Memaparkan catatan dengan label Dialog Republik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dialog Republik. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 15, 2008

Kisah Permatang Pauh


Abang Aji: Assalamualaikum Encik Fathi!

Fathi: Wa'alaikumsalam Bang Aji! Hai Bang Aji, dari mana nak kemana ni?

Abang Aji: Dari Jemapoh nak ke Permatang Pauh. Heheheee...takde laa, ni saja-saja jalan jer. Hirup udara petang.

Fathi: Hehehehee...permatang pauh yerrr...faham-faham. Agak-agak Bang Aji lah, ada can ke BN menang balik?

Abang Aji: Wallahu'alam. Tak boleh nak cakap. Itu kawasan Anwar. Kubu kuat dia. Letak tunggul kayu pun, anytime dia boleh menang. Tapi takdir Allah swt siapa yang boleh jangka kan?

Fathi: Saya rasa pun begitu. Namun saya menjangkakan Anwar Ibrahim tak akan menang mudah. Bekas panglima dia, Saudara Ezam akan berjuang bermati-matian.

Abang Aji: Masuk akal juga. Tapi bukankah Ezam tu dah tak relevan? Saya rasa Anwar Ibrahim tak akan tergugat dengan anak didik beliau itu. BN harus menggunakan stratergi lain. Cerita lama dah tak laku. Rakyat Permatang Pauh sayangkan Anwar. (Sambil mengurut janggut yang dah beruban)

Fathi: Sama ada relevan atau tidak, kekuatan Ezam akan diketahui selepas keputusan pilihanraya kecil di P.P. nanti. Anwar bukan calang-calang politikus. Dia licik. Cerdik pula tu. Tapi mungkin sejak kes liwat timbul, dia resah sedikit.

Abang Aji: Kes liwat tu cerita lain. Lagi pun siapa yang nak percaya? Banyak orang tak percaya. Lebih-lebih lagi semenjak terdedahnya laporan perubatan Pusrawi hari tu. Dr. Osman tu pula dah lesap entah kemana?

Fathi: Macam-macam hal ya Bang Aji. Entah laa...

Abang Aji: Anwar ni pun satu hal, semenjak kebelakangan ini ghairah sangat nak jadi PM. Nanti lama-lama rakyat jadi meluat. Jangan dia lupa, RAKYAT HAKIM NEGARA! (sambil tangan mengenggam penumbuk)

Fathi: Wah bukan main bersemangat lagi Bang Aji. (menahan gelak)

Abang Aji: Saya bukan apa Encik Fathi, saya lihat semenjak kebelakangan ini lepas satu...satu...kes gempar muncul. Macam tiada rehat. Habis sahaja 'election' tu hari, politik negara terus bergolak. Petrol pula naik harga. Last-last kita ni jugak yang jadi mangsa.

Fathi: Tu laa Bang Aji. Serba salah kita dibuatnya. Sokong BN, Barang habis semua naik. Tapi kalau sokong Anwar beria-ia...belum tahu lagi nasib bangsa kita. Senang-senang kita tubuh parti baru laa...

Abang Aji: Awak nak tubuh parti apa pulak tu?

Fathi: Parti 'Tupperware'. Heheheheheee...

Abang Aji: Mangkuk! (sambil berlalu pergi dengan selamba...)

Fathi: Eh...eeeh...Bang Aji nak kemana pulak tu. Takkan marah kot? Saya gurau jerr laa...

Abang Aji: Aku pun sama laa...Hahahahaa...OK Encik Fathi...kita jumpa masa Maghrib kat surau nanti. Assalamualaikum.

Fathi: Parti Mangkuk Ayun ke Bang Aji? Hahahaaa....Wa'alaikum salam...Insya'allah kita jumpa malam karang. tata...

Selasa, Julai 29, 2008

Kisah 2 Lelaki & PERDANA V6...


Buka suratkhabar. Bertanya khabar. Apa khabar? Khabar baik atau khabar tak berapa baik? Hari ini dalam suratkhabar ada cerita apa ya? Ada macam-macam cerita. Wah macam-macam cerita ke? Cerita sikit...


Lelaki Dewasa: Banyak kisah dalam suratkhabar semenjak kebelakangan ini. Awak nak tahu apa?

Lelaki 40an : Bukalah sikit tentang cerita politik tempatan. Err...dengar di Terengganu banyak kecoh. Beli kereta merc, tak boleh pakai. Macam mana tu?

Lelaki Dewasa: Tak tau nak cakaplah. Ada betul. Ada pula yang tak berapa betul. Kenyataannya pada masa zaman Tun Dr. Mahathir, tiada siapa yang berani persoalkan kereta buatan Malaysia. Hari ini semua pakat kutuk Perdana V6. Hairan juga...

Lelaki 40an : Macam tak berjiwa patriotik pemimpin kita sekarang. Tapi betul ke Perdana V6 banyak 'problem'? Suratkhabar cakap dia punya 'maintenence' lagi tinggi dari Mercedesz Benz. Wah! ini sudah kes 'naya'.

Lelaki Dewasa: Beribu-ribu orang kat MALAYSIA ini pakai kereta Perdana V6, tiada apa pun...Kalau nak kritik pun, ikut logik laaa...

Lelaki 40an : Sungguh betul kata-kata anda...(seraya menundukkan kepala stail 'butler' inggeris; bagi menunjukkan rasa hormat tak terperi).