Sabtu, Januari 24, 2009

FOTO HARIMAU MANDI...

(UNEDITED IMAGE) - 160 seconds at f/5.6, ISO 400, 250mm, Manual White Balance.
Inilah binatang peliharaan kesayangan saya. Nama manjanya BELL (Singkatan daripada nama asal). Nama betul dalam Surat Beranak : ABDUL BELANG bin ISRAEL. Gambar diambil sewaktu BELL, sedang leka menghadiri Swimming Class. BELL suka teknik renang, KUAK LENTANG. Siaaan diee...tercungap-cungap. Satu jer yang kureng, BELL tak mampu nak beli google. Cita-cita sebenar BELL adalah menjadi wakil BELANTARA MALAYSIA untuk masuk bertanding di Sukan Olimpik Binatang Ternakan, pada musim tengkujuh yang akan datang. Bakal diadakan di Puncak Pergunungan Tibet; yang turut dirasmikan oleh DALAI LAMA. Berkemungkinan, BELL akan menjadi satu-satunya wakil tunggal daripada HUTAN SIMPAN FRIM, di PUCHONG. Mari sama-sama kita mendoakan kejayaan beliau. Jadi sebagai latihan persiapan bagi Temasya Sukan tersebut maka semenjak 2-3 bulan ini, BELL dengan tersipu-sipu malu mengisytiharkan bahawa dirinya bukan lagi haiwan maging. Sebaliknya 100% VEGETARIAN. Boleh percaya ke? heh!

Sila KLIK pada Gambar BELL untuk mencapai kepuasan maksimum!

Tiada ulasan: