Jumaat, Mei 09, 2014
Rabu, April 23, 2014
SHAHRIR SAMAD : TOKOH POLITIK MELAYU JOHOR Siri 2 Oleh Indie Fictionwriter
1.
Kata orang ‘Tuah ayam Nampak di kaki’.. dan Tuah
Shahrir Samad pastilah Nampak digiginya besar dan menonjol apabila setiap kali dia tersenyum lebar. Tanpa disangka, tiada guruh tiada hujan, tiba-tiba sahaja ribut taufan datang melanda;
Timbalan Perdana Menteri ke-7, Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh di
pecat daripada jawatannya serta merta dan ditendang keluar dari Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu atau nama lainnya UMNO pada malam yang sama.
2.
Dengan tidak semena-mena peluang bekas Kem B,
tahun 1987 dan bekas ahli Semangat 46 terbuka luas. Setelah hampir sedekad di
asing dan di hibernasikan secara diam oleh media yang dikuasai oleh Pro Anwar
kini peluang kembali didepan mata. Johan Jaafar (Utusan Malaysia) dan Nazri
Abdullah (Berita Harian) telah ditendang keluar dengan kuasa VETO kem Mahathir
yang dipelopori oleh Sanusi Junid, Muhammad Rahmat dan Aziz Shamsuddin.
3.
Orang-orang Musa Hitam dan Tengku Razaleigh
Hamzah mula mengatur stratergi dan melobi untuk jawatan Nombor 2 tersebut.
Beberapa nama telah disebut sebagai calon yang sesuai dan layak mengisi jawatan
tersebut. 3 nama yang teratas ialah Abdullah Ahmad Badawi, Musa HItam, Rais
Yatim, Najib Tun Razak dan Tengku
Razaleigh sendiri.
4.
Dikala Anwar Ibrahim sedang bergelut dengan kes
Sodomi yang dihadapinya serta percaturan mengajak rakyat untuk turun ke jalan mengadakan
protes besar-besaran. Calon-calon Timbalan Presiden menunggu nasib mereka
ddengan penuh debaran.
5.
Pada mulanya Dr. Mahathir agak condong untuk
memilih Najib Razak sebagai pengganti Anwar
Ibrahim anak emasnya selama 16 tahun didalam UMNO. Begitu pun selama
beberapa kali pemilihan untuk jawatan Naib Presiden UMNO, Abdullah Haji Ahmad
Badawi atau lebih dikenali sebagai Mr.
Clean oleh anggota UMNO telah dikekalkan sebagai Naib Presiden secara konsisten
selama beberapa penggal.
6.
Ternyata para perwakilan tidak kesah dengan
sejarah Pak Lah yang tercalar akibat menyokong Musa Hitam dan Ku Li yang
menentang Ghafar Baba dan Mahathir Mohamad pada pertandingan 1987.
7.
Perwakilan UMNO telah menghantar isyarat yang cukup jelas dan konsisten untuk
mengekalkan Abdullah Badawi sebagai Naib Presiden, walaupun jelas Mahathir di dalam ucapan pembukaannya ingin mengenepikan Pak Lah. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden
UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut
pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai
Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003. Beliau hanya kalah sekali yakni
pada tahun 1993.
8.
Dengan munculnya Pak Lah sebagai Timbalan
Perdana Menteri maka secara otomatiknya beberapa nama bekas Team B telah
kembali mendapat tempat di persada arus perdana seperti Ahmad Shabeery Chik, Rais Yatim, Tengku
Azlan, Musa Hitam, Datuk Zainal Abidin Zain, Hajjah Ilani Ishak,
Marina Yusoff, Radzi Sheikh Ahmad dan termasuklah Shahrir Samad sendiri.
9.
Hanya dua tokoh politik daripada KEM B yang
terus di asingkan daripada terlibat secara langsung dalam arus politik perdana.
Tokoh peratam seperti yang kita sedia maklum Yang Mulia Tengku Razaleigh
Hamzah itu sendiri dan seorang lagi
adalahseorang politikus yang sering mencetuskan kontraversi iaitu Datuk Paduka Ibrahim
Ali. Tokoh politik dari Team A yang juga merupakanpenyokong kuat Dr. Mahathir yang di tidak berapa disukai oleh Pak Lah
ialah Abdullah Ahmad atau dikenali sebagai Dolah Kok Lanas.
10.
Maka dengan sebab takdir Tuhan, maka kembali bergemerlapanlah bintang politik
Dato’ Shahrir Abdul Samad.
11.
Tahun 2004, meyaksikan beliau kembali bertanding
untuk kerusi Parlimen Johor Bahru atas tiket BN. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad
Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5, telah menawarkan jawatan di dalam cabinet
terbarunya tetapi telahditolak oleh Shahrir diatas prinsip politikny dan meraskan ramai lagi calon yang lebih layak daripada dirinya;
secara ikhlas danmerendah diri. Sebaliknya, dia memilih untuk kerusi
Jawatankuasa Akaun Awam (Public Accounts Committee ) di dalam Dewan Rakyat.
12.
Pada 4 Mei 2006, Shahrir mengumumkan peletakan
jawatannya sebagai pengerusi Barisan Nasional Kelab Penyokong Kerajaan ( BNBBC
) yang sedikit sebanyak telah menimbulkan kontraversi di akibat daripada
tindakkan beraninya menyokong satu usul pembangkang DAP di Parlimen. Shahrir
berjalan keluar dari Dewan dan mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen ,
memberitahu pemberita bahawa "Walaupun ia adalah satu gerakan pembangkang
, kita harus menyokong untuk kepentingannya kepada Ahli Parlimen dan Dewan.
"
13.
Pada tahun 2008, mencatatkan sejarah terburuk
kepada Barisan Nasional apabila parti-parti pembangkang bergabung di bawah
jenama Pakatan Rakyat telah dapat menafikan majoriti 2/3 untuk pertama kalinya.
14.
Disaat BN sedang goyang menanti rebah itulah maka bagi membalas jasa dan budi baik Shahrir lalu Tun Abdullah Ahmad Badawi
telah melantik Shahrir sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Jelas
sekali Pak Lah ingin menyediakan tempat selesa dan megembalikan Shahrir Samad
ke politik perdana tanah air sebelum mengambil keputusan meletakkan jawatan
sebagai Perdana Menteri Malaysia dan bersara buat selamanya.
15.
Pada
tahun 2009, sekali lagi nasib tidak menyebelahi beliau ketika Perhimpunan Agung
UMNO, Shahrir gagal dalam cubaan beliau untuk tempat di dalam Majlis Tertinggi
dan seterusnya meletakkan jawatan di dalam Kabinet.
* Shahrir Samad akan terus di ingati sebagai ahli politik yang
terbilang, berkredibliti dan mementingkan integriti. Berani menentang Arus
untuk menyatakan pandangan yang berbeda.
Sebagaimana Musa Hitam pernah mendakwa sebagai Demokrat Tulen, maka tidak
kurangnya juga Shahrir sebagai Tokoh Politik Johor Tulen. Sejarah telah merakam
dan generasi depan akan memberikan justifikasi
terhadap gelombang sejarah dan stail politik yang menjadi amalannya.
SHAHRIR SAMAD : TOKOH POLITIK MELAYU JOHOR - SIRI 1 Oleh Indie Ficitionwriter
1. Pada tahun 1975, seorang pemuda kurus
melengking, tinggi daripada kebanyakkan Melayu tipikal, bercermin mata dan
berambut ikal tebal telah diantik sebagai Setiausaha Politik kepada Musa Hitam,
yang menyaksikan sebagai orang yang paling muda pernah dilantik ke jawatan
tersebut.
2. Shahrir Samad baru berumur 24 tahun tatkala
menjawat jawatan tersebut. Manakala adiknya Khalid Samad yang kini Ahli
Parlimen Shah Alam di atas tiket PAS, berumur 16 tahun pada waktu itu.
3. Selepas berkhidmat di bawah Musa Hitam (Bekas
Timbalan Perdana Menteri di era Dr. Mahathir) bintang politiknya semakin
bersinar apabila Tun Abdul Razak berminat melantiknya sebagai Setiausaha
Politik bermula dari 1975 sehingga 1976.
4. Karier politik Shahrir terus didalam pendakian
yang penuh bersemangat apabila memenangi kerusi Parlimen Johor Baharu pada
tahun 1978, yakni pilihanraya umum yang pertama kali disertainya.
5.
Pilihanraya Umum 1978 mencatatkan bahawa 154
kerusi parlimen di pertandingkan, dengan Barisan Nasional berjaya memenangi sebanyak
131 kerusi parlimen berbanding dengan PAS hanya mampu memenangi 16 kerusi
parlimen, manakala Sarawak People’s Organisation dan Calon Bebas masing-masing
memiliki 1 kerusi sahaja.
6.
Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad atau lebih di
kenali sebagai Tan Sri Shahrir Samad bukanlah ‘Kecik Anak’ di dalam sepak
terajang dunia politik Malaysia. Selama 41 tahun terlibat dalam rencah politik,
baik di pentas UMNO mahu pun sebagai calon indipenden pada pilihanraya umum
adalah sebuah tempoh yang sangat lama. Karakternya akan senantiasa di ingati sebagai Bekas Musuh
Ketat Dr. Mahathir, lambang KUNCI dan suka menentang arus politik perdana.
7.
Terang dan jelas, beliau adalah anak didik Musa
Hitam, permainan politiknya banyak berkiblatkan Musa Hitam. Politik Johor tulen.
Kata kebanyakkan orang kaedah permainan politik Johor sedikit berbeda dengan
lain-lain negeri di Semenanjung. Entahkan betul, entahkan tidak. Memang
ter[ahat didalam sejarah politik nasional bahawa beliau adalah ‘orang kuat’
Musa Hitam bergandingan dengan bekas Menteri Besar Johor Adib Adam dalam
menghadapi Tengku Razaleigh Hamzah Putera Raja Kelantan dan Bekas Menteri
Kewangan.
8.
Dilahirkan pada 22 November 1949, di Kuantan
Pahang, dan mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Selepas itu
menyambung pelajaran dalam jurusan Ekonomi pada peringkat Ijazah di Universiti
Malaya di bidang Statistik. Seterusnya mengambil
Masters of Business Administration daripada International Institute for
Management Development di Lausanne, Switzerland.
9.
Selepas berjaya di dalam cubaan pertamanya bertanding
pada pilihanraya umum, beliau pada mulanya dilantik sebagai Timbalan Menteri,
Perdagangan dan Industri, tetapi kemudiannya menjadi menteri kebajikan, belia
dan sukan, dan pada tahun 1987 mengambil jawatan Menteri Wilayah Persekutuan.
10.
Beliau juga sempat menjadi Setiausaha Politik
kepada Hussien Onn, yakni Perdana Menteri ketiga dalam tempoh 1983 sehingga
1986.
11.
Begitupun benarlah pepatah melayu, ‘Ku sangkakan
panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengahari’, begitulah yang terjadi
kepada karier politik Sharir. Di dalam politik ada naik turun. Bagi sesetengah
politikus ada masa naik, di waktu lain turun dan tidak lagi naik-naik.
12.
Demi kesetiaan dan mengenang jasa ketuanya Musa
Hitam, beliau sanggup mempertaruhkan nasibnya demi taat setia kepada politik
Johor dan Big Boss nya. Bagi Shahrir Samad ketuanya ialah Musa Hitam, bukan Dr.
Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri
Malaysia. Shahrir sanggup menentang arus dengan bersekongkol dengan
juak-juak politik Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dengan menyertai Team B. UMNO
berpecah dua pada pertandingan di Perhimpunan Agung 1987.
13.
Kem-kem politik yang wujud pada waktu itu
menyebabkan perpecahan yang sangat teruk selepas pertandingan. Rumah siap,
pahat masih berbunyi, maka muncul pula Kumpulan 11 yang diketuai oleh Marina
Yusoff membawa kes ke Makhamah. Di akhir
cerita UMNO diharamkan oleh HAKIM Harun Hashim,
Musa Hitam menyepi, Ku Li menubuhkan Semangat 46 dan Shahrir Samad letak
jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Baharu bagi menyahut cabaran dan sindiran
Dr. Mahathir untuk bertanding sebagai Calon Bebas!
14.
Pada 1988, Shahrir Samad menunjukkan bahawa dia
benar-benar ahli politik Anak Jantan dengan kembali memenangi kerusi parlimen
Johor Baharu dengan simbol KUNCI pada piliharaya kecil itu. Kemenangan
bergayanya sedikit sebanyak telah mencalarkan imej Dr. Mahathir pada ketika itu dan mengembalikan maruah
UMNO Johor.
15.
Setahun selepas itu Musa Hitam menyertai UMNO
Baru yang di tubuhkan oleh Ghafar Baba dan Dr. Mahathir Mohamad. Shahrir
menurut jejak langkah ketuanya.
Selasa, April 22, 2014
WARGA ASING BESAR KEPALA DI MALAYSIA : SALAH SIAPA?
1. Kebanjiran warga asing di Malaysia semakin kronik dan membimbangkan. Kalau di era 80a kita hanya menyaksikan kemasukkan PATI daripada rakyat Indonesia, namun mutakhir ini kita melihat kemunculan pelbagai warga asing yang terdiri dari Nepal, Mynmar, Bangladesh malah Afrika yang masuk ke negara kita bertopengkan pas pelajar untuk tujuan tertentu.
2. Ironinya ahli-ahli politik kita lebih banyak bertelagah sesama sendiri berebutkan kuasa daripada mempunyai perasaan serta keinginan membasmi masalah ini hingga ke akar umbi. Di peringkat bawahan rakyat marhain terpaksa saban hari bergelut dengan kerenah Warga Asing, baik yang masuk ke negara ini secara haram mahupun datang secara 'Halal' tetapi dengan niat melakukan kerja haram. Peristiwa beberapa bulan lalu amat mengejutkan rakyat Malaysia diseluruh negara apabila seorang kakitangan Bank ditembak tanpa belas dalam kes rompakan nekad oleh Warga Asing yang berkerja sebagai Pengawal Keselamatan.
3. Kita tertanya-tanya mengapakah negara ini mudah dibolosi oleh pendatang luar secara haram. Apakah gejala rasuah telah menular dikalangan pihak berwajib? Warga Mynmar, Nepal, Pakistan, India dan Bangladesh kini berselerak diseluruh negara. Situasi ini mengakibatkan ketidakselesaan kepada orang tempatan sendiri, yang kadangkala mencetuskan kebimbangan dan ketakutan akan keselamatan ahli keluarga semasa berada diluar rumah.
4. Kemudahan Awam seperti Hospital dan Klinik Kerajaan turut dikenakan oleh mereka dengan bayaran yang sama seperti yang dikenakan terhadap rakyat kita sendiri, sedangkan cukai dipungut daripada rakyat Malaysia sebenarnya bertujuan mengutamakan kebajikkan rakyat kita sendiri. Jika sesiapa yang kerap menggunakan pengangkutan awam seperti LRT dan Bas akan berhadapan situasi berhimpit-himpit, dan di kebanyakkan masa rakyat kita terpaksa berdiri (ini termasuklah warga emas dan wanita mengandung) sedangkan mereka begitu selesa duduk dan bersenda-gurau sesama mereka tanpa mempunyai sensitiviti menghormati adab dan budaya sivik di kalangan rakyat Malaysia.
5. Rakyat Malaysia bukanlah begitu kejam mahupun tanpa belas ingin menindas Warga Asing yang masuk ke negara kita ini, akan tetapi oleh kerana dek terlalu ramainya yang masuk ke sini seolah-olah tanpa kawalan ketat mengakibatkan kebanyakkan dari mereka menjadi terlalu Besar Kepala dan kerap kali membahayakan keselamatan rakyat kita sendiri. Bahkan mereka dengan begitu berani bertindak mewujudkan perkampungan sendiri. Jangan sampai nanti Telunjuk Menjolok Mata barulah kita terhegeh-hegeh mahu bertindak. Ditakutki pada saat itu segalanya sudah menjadi sangat terlambat. Satu kejadian di Kondominium di Puchong, memperlihatkan bagaimaa tempat itu dikuasai oleh Warga Afrika yang menjadikannya sebagai lubuk pengedaran dadah. Sampaikan pemilik Kondominium itu sendiri tidak selesa menetap di situ lagi, tetapi apabila mahu menjual harganya telah jatuh dan tiada sesiapa yang berminat mahu membeli. Sekarang anda telah melihat kesan buruk dari sudut ekonomi untuk jangkamasa panjang.
6. Ini belum disebutkan lagi bagaimana sikap pengotor yang terdapat dikalangan mereka yang membuang sampah sesuka hati dengan selamba. Malah secara tidak langsung turut menyebarkan virus yang dibawa daripada negara asal mereka kepada rakyat tempatan. Apakah ini yang kita mahukan terjadi didalam negara kita? Rakyat hidup ketakutan di dalam negara sendiri. Adalah mustahil pihak berkuasa tidak mengetahui apa yang terjadi diperingkat bawahan, atau barangkali rasuah telah berada ditahap kritikal. Dimanakah Menteri dan apakah cukup dengan tindakan yang telah di ambil sebelum ini atau sekadar melepaskan batuk di tangga, telah bersungguh-sungguhkah kita menyelesaikan masalah-masalah yang di hadapi rakyat ini. Di mana kebajikkan untuk rakyat jelata yang dilaungkan selama ini. Konsep 1Malaysia jangan sampai bertukar menjadi 1Banglasia! Jangan salahkan Perdana Menteri, beliau tidak bersalah akan tetapi Menteri yang diberikan amanahlah yang sepatutnya bertanggungjawab.
7. *Mengikut sebuah laporan; sejumlah 1,303, 126 orang pendatang tanpa izin (PATI) dilaporkan masih berada di negara ini sehingga bulan Ogos tahun lalu berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Perkara itu dibacakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Mutalib kepada Dewan Rakyat dalam sesi soalan lisan hari ini. “Mengikut statistik pada Kementerian Dalam Negeri sehingga Ogos 2012, terdapat 1,303,126 orang. Kadar pengangguran di Malaysia yang dilaporkan pada tahun 2012 adalah sebanyak 3.0 peratus.
Tambah Timbalan Menteri, sebanyak 1,529, 944 pas lawatan kerja sementara telah dikeluarkan pada jangka masa yang sama tahun lalu. Beliau menjawab pertanyaan lisan kedua hari ini daripada Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw.
*(Sumber : http://news.abnxcess.com/bm/2013/07/1-3-juta-pati-direkodkan-masih-di-malaysia/)
Langgan:
Catatan (Atom)