Khamis, November 06, 2008

Obama bukan Monyet!

Nanti! ini bukan malam meraikan Presiden Monyet. jadi tiada pesta terloncat-loncat. ini malam kemenangan. bermulanya detik perobahan...


dari sudut lain ku pandang Amerika
aku melihat dari sisi OBAMA.
bukan OSAMA.
Amerika mesti berubah
jika tak mahu runtuh.

Barrack Obama...
yang kelihatan bijak
tidak nampak terloncat-loncat
seperti Presiden Monyet yang lepas.

Obama dikatakan harapan Amerika
atau mungkin harapan dunia
dikala tali-tali
persahabatan Islam dan Barat
hampir-hampir sahaja putus.

namun jangan berharap sangat
takut
impian itu tidak pernah
menjadi kenyataan.

1 ulasan:

AbGJaS berkata...

Hi Moderator,
Terdengar juga cakap2 org, kisah kemenangan besar Obama ini umpama kisah kemenangan besar Pak Lah dlm PRU'04.

Harapan yg terlalu tinggi akhirnya runtuh di badan sendiri..