Isnin, Oktober 29, 2007

jumpa "Evil" di bilik 1408


Malam tadi saya pergi menonton filem terbaru dipawagam berjudul "1408". Cerita ini diapdatasi daripada sebuah cerita pendek karya Stephen King; dalam kompilasi novel beliau berjudul Everything's Eventual (sila lihat rak buku Shelfari disebelah =>)


Pada pemerhatian saya karakter utama "Mike Enslin" yang diperankan oleh aktor selektif John Cusack memang "thrill". Plot suspen muncul tanpa belas. Saya rasa ramai yang menyumpah dalam hati (hahahaa...) sebab terkejut. Mungkin pop corn terpelanting, atau mungkin paper cup coke tertumpah, namun kejutan demi kejutan datang silih berganti. Hotel Dolphin memang penuhh dengan Evil!...Samuel L. Jackson tidak perlu diperkenalkan kehandalannya. Dengan watak yang muncul sebentar cuma (beberapa detik awal dan akhir filem), namun kemunculan beliau sebagai Gerald Olin sebagai Hotel's Manager memang berkesan.


Amaran demi amaran telah diberi...namun Mike Enslin memang angkuh dan degil...baginya semua hotel sama hanya penuh cerita yang di tambah reka dan hantu sememangnya tidak wujud.


Namun dibilik 1408, segala-galanya berbeza...penuh ketakutan...


Sabtu, Oktober 27, 2007

jadi sesat ke?

saya sekarang dah sampai ‘stage’ nak mula baca buku berat-berat. sebab? sebab dah bosan baca yang ringan-ringan. tapi terus terang cakaplah, tak pula saya pasti mampu ke masuk yang berat-berat. pakar bijak pandai kata kalau baca buku falsafah yang berat, lama-lama boleh jadi sesat. tidak pula saya tahu menahu untuk memastikan teori tersebut. mungkin juga…tapi saya rasa kita jadi sesat bila baca falsafah bila tidak diikat dengan keimanan kepada agama. banyak apa, orang jadi sesat dengan tak payah baca buku “heavyweight’. baca suratkhabar pun 3 bulan sekali. Ayah Pin naik kelangit sebab baca buku karya Immanuel Kant ke???

wallahua'lam...

anjing menyalak nampak hantu!

Pukul 2.30 pagi buta, saya terdengar anjing hitam menyalak-nyalak. Goong! Gooonngg!. Ada orang terlebih pandai kata, anjing menyalak sebab nampak hantu? tapi hantu yang mana satu? Dulu waktu awal usia, saya memang miliki hati tegar. Saya pernah berkata “Kalau hantu muncul depan aku, aku bagi penerajang maut sekor-sekor!” Bukan nak riak atau bongkak, akan tetapi sebenarnya kalau berjalan sorang-sorang saya lebih takutkan manusia dari hantu. Sebab hantu tak pandai menyamun dan pau beg duit saya…rasanyalah kan…zaman sekarang hantu lebih takutkan manusia. Sebab manusia dah jadi lebih jahat daripada hantu. Maka larilah hantu-hantu menyorok dalam hutan belukar tempat jin bertendang…

Jumaat, Oktober 26, 2007

harmoni klasikal


Saya mula belajar dengar muzik klasikal dari Merlock. Dulu sakit jiwa dengar. perlahan-lahan saya jadi ketagih. malam tadi sehari suntuk saya mencuci "intelek' mendengar muzik klasik ini. hari ini, saya dan merlock dua-dua suka tchaikovsky. muzik ni memang dapat buka sejarah di cantum dengan ilusi tanpa membuka buku tebal...

Rabu, Oktober 24, 2007

orang asing dinegeri asing...

semalam saya terasa asing berjalan ditempat asing. pun begitu ramai yang baik-baik. tidak seperti di Key Ell banyak yang kurang diajar. disana buminya damai. suasana lebih tenang dan damai. anak-anak muda walaupun macammana rempit sekalipun tetap bangga berbaju melayu sepanjang 7 hari berjalannya Aidilfitri. walaupun dilayan sebagai orang asing kerna dialek yang bebeza namun saya suka disana. saya berjalan didepan sungai yang mengalir jernih di sebatang jalan yang sepi. mujur ada sang isteri yang sudi menemani. jika tidak pasti hidup bertambah asing...

bila terjatuh

semasa bercuti sempat juga saya menancapkan kata-kata ini diatas kertas kusam...

"terjatuh. bangun.
bangun. terjatuh.
terjatuh. bangun.
bangun. terjatuh.
bangun kembali....
lalu berjalan-jalan
sambil memandang kaki seluar.
didepan waterfront..."

Ahad, Oktober 14, 2007

PENGUMUMAN

Blog ini akan bercuti selama 10 hari sempena menyambut Hari Raya Aildifitri. Jadi selama percutian tersebut, blog ini mungkin tidak dapat di updates dengan entry baru. Dengan kata lain blog ini mungkin tidak "aktif" dalam masa tersebut. Namun pihak MODERATOR tetap bersedia menerima segala komen dan pandangan para pengunjung blog diruangan comment dan chatbox disebelah.

Walaupun begitu, Pihak Moderator masih juga berharap untuk cuba "release" entry terkini kepada para pengunjung blog dengan tulisan-tulisan segar dari semasa ke semasa dalam 10 hari yang mendamaikan...(bergantung kepada kesempatan masa dan ketagihan jari jemari untuk menaip butang papan kekunci laptop bagi meredakan pusaran sungai susu ilham yang membuak-buak. senang cerita semuanya bergantung kepada hambatan masa dan situasi ketika. insha'allah...)

TQ.
(p/s:masa untuk membaca buku kegemaran dan menulis catatan peribadi tanpa tekanan...)

Jumaat, Oktober 05, 2007

Zwan - Lyric

sekali lagi kita cuba dengarkan zwan...coz saya gemar melihat aksi bersahaja billy corgan dalam video clip ini...

spiral kinetic circus!



pada pertengahan tahun 1997, waktu saya sedang merayau seorang diri di area campbell shopping complex saya telah terjumpa satu indie experimental band tempatan yang berjudul..."sweetened condensed tunes for the broken heart". Local alternative band ini diberi nama Spiral Kinetic Circus! line-up nya terdiri daripada fathul-vocals, ken-guitars dan andy-bass. anda tahu andy yang mana? alaa...yang sekarang menjadi penyanyi kumpulan Floop Poppy yang satu masa dulu terkenal dengan lagu 'cinta'. pembikinan album ini turut dibantu oleh ajin (bekas penyanyi kumpulan black rose) selaku drummer dan jijoe - guitars sebagai sessionist. album ini memang lain dari yang lain berbanding album artis rock temapatan dimalaysia dikala itu. terus terang cakap mereka ini memang muncul daripada underground scene yang berpusat di Central Market pada masa itu. memuatkan 9 buah lagu yang kebanyakkannya dicipta kompos sendiri oleh fathullah...album ini menggunakan kepakaran ajin sebagai penerbit. 2 lagu kegemaran saya secara peribadi adalah pada track no.1: Mr. Alien 3.29 dan track no. 9: Stay 4.56...dan terdapat sebuah lagu pada track no.8 : Iris 3.08 yang memang agak familiar dikalangan muzik underground pada tahun 1993...

memang layan lagu diaorang ni...nostalgia...nostalgia...

#fathul yang mencipta lagu 'cinta' dendangan kumpulan floop poppy...mesti anda biasa dengar lagu tersebuat dicorong radio pada sekitar tahun 2001-2002 kan...

Khamis, Oktober 04, 2007

Zwan - Honestly

pernah dengar smashing pumpkins? jadi anda mesti suka band ini...billy corgan ex vocals smashing pumpkins tubuhkan sebuah indie rock band bernama Zwan... so take it...or leave it!

menonton muzik video ini membuatkan saya merasakan seolah-olah yang sedang menyanyi itu adalah diri saya! perrghhh...

melodi yang penuh dengan daya tarikan untuk jatuh cinta kembali...huhuhuuu...

Rabu, Oktober 03, 2007

redho...adalah kunci kepada pintu kebal...

dalam perjalanan mencari tuhan, pelbagai macam dugaan yang kita tempuh. buat menguji keimanan. tauladan dan pengajaran datang dalam pelbagai bentuk. bentuk lurus. bentuk melintang. kita tempuhilah dengan ketabahan yang terkumpul didalam dada. baik dan buruk pasti tersembunyi hikmahnya. hanya jauhari saudagar intan permata yang mengenal manikam. kadang kala kita tertanya-tanya kenapa kita ditimpa kesusahan? saya tidaklah dapat menjawabnya. namun saya tetap yakin dan kukuh percaya laksana akar pokok berusia ratusan tahun yang terbenam ditanah...bahawa Qada' dan Qadr memang punyai hikmah. rahsia tersembunyi, hanya mereka yang 'redho' mampu membuka pintu kebalnya.

ada orang menempuh jalan agama dengan mudah...alhamdulillah. tedapat juga yang terpaksa mencari kebenaran dengan segala bentuk cubaan. redhalah dengan jalan itu...syurga buat orang-orang yang tahan...

ada orang duit banyak namun hati sering gelisah. resah. dimasa yang lain seorang manusia yang hanya berkerja sebagai kerani sepanjang hidupnya...dapat mengecapi kebahagiaan hati dan fikiran. walau mungkin tidak pernah merasai menaiki mobil BMW 7series...tapi dapat juga terbang keudara bersama Boeing 747 menuju Masjidil Haram! ini semua bahagian masing-masing. Allah swt itu tuhan yang Maha adil...semua dugaan dan rintangan yag diberi mempunyai 2 maksud...pertama...semakin dekat hambaNya kepada Nya...yang lain...semakin lalai mengejar dunia yang sering menipu...

Selasa, Oktober 02, 2007

bila salah pasang kasut

dalam hidup kadangkala kita terbuat beberapa kesilpan. ibarat tersalah pasang kasut salah saiz. serba tak kena. terhinjut-hinjutlah sang pemakai. maka bukalah kembali...carilah saiz yang sesuai. bila tersilap, cubalah toleh kembali. pastikan silap tang mana. jalan keampunan masih terbuka luas... terpulanglah kepada sipemakai kasut mahu tukar atau terus pakai kasut yang salah sambil jalan menyeret...

menangisnya Sheikh Abdurrahman al Sudais...

semakin dekat nak hari lebaran...semakin pilu saya rasa. meninggalkan bulan ramadhan al mubarak sedikit sebanyak memang menduka citakan...
maklumlah amalan tidak seberapa. 10 malam terakhir ini sama-samalh kita bertekad mengejar sorga loka. baca Al Qur'an sebanyak yang mungkin. menyebut-nyebut Astaghfirullah sebanyak yang boleh. mari kita kerjakan solat tarawikh berserta solat sunat taubat. perjalanan kita jauh lagi, bekalan perlu dicari. dosa dan daki perlu dicuci. keindahan ramadhan perlu diindahkan dengan selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw. Maka saya boleh bayangkan mengapa Imam Masjidil Haram, sheikh abdurraham al sudais teresak-esak menangis dimalam-malam terakhir semasa solat tarawikh. Pilu dan hiba meninggalkan bulan rahmat. peluang merebut pahala yang tak berapa diendahkan oleh umat manusia...

kerjakanlah yang mana termampu. kutip dan simpanlah intan permata di tengah jalan sepanjang Ramadhan. didalam masjid...kita merebut emas...akhirat.