Selasa, September 11, 2007

Duit buat beli cinta!

Manusia sekarang kebanyakannya suka jadi hamba duit. Malah sudah jadi hamba duit. Duit memang elemen penting dalam hidup tetapi bukanlah yang tertinggi. Duit memang mashyur. Bangun pagi celik mata, duit...duit...duit. Jangan sampai jadi hamba duit, nanti dunia kian sempit. Hanya kertas bertanda ringgit, dosa-dosa sering terpalit. Maruah hancur lebur untuk cekau kertas gambar raja, banyak warna.

Duit sepatutnya digunakan untuk mencapai keredhaan Allah swt, yang lain letak bawah dulu. Kalau dengan kertas yang bernama duit sampai manusia bermusuh dan sering berbunuh maka rendahlah kita daripada taraf binatang. Lembu tak pandai simpan duit dalam kocek seluar.

Duit sepatutnya datang besama tanggungjawab yang besar. Duit untuk bayar ZAKAT bukan buat beli CINTA! Apapun terpulanglah pada fikrah kita samada mahu jadi hamba atau mahu jadi Tuan Hamba kepada duit kertas. Hanya kepada ALLAH swt sepatutnya kita jadi hamba abdi, bukan kepada yang lain...

Tiada ulasan: