Khamis, Januari 31, 2008

Si Kerdil Mr. Frodo bakal muncul kembali...yesss...

Cover to the 1937 first edition

Tolkien in 1972, in his study at Merton Street, Oxford.

imaginasi pelukis saat permulaan ketibaan Ahli Sihir anti-korupsi Gandalf di Shire...

The Hobbit milik Guillermo
AKHIRNYA, persoalan siapakah yang bakal menerajui filem prekuel, The Lord of the Rings (LOTR) iaitu The Hobbit akhirnya terjawab, apabila pengarah filem kelahiran Mexico, iaitu Guillermo Del Toro bakal mengarahkan filem yang ditunggu-tunggu itu.
Sebelum ini, pengarah asal trilogi LOTR iaitu Peter Jackson disebut-sebut bakal kembali menduduki kerusi pengarah untuk mengarahkan filem yang diadaptasi dari karya agung J.R.R Tolkien itu. baca lagi...

Ulasan Moderator :

Memang tidak sabar rasanya untuk menunggu sambungan kembali filem prekuel hikayat "The Lord of the Rings".

Filem yang diadaptasikan daripada novel fantasi karangan John Ronald Reuel Tolkien atau lebih dikenali diseluruh dunia sebagai J.R.R. Tolkien. Saya tidak malu mengakui memang ini diantara 10 filem terbaik yang pernah ditonton sepanjang hidup saya.

Rindu saya pada protagonis, si pengembara hobbit, Frodo Baggins memang mengcengkam dalam. Rindu juga pada 3 sahabat karib hobbit: pippin, merry dan sam sekaligus. Mereka ini memang sahabat ikhlas yang sanggup menemani Mr. Frodo mengharungi segala rintangan dan pertempuran kejahatan makhluk Orcs.

Bagaimana pula dengan si tua Gandalf, ahli sihir anti-korupsi; yang berjanggut putih halus panjang dan berjubah labuh. Tua tapi tampan! Tongkat Saktinya masih ada sisa magis kah?

Masih ingat dengan makhluk pelik Gollum yang suka membahan ikan mentah hidup-hidup? Jika anda pernah menonton filem LOTR , mana mungkin anda melupakan dialog ini "...my precious one....eeigghh..eerghh..."

Telahan peribadi saya tanpa bias, kumpulan paksi baik yang diketuai oleh Aragon dan dibantu oleh Legolas mungkin masih belum mahu wujud didalam layar The Hobbit....mungkin?

Jadi bagaimana agaknya nasib Mr. Frodo dan 3 sahabat apabila bertembung Nazgul (Raja Sihir Angmar)?

Atau mungkin filem ini hanya berkisar tentang puak kerdil hobbit yang aman sentosa di perkampungan Shire. Oh Ya! jangan sesekali dilupakan Uncle Bilbo. Hikayat Hobbit sebelum kemunculan "Cincin Yang Satu". Sebelum kejahatan Mordor datang mengganggu...

Jangan ditanya sama saya, kerna saya belum pernah sekalipun duduk mengunyah naskah fantasi novel 'The Hobbit' yang pertama kali diterbitkan pada 21 September, 1937. (lama tuuuuu...heheeh...)

Imaginasi saya masih 'fresh'...masih mampu berfantasi menikmati filem yang bakal menyusul tiba...insha'allah...

Selasa, Januari 29, 2008

sentiasa waspada!


(think this keeps you safe? it could cost you your life...if it's used against you!) jangan sampai senjata makan tuan...

Manusia hari ini semakin kuat melupakan tuhan. Kalau manusia sentiasa ingatkan tuhan maka tiadalah jenayah semakin membesar semenjak kebelakangan ini. Macam hidup dirimba...undang-undangnya : Yang kuat menindas yang lemah.

Di Malaysia masalah gejala sosial semakin hebat berkembang. Semakin banyak orang jahat berada disekeliling kita. Jenayah kategori berat seperti kes rogol, samun dan pembunuhan sadis boleh tercetus pada bila-bila masa. Jangan sampai berada di salah tempat dan masa, takut-takut padah menimpa. Nau'zubillah.
Dari gejala negatif yang semakin melebarkan sayapnya seperti isu mat rempit, kes ragut, hidu gam membawalah kepada kes pembunuhan kejam. Jenayah ini seperti tidak mahu surut. Keselamatan orang awam sentiasa terancam dan hidup didalam ketakutan.
Elakkan menjadi mangsa jenayah. Berwaspada senantiasa...yang lain kita tawakkal kepada Allah swt.

Bising

Memecah keheningan
siang dan malam
diriku perlukan
ketenangan
dari hiruk pikuk
manusia dan kereta


mahu menikmati
alam yang luas
lari jauh
lari jauh-jauh
sangat jauh
sungguh jauh

jaaauuuuhhhhh.....

dari manusia yang rakus.




(perrghh...kalau dapat menetap kat pulau kan best...hari-hari makan ikan fresh dan minum air kelapa muda...cool.)

buruh!

aku ini

dari kalangan kaum buruh


musuh ku

Sang Kapitalis Jahat


memerah keringat

mencekik darah

hasilnya tidak seberapa ku dapat


Kapitalis para pemodal riba'

bertopengkan

Globalisasi

terus menindas


Kami buruh rakyat

akan terus mengugat!
(28/11/07 rabu ukp)

Isnin, Januari 28, 2008

sedekah



bersedekahlah

walau sebelah buah korma

walau bukan hartawan

walau selekeh berpakaian

kocek penuh debu...


bersedekah itu suci

bukan lahir dari hati yang benci


tanpa mengharap balasan manusia

hanya semata-mata kerana -NYA


(28/11/07 rabu ukp)

Sabtu, Januari 19, 2008

AMERICAN GANGSTER- Full Trailer

Nah! ambil sedikit...nak tengok sampai habis kena bayarlah kan...huhuhuuu...mana aci.

AMERICAN GANGSTER ( berdasarkan kisah benar bekas Raja Dadah Harlem...)


Berdasarkan kisah benar seorang Black American Gangster (Raja Dadah Harlem...)


American Gangster adalah sebuah filem jenayah 2007 yang naskah asalnya ditulis oleh Steve Zaillian (penulis lakonlayar Schindler's List 1993, Hannibal 2001, Gangs of New York 2002). Filem ini telah diarahkan oleh seorang pengarah berkaliber Holywood yang tidak asing lagi, Ridley Scott -tiga kali pencalonan untuk Academy Award (Thelma & Louise 1991, Gladiator 2000, Black Hawk Down 2001).


Filem ini dibintangi oleh 2 pelakon hebat yang tidak perlu diperkenalkan lagi; Denzel Washington dan Russel Crowe.Frank Lucas adalah protagonis yang diperankan oleh Denzel, kisah benar seorang 'tokan besar' dadah dari Harlem, New York. Lucas dengan selamba berani mati turun sendiri ke hutan Vietcong untuk 'deal face to face' dengan lagi besar punya tokan di Vietnam untuk menyeludup masuk 'Blue Magic Heroin' (100% pure!).

Dengan menggunakan bekas iparnya (pegawai militari atasan) sebagai optik kabel, Lucas dengan jayanya dapat merasuah tentera-tentera di US American Service Planes demi mencapai cita-cita menggantikan bekas ketuanya Ellsworth "Bumpy" Johnson (mati sakit tua) untuk muncul sebagai Raja Dadah Baru Harlem!

Perang Vietnam dieksploitasi dengan sewenangnya untuk menyeludup masuk beribu kilogram heroin tulen melalui pemprosesan tangan-tangan komunis marhain di hutan gelap Vietcong.Russell memerankan watak antagonis bernama Richie Roberts, sebagai sang detektif anti-korupsi sikaki betina, yang mencuba secara bersungguh untuk menjatuhkan Empayar Dadah Lucas...Bandaraya New York City telah menjadi lokasi pengambaran filem ini.

Plot yang kemas dan tersusun. Sinematografi yang sentimental dapat mengembalikan mood penonton ke era tahun-tahun 60an...tanpa dibuat-buat.Apakah kesudahan Frank lucas? Dapatkah Richie Roberts menentang empayar gangster dadah di New York? Apa kesudahan nasib bapak-bapak polisi yang korup?

Sila menonton sendiri. Nanti kalau cerita semua dah tak thrill...daa...

Jumaat, Januari 18, 2008

Siapa Yang Lebih Sesat?

(Jangan senang-senang nak tuduh orang lain sebagai sesat...Kita sendiri bagaimana?)

Zaman sekarang ini, kalau ada orang-orang yang ingin membuat sedikit kebaikkan sering dipandang serong. Dituduh sesat, jumud dan membuang dunia. Fitnah ditabur merata-rata... Katakanlah, jika terdapat sebuah jemaah tarekat sufi menganjurkan zikr tawwajuh, cepat sahaja masyarakat kita melabelkan sebagai kumpulan sesat dan menyelewengkan akidah.

Memanglah diakui jika ada kumpulan yang berzikir didalam gelap, bercampur baur lelaki perempuan yang bukan muhrim;bersentuhan sesama ahli maka memanglah ia sesat. Kumpulah zikr tanpa bersanad ini memanglah sesat lagi menyesatkan. Ditambah pula jika lafaz zikr itu berbunyi.."Ya Guru..Yahya....Guru Yahya....Guru Yahya..." (katakanlah...) sampai beribu kali. Itu rasanya semua pun tahu yang benda ini memang kesesatan yang nyata. Terang-terang sudah sesat, tanpa menggunakan pelita ayam.

Akan tetapi bagaimana pula, jika terdapat sesebuah jemaah tarekat sufi yang berzikir juga didalam gelap tanpa bercampur lelaki perempuan dan menyebut "La ila ha illalaaah..." beribu-ribu kali? Tak akan ini juga harus dituduh sebagai sesat. Hanya kerana berzikir didalam gelap, boleh jadi sesat? Wah! mudah sungguh menyesatkan orang yang berzikr, yang tujuan tidak lain semata-mata mendekatkan diri dengan Allah swt. Mungkin ramai yang tidak faham dan bertanya kena harus berzikr didalam gelap? Saya dulu pun mempunyai persoalaan yang sama. Tapi saya rasa beginilah...nak zikr didalam gelap ke, didalam terang ke...malah dimana-mana sekalipun...rasanya tidak salah. Mungkin memang terdapat kaedah yang berlainan yang dianjurkan. Zaman Rasulullah saw dulu rasanya memang tiada elektrik bukan? Kadangkala sesebuah tarekat sufi memang mempunyai sedikit sebanyak metodologi atau kaedah yang berlainan sesama mereka. Yang paling penting jangan bercanggah dengan Akidah Islam. Kalau setakat ada unsur kelainan dalam bab-bab furu' (ranting) rasanya tidak salah. Malah itulah keunikan didalam sesebuah jemaah islam itu.

Tidak kiralah...jemaah Tabligh, tarekat Ahmadiah, Abim mahupun jemaah islam yang lain-lain. Masing-masing mempunyai cara dan kaedah yang tersendiri. Jangan sampai saling menuduh kafir, bida'ah dan sesat hanya kerana tidak bersependapat didalam bab-bab furu'. Kita harus mencari titik pertemuan bukan pula titik perpisahan. Jikalau titik percanggahan yang lebih dititik beratkan maka semakin berpecahlah umat islam. Saya cuba bercakap didalam konteks Malaysia yang penganut agama Islam tidak berapa ramai pun. Gerakan islam harus menghormati diantara satu sama lain. Baru orang bukan Islam akan lebih menghormati agama kita.

Kalau terdapat seorang wanita yang memakai tudung labuh yang hanya nampak biji mata (NiQab), cepat sahaja masyarakat akan mempunyai tanggapan yang prejudis. Tuduhan-tuduhan seperti kolot dan jumud senang sahaja dihamburkan keluar tanpa mempunyai tanggapan yang lebih adil dan rasional.

Saya sekadar mempunyai persoalan yang sering menarik-menarik pemikiran rasional saya. Bagaimana pula dengan puak-puak dekat luar sana yang begitu ramai kuantitinya, yang mendedahkan aurat tanpa segan silu, yang meninggalkan kewajiban mengerjakan solat, yang bercampur baur lelaki perempuan bukan muhrim tanpa mengenal batas Agama semasa melihat Konsert Hiburan Lagha...

Kenapa takut nak tegur sesat? Jangan yang belah sini sahaja nampak, yang terang-terang membuat perkara sesat kita pejamkan mata. Adilkah ini? Mungkin ini yang dikatakan umat akhir zaman...

Pertanyaan naif saya sampai hari bermain diminda. Menjadi mitos...

Jumaat, Januari 11, 2008

Fikrah Menentukan Logik?

Saya merasakan daripada kita memperjuangkan untuk satu benda yang sia-sia...adalah terlebih baik kita berjuang untuk agama Allah swt. Agama yang diredhai disisi Allah swt hanya Islam. Diulangi...hanya Islam! Namun jangan pula kita jumudkan pemikiran kita bahawa Islam itu hanya tertumpu kepada soal amal ibadah semata.

Islam merangkumi semua sekali. Baik soal ekonomi, politik, sosial dan segala-galanya dialam ini. Saya cuba ambil satu contohnya, jika kita memperjuangkan hak -hak manusia dan alam sekitar maka pandangannya haruslah diuliti dengan Al Qur'an, Sunnah Rasulullah saw dan Jumhur Ulama'. Dimata pejuang hak asasi barat, mungkin menyembelih lembu didalam kuantiti yang banyak (ibadah korban) akan dianggap sebagai satu perbuatan kejam yang menyiksa binatang dan primitif. Sadis!

Namun disisi agama Allah swt, Ibadah Korban adalah satu ritual yang bersih dan mulia. Ia adalah satu bentuk interpretasi yang pihak kafir barat tidak pernah nampak. Mereka melihat tetapi tidak nampak. Kenapa tidak nampak? Jawapannya kerana mata hati mereka telah pun digelapkan. Mereka hanya dapat memandang pada zahir, dan menghukum pada lahiriah. Tidak nampak seseuatu yang lebih mendalam dari ibadah menyembelih lembu tersebut.

Kita nampak...mereka tidak nampak...

Belum tentu lagi lembu hensem yang disembelih itu tersiksa kesakitan jika disembelih dengan kaedah yang betul mengikut hukum syarak. Namun kalau kepala lembu hensem dipancung terus secara mengejut sehingga terserai kepalanya daripada badan maka itulah kejam namanya. Dan inilah yang pihak kafir barat memang lakukan didalam industri ternakan lembu daging mereka. Kasi tembak sama itu lembu, lepas itu kasi bikin itu Big Mac untuk Mc Donald!
Encik Lembu terkejut! Mati sadis tidak sempat bertaubat...

Akan tetapi kalu disembelih secara bersopan satun mengikut kaedah hukum syarak. Urat merikh di potong secara lemah gemalai maka lembu itu akan mati secara perlahan-lahan tanpa tersiksa mati terkejut! Darah keluar memancut perlahan-lahan...sedikit demi sedikit...sampailah Encik Lembu pengsan tanpa merasa terlalu kesakitan. Kiranya macam bius lah. Maka lembu pun menghembuskan nafasnya yang teraakhir penuh dengan keimanan. Segala wasiat sempat disampaikan kepadasaudara mara lembu yang lain...heheheeh!

Aman...itulah Islam. Segala hukum hakam yang tekandung didalam Al Qur'an memang agak kena dengan logik pemikiran manusia yang normal. Kalau George W. Bush lain lah...dia agak mempunyai otak yang tidak berapa normal. Sebenarnya Encik Lembu agak kelihtan lebih normal untuk menjawat jawatan Presiden Amerika Syarikat sdn. bhd. Mungkin ada manusia yang kelihatan berilmu sekular tetapi pada hakikatnya teramat-matlah jahil berfikir didalam situasi manusia normal yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka cuba mengemukakan bukti bahawasanya memang terdapat sesuatu yang tidak begitu logik didalam ayat-ayat Al Qur'an. Namun hakikat yang sebenarnya adalah daya berfikir tua empunya diri lah yang tidak logik untuk memahami Wahyu Agung Allah!

Fikrahnya tidak sampai untuk memahami logik ALLAH swt.

Sesuatu yang kita fikirkan tidak logik pada 3000 tahun dahulu, akhirnya terbukti begitu logik diabad ini. Siapa yang pernah menyangka tilikan ahli sihir Nostradamus yang dituliskannya didalam bentuk puisi panjang diantaranya mengatakan bahawa dia ternampak besi-besi berterbangan diangkasa logik pada zaman itu. Mereka mengatakan tidak logik! 100% tidak logik...dan SiNostradamus itu ahli sihir gila yang cuba mencari populariti.

Yang mereka tidak tahu bahawa Si Ahli Sihir Nostradamus itu rupanya memang bersahabat dengan Syaitan Laknatullah...Si Setan Mati (evil dead) yang sering melintas dari satu langit ke langit yang lain untuk mencuri-curi dengar "berita dari langit..." sebelum kelahiran seorang manusia bernama Muhammad bin Abdullah yang lebih dikenali sebagai Rasulullah! saw...

wallhua'alam...

Rabu, Januari 09, 2008

melihat dari mata kucing...(the Abu FurQaan Stories...)



Gambar ini saya ambil pada hari Ahad minggu lepas, di satu lokasi yang terpaksa dirahsiakan demi menjaga keselamatan keluarga kucing yang terlibat didalam satu konspirasi. Imej yang dirakam ini sebenarnya adalah anak kandung Abu FurQaan (bapak kucing gengster area Setiawangsa...heheheeeh) yang bernama Abu Mazhab. Kepada sesiapa yang telah mengikuti blog saya sejak hampir 2 tahun yang lepas(sila lihat arkib blog IIC, pasti sedia maklum siapa itu Abu FurQaan al Gengsteri wal pemalasiii, tukang curik ikan kembung Restoran Mamak Syawal. (tak percaya sila tanya seorang blogger yang bernama abgjas...huhuhuuu...)
Abu Mazhab telah dikenal pasti sebagai anak kandung abu FurQaan melalui proses DNA test yang mengambil masa kira-kira 3bulan. Segala bahan bukti seperti misai kucing, bulu badan,bekas paket kopi jantan, kuku yang patah serta tulang ikan kembung telah digunakan sebagai bahan bukti. 100% anak halal! Nampaknya Abu FurQaan tidak boleh mengelak lagi untuk memberi nafkah kepada bekas isteri beliau Fathimah hati thaiii, seekor kucing berbulu kelabu yang gambarnya tidak dapat didedahkan kepada umum kerana cuba memelihara identitinya. Namun buat julung-julung kalinya foto Abu Mazhab ini telah didedahkan untuk tatapan umum oleh individu tidak dikenali.
Disisi foto ini, telah disisipkan sekeping nota yang berbunyi :
"Abu FurQaan insaflah, hentikan sikap berfoya-foya mu itu,sesungguhnya isteri dan anak mu sedang menunggu kepulangan mu. Mereka bersedia memaafkan diri mu wahai Abu...
meow..meeoooww....meeeooowww!...auw!huahuahuaaah..."

cuba teka?

Jikalau anda seorang yang bijak melihat, gambar apakah ini?
Klu : "sesuatu yang nikmat..."

Sabtu, Januari 05, 2008

viopipe - butterfingers

muzik ini saya tujukan buat kawan-kawan semua...(i dedicated this song for all my friends...)

muzik ini banyak memberi interpretasi gambaran sebenar kehidupan saya...

Jumaat, Januari 04, 2008

"the photo killer..."


Saya selalu mengintip setiap pergerakkan alam dan manusia. Melihat apa yang mereka lakukan. Jangan salah sangka, saya bukan pula mengintip didalam bilik mandi atau kawasan peribadi. Saya meneropong menggunakan lensa kamera hitam Canon EOS SLR Digital milik peribadi ditempat kawasan awam. Saya mengukur cahaya di selang-selikan gerakkan orang bersimpar siur. Tidak tentu...kadang-kadang ramai. Kadang-kadang sepi. Saya menyorok maka mereka tidak nampak. Jaga-jaga ya...jangan sampai aksi anda dirakam kotak hitam. Bergurau cuma...jangan cemas saya bukan serial killer seperti di Amerika dibandar New York. Boleh sahaja anda menggelarkan saya "the photo killer"...memang sepatutnya begitu...


dicelah daun merah ungu


dicelah-celah daun merah ungu saya melihat kehidupan. bagaimana warna alam boleh membentuk persepsi saya. corak daun tidak mampu makhluk cipta walau sehelai. kesenian yang boleh mendekatkan saya kepada tuhan. tuhan mencipta, saya menerima. lalu terpesona dan ghairah dalam menikmati alam. dikalangan kita ada yang terlalu tamak mengkhianati alam. pokok-pokok ditebang, mata dikaburi wang.


lalu mulai hari ini saya berazam berjuang merakam sisa kejelitaan alam yang semakin pudar dimakan besi jentolak dan gergaji kasar.


dicelah-celah daun ungu...saya sesali untuk sekian kali...