Sabtu, Januari 19, 2008

AMERICAN GANGSTER ( berdasarkan kisah benar bekas Raja Dadah Harlem...)


Berdasarkan kisah benar seorang Black American Gangster (Raja Dadah Harlem...)


American Gangster adalah sebuah filem jenayah 2007 yang naskah asalnya ditulis oleh Steve Zaillian (penulis lakonlayar Schindler's List 1993, Hannibal 2001, Gangs of New York 2002). Filem ini telah diarahkan oleh seorang pengarah berkaliber Holywood yang tidak asing lagi, Ridley Scott -tiga kali pencalonan untuk Academy Award (Thelma & Louise 1991, Gladiator 2000, Black Hawk Down 2001).


Filem ini dibintangi oleh 2 pelakon hebat yang tidak perlu diperkenalkan lagi; Denzel Washington dan Russel Crowe.Frank Lucas adalah protagonis yang diperankan oleh Denzel, kisah benar seorang 'tokan besar' dadah dari Harlem, New York. Lucas dengan selamba berani mati turun sendiri ke hutan Vietcong untuk 'deal face to face' dengan lagi besar punya tokan di Vietnam untuk menyeludup masuk 'Blue Magic Heroin' (100% pure!).

Dengan menggunakan bekas iparnya (pegawai militari atasan) sebagai optik kabel, Lucas dengan jayanya dapat merasuah tentera-tentera di US American Service Planes demi mencapai cita-cita menggantikan bekas ketuanya Ellsworth "Bumpy" Johnson (mati sakit tua) untuk muncul sebagai Raja Dadah Baru Harlem!

Perang Vietnam dieksploitasi dengan sewenangnya untuk menyeludup masuk beribu kilogram heroin tulen melalui pemprosesan tangan-tangan komunis marhain di hutan gelap Vietcong.Russell memerankan watak antagonis bernama Richie Roberts, sebagai sang detektif anti-korupsi sikaki betina, yang mencuba secara bersungguh untuk menjatuhkan Empayar Dadah Lucas...Bandaraya New York City telah menjadi lokasi pengambaran filem ini.

Plot yang kemas dan tersusun. Sinematografi yang sentimental dapat mengembalikan mood penonton ke era tahun-tahun 60an...tanpa dibuat-buat.Apakah kesudahan Frank lucas? Dapatkah Richie Roberts menentang empayar gangster dadah di New York? Apa kesudahan nasib bapak-bapak polisi yang korup?

Sila menonton sendiri. Nanti kalau cerita semua dah tak thrill...daa...

Tiada ulasan: