Ahad, September 28, 2008

Foto-Foto Suasana Ramadhan di BB PLAZA, KL (2008)























Gambar-gambar ditangkap semasa puasa hari ke-10... Mulanya ingin dijadikan koleksi peribadi, tetapi bila difikirkan balik; bagus juga kalau dijadikan tatapan umum. Berkongsi kemeriahan Ramadhan...yang akan berakhir lagi 2 hari... Maka anak bulan Syawal akan lahir lusa nanti...

Ahad, September 21, 2008

hujan dipetang ramadhan...

Diluar hujan
lagu rintik-rintik
saya didalam bilik.

Guruh tengah menyanyi
berselang-seli
cuaca mendung kelabu
saya berfikir tentang imej
warna-warni
aduhai...indah sekali...

Sebentar lagi akan 'berbuka puasa'
20 hari yang penuh keceriaan telah berlalu
tidak lama lagi
Orang KL akan balik kampung.

Hujan masih turun
dipetang Ramadhan nan indah
lalu saya capai pen dan kertas
menulis kisah-kisah cinta...

Biskut raya
Baju raya
Kasut raya

Manusia berpusu-pusu dijalan Tunku Abdul Rahman
sekejap lagi saya akan turut serta
selepas hujan berhenti.

Merakam aksi dan peristiwa
kenangan hari ini
buat tatapan untuk hari esok...


Petang Ramadhan ke-20
UKP

Manusia ber

Sabtu, September 13, 2008

SAHUR NAK MAKAN APA?

Pagi tadi saya bersahur dengan ini. Syukur rezeki Allah yang bagi. Alhamdulillah ada juga benda yang nak dimakan sahur. Disesetengah negara ada saudara/saudari kita yang tak pernah mimpi nak bersahur dengan sebegini punya mewah... Milo Cereal & Fresh Milk kira mewah apa? Rakyat Malaysia termasuk diri saya sendiri patut menadah tangan tinggi-tinggi... melutut dan sujud kepada Tuhan. Ada orang kat sesetengah negara takde masa nak berbalah pasal isu remeh temeh hal politik. Masa bulan Ramadhan ini mereka lebih berfikir apa benda nak makan ketika masuk waktu berbuka dan masa bersahur (silap-silap terpaksa 'skip' , tak bersahur pun...) Betul kan? Insaflah Rakyat Malaysia! Ingatan ini buat semua...lebih-lebih lagi untuk diri saya sendiri...

Kepada para pengunjung blog yang mahu baca tentang kisah kemeriahan, ketenangan, kedamaian & suka duka bulan Ramadhan yang dinukilkan oleh sahabat kita Bro' Shinri boleh singgah ke blog lagi satu: sabapersonalalbum.blogspot.com
Catatan Peribadi Shinri sudah masuk siri ke-7. Dihiasi juga dengan foto-foto Suasana Ramadhan yang ditangkap sendiri oleh Moderator indie.

Selamat Berbuka Puasa dengan tenang... Wassalam.

Moderator indie.

*Ramadhan ke-13. Raya lagi...18 hari. heh!

Jumaat, September 12, 2008

Photo Ramadhan Al-Mubarak in Malaysia 2008 - part 4

Ber'iktikaf didalam Masjid semasa bulan puasa memang mendamaikan... Gambar diatas menunjukan suasana lengang didalam Masjid Jamek Kg. Baru, KL selepas solat Asar. Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas.
(Lagi foto-foto tentang Ramadhan 2008 terdapat di blog lagi satu: sabapersonalalbum.blogspot.com ; bersama ulasan dan catatan peribadi daripada Bro' Shinri. tQ)

Pada hari puasa ke-10, saya berkesempatan singgah di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk bersolat Asar. Masjid yang begitu terkenal seantero dunia tentang kelazatan Bubur Lambok di bulan Ramadhan. Ramuan resepi turun temurun. Kebetulan didalam Masjid ini sedang dilakukan kerja-kerja pengubahsuaian (Renovation) sempena menyambut kedatangan bulan Syawal tidak berapa lama lagi. Bukan orang jer pandai sambut raya dengan bergaya dengan Baju Melayu baru, Masjid pun tak mahu ketinggalan nak 'dress-up' juga. Karpet lama yang uzur sudah diganti dengan yang baru. Warna kuning-kuning emas yang bakal menenggelamkan buku lali para jemaah yang akan mengerjakan Sembahyang Alidilfitri nanti... Gebu dan selesa... Kalau tak pergi berjemaah juga untuk Solat Raya tak tau nak cakap laaa....heh!

Masjid Jamek Kampung Baru memang sentimental...stylo dan ada ummphhh!
ALLAHUAKBAAAR!

Khamis, September 11, 2008

Photo Ramadhan Al-Mubarak in Malaysia - part 3

Tidak tahulah... sama ada ini foto iklan komersial jeans Levi's 501 atau pun satu gambaran betapa lazatnya Pari Bakar dikala bulan puasa... Bergantung kepada interpretasi individu yang melihatnya. Begitu juga tentang Ramadhan, boleh ditafsir dengan pelbagai rupa dan cara... Bulan beribadah kepada ALLAH swt dengan lebih tekun atau sekadar Pesta Makan-Makan. Kedua-duanya pun boleh. Jalan-jalan cari makan dan cari pahala... Inilah keunikan negara Malaysia!

Isnin, September 08, 2008

Photo Ramadhan Al-Mubarak in Malaysia 2008 - part 2

Sila Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.

Ini R.O.T.A.B. dan saya sukakannya... Terima kasih Tuhan!

*Foto diatas telah ditangkap pada malam tadi. Betul-betul depan t.v. Tapi rotab ranum telah dibeli 3 hari lepas. Segar bugar. Puas hati!
Rasa ada sedikit kelat bercampur manis.
Pure Rotab buat perisa mata...manis-manis kelat.

Sabtu, September 06, 2008

Jumaat, September 05, 2008

PERGINYA SEORANG JOURNALIS TULEN BERNAMA A. SAMAD ISMAIL...

Foto wajah Allahyarham A.Samad Ismail ketika muda bersama famili tercinta. Semoga roh Pak Samad dicucuri rahmat oleh ALLAH swt; dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Mari kita sedekahkan Al- Fatehah buat journalis pejuang kemerdekaan ini... Sesungguhnya setiap makhluk yang hidup pasti merasai kematian...itu janji Tuhan. Daripada Allah kita datang...kepada-NYA kita pasti kembali...
Apa kata anak perempuan Pak Samad (Sister Nuraina aka. Ena).
Apa kata Dato A. Kadir Jasin tentang Pak Samad.


Pak Samad Ismail meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Tokoh kewartawanan dan pejuang kemerdekaan, Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pada jam 5.58 petang ini kerana jangkitan paru-paru. Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke hospital itu sejak 24 Ogos lepas setelah mengalami kesukaran bernafas.

Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Hamid dan 10 orang anak termasuk blogger dan bekas wartawan Nuraina dan Maria. Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990. Jenazah Abdul Samad akan dibawa ke rumahnya di No 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya di sini dan akan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat esok, menurut menantunya Azmi Anshar di sini hari ini.

Nuraina dalam blognya "Nuraina A Samad's 3540 Jalan Sudin" hari ini berkata, dialisis kedua bapanya pada jam 5.30 petang ini gagal, malah tekanan darahnya semakin menurun. Pak Samad telah menjalani dialisis sejak semalam apabila keadaan buah pinggangnya semakin lemah. Bagaimanapun keadaan jantungnya baik. Abdul Samad yang memulakan kariernya sebagai pemberita Utusan Melayu pada tahun 1940, begitu sinonim dengan sejarah persuratkhabaran negara serta sejarah Malaysia itu sendiri.

Pemergiannya hari ini bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke 51 yang baru sahaja berlalu begitu menyentuh kerana Abdul Samad adalah antara anggota rombongan delegasi negara ke London pada 1956 untuk rundingan kemerdekaan.

Mala, pembabitannya dalam sejarah negara tidak dapat diperkecilkan walaupun peranannya banyak di belakang tadbir, begitu juga dengan kemerdekaan Indonesia serta dalam merapatkan semula hubungan antara Malaysia dan Indonesia semasa konfrantasi.

Abdul Samad yang banyak terbabit dengan aktiviti anti penjajah pada zaman penjajahan British dan Jepun, pernah keluar masuk penjara kerana fahaman politiknya itu. - Bernama

Khamis, September 04, 2008

BENARKAH BAU BUSUK MULUT ORANG BERPUASA LEBIH WANGI DARI BAU KASTURI?


Rasulullah saw. dalam meriwayatkan Hadis Qudsi menyatakan bahawa Allah swt. berfirman:

“Semua amal perbuatan Anak Adam adalah untuk dirinya sendiri, kecuali berpuasa. Sesungguhnya puasa itu untuk KU, dan kerana itu AKU lah yang akan membalasnya. Puasa itu ibarat perisai. Pada hari seseorang itu berpuasa, janganlah ia mengucapkan perkataan-perkataan kotor, tidak sopan dan tidak enak didengar dan jangan bertengkar. Jika ada seseorang yang memaki atau berkelahi dengannya, hendaklah ia mengatakan kepadanya: “Saya sedang berpuasa”. Selanjutnya Nabi saw. bersabda: “Demi Allah yang diriku didalam kekuasaan-NYA, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.” Dan bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, gembira ketika berbuka puasa kerana berbuka dan gembira ketika menemui Tuhannya kerana menerima pahala puasanya.”

(Hadis Qudsi riwayat Syaikhan, Nasa’i dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah)

*Dipetik dari buku Hadis Qudsi – K.H.M. Ali Usman, Dr. H.M.D. Dahlan, H.A.A. Dahlan. Hal. 233, No.27. Penerbit Victory Agency, Kuala Lumpur.

MENUNGGU KEDATANGAN 16 SEPTEMBER BAGI MERAIKAN FESTIVAL LOMPAT SI KATAK LOMPAT!

Poster Penganjur 'Festival Lompat Si Katak Lompat'.
Kasi lompat tinggi-tinggi...ya! Kalau boleh kasi pecah itu Rekod Olimpik tau...

Hari ini 4 September. Lagi 12 hari sebelum ketibaan Festival Lompat Si Katak Lompat...

Katak daripada parti mana yang akan melompat tinggi-tinggi dan berapa jumpah keseluruhan yang tepat tidaklah dapat di pastikan lagi.

Tetapi menurut Ketua PKR Sarawak, Dominique Ng Dengan penuh yakin memberitahu sidang akhbar di Kuching bahawa Pakatan Rakyat kini menjangka lebih 40 ahli parlimen akan melompat dari Barisan Nasional (BN).

"Tiba 16 September ini, kita akan tunjukkan siapakah yang sebenarnya bermimpi atau bercakap besar."

Ng berkata, di samping ahli-ahli parlimen individu, beliau menjangka bilangan wakil rakyat BN yang mencukupi akan menyertai Pakatan untuk memboleh pembangkang mendapatkan jumlah yang mencukupi untuk menumbangkan kerajaan pada tarikh 16 September ini.

Jika benarlah seperti yang dikatakan oleh Dominique Ng, ini bermakna tidak lama lagi lanskap politik nasional akan melakarkan sejarah baru. Reformasi secara besar-besaran.

Inilah yang selalu dikatakan oleh orang tua dulu-dulu... “ribut tiada...angin tiada...tiba-tiba pokok boleh tumbang”

Bila pokok dah tumbang menyembah bumi...jangan tekejut kalau kura-kura boleh pijak kepala. Tunggu sampai 16 September nanti, mari kita tengok kepala siapa kena pijak!

SIAPA YANG MENJADIKAN EPAL?

Siapa yang menciptakan epal, kalau bukan ALLAH.
Tenung foto ini lama-lama... anggap sebagai terapi. Foto ini ditangkap semasa hari pertama bulan puasa. Memang dengan niat nak kasi masukkan ke dalam blog.
Epal ini akan kecut dan busuk dimamah masa...



Selasa, September 02, 2008

Perbezaan Puasa Islam dengan Puasa Ahli Kitab

kurma 'Mariami' buat bersahur...

1060.
Dari 'Amru bin 'Ash r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
"Perbezaan puasa kita dengan puasa Ahli Kitab, ialah makan sahur."

(Terjemahan hadis shahih Muslim, Jilid 2, hal. 238)

PENGUMUMAN!

Terdapat sedikit catatan peribadi tentang Ramadhan 2008 yang dikendalikan oleh Bro' Shinri diblog lagi satu. Blog ini juga bakal dihiasi dengan foto-foto peribadi berkenaan suasana dibulan Ramadhan 2008, hasil gabungan kreativiti Moderator indie & Bro' Shinri. Jika berminat sila terjun(klik) ke Independent Islamic Community (iic). tQ

Selamat berpuasa dengan tenang.

Wasalam
Moderator indie

Isnin, September 01, 2008

Tazkirah di Ramadhan pertama...


Bismillahirahmanir raheeem.

Alhamdulillah bulan Ramadhan kembali menjelma menunjukkan wajah yang indah gemilang. Bermulalah puasa... bertarawikh lah kita ya! Kita harus bersyukur kehadrat Allah swt. Kerana masih mampu menikmati keindahan bulan Al-Mubarak.

Inilah masanya bagi kita untuk membersihkan dosa-dosa yang kita lakukan sepanjang tahun ini wahai sahabat. Ingatan ini bukanlah untuk kalian sahaja, malah yang lebih penting ini adalah ingatan untuk diriku sendiri. Allah swt Tuhan Yang Maha Pengasih telah memberikan peluang kepada umat Muhammad saw. untuk kembali kepangkal jalan.

Bulan ini adalah satu peluang besar kepada diriku dan kalian untuk menginsafi diri.Perbanyakkan zikrullah dan solat. Sekali lagi ingatan ini untuk diriku ini sendiri berserta kalian wahai sahabat. Semoga kita diampuni oleh Allah swt.

Disamping kita menikmati juadah enak dan lazat ketika ifthor, jangan sesekali kita meninggalkan Solat Maghrib. Berpuasa haruslah diserta dengan amalan solat, jika tidak sia-sia lah pahala puasa kita. Sekali lagi ingatan ini juga buat diriku ini dan kepada kalian semua. Harapan ku agar kita perbanyakkan bersabar dan menerima segalanya dengan redha.

Hormatilah bulan Ramadhan wahai manusia! Jangan kalian anggap ini seperti bulan-bulan biasa. Sesungguhnya inilah bulan dimana Wahyu Agung diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Dan inilah juga bulan dimana terdapat satu malam dimana lebih baik daripada 1000 bulan yakni dipanggil Malam Laitul Qadar. Ingatan ini buat diri ku sendiri dan juga kamu wahai sahabat.

Semoga Ramadhan Al-Mubarak ini memberikan sesuatu perasaan yang indah kepada kita semua...Insha’allah.

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Sesungguhnya itu adalah ucapan yang Maha Agung...
Selamat berpuasa dengan penuh tawadhu’ sambil berjuang melawan nafsu syahwat habis-habisan.

Wasalam.
Moderator Indie.
*Ramadhan pertama 2008.