Rabu, Januari 09, 2008

melihat dari mata kucing...(the Abu FurQaan Stories...)



Gambar ini saya ambil pada hari Ahad minggu lepas, di satu lokasi yang terpaksa dirahsiakan demi menjaga keselamatan keluarga kucing yang terlibat didalam satu konspirasi. Imej yang dirakam ini sebenarnya adalah anak kandung Abu FurQaan (bapak kucing gengster area Setiawangsa...heheheeeh) yang bernama Abu Mazhab. Kepada sesiapa yang telah mengikuti blog saya sejak hampir 2 tahun yang lepas(sila lihat arkib blog IIC, pasti sedia maklum siapa itu Abu FurQaan al Gengsteri wal pemalasiii, tukang curik ikan kembung Restoran Mamak Syawal. (tak percaya sila tanya seorang blogger yang bernama abgjas...huhuhuuu...)
Abu Mazhab telah dikenal pasti sebagai anak kandung abu FurQaan melalui proses DNA test yang mengambil masa kira-kira 3bulan. Segala bahan bukti seperti misai kucing, bulu badan,bekas paket kopi jantan, kuku yang patah serta tulang ikan kembung telah digunakan sebagai bahan bukti. 100% anak halal! Nampaknya Abu FurQaan tidak boleh mengelak lagi untuk memberi nafkah kepada bekas isteri beliau Fathimah hati thaiii, seekor kucing berbulu kelabu yang gambarnya tidak dapat didedahkan kepada umum kerana cuba memelihara identitinya. Namun buat julung-julung kalinya foto Abu Mazhab ini telah didedahkan untuk tatapan umum oleh individu tidak dikenali.
Disisi foto ini, telah disisipkan sekeping nota yang berbunyi :
"Abu FurQaan insaflah, hentikan sikap berfoya-foya mu itu,sesungguhnya isteri dan anak mu sedang menunggu kepulangan mu. Mereka bersedia memaafkan diri mu wahai Abu...
meow..meeoooww....meeeooowww!...auw!huahuahuaaah..."

7 ulasan:

Noushy Syah berkata...

Salam Mr Moderator...

hehhehe..Noushy tak berapa faham entry ni mengenai kucingkah atau double meaning nih?

I bet it's only some kind of jokes right?

Anyhow,kucing mana ada otak...kalau dia nak maian kayu tiga pun bukannya haram muahhahaha..

Salam Maal Hijrah untuk Mr Moderator sekeluarga juga yea.Keep Smiling<----senyum itu sedekah kan..:)

A KADIR JASIN berkata...

Sdr Moderator dimuliakan,

Terima kasih kerana mengarahkan saya kepada blog saudara ini. Menarik.

Cerita Abu Mazhab, bapanya Abu FurQaan dan bekas isterinya Fathimah hati thaiii, asing bagi saya.

Namun, nampaknya kucing dua beranak ini bukanlah kucing mithali yang akan mendapat gelaran mithali pada perayaan tahun baru kucing.

Apa pun, cerita kiasan sebegini cukup bagus. Ia menghidupkan semula tradisi cerita, kisah dan hikayat kiasan yang pernah menjadi tradisi sastera Melayu dan kebiasaan orang Melayu.

Saya masih ingat cerita-cerita kiasan seperti “Kalilah dan Dimnah”, “Sang Kancil” dan “Di Kolam Mereka Berhimpun” yang watak utamanya adalah haiwan.

Di Kuala Lumpur dan Malaysia dewasa ini, banyak kucing gemuk (fat cats) dan tikus besar (big rats).

Anihnya, fat cats selalunya tidak memburu atau memakan big rats.

Malah mereka sudah mewujudkan dasar hidup bersama dan menjadikan haiwan yang lebih lemah sebagai mangsa mereka.

Sounds familiar?

Salam Maal Hijrah, selamat maju jaya dan terima kasih.

Elhakim berkata...

tn elmoderator,

hurrmm...
kisah benar kot.

MODERATOR berkata...

Salam Noushy,

memang double meaning..hehehee
rasanya belum terlewat untuk mengucapakan selamat tahun baru islam kembali. Teruskan berbloging sis. Sometimes cat own enough brain than human. betulkan...

MODERATOR berkata...

Salam Ayahanda Dato' Kadir yang budiman.

Ular kalau menyusur akar bisanya memang tidak akan hilang. Malah lebih berbisa...

Itulah perumpamaan untuk Dato' Kadir yang dihormati. Terima kasih keran sanggup mencemar duli singgah keteratak hamba.

Buat kawan-kawan... Dato' A. Kadir Jasin (ex- Chief Editor New Straits Times) memang satu nama yang boleh dikatakan besar didalam dunia penulisan dan Malaysian Intellectual Journalist.

Terima Kasih Dato' The Scribe.

MODERATOR berkata...

Salam Tuan Guru Sheikh Sufi el Hakim al Selangori,

kisah benar ke? hehehee...benar kot...

fikir-fikirkanlah...dan terus meneka.

(belum ada brani bagi itu jawapan, takut kena 'sue' daaa...)

Mak Su berkata...

hihihi, macam2 lah uols ni