelecehan yang bukan sedikit untuk menghasilkan kuih-muih tersebut. Minyak Sapi (Ghee Blend) juga menjadi salah satu ramuan terpenting untuk membuat kuih-muih mereka. Sesiapa yang tak biasa memang tak boleh tahan disebakan bau minyak yang tengik tapi lazat.
Isnin, Februari 16, 2015
DUIT!
Bila kita tidak punya wang, kita merasa lemah, rasa terbeban dan banyak masalah. Seolah-olah wang itu punca sebenar kebahagiaan. Bila kita berduit sikit, hahahhaaaaa...kita lah Raja!
Itu maksudnya kita ini manusia yang lemah serba-serbi. Lemah jiwa. Lemah semangat. Kurang survival.
Kita dimanjakan (baca: dibesarkan) dengan duit. Zaman ini, zaman duit. Oh bukan zaman ini sahaja malah semenjak zaman Bank mula di cipta lagi. Apabila sistem Barter telah mula digantikan dengan dengan not-not kertas, maka bermula manusia bergantung dengan duit.
Kata orang, Duit punca segala penyakit tapi bila tiada duit sakit kita beb! Walaupun barangkali duit salah satu elemen yang mencetuskan rasa kebahagiaan tapi jangan sesekali kita lupa duit bukanlah punca sebenar erti Kebahagiaan yang hakiki.
Ketaatan kepada Ilahi itulah kebahagiaan sebenar.
Bila lapar perlu duit bukan?
Duit..duit..duit...aduh!