Jumaat, Januari 11, 2008

Fikrah Menentukan Logik?

Saya merasakan daripada kita memperjuangkan untuk satu benda yang sia-sia...adalah terlebih baik kita berjuang untuk agama Allah swt. Agama yang diredhai disisi Allah swt hanya Islam. Diulangi...hanya Islam! Namun jangan pula kita jumudkan pemikiran kita bahawa Islam itu hanya tertumpu kepada soal amal ibadah semata.

Islam merangkumi semua sekali. Baik soal ekonomi, politik, sosial dan segala-galanya dialam ini. Saya cuba ambil satu contohnya, jika kita memperjuangkan hak -hak manusia dan alam sekitar maka pandangannya haruslah diuliti dengan Al Qur'an, Sunnah Rasulullah saw dan Jumhur Ulama'. Dimata pejuang hak asasi barat, mungkin menyembelih lembu didalam kuantiti yang banyak (ibadah korban) akan dianggap sebagai satu perbuatan kejam yang menyiksa binatang dan primitif. Sadis!

Namun disisi agama Allah swt, Ibadah Korban adalah satu ritual yang bersih dan mulia. Ia adalah satu bentuk interpretasi yang pihak kafir barat tidak pernah nampak. Mereka melihat tetapi tidak nampak. Kenapa tidak nampak? Jawapannya kerana mata hati mereka telah pun digelapkan. Mereka hanya dapat memandang pada zahir, dan menghukum pada lahiriah. Tidak nampak seseuatu yang lebih mendalam dari ibadah menyembelih lembu tersebut.

Kita nampak...mereka tidak nampak...

Belum tentu lagi lembu hensem yang disembelih itu tersiksa kesakitan jika disembelih dengan kaedah yang betul mengikut hukum syarak. Namun kalau kepala lembu hensem dipancung terus secara mengejut sehingga terserai kepalanya daripada badan maka itulah kejam namanya. Dan inilah yang pihak kafir barat memang lakukan didalam industri ternakan lembu daging mereka. Kasi tembak sama itu lembu, lepas itu kasi bikin itu Big Mac untuk Mc Donald!
Encik Lembu terkejut! Mati sadis tidak sempat bertaubat...

Akan tetapi kalu disembelih secara bersopan satun mengikut kaedah hukum syarak. Urat merikh di potong secara lemah gemalai maka lembu itu akan mati secara perlahan-lahan tanpa tersiksa mati terkejut! Darah keluar memancut perlahan-lahan...sedikit demi sedikit...sampailah Encik Lembu pengsan tanpa merasa terlalu kesakitan. Kiranya macam bius lah. Maka lembu pun menghembuskan nafasnya yang teraakhir penuh dengan keimanan. Segala wasiat sempat disampaikan kepadasaudara mara lembu yang lain...heheheeh!

Aman...itulah Islam. Segala hukum hakam yang tekandung didalam Al Qur'an memang agak kena dengan logik pemikiran manusia yang normal. Kalau George W. Bush lain lah...dia agak mempunyai otak yang tidak berapa normal. Sebenarnya Encik Lembu agak kelihtan lebih normal untuk menjawat jawatan Presiden Amerika Syarikat sdn. bhd. Mungkin ada manusia yang kelihatan berilmu sekular tetapi pada hakikatnya teramat-matlah jahil berfikir didalam situasi manusia normal yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka cuba mengemukakan bukti bahawasanya memang terdapat sesuatu yang tidak begitu logik didalam ayat-ayat Al Qur'an. Namun hakikat yang sebenarnya adalah daya berfikir tua empunya diri lah yang tidak logik untuk memahami Wahyu Agung Allah!

Fikrahnya tidak sampai untuk memahami logik ALLAH swt.

Sesuatu yang kita fikirkan tidak logik pada 3000 tahun dahulu, akhirnya terbukti begitu logik diabad ini. Siapa yang pernah menyangka tilikan ahli sihir Nostradamus yang dituliskannya didalam bentuk puisi panjang diantaranya mengatakan bahawa dia ternampak besi-besi berterbangan diangkasa logik pada zaman itu. Mereka mengatakan tidak logik! 100% tidak logik...dan SiNostradamus itu ahli sihir gila yang cuba mencari populariti.

Yang mereka tidak tahu bahawa Si Ahli Sihir Nostradamus itu rupanya memang bersahabat dengan Syaitan Laknatullah...Si Setan Mati (evil dead) yang sering melintas dari satu langit ke langit yang lain untuk mencuri-curi dengar "berita dari langit..." sebelum kelahiran seorang manusia bernama Muhammad bin Abdullah yang lebih dikenali sebagai Rasulullah! saw...

wallhua'alam...

3 ulasan:

Mak Su berkata...

kata orang...kalau betul gayanyer, lembu itu akan datang menyerah diri.. pernahkah tuan moderator dengari?

MODERATOR berkata...

Belum pernah Mak Su, tetapi yang pernah saya lihat seekor Lembu berlari ala Marathon sebab talinya terputus.

Itu Lembu sudah masuk berlari kat jalanraya daa. Saya yang tengah driving kat sebelah siapa boleh bagi lambaian mesra "Sup Tulang" kat itu lembu hensem. Yang sebenarnya saat itu saya rasa nak menangis pun ada melihat lembu hensem berlari tak tentu arah. Naun saya redha...ajal maut makhluk, Allah swt yang menentukan.

Sekurang-sekurannya itu Mr. Lembu mati kejalan Allah swt. Kita?

MODERATOR berkata...

Oh ya, lupa pula nak kasi tau. Kejadian tersebut berlaku kira2 4 tahun lepas kalau tak silap. Kisah benar...bukan rekaan.