Isnin, Februari 16, 2015

DUIT!

Bila kita tidak punya wang, kita merasa lemah, rasa terbeban dan banyak masalah. Seolah-olah wang itu punca sebenar kebahagiaan.   Bila kita berduit sikit, hahahhaaaaa...kita lah Raja!

Itu maksudnya kita ini manusia yang lemah serba-serbi. Lemah jiwa. Lemah semangat. Kurang survival.  
Kita dimanjakan (baca: dibesarkan) dengan duit.   Zaman ini, zaman duit. Oh bukan zaman ini sahaja malah semenjak zaman Bank mula di cipta lagi. Apabila sistem Barter telah mula digantikan dengan dengan not-not kertas, maka bermula manusia bergantung dengan duit.

Kata orang, Duit punca segala penyakit tapi bila tiada duit sakit kita beb! Walaupun barangkali duit salah satu elemen yang mencetuskan rasa kebahagiaan tapi jangan sesekali kita lupa duit bukanlah punca sebenar erti Kebahagiaan yang hakiki.

Ketaatan kepada Ilahi itulah kebahagiaan sebenar.

Bila lapar perlu duit bukan?
Duit..duit..duit...aduh!

Tiada ulasan: