Isnin, Februari 16, 2015

KUIH LADOO PUNJABI

Jelas dihadapanku terdapat sebuah kedai Punjabi yang menjual kuih-muih tradisional mereka. Warna-warni beraneka jenis.   Aku memang suka kuih-muih Sikh itu. Salah satu jenis yang aku suka makan bernama Ladu. Sejenis kuih sebesar bola golf yang berwarna kuning dan berbintik jingga. Kebanyakkan kuih-muih mereka memang manis. Mahu makan sekali-sekala bolehlah, kalau selalu sangat takut kena penyakit Kencing Manis (Diabetes).   Sikap bangsa Sikh mempertahankan nilai-nilai tradisi bangsa mereka memang patut dipuji. Agak rumit dan kelecehan yang bukan sedikit untuk menghasilkan kuih-muih tersebut. Minyak Sapi (Ghee Blend) juga menjadi salah satu ramuan terpenting untuk membuat kuih-muih mereka. Sesiapa yang tak biasa memang tak boleh tahan disebakan bau minyak yang tengik tapi lazat.

Tiada ulasan: