KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.
Nik Azizk, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.
"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.
"Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.
Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - Bernama
Prof Dr Aziz Bari akui "Sidang Tergempar Dun Perak" sah di sisi Perlembagaan Tarmizi Mohd Jam Thu Mar 05, 09 10:05:02 am MYT
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh)- Sidang tergempar Dun Perak yang terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridhwan, 3 Mac lalu adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada Speaker untuk menetapkan tempat dan lain-lain perkara berkaitan.
Menurut pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang 'Tragedi Hitam Demokrasi' di Perak itu, pihak polis awal-awal lagi sudah melanggar Perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah dari Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan dari Speaker yang menjadi kuasa tertinggi dalam dewan.
"Apa yang berlaku sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat bersidang," tegas beliau ketika dihubungi.
Dua usul yang diluluskan oleh dewan diperakui sah dan perlu dilaksanakan. Malah Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamalauddin boleh mengadap Tuanku Sultan dan persembahkan usul dewan untuk tindakan seterusnya.
Aziz berkata, mahkamah tidak ada kuasa untuk mengeluarkan injunksi kepada dewan. Beliau kesal, pihak pentadbiran negeri (SUK), polis dan lain-lain pihak terpaksa menyekat dan menutup dewan dari digunakan untuk sidang tergempar Dun.
"Mereka (BN) tidak ada pilihan lain," ujar pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.
Aziz mempersoalkan sejak bila seorang setiausaha dewan (Abdullah Antong) diberi kuasa mentafsirkan peraturan tetap dewan sedangkan setiausaha hanya kakitangan biasa yang bekerja di bawah arahan Speaker.
Polis juga, tegas beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang dewan bersidang dan perkara ini telah disebut oleh Speaker, V Sivakumar. Mengimbas apa yang terjadi pada pagi 3 Mac lalu, insiden di Perak itu cukup menyedihkan kerana ini membuktikan bagaimana institusi rakyat seperti pentadbiran awam termasuk polis yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak memihak serta menjunjung perlembagaan, rela dijadikan 'kuda tunggangan' oleh pihak tertentu, kata Aziz.
"Demokrasi tidak akan makmur tanpa kerjasama insititusi itu. Anehnya Zambry tidak mengaku mengeluarkan arahan menutup bangunan sekretariat. Begitu juga dengan Dato' SS. Jadi, bagaimanapun OCPD terus tidak membenarkan ahli dewan masuk?" soal Aziz kehairanan.
Dari satu sudut, ini telah menimbulkan persoalan, "Apa asas pihak polis untuk tidak membenarkan 28 Adun Pakatan Rakyat masuk ke Dewan? Takkan mereka (polis) tak kenal Speaker? Takkan Adun-Adun Pakatan ini dianggap pengganas dan penjenayah? Ini perlu dijawab oleh pihak polis." Tegas Aziz lagi, insiden di Perak itu gagal menyuburkan proses demokrasi kerana institusi awam seperti polis tidak memainkan peranan dengan betul.
Ulasan lanjut Profesor Dr Aziz Bari berkenaan isu ini boleh dibaca pada Harakah Bil 1420 (Edisi Jumaat) bertarikh 6 - 8 Mac yang kini berada dipasaran. Dapatkan di kedai-kedai akhbar berhampiran!_
Rakyat Malaysia tak sedar sakit mental 19/02/2009 2:20pm KUALA LUMPUR, 19 Feb.— Lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya, menurut seorang pakar psikiatri Prof Dr Mohammad Hussain Habil.
Beliau berkata kegagalan menyedari hakikat itu adalah kerana mereka tidak dapat mengenal pasti simptom penyakit berkenaan dan terlalu bergantung kepada bomoh, sinseh dan perantara untuk menyembuhkan mereka.
Mohammad, yang juga Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), berkata kemajuan dalam bidang sains perubatan, skizofernia boleh dipulihkan sepenuhnya jika dikesan dari awal.
Beliau berkata jika penyakit dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan pesakit skizofernia akan menjadi lebih ganas dan boleh membunuh diri atau membunuh anggota keluarga ataupun jiran mereka.
Adalah penting, kata beliau untuk mengenal pasti simptom awal seperti menjerit dan memekik tanpa sebab, secara tiba-tiba tidak berminat dengan kerja, memutuskan hubungan, tidak menghiraukan kebersihan diri dan bertindak ganas.
Penyakit ini, kata beliau tidak semestinya disebabkan keturunan tetapi adalah lebih akibat daripada perubahan kimia dalam sel-sel otak dan ia tidak hanya terbatas dalam kumpulan etnik tertentu atau kepercayaan.
Mohammad menasihatkan para ibu bapa supaya mengawasi simptom berkaitan kerana penyakit ini dilihat ketara dalam kalangan remaja.
Katanya para ibu bapa dan anggota keluarga lebih memahami kerana ia amat penting untuk pemulihan awal.
Beliau berkata UMMC telah merawat ramai pesakit dan regim rawatan bukan hanya ubat-ubatan tetapi juga pemulihan daripada segi penempatan kerja dan latihan vokasional. — Bernama
Maka dengan sebab-sebab demikianlah yang mendorongkan saya rasa berkewajipan menulis buku ini iaitu setelah meminta izin dari guru untuk menjawab cabaran yang sangat berat itu,sedangkan saya adalah seorang yang sangat lemah dengan tenaga keruhanian khususnya pula dengan segenap sudut ilmu pengetahuan lahir batin.
Sekalipun demikian maka dengan taufiq dan hidayah Allah, Alhamdulillah saya dapat menyudahkan buku ini. Dan dengan demikian mudah-mudahan diharap akan hilang kegelapan dan kekeliruan karut –marut yang disebarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab terhadap kekayaan ilmu dalam khazanah Islam.
Selain dari itu saya tujukan tulisan buku inisebagai pembalasan keizinan guru dan sebagai pembalasan jasa kepada keikhlasan pengajaran guru dan juga sebagai persembahan kenangan bakti dari murid ke guru, yang mana saya tak dapat lupakan dalam seluruh kehidupan saya; kepada TUAN GURU AL-HAJI DAUD BIN AL-HAJI UMAR AL-LIBADI BUKIT ABAL, Kelantan darul na’im.
Tuan Guru Haji Daud salah seorang ulama’ yang banyak pengalaman dalam tasauf dan payah hendak dicari. Beliaulah seorang guru yang dapat menguasai jiwaku menyedari hakikat betapa pentingnya ilmu tasauf ini untuk difaham dengan betul oleh setiap orang yang mengakui dirinya Islam. Mudah-mudahan dengan itu akan hilang cela cerca terhadap ilmu tasauf yang sangat penting member tenaga dalam kehidupan manusia.
Juga saya ingin menyatakan telahan bahawa isi buku ini mungkin akan mendapat tentangan oleh sesetengah golongan malah mungkin tidak akan pecah liur oleh nafsu sesetengah orang, namun demikian maka saya inginlah juga mendedahkan kepada masyarakat umum dari segi pengetahuan tasauf itu adalah sebagai satu cabang kakayaan ilmu yang tersimpan dalam khazanah Islam, sama ada akan timbul reaksi pecah liur atau tidak. Tambahan pula saya diminta oleh sesetengah sahabat-sahabat betangkan perkara ini untuk manfaat pengetahuan umum. Dalam pada itu pula jika terdapat secara tidak langsung suluhan-suluhan pendapat mengenai hal masyarakat atau lainnya adalah semata-mata hak kebebasan pemikiran saya menurut kaca mata tasauf jua.
Kepada Allah jua saya memohon doa supaya dijadikan buku ini manfaat kepada umum sebagai derma bakti amalan soleh dari penulis dan gurunya. Mudah-mudahan ia akan mendatangkan kesedaran ruhani dan agama dan mendapat sambutan baru dalam tengah-tengah negara kita yang sedang membangun oleh golongan peminat ilmu dan setiap pembaca – Amin!
Suatu pesanan yang sangat perlu iaitu saya berharap buku ini janganlah dibaca secara sambil lewa atau dibacanya dimasa luang-luang waktu berehat dari penat bahkan pembacaannya memerlu kepada penelitian yang cukup kerana ilmu ini sangat dalam dan payah hendak ditakrifkan. Saya rasa saya tulis buku ini dengan bahasa yang paling mudah iaitu bahasa yang sengaja di perimbang antara desa dan kota, dalam pada itu kalau terdapat juga kesukaran hendak memaham ataupun tersalah silap maka itu adalah kerana kekurangan penyusunan atau ta’abir penulis.
Ya Allah Ya Rabbi! Terimalah amalan ku ini sebagai amalan soleh untuk ku, untuk ibu dan ayahku dan untuk hadiah kepada ruh-ruh Aulia Allah yang ku cintai dan almukminin wal mukminat. Amin.
Al FaQirul Makhlus, Mustapha Mohamed Al-Jiasi (Al-Ahmadi)
OLEH KERANA TERDAPAT BEBERAPA PERMINTAAN, MAKA BUKU INI DIJUAL SECARA ONLINE DI BLOG INI.
KEPADA YANG INGIN MEMBUAT PESANAN PEMBELIAN SILA TINGGALKAN NAMA, NO TELEFON & E-MAIL DI RUANGAN KOMEN. (JANGAN BIMBANG SEGALA MAKLUMAT TIDAK DIDEDAHKAN DAN TIADA SEBARANG UNSUR PENIPUAN). TQ. Wassalam.
MUKADDIMAH BUKU “MENGENAL DIRI DAN WALI ALLAH” Tulisan TUAN GURU SYEIKH MUSTAPHA MOHAMED AL-JIASI (AL-AHMADI)
Bismillahirahmaanirrahiiim...
Dengan nama Mu, segala puji ku hadap pada Mu, puji mana tak dapat ku hinggakan dengan pengucapan lidahku, keluhan jiwaku, surung tarik nafasku. Dan dengan kehairananku; wahh... kehairananku... sesungguhnya Engkau... Engkaulah Allah! Selawat dan salamku ucapkan untuk Rasul Mu, nur segala cahaya nur, ain kecintaan Mu, dan untuk keluarga dan sahabat-sahabat Rasul Mu, bintang-bintang penyebar cahaya agama Mu; wahh... sesungguhnya Engkau... Engkaulah Allah pujaanku!
Amma ba’da!
Allah telah berfirman dalam Qur’an: Ertinya: “Orang-orang yang bermujahadah (berjuang melawan godaan hawa nafsu) pada jalan Kami nescaya Kami tunjukkan mereka jalan Kami”.
Rasulullah saw. telah bersabda dalam Bukhari dan Muslim, getusan hadis-hadisnya berbunyi: Ertinya: “Telah bertanya Jibril kepada Nabi, khabar oleh mu kepada ku berkenaan ihsan, berkata Nabi, ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat NYA. Jika engkau tidak melihat NYA maka ia (Allah) melihat engkau”.
Sesungguhnya dari kenyataan Qur’an dan Hadis diatas maka tidak boleh lagi sesiapa membohongi tasauf kerana tasauf tidak akan wujud didunia kalau kalimah “al-ihsan dan mujahadah” tidak terjelas dalam kamus perbendaharaan Islam. Tetapi persoalannya bagaimanakah engkau dapat menguasai erti ihsan dan mujahadah dengan sebenar-benarnya dalam Qalbu engkau kalau tidak pernah engkau mengalami tasauf. Hanya orang sufi, wali, nabi dan rasul-rasul sajalah yang menguasai ihsan dan mujahadah dengan sebenar-benarnya. Selain daripada mereka itu adalah barangkali berbuat kosong sahaja.
Saya namakan buku ini dengan “MENGENAL DIRI DAN WALI ALLAH” dan memang tepat penamaan ini kerana segala masalah isi yang dikemukakan secara sepintas lalu didalamnya memanglah padan dan sesuai dengan penamaan buku ini.
Agaknya tidaklah keterlaluan jika saya menyatakan perasaan kesal disini iaitu bahawa buku ini sebenarnya tidaklah tertulis kalau tidak kerana terkejut dari tidur mendengar jeritan sesetangah intelek kita yang sampai hati mengatakan “Pelajaran tasauf bukan dari ajaran islam” bahkan lebih berani lagi ia mengatakan “Hanya khurafat jua” (Fikiran ceroboh terhadap kesucian tasauf agak seperti ini pernah disiarkan pada satu ketika dalam Televisyen Malaysia@ RTM).
Masyaa Allah!... Astaghfirullaahal Azim!...
Alangkah malunya setiap perseorangan dari umat Islam mendengar cabaran sedemikian rupa keluar dari intelek Muslim kita sendiri. Alangkah jahilnya umat Islam zaman sekarang terhadap pelajaran-pelajaran ilmu Islamnya sendiri. Alangkah pendidikan Islam mencuaikan ilmu pelajarannya sendiri. Alangkah gelapnya ilmu tasauf menghadapi masa depannya sendiri. Alangkah gigirnya gelak ketawa kaum kuffar terhadap intelek Muslim yang terpinar mata dalam ilmunya sendiri.
IMAGE UNEDITED. 160 seconds at f/5.6, ISO 400, 250mm. Manual White Balance.
Jaga-jaga ada harimau belakang rumah. Jangan sampai kena terkam! Ini Pak Belang, jangan sesekali bikin dia terkejut. Pernah dengar cerita orang tua-tua, tentang Pak Belang khayal tenung bulan mengambang? Ini kisah benar, bukan cerita mitos. Kalau ada peluang meredah hutan belantara, jangan lepaskan peluang tanya kisah ini pada Tok Batin Orang Asli... Itu pun kalau dia tak keberatan bukan Rahsia Harimau.
Kalau malam-malam, ada terdengar rumput dan daun kering kena pijak alamatnya ada Raja Rimba datang berziarah. Jangan pula lekas-lekas ambil Senapang Patah, tapi sambutlah dengan ramah tamah. Zikrullah kasi penuh didada... Bukan senang Orang Besar nak datang berziarah. Kalau ada daging kotak yang beku dalam peti ais tu, lekas-lekaslah dibawa keluar. Jamu lah apa yang ada. Jangan dihalau...
Pak Belang datang cara beradat, kita sambut cara beradab... Dulu-dulu orang tua memang bersahabat baik dengan Raja Harimau. Sebab itu orang melayu mewarisi Silat Rimau. Pusaka turun temurun...
Hari ini, Pak Belang dah semakin benci dengan manusia; sebab orang sekarang dah tiada adab. Bila bangsa Melayu dah tak pedulik dengan Adat, Maka hilanglah adab. Melayu hari ini lebih jahat dan ganas daripada Harimau; tapi dalam hati sebenarnya penakut macam tikus. Penakut Ya Rabbi...Berani merempit dan tunjuk belang bila kawan-kawan ramai; tapi penakut nak mampos kalau sorang-sorang. Mati kutu! Kalau betul-betul nak tunjuk hebat, jom pergi berjihad lawan ISRAEL kat Palestine. Jangan bila ramai kaum baru nak tunjuk hero! Itu poyo namanya. Mungkin terlebih sengal...
Pendekar Melayu dahulukala datang beradab dan sangat bersopan satun. Cakap pun cara 'soft spoken'; tapi bila ajak berjihad lawan Belanda Mabuk dan Portugese...Keris Pusaka Lok 9 sudah sampai dulu... Kalau berentap dalam gelanggang suara tak keluar langsung; tahu-tahu lawan sudah jatuh tersembam cium tanah. Makan pasir...kutip gigi. Dan itulah kehandalan Orang-Orang Tua Melayu dahulukala. Cakap kurang, 'action' lebih... Akhlak lembut dan cakap bersopan tapi dalam diri penuh ilmu pendekar. Berjiwa besar!
Budak-budak sekarang cakap pun dah tak macam manusia. Dengan maki hamunnya dengan terjerit-jeritnya; tapi sayang...dalam dada KOSONG. Zero '0'. Pochek yellek. Akhlak hancusss lebusss. Tiada perasaan hormat dan perasaan merendah diri depan orang-orang yang lebih tua. Bercakap sesama sendiri pun kasar semacam. Cakap jer mencarut. Asal bercakap jer...mencarut. Habis semua maki hamun keluar. Kalau berzikir ada jugak faedah. Ini mencarut...hang dapat apa? Dapat pahala? Silap-silap itu segala maki hamun semua kena balik badan sendiri. Sebab tu hidup tak tenang, sentiasa rasa susah. Kalau masih tak insaf maka melaratlah sampai ke tua... Nau'zubillah min zalik!
Sikit-sikit gaduh....sikit-sikit berentap...macamlah kuat sangat. Gaduh pandaaaai laaaa! Itu sebab banyak 'back-up'. Cuba sorang-sorang??? Termasuk teloQ....terus hilang kasi makan kambing. Adat pun hilang. Adab pun ghaib. Akhlak macam kafir! Bila depan publik suka nak tarik perhatian dengan tunjuk perangai macam musibat lahanat. Rasa megah jek bila buat benda-benda jahat. Cisss...Sungguh memalukan! Inikah anak-anak muda Melayu zaman millineum? Kena pulak orang lain diam tak berani tegur, Wah ! makin menjadi lah ini perangai mat-mat rempit...Bawak motor macam monyet...membahayakan orang lain. Kalau nak mati...pi laa mati sorang-sorang jangan melibatkan orang lain yang tak bersalah...
ARAKIAN, MAKA HIKAYAT PUN BERMULA...
Tatkala Panglima Hang Tuah dan Raja Belang bertemu di Puncak Gunung Ledang maka sempatlah Laksamana Hang Tuah menyampaikan sedikit pesan kepada Raja Belang dengan berkata " Hamba harap, Tuanku Belang janganlah memakan dan merobek-robek daging bangsa patik sehingga pupus tiada berketurunan. Bagilah muka kepada mereka. Sesungguh kebanyakkan daripada bangsa patik itu tersangat-sangatlah jahil walaupun dilimpahi harta kekayaan bahkan sampai ratusan tahun lagi. Mereka itu sombong tak bertempat...namun kasihanilah mereka wahai Tuanku Belang!" Laksamana Hang Tuah bercakap dengan penuh sopan santun.
Lalu Laksamana Hang Tuah menyambung bicara...teratur dan penuh hikmah...
"Bangsa patik itu Islam agamanya. Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Tiada satu apa pun yang boleh mengubahnya dengan izin Allahuwata'alla...Kami berbeza dengan arab jahiliiyah...dan yahudi laknatullah. Kami ini satu bangsa yang cepat kasihan dengan orang lain. Sesunguhnya hati kami lembut. Walaupun terdapat segelintir diantara kami yang mempunyai perasaan hasad dengki yang teruk. Janganlah sesekali Tuanku Belang lupa, kalau Bani Israel mempunyai Rasul-Rasul yang dibunuhnya secara zalim oleh tangan-tangan keji mereka dan Kaum Arab Jahilliyah itu menikmati kelahiran KHATAMUL ANBIYA' maka dinegeri Kami ini pula tiada terkurang jua hadiah daripada Tuhan... Di TANAH MELAYU dan NUSANTARA inilah paling banyak Wali-Wali Allah diturunkan...Sesungguhnya begitulah seadanya dengan Augerah ALLAH azza wa jalla...."
Lalu dicabutnya KERIS TAMINGSARI, lalu dikucupnya sambil melafazkan solawat Nabi saw. dan Ahlul Bait berserta kalimah Tauhid "Laa ila ha illa laaah..."
Laksamana Hang Tuah merenung Raja Harimau Belang, lalu memberi ucapan perpisahan terakhir...
"Tuanku Belang yang dirahmati Allah swt. Rasanya inilah pertemuan kita yang terakhir sebagai sahabat dunia akhirati. Masa untuk hamba 'Beruzlah' telah tiba... Janganlah Tuanku bersama bala tentera Tuanku yang gagah perkasa memakan dan menghancurkan bangsa Melayu. Ampunilah kesalahan mereka kepada Bangsa Harimau. Maafkan keterlanjuran sikap mereka diatas kejahilan diri mereka sendiri. Jangan dibenamkan kuku harimau kedada-dada mereka hendaknya. Kerna bisa kuku harimau itu tidak tertahan oleh mereka kelak..."
Seraya itu dijawab oleh Raja Harimau Belang, " Wahai sahabatku dunia akhirat...Panglima Hang Tuah yang banyak berjasa. Sungguh berat hati ku ini untuk kehilangan MELAYU seperti tuan hamba...Air mata ini hampir tumpah. Dengan berkat Baginda Rasulullah saw, dan Ahlul Bait yakni menantunya Imam ALI Karamallahuwaja, Puterinya Fathimah Az Zahra, juga kedua-dua putera kesayangannya Imam Hasan dan Imam Hussien maka Beta akan cuba sedaya upaya memberi keampunan kepada cucu cicit mu itu. Oleh itu demi untuk mengelakkan permusuhan dan pertumpahan darah dikalangan sesama bangsa kita, maka dengan ini Beta bersama bala tentera harimau belang yang gagah perkasa akan masuk kedalam hutan belantara Tanah Melayu dan Nusantara ini... Kami tidak sesekali mengacau dan membenamkan kuku kami keleher-leher anak cucu bangsa kamu dengan syarat bangsa mu juga jangan sesekali membunuh dan menumpahkan darah bangsa Harimau Belang. Jangan sesekali Melayu itu menzalimi Harimau Belang sehingga Hari Kiamat menjelang...Kelak jika Sumpah Pusaka ini langgar...kami tidak akan memberi mukalagi..."
Dengan renungan matahati Bashirah dan sedalam - dalam tenungan Makrifat...Raja Belang menyambung "HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG...MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA... Ingat baik-baik pesanan beta ini wahai Melayu!" seraya mengaum dengan gagah perkasa.
Lalu Raja Harimau Belang mengangkat kepala sambil khayal merenung bulan mengambang untuk beberapa ketika. Sayu rasanya. Matanya basah bergenangan. Akhirnya selepas beberapa detik berlalu, Raja Harimau Belang memusingkan badan kentalnya perlahan-lahan, sambil mengibas-ngibaskan ekornya yang berbulu tebal lalu menuju kekaki Gunung Ledang sambil diikuti beribu-beribu Tentera Harimau Belang Yang Gagah Perkasa lantas masuk kedalam hutan belantara gelap...Sedikit demi sedikit hilang bersama ngauman kuat yang mengecutkan hati manusia...
Serentak itu juga Laksamana Hang Tuah mencampakkan Keris Pusaka Taming Sari kedalam sebatang sungai sambil menyeru keseluruh alam semesta memohon keampunan Allah swt...seraya berkata,
"TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA...iNSYA'ALLAH..... ALLAHUKABAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAAAR!"
Dan Tok Guru Laksamana Sheikh Hang Tuah As Sufi pun ghaiblah sedikit demi sedikit......
(UNEDITED IMAGE) - 160 seconds at f/5.6, ISO 400, 250mm, Manual White Balance.
Inilah binatang peliharaan kesayangan saya. Nama manjanya BELL (Singkatan daripada nama asal). Nama betul dalam Surat Beranak : ABDUL BELANG bin ISRAEL. Gambar diambil sewaktu BELL, sedang leka menghadiri Swimming Class. BELL suka teknik renang, KUAK LENTANG. Siaaan diee...tercungap-cungap. Satu jer yang kureng, BELL tak mampu nak beli google. Cita-cita sebenar BELL adalah menjadi wakil BELANTARA MALAYSIA untuk masuk bertanding di Sukan Olimpik Binatang Ternakan, pada musim tengkujuh yang akan datang. Bakal diadakan di Puncak Pergunungan Tibet; yang turut dirasmikan oleh DALAI LAMA. Berkemungkinan, BELL akan menjadi satu-satunya wakil tunggal daripada HUTAN SIMPAN FRIM, di PUCHONG. Mari sama-sama kita mendoakan kejayaan beliau. Jadi sebagai latihan persiapan bagi Temasya Sukan tersebut maka semenjak 2-3 bulan ini, BELL dengan tersipu-sipu malu mengisytiharkan bahawa dirinya bukan lagi haiwan maging. Sebaliknya 100% VEGETARIAN. Boleh percaya ke? heh!
Sila KLIK pada Gambar BELL untuk mencapai kepuasan maksimum!
Mari mendengar musik! Dah boring asyik menulis, kita try tukar perisa lain pulak. Lagu dan Video Klip, dua-dua bikin sendiri. Lagu pertama untuk tahun 2009, setelah sekian lama... Stok main belasah tak hingat.
KAWAN-KAWAN JANGAN PATAH SEMANGAT, TERUSKAN PERJUANGAN MEMBOIKOT PRODUK ISRAEL LAHANAT...SEBAB SAUDARA-SAUDARI KITA DI PALESTINE BANYAK YANG DAH MATI. TERGAMAKKAH KITA 'MENTEKEDARAH' MC DONALD & KFC UNTUK DITUKAR GANTI DENGAN DARAH KANAK-KANAK PALESTINE?
DI tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur berhampiran Kuala Lumpur City Centre semalam, Setiausaha Gabungan Badan NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli hanya sekadar mampu menggelengkan kepalanya.
Di kafe-kafe makanan Barat berjenama Amerika dan Israel tetap sesak dikunjungi. Di dua restoran ayam goreng terkenal, pemandangannya juga sama. Nampaknya, kempen memboikot sama ada produk Israel atau Amerika sejak empat hari ini sebagai tindak balas kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Palestin, tidak berhasil.
''Lebih menyedihkan lagi, menerusi pemantauan anggota-anggota kami dalam kempen boikot produk Israel di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor Bahru ini, turut sama kelihatan di restoran dan kafe ini adalah kelibat pelancong Arab.
''Rakyat kita tidak kisah nasib rakyat Palestin, memanjang penuh restoran-restoran itu," keluh Mohd. Jurit, 38, yang melepaskan perasaannya dalam kunjungannya ke pejabat cawangan Utusan Malaysia di Putrajaya, baru-baru ini.
Mohd. Jurit, yang mengendalikan badan yang menaungi 150 NGO dengan keanggotaan 50,000 orang itu membawa penulis kepada pengalamannya sewaktu bertugas menyertai misi pengaman Malbatt 3 di Bosnia pada 1995/1996.
''Dalam kancah peperangan Serb-Bosnia ini, manusia hidup melarat, anak-anak menjadi yatim piatu sekelip mata berceleparan di jalanan. Saya dapat menyelami sendiri penderitaan penduduk Palestin kerana semasa bertugas di Bosnia, banyak pengalaman melihat mangsa perang melekat di kepala sampai ke hari ini.
''Acap kali penduduk Bosnia ini akan singgah di kem kami untuk bertukar-tukar barang atau dalam bahasa sana dipanggil 'poklon'. Kami tukar barang-barang perhiasan atau gambar dinding mereka dengan beberapa buku roti dan makanan," kata bekas koperal itu.
Paling menyayat hati beliau adalah apabila menemui banyak anak kecil di taman perumahan dekat Konjic dan Kosovo yang menangis kelaparan di sisi mayat ibu bapa dan anggota keluarga dewasa sambil tembakan terpapar di dada dan kepala.
''Kami yang pernah bertugas di negara-negara yang dilanda konflik peperangan ini menyelami dan faham erti penderitaan penduduk Palestin ketika ini. Tapi apabila berada di tengah-tengah Kuala Lumpur semalam, hati saya macam disiat-siat kerana kempen boikot produk Israel dan Amerika ini memang tiada kesan, terpaksalah kena fikir cara lain," katanya.
Ketika melihat situasi ambil mudah sebilangan warga kota terhadap kempen boikot produk itu, Mohd. Jurit mengandaikan mereka seolah-olah sudah 'diprogramkan' untuk tidak berasa apa-apa kesengsaraan penduduk Palestin. Kerana itu, apabila gabungan NGO beliau mengadakan demonstrasi menggesa kerajaan jangan melayan desakan pihak tertentu supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, Mohd. Jurit pada masa sama meminta rakyat Malaysia memikirkan risiko yang bakal dihadapi jika ISA ditiadakan.
''ISA ini perlu untuk menjamin ketenteraman awam dan negara keseluruhannya. Bagi pihak yang mendesak supaya ISA dihapuskan, saya cabar mereka jangan asyik gesa tu, desak ni dalam 'aircond', salinlah pakaian mereka dengan baju tentera, kemudian ke medan perang jika suatu hari nanti ketenteraman negara tidak terjaga tanpa satu akta pencegahan seperti ISA," katanya.
Mohd. Jurit dan ahli-ahli NGO beliau tetap mengetepikan ayam goreng dalam menu anak-anak atau singgah di kafe yang menjadikan eskekutif muda 'pejabat kedua' menghirup kopi petang mereka.
Walaupun antara alasan popular diterima 'kalau aku seorang sahaja yang boikot, tak menjadi juga', Mohd. Jurit masih bertekad meneruskan pemantauan itu.
CALON Barisan Nasional, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan isteri, Toh Puan Intan Baizura Abdul Wahab menziarahi pusara ayah Datuk Wan Salleh Mahmood dan ibunya Toh Puan Zainon Mohd Khalid di tanah perkuburan Islam di Masjid Raja Bukit Besar sebelum pergi membuang undi di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar di sini, hari ini. - Foto Imran Makhzan. (Berita Harian)
Jan 17, 2009 8:51 am
CALON Barisan Nasional, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh bersama isteri membuang undi di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar di sini, pagi tadi. - Foto Rosdan Wahid (Berita Harian)
Jan 17, 2009 10:14 am
PERAIH undi kedua-dua parti yang bertanding, Barisan Nasional dan Pas menunjukkan poster calon pilihan raya masing-masing kepada pemandu yang lalu di hadapan tempat pusat pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga Kuala Terengganu, pagi tadi. - Foto Mohd Radzi Bujang. (Berita Harian)
Jan 17, 2009 10:22 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat petugas Barisan Nasional di Sekolah Kebangsaan Kuala Ibai, Kuala Terengganu. - Foto Hasan Ismail. (Berita Harian)
Jan 17, 2009 11:30 am
Haah...macam ni kan bagus. Berkaseh sayang. Kah kaah kaahhhh kaahhhh... pheewwitttt! (foto ihsan NST)
BANGSA MELAYU PERLUKAN TOKOH PEJUANG SEPERTI INI. BUKAN HANYA MENJADI AHLI POLITIK 'YES MAN', DEMI MERAIH KEUNTUNGAN POLITIK YANG TIDAK SEBERAPA. PEMIMPIN MELAYU JANGAN JADI "MENANG SORAK, KAMPUNG TERGADAI!"
Sudaaah… Bertumbuk pulak dah!
Satu pergaduhan kecil berlaku antara beberapa penyokong Umno dan Pakatan Rakyat di depan Sekolah Menengan Gong Kapas tengahari tadi.
Pergaduhan yang berlaku pada kira-kira 12.15 tengahari tadi
berpunca daripada perbuatan ejek mengejek antara kedua belah pihak di situ.
Penyokong Umno itu dikatakan berada di pejabat Umno Kuala Terengganu yang terletak di sebelah sekolah tersebut, kata sumber Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya (NIEI).
Manakala penyokong PAS dan PKR pula, katanya, sedang berkempen tidak jauh dari situ.
Keadaan itu menyebabkan suasana menjadi tegang dan akhirnya berlaku tumbuk bertumbuk.
Pergaduhan tersebut berlaku selama kira-kira lima minit, sebelum ianya dileraikan oleh beberapa anggota polis yang bertugas di situ. Baca lain…
Dah jadi Pesta Boxing Siam laa pulak. Inilah dipanggil Politic Boxing. Dulu time-time zaman Allahyarham Datuk Harun Idris jadi Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Pemuda UMNO (Menteri Besar Yang Paling Kontroversi), beliau dengan gah dan gemparnya pernah membawa Legenda Peninju Mohamad Ali datang ke Malaysia. Lawannya peninju mat saleh bernama Briton Joe Bugner yang lebih dikenali sebagai JOE BUGNER. Perlawan tersebut diadakan pada tahun 1975, bertempat di Stadium Merdeka. Penuh dengan sorak sorai gumbira. Pertandingan yang melibatkan 2 juta USD. Habis saja perlawan tersebut, siapa ahli politik yang masuk jel? Jawapannya AllahyarhamDatuk Harun Idris aka. Legenda Ketua Pemuda UMNO LAMA.
Mohamad Ali bertinju kat Malaysia, Arwah Datuk Harun yang masuk jel. Lenyap bersama itu sorak sorai gumbira apa semua… Maka inilah bahayanyaPolitic Boxing. bahaya…sangat merbahaya. Politik jenis ini mampu melenyapkan karier politik seseorang pemimpin, biarpun ia seorang Tokoh Legenda yang terlalu banyak berjasa pada agama, bangsa dan negara.
Biarpun begitu segala jasa dan pengorbanan besar Allahyarham Datuk Harun Idris (Bekas Pemimpin Parti Melayu Semangat 46) tetap akan kita kenang sampai bila-bila dan hanya Tuhan yang mampu membalasnya. Jangan sesekali kita lupa bahawa Datuk Harun Idris lah tokoh yang telah membawa Tun Dr. Mahathir masuk kembali kedalam UMNO, setelah Che Det dipecat oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969.
Hari ini tiada lagi tokoh yang mampu bermain Politics Boxing seperti beliau. Tun Razak dan kabinetnya berkali-kali dijadikan Punching Bag oleh Datuk Harun. Istilah “Kerajaan Dalam Kerajaan” memang begitu sinonim dengan beliau. Datuk Harun memang jenis cakap lantang, last-last bila Arwah Tun Hussien Onn dah tak boleh tahan; kasi bukak itu file dan charge kat Makhamah atas dakwaan rasuah dan pecah amanah. Betul tak betul itu belakang kira. Yang penting kasi tutup itu mulut 'lancang kuning' Si Harun. Masuk jel, tutup file, abis cerita.
Datuk Harun Idris juga satu nama besar bagi anak-anak muda melayu di Kuala Lumpur (Kampung Baru tentunya) bila pecah saja perang perkauman yang dikenali sebagai Tragedi 13 Mei! Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor pada waktu itu betul-betul disebelah jalanraya berhadapan dengan Kampung Baru Kuala Lumpur; terus menjadi tumpuan bangsa melayu yang hati sedang terbakar dan menuntut pembelaan. Mengikut cerita oleh 'Orang-Orang Lama Kampung Baru', hanya 2 tempat saja yang dijadikan oleh orang-orang melayu sebagai benteng pertahanan terakhir. Pertama Masjid Jamek Kg, Baru. Kedua, Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor. Mereka berkumpul disana. Hari yang gempar bersama peristiwa gempar. Beliau menjadi pembela kaum Melayu pada hari-hari berdarah tersebut. Itu cerita lama, tahun 1969. Kini bangsa Malaysia menghadapi situasi politik nasional yang sangat jauh berbeza. Politik Chauvenisme Perkauman seperti yang masih diamalkan oleh DAP (sekadar contoh) sudah ketinggalan zaman. Orang dah meluat...
Namun yang sedih dan sedikit terkilan, disaat-saat akhir hidupnya, beliau dilayan dengan sebelah mata, ibarat ‘Habis Madu Sepah Dibuang’, kerana ditakuti oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik diatas kembalinya semula beliau kepada UMNO (BARU). Walaupun begitu 'Hubungan Istimewa' Datuk Harun dengan Pihak Istana Selangor terus berjalan seperti biasa dan menjadi semakin akrab.
"HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA DAN JASA BAIK..."
Al-Fatehah buat Datuk Harun Idris. Semoga Roh beliau dicucuri rahmat-NYA. Anak-anak muda hari ini kenal siapa dia Datuk Harun?
Hari ini Di Kuala Terengganu semasa orang lain sibuk membuang undi bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, ada pulak dua tiga kerat mangkuk hayun yang tanpa segan silu bertumbuk nak tunjuk kuat. Sapa pulak yang masuk jel lepas ni? Mari kita lihat siapa yang kenaaaaa…
Ramai-ramai berani la korang,kalau kena sorang-sorang terkencing dalam seluar…cittt podaaah!
Diriwayatkan dari Al-Hasan: ' Ubaidillah bin Ziyad pernah menjenguk Ma'qil bin Yasar Al-Muzanni pada waktu sakit menjelang wafatnya. Lalu Ma'qil berkata, "Aku akan menceritakan sebuah hadis yang aku dengar dari Rasulullah saw. Kalau aku tahu bahawa aku masih akan hidup, tentu aku tidak mau menceritakannya kepada mu. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Seseorang yang diberi amanat oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu mati ketika sedang MENIPU rakyatnya, maka Allah mengharamkan baginya syurga."
Tukang buat Poster dan Bendera lah yang paling untung sebenarnya...Rakyat dapat apa?
Hari ini rakyat di Kuala Terengganu akan membuat keputusan siapa pilihan hati mereka. Sama ada mereka akan memilih UMNO, PAS atau pun CALON BEBAS keputusan akhir akan diketahui selewat-lewatnya malam ini. Pada Mac 2008, telah menyaksikan tahap keputusan yang drastik, dikala banyak kerusi dimenangi oleh Pakatan Rakyat, namun rakyat KT tetap memilih BN yang diwakili oleh Allahyarham Datuk Razali Ismail dengan 628 majoriti undi.. Apakah PAS akan berjaya merampas kerusi KT?
Ramai yang mengatakan peluang masing-masing 50-50. Sebelum itu semua Ahli Parlimen kawasan itu cuma bertahan sepenggal.Pada pilihanraya 1990 Datuk Manan Othman dari Parti Semangat 46 menang.Kemudiannya pada pilihanraya 1995 beliau tewas pada Allahyarham Datuk Bakar Daud dari BN.
Pada tahun 1999 calon PAS Dr Syed Azman menang dan pada tahun 2004 beliau tewas ditangan Razali. cuma Razali sahaja yang mampu bertahan dua penggal iaitu pilihanraya 2004 dan 2008. Kemanakah undi 8,735 orang Cina akan dihalakan? Besar kemungkinan BN yang akan menikmatinya.Kedua-dua parti sibuk berkempen main Wayang Cina. Baca lain...
Datuk Wan Farid Wan Salleh (BN) & Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) mempunyai peluang yang seimbang. Masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri; walaupun semenjak sehari dua ini calon BN menjadi lebih Glamour. Ini disebabkan foto beliau bersama seorang gadis genit sedang baik punya berkaraoke telah diedarkan secara berleluasa. Apakah ini satu bentuk stratergi yang bijak oleh pihak Pakatan Rakyat? Tunggu dan lihat.
Sementara calon BEBAS, Azharudin Mamat @ Adam lebih kepada “Kacau Daun”. Walaupun begitu tidak mustahil calon BEBAS akan membuat satu kejutan.
Malam ini siapa yang akan Tergezuuttt (terkejut)? Anda pilih…
"Jangan melampau sangat...Nahas kau nanti!". Mungkin itu agaknya yang ingin diperkatakan oleh Pak Sheikh kepada Pendekar Kuntau Jawa! (foto ihsan Agenda Daily)
Nampaknya pertembungan Ezam dan Anwar semakin ketara. Semakin menjadi-jadi nampaknya. Macam tiada jalan pendamaian. Berpatah arang berkerat rotan! Memori sentimental dibuang jauh-jauh,,,
" Ezam who ?" begitulah reaksi awal Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila diminta mengulas kenyataan Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor yang akan mendedahkan "surat damai" Penasihat Parti Keadilan Rakyat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 September 1998.Surat itu dakwa Ezam yang pernah jadi Setiausaha Politik kepada Anwar akan membuktikan bagaimana sikap hipokritnya kerana pada waktu yang sama mengutuk mantan Perdana Menteri selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.Anwar dengan stailnya yang bersahaja sebaliknya memperlekehkan kenyataan Ezam nak dedahkan surat itu menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini. Baca lagi...
Ezam kini sudah tunjuk jaguh dalam membelasah Bekas Big Boss nya. Namun apakah pukulan Pendekar Jawa (gelaran Khalid Jaafar) mampu menumbangkan Pak Sheikh? Berbekaskah pendedahan Ezam pada kali ini dihati pengundi-pengundi Kuala Terengganu. Atau mungkin Ezam hanya Syok Sendiri?
Reaksi awal Anwar Ibrahim menunjukkan bahawa beliau tidak mahu melayan rentak permainan Politik Tikam Belakang Mati oleh bekas Setiausaha Politiknya. Pak Sheikh sudah kasi BO LAYAN sama itu Pendekar Jawa! Betul-betul punya dingin. Ezam satu waktu dulu mengukir nama sebagai Hulubalang Anwar Ibrahim yang begitu terkenal diseantero Asia Tenggara. Bila itu budak nakal Nuar Berahim kena tangkap selepas melakukan perhimpunan besar-besaran di Masjid Negara dan Dataran Merdeka; Ezam sudah cabut dulu. Dia lari ke Indonesia. Seorang lagi orang kuat Anwar, yakni Dr. Rahim Ghouse membawa hati nan luka ke Australia. Itu sejarah Ezam.
Namun hari ini budak Ezam sudah bertukar rupa laksana Sesumpah bertukar warna. Dia kini adalah Jagoan Kampung yang akan terus membelasah bekas Big Boss nya sehingga lembik dan lemah longai. Kalahkah Anwar ditangan Ezam? Malu besarkah Anwar dengan pendedahan Surat Cinta Penuh Kaseh Sayang kepada Che Det oleh sibudak Ezzam Jagoan Kampung ini?
Atau mungkin Ezam akan jadi Gila Talak untuk kembali merebut kaseh sayang Anwar Ibrahim yang sering diberikan kepada Pemegang Diari Merah Anwar sehingga Ezam terasa diketepikan. (Jikalau kita perhatikan dengan teliti perangai dan tingkah laku Ezam semenjak sehari dua ini betul-betul macam orang Gila Talak!). Lembutkah hati Pak Sheikh untuk menerima kembali The Derhaka Student dipagi raya nan indah nanti???
Masanya kan tiba jua...
Pinggan tak retak, Nasi tak dingin. Anwar tak nak, Ezam pun tak hingin!
Atau itu Pendekar Kuntau Jawa betul-betul sudah hangin satu badan...
MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyaksikan upacara membakar patung Presiden Amerika, George Bush dan bendera Israel ketika hadir di Majlis Perlancaran Tabung Derma Palestin di Kota Bharu hari ini.- Foto Zaman Huri Isa (Berita Harian)
Jan 9, 2009 4:43 pm
DEMONSTRASI aman berarak ke pejabat Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat. Lebih 3,000 hadir menentang kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza dengan membakar bendera Israel dan Amerika. - Foto AP
TERUS BERDEGIL... Walaupun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan resolusi supaya dilaksanakan segera gencatan senjata di Genting Gaza, namun rejim Yahudi tidak mengendahkan arahan PBB itu dengan terus melancarkan serangan di wilayah Palestin. Kepulan asap dan percikan api daripada bom berangkai menyelubungi utara Genting Gaza semalam menunjukkan betapa kejamnya rejim Yahudi itu dan serangan terbaru Israel semalam meragut 12 lagi nyawa penduduk Palestin.baca lagi...
Bangau Ooo Bangau… Kenapa tak tolong Palestine Macam mana aku nak tolong Duit aku dapat… Duit aku dapat… Duit aku dapat…
Duit Ooo Duit Macam mana engkau dapat? Jangan Tanya mana aku dapat Arab kaya minyak… Arab kaya minyak… Arab kaya minyak…
Arab Saudi jual minyak, Amerika beli minyak. Amerika jual beli minyak, Jadi kaya raya. Ekonomi Amerika, Yahudi Anak Haram Lahanat Keparat yang pegang. Banyak duit beli senjata sofistikated. Itu senjata kasi letup kat muka manusia Palestine.