Sabtu, Ogos 22, 2009

Ramadhan datang lagi...dengan harapan dosa ku diampuni Tuhan...

Ya Allah! Syukur diatas segala rezeki yang kau berikan selama ini. Selamatkan kami wahai Allah...

Bulan mulia kini menjelma. Hatiku sayu rasanya. Semoga Allah swt sudi mengampunkan segala dosa-dosa ku selama ini. Ramadhan al Mubarak memberikan satu kekuatan kembali kepada ku. Mengharapkan belas kasihan daripada Tuhan...
Alangkah ruginya jikalau Aku mensia-siakan peluang yang datang ini. Aku berharap didalam bulan puasa ini dapatlah kiranya Aku dan semua umat Nabi Muhammad saw. berpuasa dengan tenang. Membaca Al Qur'an sebanyak mungkin. Berzikrullah sebanyak mungkin. Ditambah pula dengan solat-solat sunat.

Aku berharap pada Ramadhan kali ini, Allah subhana wata'laa memakbulkan niat murni ku ini untuk beribadah kepada NYA sebanyak mungkin dengan niat yang betul-betul IKHLAS kepada NYA.
Amin ya rabbal A'laa min...

Tiada ulasan: