Selasa, Januari 27, 2009

FOTO HARIMAU MENGENDAP DI CELAH SEMAK / "HIKAYAT PERTEMUAN HANG TUAH & RAJA HARIMAU BELANG..." DITULIS OLEH MODERATOR INDIE...


IMAGE UNEDITED. 160 seconds at f/5.6, ISO 400, 250mm. Manual White Balance.

Jaga-jaga ada harimau belakang rumah. Jangan sampai kena terkam! Ini Pak Belang, jangan sesekali bikin dia terkejut. Pernah dengar cerita orang tua-tua, tentang Pak Belang khayal tenung bulan mengambang? Ini kisah benar, bukan cerita mitos. Kalau ada peluang meredah hutan belantara, jangan lepaskan peluang tanya kisah ini pada Tok Batin Orang Asli... Itu pun kalau dia tak keberatan bukan Rahsia Harimau.

Kalau malam-malam, ada terdengar rumput dan daun kering kena pijak alamatnya ada Raja Rimba datang berziarah. Jangan pula lekas-lekas ambil Senapang Patah, tapi sambutlah dengan ramah tamah. Zikrullah kasi penuh didada... Bukan senang Orang Besar nak datang berziarah. Kalau ada daging kotak yang beku dalam peti ais tu, lekas-lekaslah dibawa keluar. Jamu lah apa yang ada. Jangan dihalau...

Pak Belang datang cara beradat, kita sambut cara beradab... Dulu-dulu orang tua memang bersahabat baik dengan Raja Harimau. Sebab itu orang melayu mewarisi Silat Rimau. Pusaka turun temurun...

Hari ini, Pak Belang dah semakin benci dengan manusia; sebab orang sekarang dah tiada adab. Bila bangsa Melayu dah tak pedulik dengan Adat, Maka hilanglah adab. Melayu hari ini lebih jahat dan ganas daripada Harimau; tapi dalam hati sebenarnya penakut macam tikus. Penakut Ya Rabbi...Berani merempit dan tunjuk belang bila kawan-kawan ramai; tapi penakut nak mampos kalau sorang-sorang. Mati kutu! Kalau betul-betul nak tunjuk hebat, jom pergi berjihad lawan ISRAEL kat Palestine. Jangan bila ramai kaum baru nak tunjuk hero! Itu poyo namanya. Mungkin terlebih sengal...

Pendekar Melayu dahulukala datang beradab dan sangat bersopan satun. Cakap pun cara 'soft spoken'; tapi bila ajak berjihad lawan Belanda Mabuk dan Portugese...Keris Pusaka Lok 9 sudah sampai dulu... Kalau berentap dalam gelanggang suara tak keluar langsung; tahu-tahu lawan sudah jatuh tersembam cium tanah. Makan pasir...kutip gigi. Dan itulah kehandalan Orang-Orang Tua Melayu dahulukala. Cakap kurang, 'action' lebih... Akhlak lembut dan cakap bersopan tapi dalam diri penuh ilmu pendekar. Berjiwa besar!

Budak-budak sekarang cakap pun dah tak macam manusia. Dengan maki hamunnya dengan terjerit-jeritnya; tapi sayang...dalam dada KOSONG. Zero '0'. Pochek yellek. Akhlak hancusss lebusss. Tiada perasaan hormat dan perasaan merendah diri depan orang-orang yang lebih tua. Bercakap sesama sendiri pun kasar semacam. Cakap jer mencarut. Asal bercakap jer...mencarut. Habis semua maki hamun keluar. Kalau berzikir ada jugak faedah. Ini mencarut...hang dapat apa? Dapat pahala? Silap-silap itu segala maki hamun semua kena balik badan sendiri. Sebab tu hidup tak tenang, sentiasa rasa susah. Kalau masih tak insaf maka melaratlah sampai ke tua... Nau'zubillah min zalik!

Sikit-sikit gaduh....sikit-sikit berentap...macamlah kuat sangat. Gaduh pandaaaai laaaa! Itu sebab banyak 'back-up'. Cuba sorang-sorang??? Termasuk teloQ....terus hilang kasi makan kambing. Adat pun hilang. Adab pun ghaib. Akhlak macam kafir! Bila depan publik suka nak tarik perhatian dengan tunjuk perangai macam musibat lahanat. Rasa megah jek bila buat benda-benda jahat. Cisss...Sungguh memalukan! Inikah anak-anak muda Melayu zaman millineum? Kena pulak orang lain diam tak berani tegur, Wah ! makin menjadi lah ini perangai mat-mat rempit...Bawak motor macam monyet...membahayakan orang lain. Kalau nak mati...pi laa mati sorang-sorang jangan melibatkan orang lain yang tak bersalah...


ARAKIAN, MAKA HIKAYAT PUN BERMULA...



Tatkala Panglima Hang Tuah dan Raja Belang bertemu di Puncak Gunung Ledang maka sempatlah Laksamana Hang Tuah menyampaikan sedikit pesan kepada Raja Belang dengan berkata " Hamba harap, Tuanku Belang janganlah memakan dan merobek-robek daging bangsa patik sehingga pupus tiada berketurunan. Bagilah muka kepada mereka. Sesungguh kebanyakkan daripada bangsa patik itu tersangat-sangatlah jahil walaupun dilimpahi harta kekayaan bahkan sampai ratusan tahun lagi. Mereka itu sombong tak bertempat...namun kasihanilah mereka wahai Tuanku Belang!" Laksamana Hang Tuah bercakap dengan penuh sopan santun.


Lalu Laksamana Hang Tuah menyambung bicara...teratur dan penuh hikmah...

"Bangsa patik itu Islam agamanya. Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Tiada satu apa pun yang boleh mengubahnya dengan izin Allahuwata'alla...Kami berbeza dengan arab jahiliiyah...dan yahudi laknatullah. Kami ini satu bangsa yang cepat kasihan dengan orang lain. Sesunguhnya hati kami lembut. Walaupun terdapat segelintir diantara kami yang mempunyai perasaan hasad dengki yang teruk. Janganlah sesekali Tuanku Belang lupa, kalau Bani Israel mempunyai Rasul-Rasul yang dibunuhnya secara zalim oleh tangan-tangan keji mereka dan Kaum Arab Jahilliyah itu menikmati kelahiran KHATAMUL ANBIYA' maka dinegeri Kami ini pula tiada terkurang jua hadiah daripada Tuhan... Di TANAH MELAYU dan NUSANTARA inilah paling banyak Wali-Wali Allah diturunkan...Sesungguhnya begitulah seadanya dengan Augerah ALLAH azza wa jalla...."

Lalu dicabutnya KERIS TAMINGSARI, lalu dikucupnya sambil melafazkan solawat Nabi saw. dan Ahlul Bait berserta kalimah Tauhid "Laa ila ha illa laaah..."

Laksamana Hang Tuah merenung Raja Harimau Belang, lalu memberi ucapan perpisahan terakhir...

"Tuanku Belang yang dirahmati Allah swt. Rasanya inilah pertemuan kita yang terakhir sebagai sahabat dunia akhirati. Masa untuk hamba 'Beruzlah' telah tiba... Janganlah Tuanku bersama bala tentera Tuanku yang gagah perkasa memakan dan menghancurkan bangsa Melayu. Ampunilah kesalahan mereka kepada Bangsa Harimau. Maafkan keterlanjuran sikap mereka diatas kejahilan diri mereka sendiri. Jangan dibenamkan kuku harimau kedada-dada mereka hendaknya. Kerna bisa kuku harimau itu tidak tertahan oleh mereka kelak..."

Seraya itu dijawab oleh Raja Harimau Belang, " Wahai sahabatku dunia akhirat...Panglima Hang Tuah yang banyak berjasa. Sungguh berat hati ku ini untuk kehilangan MELAYU seperti tuan hamba...Air mata ini hampir tumpah. Dengan berkat Baginda Rasulullah saw, dan Ahlul Bait yakni menantunya Imam ALI Karamallahuwaja, Puterinya Fathimah Az Zahra, juga kedua-dua putera kesayangannya Imam Hasan dan Imam Hussien maka Beta akan cuba sedaya upaya memberi keampunan kepada cucu cicit mu itu. Oleh itu demi untuk mengelakkan permusuhan dan pertumpahan darah dikalangan sesama bangsa kita, maka dengan ini Beta bersama bala tentera harimau belang yang gagah perkasa akan masuk kedalam hutan belantara Tanah Melayu dan Nusantara ini... Kami tidak sesekali mengacau dan membenamkan kuku kami keleher-leher anak cucu bangsa kamu dengan syarat bangsa mu juga jangan sesekali membunuh dan menumpahkan darah bangsa Harimau Belang. Jangan sesekali Melayu itu menzalimi Harimau Belang sehingga Hari Kiamat menjelang...Kelak jika Sumpah Pusaka ini langgar...kami tidak akan memberi muka lagi..."

Dengan renungan matahati Bashirah dan sedalam - dalam tenungan Makrifat...Raja Belang menyambung "HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG...MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA... Ingat baik-baik pesanan beta ini wahai Melayu!" seraya mengaum dengan gagah perkasa.

Lalu Raja Harimau Belang mengangkat kepala sambil khayal merenung bulan mengambang untuk beberapa ketika. Sayu rasanya. Matanya basah bergenangan. Akhirnya selepas beberapa detik berlalu, Raja Harimau Belang memusingkan badan kentalnya perlahan-lahan, sambil mengibas-ngibaskan ekornya yang berbulu tebal lalu menuju kekaki Gunung Ledang sambil diikuti beribu-beribu Tentera Harimau Belang Yang Gagah Perkasa lantas masuk kedalam hutan belantara gelap...Sedikit demi sedikit hilang bersama ngauman kuat yang mengecutkan hati manusia...


Serentak itu juga Laksamana Hang Tuah mencampakkan Keris Pusaka Taming Sari kedalam sebatang sungai sambil menyeru keseluruh alam semesta memohon keampunan Allah swt...seraya berkata,

"TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA...iNSYA'ALLAH..... ALLAHUKABAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAAAR!"

Dan Tok Guru Laksamana Sheikh Hang Tuah As Sufi pun ghaiblah sedikit demi sedikit......


Begitulah kisahnya...Amin.

Sabtu, Januari 24, 2009

FOTO HARIMAU MANDI...

(UNEDITED IMAGE) - 160 seconds at f/5.6, ISO 400, 250mm, Manual White Balance.
Inilah binatang peliharaan kesayangan saya. Nama manjanya BELL (Singkatan daripada nama asal). Nama betul dalam Surat Beranak : ABDUL BELANG bin ISRAEL. Gambar diambil sewaktu BELL, sedang leka menghadiri Swimming Class. BELL suka teknik renang, KUAK LENTANG. Siaaan diee...tercungap-cungap. Satu jer yang kureng, BELL tak mampu nak beli google. Cita-cita sebenar BELL adalah menjadi wakil BELANTARA MALAYSIA untuk masuk bertanding di Sukan Olimpik Binatang Ternakan, pada musim tengkujuh yang akan datang. Bakal diadakan di Puncak Pergunungan Tibet; yang turut dirasmikan oleh DALAI LAMA. Berkemungkinan, BELL akan menjadi satu-satunya wakil tunggal daripada HUTAN SIMPAN FRIM, di PUCHONG. Mari sama-sama kita mendoakan kejayaan beliau. Jadi sebagai latihan persiapan bagi Temasya Sukan tersebut maka semenjak 2-3 bulan ini, BELL dengan tersipu-sipu malu mengisytiharkan bahawa dirinya bukan lagi haiwan maging. Sebaliknya 100% VEGETARIAN. Boleh percaya ke? heh!

Sila KLIK pada Gambar BELL untuk mencapai kepuasan maksimum!

Khamis, Januari 22, 2009

Mempersembahkan....band 'honestly' dengan sebuah lagu instrumental berjudul "hujan lagi..."

Mari mendengar musik! Dah boring asyik menulis, kita try tukar perisa lain pulak. Lagu dan Video Klip, dua-dua bikin sendiri. Lagu pertama untuk tahun 2009, setelah sekian lama... Stok main belasah tak hingat.

Isnin, Januari 19, 2009

BOIKOT BARANGAN AMERIKA & ZIONIS ISRAEL LAKNAT ADALAH JIHAD!

KAWAN-KAWAN JANGAN PATAH SEMANGAT, TERUSKAN PERJUANGAN MEMBOIKOT PRODUK ISRAEL LAHANAT...SEBAB SAUDARA-SAUDARI KITA DI PALESTINE BANYAK YANG DAH MATI. TERGAMAKKAH KITA 'MENTEKEDARAH' MC DONALD & KFC UNTUK DITUKAR GANTI DENGAN DARAH KANAK-KANAK PALESTINE?

KENAPA BOIKOT BARANGAN AMERIKA & ISRAEL TAK BERJAYA?

Rakyat Malaysia tidak agresif boikot produk AS, Israel?

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my



DI tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur berhampiran Kuala Lumpur City Centre semalam, Setiausaha Gabungan Badan NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli hanya sekadar mampu menggelengkan kepalanya.


Di kafe-kafe makanan Barat berjenama Amerika dan Israel tetap sesak dikunjungi. Di dua restoran ayam goreng terkenal, pemandangannya juga sama. Nampaknya, kempen memboikot sama ada produk Israel atau Amerika sejak empat hari ini sebagai tindak balas kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Palestin, tidak berhasil.

''Lebih menyedihkan lagi, menerusi pemantauan anggota-anggota kami dalam kempen boikot produk Israel di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor Bahru ini, turut sama kelihatan di restoran dan kafe ini adalah kelibat pelancong Arab.

''Rakyat kita tidak kisah nasib rakyat Palestin, memanjang penuh restoran-restoran itu," keluh Mohd. Jurit, 38, yang melepaskan perasaannya dalam kunjungannya ke pejabat cawangan Utusan Malaysia di Putrajaya, baru-baru ini.

Mohd. Jurit, yang mengendalikan badan yang menaungi 150 NGO dengan keanggotaan 50,000 orang itu membawa penulis kepada pengalamannya sewaktu bertugas menyertai misi pengaman Malbatt 3 di Bosnia pada 1995/1996.

''Dalam kancah peperangan Serb-Bosnia ini, manusia hidup melarat, anak-anak menjadi yatim piatu sekelip mata berceleparan di jalanan. Saya dapat menyelami sendiri penderitaan penduduk Palestin kerana semasa bertugas di Bosnia, banyak pengalaman melihat mangsa perang melekat di kepala sampai ke hari ini.

''Acap kali penduduk Bosnia ini akan singgah di kem kami untuk bertukar-tukar barang atau dalam bahasa sana dipanggil 'poklon'. Kami tukar barang-barang perhiasan atau gambar dinding mereka dengan beberapa buku roti dan makanan," kata bekas koperal itu.

Paling menyayat hati beliau adalah apabila menemui banyak anak kecil di taman perumahan dekat Konjic dan Kosovo yang menangis kelaparan di sisi mayat ibu bapa dan anggota keluarga dewasa sambil tembakan terpapar di dada dan kepala.

''Kami yang pernah bertugas di negara-negara yang dilanda konflik peperangan ini menyelami dan faham erti penderitaan penduduk Palestin ketika ini. Tapi apabila berada di tengah-tengah Kuala Lumpur semalam, hati saya macam disiat-siat kerana kempen boikot produk Israel dan Amerika ini memang tiada kesan, terpaksalah kena fikir cara lain," katanya.

Ketika melihat situasi ambil mudah sebilangan warga kota terhadap kempen boikot produk itu, Mohd. Jurit mengandaikan mereka seolah-olah sudah 'diprogramkan' untuk tidak berasa apa-apa kesengsaraan penduduk Palestin. Kerana itu, apabila gabungan NGO beliau mengadakan demonstrasi menggesa kerajaan jangan melayan desakan pihak tertentu supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, Mohd. Jurit pada masa sama meminta rakyat Malaysia memikirkan risiko yang bakal dihadapi jika ISA ditiadakan.

''ISA ini perlu untuk menjamin ketenteraman awam dan negara keseluruhannya. Bagi pihak yang mendesak supaya ISA dihapuskan, saya cabar mereka jangan asyik gesa tu, desak ni dalam 'aircond', salinlah pakaian mereka dengan baju tentera, kemudian ke medan perang jika suatu hari nanti ketenteraman negara tidak terjaga tanpa satu akta pencegahan seperti ISA," katanya.

Mohd. Jurit dan ahli-ahli NGO beliau tetap mengetepikan ayam goreng dalam menu anak-anak atau singgah di kafe yang menjadikan eskekutif muda 'pejabat kedua' menghirup kopi petang mereka.

Walaupun antara alasan popular diterima 'kalau aku seorang sahaja yang boikot, tak menjadi juga', Mohd. Jurit masih bertekad meneruskan pemantauan itu.

Sabtu, Januari 17, 2009

HIMPUNAN FOTO DISEKITAR PILIHANRAYA KUALA TERENGGANU - JANUARI 2009

Calon PAS, membuang undi (Suara Keadilan)


CALON Barisan Nasional, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan isteri, Toh Puan Intan Baizura Abdul Wahab menziarahi pusara ayah Datuk Wan Salleh Mahmood dan ibunya Toh Puan Zainon Mohd Khalid di tanah perkuburan Islam di Masjid Raja Bukit Besar sebelum pergi membuang undi di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar di sini, hari ini. - Foto Imran Makhzan. (Berita Harian)
Jan 17, 2009 8:51 am


CALON Barisan Nasional, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh bersama isteri membuang undi di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar di sini, pagi tadi. - Foto Rosdan Wahid (Berita Harian)
Jan 17, 2009 10:14 am


PERAIH undi kedua-dua parti yang bertanding, Barisan Nasional dan Pas menunjukkan poster calon pilihan raya masing-masing kepada pemandu yang lalu di hadapan tempat pusat pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga Kuala Terengganu, pagi tadi. - Foto Mohd Radzi Bujang. (Berita Harian)
Jan 17, 2009 10:22 am

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat petugas Barisan Nasional di Sekolah Kebangsaan Kuala Ibai, Kuala Terengganu. - Foto Hasan Ismail. (Berita Harian)
Jan 17, 2009 11:30 am


Haah...macam ni kan bagus. Berkaseh sayang. Kah kaah kaahhhh kaahhhh... pheewwitttt!
(foto ihsan NST)

DATUK HARUN IDRIS, POLITIC BOXING & PILIHANRAYA KUALA TERENGGANU...

BANGSA MELAYU PERLUKAN TOKOH PEJUANG SEPERTI INI. BUKAN HANYA MENJADI AHLI POLITIK 'YES MAN', DEMI MERAIH KEUNTUNGAN POLITIK YANG TIDAK SEBERAPA. PEMIMPIN MELAYU JANGAN JADI "MENANG SORAK, KAMPUNG TERGADAI!"



Sudaaah… Bertumbuk pulak dah!


Satu pergaduhan kecil berlaku antara beberapa penyokong Umno dan Pakatan Rakyat di depan Sekolah Menengan Gong Kapas tengahari tadi.

Pergaduhan yang berlaku pada kira-kira 12.15 tengahari tadi
berpunca daripada perbuatan ejek mengejek antara kedua belah pihak di situ.

Penyokong Umno itu dikatakan berada di pejabat Umno Kuala Terengganu yang terletak di sebelah sekolah tersebut, kata sumber Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya (NIEI).

Manakala penyokong PAS dan PKR pula, katanya, sedang berkempen tidak jauh dari situ.

Keadaan itu menyebabkan suasana menjadi tegang dan akhirnya berlaku tumbuk bertumbuk.

Pergaduhan tersebut berlaku selama kira-kira lima minit, sebelum ianya dileraikan oleh beberapa anggota polis yang bertugas di situ. Baca lain…


Dah jadi Pesta Boxing Siam laa pulak. Inilah dipanggil Politic Boxing. Dulu time-time zaman Allahyarham Datuk Harun Idris jadi Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Pemuda UMNO (Menteri Besar Yang Paling Kontroversi), beliau dengan gah dan gemparnya pernah membawa Legenda Peninju Mohamad Ali datang ke Malaysia. Lawannya peninju mat saleh bernama Briton Joe Bugner yang lebih dikenali sebagai JOE BUGNER. Perlawan tersebut diadakan pada tahun 1975, bertempat di Stadium Merdeka. Penuh dengan sorak sorai gumbira. Pertandingan yang melibatkan 2 juta USD. Habis saja perlawan tersebut, siapa ahli politik yang masuk jel? Jawapannya Allahyarham Datuk Harun Idris aka. Legenda Ketua Pemuda UMNO LAMA.


Mohamad Ali bertinju kat Malaysia, Arwah Datuk Harun yang masuk jel. Lenyap bersama itu sorak sorai gumbira apa semua… Maka inilah bahayanya Politic Boxing. bahaya…sangat merbahaya. Politik jenis ini mampu melenyapkan karier politik seseorang pemimpin, biarpun ia seorang Tokoh Legenda yang terlalu banyak berjasa pada agama, bangsa dan negara.


Biarpun begitu segala jasa dan pengorbanan besar Allahyarham Datuk Harun Idris (Bekas Pemimpin Parti Melayu Semangat 46) tetap akan kita kenang sampai bila-bila dan hanya Tuhan yang mampu membalasnya. Jangan sesekali kita lupa bahawa Datuk Harun Idris lah tokoh yang telah membawa Tun Dr. Mahathir masuk kembali kedalam UMNO, setelah Che Det dipecat oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969.



Hari ini tiada lagi tokoh yang mampu bermain Politics Boxing seperti beliau. Tun Razak dan kabinetnya berkali-kali dijadikan Punching Bag oleh Datuk Harun. Istilah “Kerajaan Dalam Kerajaan” memang begitu sinonim dengan beliau. Datuk Harun memang jenis cakap lantang, last-last bila Arwah Tun Hussien Onn dah tak boleh tahan; kasi bukak itu file dan charge kat Makhamah atas dakwaan rasuah dan pecah amanah. Betul tak betul itu belakang kira. Yang penting kasi tutup itu mulut 'lancang kuning' Si Harun. Masuk jel, tutup file, abis cerita.


Datuk Harun Idris juga satu nama besar bagi anak-anak muda melayu di Kuala Lumpur (Kampung Baru tentunya) bila pecah saja perang perkauman yang dikenali sebagai Tragedi 13 Mei! Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor pada waktu itu betul-betul disebelah jalanraya berhadapan dengan Kampung Baru Kuala Lumpur; terus menjadi tumpuan bangsa melayu yang hati sedang terbakar dan menuntut pembelaan. Mengikut cerita oleh 'Orang-Orang Lama Kampung Baru', hanya 2 tempat saja yang dijadikan oleh orang-orang melayu sebagai benteng pertahanan terakhir. Pertama Masjid Jamek Kg, Baru. Kedua, Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor. Mereka berkumpul disana. Hari yang gempar bersama peristiwa gempar. Beliau menjadi pembela kaum Melayu pada hari-hari berdarah tersebut. Itu cerita lama, tahun 1969. Kini bangsa Malaysia menghadapi situasi politik nasional yang sangat jauh berbeza. Politik Chauvenisme Perkauman seperti yang masih diamalkan oleh DAP (sekadar contoh) sudah ketinggalan zaman. Orang dah meluat...


Namun yang sedih dan sedikit terkilan, disaat-saat akhir hidupnya, beliau dilayan dengan sebelah mata, ibarat ‘Habis Madu Sepah Dibuang’, kerana ditakuti oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik diatas kembalinya semula beliau kepada UMNO (BARU). Walaupun begitu 'Hubungan Istimewa' Datuk Harun dengan Pihak Istana Selangor terus berjalan seperti biasa dan menjadi semakin akrab.


"HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA DAN JASA BAIK..."


Al-Fatehah buat Datuk Harun Idris. Semoga Roh beliau dicucuri rahmat-NYA. Anak-anak muda hari ini kenal siapa dia Datuk Harun?


Hari ini Di Kuala Terengganu semasa orang lain sibuk membuang undi bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, ada pulak dua tiga kerat mangkuk hayun yang tanpa segan silu bertumbuk nak tunjuk kuat. Sapa pulak yang masuk jel lepas ni? Mari kita lihat siapa yang kenaaaaa…



Ramai-ramai berani la korang,kalau kena sorang-sorang terkencing dalam seluar…cittt podaaah!

HADIS TENTANG PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT

1211.

Diriwayatkan dari Al-Hasan: ' Ubaidillah bin Ziyad pernah menjenguk Ma'qil bin Yasar Al-Muzanni pada waktu sakit menjelang wafatnya. Lalu Ma'qil berkata, "Aku akan menceritakan sebuah hadis yang aku dengar dari Rasulullah saw. Kalau aku tahu bahawa aku masih akan hidup, tentu aku tidak mau menceritakannya kepada mu. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Seseorang yang diberi amanat oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu mati ketika sedang MENIPU rakyatnya, maka Allah mengharamkan baginya syurga."

(6:9 Shahih Muslim)

SIAPA TUMBANG DI KUALA TERENGGANU?

Tukang buat Poster dan Bendera lah yang paling untung sebenarnya...Rakyat dapat apa?


Hari ini rakyat di Kuala Terengganu akan membuat keputusan siapa pilihan hati mereka. Sama ada mereka akan memilih UMNO, PAS atau pun CALON BEBAS keputusan akhir akan diketahui selewat-lewatnya malam ini. Pada Mac 2008, telah menyaksikan tahap keputusan yang drastik, dikala banyak kerusi dimenangi oleh Pakatan Rakyat, namun rakyat KT tetap memilih BN yang diwakili oleh Allahyarham Datuk Razali Ismail dengan 628 majoriti undi.. Apakah PAS akan berjaya merampas kerusi KT?


Ramai yang mengatakan peluang masing-masing 50-50. Sebelum itu semua Ahli Parlimen kawasan itu cuma bertahan sepenggal.Pada pilihanraya 1990 Datuk Manan Othman dari Parti Semangat 46 menang.Kemudiannya pada pilihanraya 1995 beliau tewas pada Allahyarham Datuk Bakar Daud dari BN.

Pada tahun 1999 calon PAS Dr Syed Azman menang dan pada tahun 2004 beliau tewas ditangan Razali.
cuma Razali sahaja yang mampu bertahan dua penggal iaitu pilihanraya 2004 dan 2008. Kemanakah undi 8,735 orang Cina akan dihalakan? Besar kemungkinan BN yang akan menikmatinya.Kedua-dua parti sibuk berkempen main Wayang Cina. Baca lain...


Datuk Wan Farid Wan Salleh (BN) & Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) mempunyai peluang yang seimbang. Masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri; walaupun semenjak sehari dua ini calon BN menjadi lebih Glamour. Ini disebabkan foto beliau bersama seorang gadis genit sedang baik punya berkaraoke telah diedarkan secara berleluasa. Apakah ini satu bentuk stratergi yang bijak oleh pihak Pakatan Rakyat? Tunggu dan lihat.

Sementara calon BEBAS, Azharudin Mamat @ Adam lebih kepada “Kacau Daun”. Walaupun begitu tidak mustahil calon BEBAS akan membuat satu kejutan.


Malam ini siapa yang akan Tergezuuttt (terkejut)? Anda pilih…

Selasa, Januari 13, 2009

EZAM DEDAH SURAT CINTA ANWAR!


"Jangan melampau sangat...Nahas kau nanti!". Mungkin itu agaknya yang ingin diperkatakan oleh Pak Sheikh kepada Pendekar Kuntau Jawa!
(foto ihsan Agenda Daily)

Nampaknya pertembungan Ezam dan Anwar semakin ketara. Semakin menjadi-jadi nampaknya. Macam tiada jalan pendamaian. Berpatah arang berkerat rotan! Memori sentimental dibuang jauh-jauh,,,

" Ezam who ?" begitulah reaksi awal Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila diminta mengulas kenyataan Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor yang akan mendedahkan "surat damai" Penasihat Parti Keadilan Rakyat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 September 1998.Surat itu dakwa Ezam yang pernah jadi Setiausaha Politik kepada Anwar akan membuktikan bagaimana sikap hipokritnya kerana pada waktu yang sama mengutuk mantan Perdana Menteri selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.Anwar dengan stailnya yang bersahaja sebaliknya memperlekehkan kenyataan Ezam nak dedahkan surat itu menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini. Baca lagi...

Ezam kini sudah tunjuk jaguh dalam membelasah Bekas Big Boss nya. Namun apakah pukulan Pendekar Jawa (gelaran Khalid Jaafar) mampu menumbangkan Pak Sheikh? Berbekaskah pendedahan Ezam pada kali ini dihati pengundi-pengundi Kuala Terengganu. Atau mungkin Ezam hanya Syok Sendiri?

Reaksi awal Anwar Ibrahim menunjukkan bahawa beliau tidak mahu melayan rentak permainan Politik Tikam Belakang Mati oleh bekas Setiausaha Politiknya. Pak Sheikh sudah kasi BO LAYAN sama itu Pendekar Jawa! Betul-betul punya dingin. Ezam satu waktu dulu mengukir nama sebagai Hulubalang Anwar Ibrahim yang begitu terkenal diseantero Asia Tenggara. Bila itu budak nakal Nuar Berahim kena tangkap selepas melakukan perhimpunan besar-besaran di Masjid Negara dan Dataran Merdeka; Ezam sudah cabut dulu. Dia lari ke Indonesia. Seorang lagi orang kuat Anwar, yakni Dr. Rahim Ghouse membawa hati nan luka ke Australia. Itu sejarah Ezam.

Namun hari ini budak Ezam sudah bertukar rupa laksana Sesumpah bertukar warna. Dia kini adalah Jagoan Kampung yang akan terus membelasah bekas Big Boss nya sehingga lembik dan lemah longai. Kalahkah Anwar ditangan Ezam? Malu besarkah Anwar dengan pendedahan Surat Cinta Penuh Kaseh Sayang kepada Che Det oleh sibudak Ezzam Jagoan Kampung ini?

Atau mungkin Ezam akan jadi Gila Talak untuk kembali merebut kaseh sayang Anwar Ibrahim yang sering diberikan kepada Pemegang Diari Merah Anwar sehingga Ezam terasa diketepikan. (Jikalau kita perhatikan dengan teliti perangai dan tingkah laku Ezam semenjak sehari dua ini betul-betul macam orang Gila Talak!). Lembutkah hati Pak Sheikh untuk menerima kembali The Derhaka Student dipagi raya nan indah nanti???

Masanya kan tiba jua...

Pinggan tak retak,
Nasi tak dingin.
Anwar tak nak,
Ezam pun tak hingin!

Atau itu Pendekar Kuntau Jawa betul-betul sudah hangin satu badan...

Sabtu, Januari 10, 2009

FOTO-FOTO PROTES KEPADA KEKEJAMAN REJIM ISRAEL YANG DI LAHANAT ALLAH!


MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyaksikan upacara membakar patung Presiden Amerika, George Bush dan bendera Israel ketika hadir di Majlis Perlancaran Tabung Derma Palestin di Kota Bharu hari ini.- Foto Zaman Huri Isa (Berita Harian)
Jan 9, 2009 4:43 pm

DEMONSTRASI aman berarak ke pejabat Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat. Lebih 3,000 hadir menentang kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza dengan membakar bendera Israel dan Amerika. - Foto AP
Jan 10, 2009 12:10 pm


BUKAN ISRAEL SEBENARNYA YANG BUNUH ARAB TAPI ARAB YANG BUNUH ARAB...

TERUS BERDEGIL... Walaupun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan resolusi supaya dilaksanakan segera gencatan senjata di Genting Gaza, namun rejim Yahudi tidak mengendahkan arahan PBB itu dengan terus melancarkan serangan di wilayah Palestin. Kepulan asap dan percikan api daripada bom berangkai menyelubungi utara Genting Gaza semalam menunjukkan betapa kejamnya rejim Yahudi itu dan serangan terbaru Israel semalam meragut 12 lagi nyawa penduduk Palestin. baca lagi...


Bangau Ooo Bangau…

Kenapa tak tolong Palestine
Macam mana aku nak tolong
Duit aku dapat…
Duit aku dapat…
Duit aku dapat…

Duit Ooo Duit
Macam mana engkau dapat?
Jangan Tanya mana aku dapat
Arab kaya minyak…
Arab kaya minyak…
Arab kaya minyak…

Arab Saudi jual minyak, Amerika beli minyak.
Amerika jual beli minyak, Jadi kaya raya. Ekonomi Amerika, Yahudi Anak Haram Lahanat Keparat yang pegang. Banyak duit beli senjata sofistikated. Itu senjata kasi letup kat muka manusia Palestine.

YANG ORANG NAMPAK – Israel bunuh Arab Palestine.

YANG ORANG TAK NAMPAK – Arab bunuh Arab!

tak boleh pakai...

APA NAK JADILAH DENGAN BANGSA ARAB...

Nampaknya Yahudi Lahanat sudah mula main Bom Berangkai. Ini sudah lebeeeh…Memang dasar banjingan!


Dulu masa Perang Dunia ke-2, puak-puak Yahudi Zionis ini kena seksa teruk dengan Tentera Nazi, sekarang dia pun 2x5. Malah lebih binatang daripada binatang.


Mengikut laporan terbaru PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Berpecah!) Askar Anak Haram Israel telah mengumpulkan 110 penduduk Palestin dalam sebuah rumah, sebelum membedil rumah itu berkali-kali 24 jam kemudian, menyebabkan kira-kira 30 orang maut. BACA PENUH...


Apa nak jadilah dengan bangsa Arab…

Kononnya, Satu delegasi Hamas akan berlepas ke Kaherah esok apabila Presiden Mesir, Hosni Mubarak dijadual menemui Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk membincangkan cadangan gencatan senjata di Gaza.

Hosni Mubarak & Mahmoud Abbas, semua umat Islam tahu dan teramat sedar siapakah sebenarnya mereka. “Pengkhianat Bangsa Arab & Islam”.


Duit telah mengaburi mata manusia sehingga sanggup membiarkan nyawa saudara sebangsa dan seagama dibunuh dengan kejam. Darah merah pekat mengalir seperti tiada harga. Berapa juta US DOLLAR lah si Malaun ni dapat.


Jumaat, Januari 09, 2009

ISRAEL ZIONIST SATAN'S BASTARD...WE WILL FIGHT YOU UNTIL THE END...BABY!

Mujurlah aku tak dilahirkan sebagai Yahudi Mabuk Musibat 7 Keturunan. Kalau tak setiap hari makan free maki hamun umpat keji caci nista.

EHUD OLMERT FUCKIN’ BASTARD WE HOPE U WILL BURN IN HELL FOREVER N EVER... faggot! Ameen.

SENARAI "KEMPEN BOIKOT BARANGAN ZIONIST AMERIKA ISRAEL"

TAK DAPAT BOIKOT SEMUA, BOIKOT SATU PUN DAH KIRA OK. JANJI BOIKOT, DARIPADA TAK BUAT LANGSUNG!

"BIAR TERLAMBAT ASALKAN BUAT. BUAT MANA YANG SEMPAT DAN MANA YANG DAPAT".

"Umat Islam tak mati pun kalau tak dapat minum coca-cola" - Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Aku rasa situasi sekarang sudah terbalik...kalau kita minum coca-cola lah makin ramai umat islam yang mati...Ini masa Palestine...masa kita belum tau lagi...Nau'zubillah min zalik.

Baik bertindak sekarang...sebelum betul-betul punya terlambat!

Rabu, Januari 07, 2009

tombo ati

ulama'-ulama' tasawwuf beritahu...obat ati ada 5 perkara...


jadi beberapa malam yg lepas aku menangis kapan mendengar lagu ni. ulama'-ulama' tasawwuf pergi meninggalkan kita satu demi satu. pergi yg tak akan kembali.

jadi yg tinggal hanya sedikit nasihat.

* Ini lagu pusaka orang-orang agama,satu waktu dulu dinyanyikan didesa-desa permai oleh masyarakat yg sangat patuh pada agama Islam.Selalunya tatkala selepas subuh semasa mula keluar mencari REJEKI (rezeki). Lalu dikomersialkan kembali.

Moga-moga Gusti ALLAH mencukupi...

Khamis, Januari 01, 2009

TAZKIRAH TAHUN 2009!

Selamat datang kawan-kawan

Selamat datang sahabat-handai

Selamat datang rakan-taulan

Selamat datang ke tahun baru!


Moga hari ini lebih baik dari semalam

Moga hidup lebih tenteram dan aman

Moga keluar dari kegelapan

Moga berbahgia sampai ke tahun depan


Tahun 2008 kita tinggalkan

detik demi detik kita lepaskan

yang bayi menjadi budak

yang budak bertukar remaja

yang remaja semakin dewasa

yang dewasa berubah tua

yang tua semakin tua

semakin tua dan semakin tua

Akhirnya kubur jualah tempat kita.

Jangan dilupa ada yang muda tak sempat tua…

kerna muda-muda sudah dipanggil menghadap-NYA!


Apa tujuan hidup kita?

Kita ini hidup untuk apa ya?

Semakin banyak pahala

Semakin banyak pula dosa

Itu kalau ada kumpul pahala

Kalau dosa lagi banyak pada pahala?

Untung-untung semakin baiklah perangai kita.

Takut-takut terfana’ dengan dunia


Muda datang hanya sekali

Kita hidup hanya sekali

Berbuat baik mana yang sempat

Tujuan manusia sebenarnya akhirat


Tapi sayang

sembahyang celam-celum

puasa tak sempat ganti

zakat tak pernah beri

haji tak sempat naik.


Harta benda bukan boleh bawa masuk lubang kubur

Tapi dengan hartalah peluang kita untuk beli sorga

Tapi juga dengan harta benda anak pinaklah kita semakin lupa Tuhan.


Tahun baru datang lagi

Moga kita berubah menjadi lebih baik

Petrol turun, barang pula semakin naik

Pendapatan kita tak naik-naik.


Kawan-kawan

Sahabat Handai

Rakan Taulan

Kaum kerabat

banyak-banyaklah berzikir kepada Tuhan.


Hati yang busuk kita wangikan

Hati yang sakit kita obatkan

Dengki mendengki kita tinggalkan

Yang berlalu biarlah berlalu

Peluang masih ada

Kesempatan masih datang

Hari ini dan masa depan

kita bentengkan diri dengan ISLAM!


Kita bermula dengan kalimah

“LAA ILA HA ILLA LAAH…”

untuk menjadikan dunia ini lebih baik.


Aku, Engkau, Dia dan Mereka

kita semua asal kejadian yang sama

Hanya sebenarnya amalan membezakan kita.


Dengan itu kita dengan teguh menolak kejahatan

kita tolak Rasuah

kita tolak Hedonisme

kita tolak perangai samseng

kita tolak kebodohan dan kebebalan

kita tolak Ustaz & Ustazah Duit!

kita tolak kepura-puraan

kita tolak ke’poyo’an

kita tolak ke’sengal’an

kita tolak Bush!

kita tolak Wahabi

kita tolak perkauman

kita tolak permusuhan

kita tolak terlalu kepartian

kita tolak hiburan yang melupakan Tuhan!


Dengan itu dengan berani, tabah dan teguh

Kita sanjung Adat Resam

Kita sanjung Budaya Timur & Akhlak luhur

Kita sanjung Jumhur Ulama’

Kita sanjung intelektualisme

Kita pegang dengan teguh ajaran-ajaran Ulama’ Tasauf yang disulami nilai-nilai baik tarekat sufi

Kita eratkan silarturrahem kerna kita dah penat bergaduh

Kita mencuba untuk kembali kepada Al-Qur’an, Sunnah dan ajaran-ajaran Imam 4 Mazhab

kita cuba dan terus mencuba

lagi dan lagi dan lagi…sampai nafas terhenti…


Kawan-kawan

Sahabat Handai

Rakan Taulan

Eloklah kita berhenti dulu disini

Ada rezeki bersambung kembali


SELAMAT DATANG 2009!



maaf zahir dan batin. oh ya! raya lambat lagi.