Sekali-sekala kita layan lagu COWBOY... Baru Malay Cowbooyyyyyy...
Lagu ini sedap didengar... Video pun best. Mari tengok!
Jumaat, Ogos 28, 2009
VIDEO KOBOI DIBULAN RAMADHAN...
HADIS HARAM BERSETUBUH DI SIANG HARI BULAN RAMADAN
Isnin, Ogos 24, 2009
KISAH ORANG MELAYU DULU-KALA BERPUASA (NOSTALGIA ROMANTIS RAMADHAN AL MUBARAK!)
Catatan Moderator : Orang zaman sekarang dah tak merasa lagi untuk mengecapi nikmat bila masuk bulan Ramadan stail tradisional. Zaman sekarang orang lebih suka berbuka puasa di Hotel-Hotel 4-5 bintang jula juli... Ooh alangkah indahnya orang zaman dulu menikmati bulan puasa... Tulisan kat bawah ini seolah-olah macam satu Mitos. Budak-budak muda zaman sekarang ramai yang dah tercabut daripada Akar Umbi... Hmm...entah lah...
Saturday, August 22, 2009
Nostalgia Bulan Puasa Di Desa
A Kadir Jasin
SAMBIL menanti waktu berbuka puasa, teringat saya kepada bulan puasa ketika kanak-kanak dulu.Bagi pembaca dan pembahas yang segenerasi dengan saya atau yang 10 hingga 15 tahun lebih muda dan berasal dari kampung tentu masih ingat keistimewaan bulan puasa.Mula-mula sekali debaran menunggu pengumuman puasa. Waktu itu kalau tengok anak bulan, memang tengok betul-betul. Kalau tak nampak anak bulan Ramadan, tak mula puasa.Di pedalaman Kedah bukan mudah hendak dapat berita fasal tidak ramai orang ada radio. Salah satu kaedah menghebahkan puasa dan waktu puasa adalah dengan tembakan meriam di Alor Star.Kerana waktu itu belum banyak kenderaan dan tidak hingar bingar macam sekarang, bunyi letupan meriam di Alor Star boleh didengar berpuluh kilometer jauhnya, apatah lagi kalau waktu air pasang besar.Ada kalanya lain kampung lain hari permulaan puasa dan hari raya akibat tidak dapat berita atau kerana “fatwa” tok guru tempatan. Ada yang ditangkap Jabatan Agama Islam kerana tidak ikut arahan mula berpuasa dan beraya.Waktu petang saya dan kawan-kawan seusia berbasikal berkilometer jauhnya untuk membeli air batu ketul yang paling murah. Kami berebut memilih ketul paling besar. Supaya lambat cair, ketul ais itu diseliputi habuk kayu atau sekam dan dibungkus dengan kertas surat khabar. Untuk lebih tahan, kami membalutnya pula dengan guni.Waktu berbuka paling nikmat. Minum air serbat dan makan nasi serta kuih muih sampai perut menggelembung macam belon dan jatuh terlentang.Lepas itu kalau ada tenaga atau disuruh ibu bapa, kami berbasikal ke masjid untuk solat isyak, tewarikh dan makan moreh.Kalau hari cuti atau ketika cuti sekolah dan dibenarkan ibu bapa kita tinggal di masjid untuk pukul gendang raya bila sampai waktu bangun bersahur.Apabila bulan puasa jatuh ketika musim menuai, maka ramailah petani yang membanting padi pada waktu malam di bawah cahaya bulan atau lampu “goslin” (gasoline) kerana siang terlalu panas dan kehausan berpuasa.Lagipun berbuka puasa sangat meriah kerana adik berdik ramai. Bersama ayah dan emak, bilangan kami menjadi 10. Makan mesti berebut kalau ayah dan emak tak nampak. Masing-masing takut tak cukup.Demikian nostalgia. Untuk semua Muslimin dan Muslimat selamat berbuka.
Ahad, Ogos 23, 2009
HADIS TENTANG MASIH BERJUNUB KETIKA MASUK SUBUH KETIKA BULAN RAMADHAN...
Dari Aisyah ra. katanya ada seorang laki-laki datang minta fatwa kepada Nabi saw., sedangkan 'Aisyah mendengarkannya dibelakang pintu. Tanyanya, "Ya Rasulullah! Waktu solat telah tiba, sedangkan aku dalam keadaan junub. Bolehkah aku meneruskan puasa ku?" Jawab Rasulullah saw., "Aku pun pernah mendapatkan waktu solat Subuh dalam keadaan junub, lalu aku terus saja puasa." Kata orang itu, "Anda tidak sama dengan kami. Anda telah mengampuni dosa anda yang lama dan yang baru." Sabda Rasulullah saw.,"Demi Allah! Sesungguhnya aku berharap, semoga akulah orang yang paling takut kepada Allah, dan lebih tahu daripada kamu sekelian tentang bagaimana caranya taqwa."
(Hadis Sohih Muslim terjemahan Ma'mur Daud, Jilid 2, Hal. 245)
Sabtu, Ogos 22, 2009
SMS Ucapan Selamat Berbuka Puasa...Budaya baru bagi mengeratkan Silaturaheeem...
Alhamdulillah. Selesai sudah satu hari umat islam di Malaysia berpuasa. Ujian baru bermula. Keindahan juga baru bermula. Sama-sama kita memperteguhkan ajaran agama. Malam solat tariwikh kali kedua. Solat di Masjid boleh, solat dirumah pun bagus juga. Buat mana yang termampu. Sebentar tadi sebelum berbuka sempat juga aku mengirimkan SMS kepada sahabat handai. Ucapan selamat berbuka puasa dan selamat mengerjakan Solat Tarawikh. Antara yang sempat ku kirimkan sms adalah Bro Abbas, Bro Ahmend Adam (Mat Saleh UK), Abu Amer as SabaQi, Farizah, Hamka (tempat aku aku merujuk bab agama satu waktu dulu), Divesh & Adawiyah (Pemenang Program Cari Menantu Musim 1), Ustaz Jabar (Geng Adni Islamic School), En. Sifly (Bekas Tuan Rumah temapat aku menyewa dulu), Kahiruddin aka. Mr. K (haram kau tak balas ssm aku yee...ceh!), Mat Nor Octopus (mentang2 kau dah jadik Cikgu...heheheee), Hafiz (aku respek cara kau reply msg aku...short and simple...amalkan slalu) .
Kepada geng-geng yang lain...insha'allah aku akan sms kalian kemudian. Puasa panjang lagi beb!
HADIS PUASA RAMADHAN
BILA AGAKNYA ANWAR IBRAHIM DAN MAHATHIR BERTEPOK TAMPAR DENGAN MESRA DIBULAN PUASA.....Alhamdulillah...
Hari pertama umat Muhammad saw mula berpuasa di Malaysia, suasana di antara Kuala Lumpur dan Selangor cuaca begitu nyaman sekali. Hujan turun dengan rintik-rintik kecil. Langit mendung kelabu. Semuanya kelihatan tenang. Alhamdulillahirabbil a'lamiiin...
Semua Rakyat Malaysia diselamatkan Allah swt. Hidup terus tenang dan harmoni. Walaupun politik Malaysia semenjak piliharaya tahun 2008 sentiasa bergelodak. Tidak pernah tenang. Namun rakyat jelata majoritinya hidup macam biasa. Pemimpin yang yang kat atas tu yang suka sangat bergasak dan bergaduh tak henti-henti. Kadang-kadang sampai mengenepikan nilai-nilai suci agama Islam. Berpolitiking sampai terlumpa hukum-hakam agama. Salah siapa? Bukan salah rakyat jelata. Rakyat jelata semua nak hidup damai. Tak mau nak berdaduh selalu.
Semoga dihari baik, bulan baik ini. Semua pemimpin islam tak kira parti boleh berdamai (walau sementara?) dan duduk berbuka bersama tanpa dendam dan sengketa. Sebab apa? Sebab kebanyakkan rakyat sudah mual dan jelak.
Harapan ku semoga Tok Guru Nik Aziz boleh berpeluk cium dengan Muhyidin Yasin dan Najib Razak. Begitu juga Anwar Ibrahim boleh bertepuk tampar dengan mesra sekali dengan Mahathir. Kita cuba menerima apa yang ditakdirkan Allah selama ini dengan redha...
Nasihat ini juga untuk diri Aku...
Ramadhan datang lagi...dengan harapan dosa ku diampuni Tuhan...
Bulan mulia kini menjelma. Hatiku sayu rasanya. Semoga Allah swt sudi mengampunkan segala dosa-dosa ku selama ini. Ramadhan al Mubarak memberikan satu kekuatan kembali kepada ku. Mengharapkan belas kasihan daripada Tuhan...
Alangkah ruginya jikalau Aku mensia-siakan peluang yang datang ini. Aku berharap didalam bulan puasa ini dapatlah kiranya Aku dan semua umat Nabi Muhammad saw. berpuasa dengan tenang. Membaca Al Qur'an sebanyak mungkin. Berzikrullah sebanyak mungkin. Ditambah pula dengan solat-solat sunat.
Aku berharap pada Ramadhan kali ini, Allah subhana wata'laa memakbulkan niat murni ku ini untuk beribadah kepada NYA sebanyak mungkin dengan niat yang betul-betul IKHLAS kepada NYA.
Amin ya rabbal A'laa min...
Malay Cowboy ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK
Salam.
Berpuasalah kita dengan niat puasa kerana ALLAH swt semata-mata... Bulan puasa bulan membuang Nafsu Binatang dan bulan mengikat Syaitan. Berpuasalah...jangan tak berpuasa tanpa sebab. Malulah dengan Tuhan...malu juga dengan adik-adik sekolah rendah yang selalu berjaya 'puasa penuh'.
Semoga amalan puasa kita diterima oleh ALLAH swt serta diberi pahala dan Syurga, dijauhi pula dari bakaran api Neraka...nau'zubillah...
Wasalam.
Selasa, Ogos 04, 2009
Original Malay Cowboy! (Koboi Melayu suka menulis...dan pakai but kulit paras lutut))
koboi melayu tak minum beer, tapi minum susu. koboi melayu tak reti mau tembak orang sama dia punya senapang patah dua laras tapi suka tembak ayam hutan kasi bikin lauk. sekarang koboi melayu sedang kumpul wang dan bercita-cita mau beli itu kuda 'black stallion' dan mau ternak lembu satu kandang. ala-ala fiksyen clint eastwood. original "The High Chapparal". err... lagi satu koboi melayu tak suka gaduh-gaduh dan bising-bising tak tentu hala. itu ahli politikus brengsek koboi melayu mau tendang kasi masuk kandang kuda! koboi melayu 'cool' & 'peace'... kah kahh kahhh kaahhh kaaahhhhh... ;-) sebelum keluar koboi melayu mau kasi ucapan "Assalamualaikum..."