Rabu, April 23, 2014

SHAHRIR SAMAD : TOKOH POLITIK MELAYU JOHOR Siri 2 Oleh Indie Fictionwriter



1.       Kata orang ‘Tuah ayam Nampak di kaki’.. dan Tuah Shahrir Samad pastilah Nampak digiginya besar dan menonjol apabila setiap kali dia tersenyum lebar. Tanpa disangka, tiada guruh tiada hujan, tiba-tiba sahaja ribut taufan datang melanda; Timbalan Perdana Menteri ke-7, Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh di pecat daripada jawatannya serta merta dan ditendang keluar dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau nama lainnya UMNO pada malam yang sama.

2.       Dengan tidak semena-mena peluang bekas Kem B, tahun 1987 dan bekas ahli Semangat 46 terbuka luas. Setelah hampir sedekad di asing dan di hibernasikan secara diam oleh media yang dikuasai oleh Pro Anwar kini peluang kembali didepan mata. Johan Jaafar (Utusan Malaysia) dan Nazri Abdullah (Berita Harian) telah ditendang keluar dengan kuasa VETO kem Mahathir yang dipelopori oleh Sanusi Junid, Muhammad Rahmat dan Aziz Shamsuddin.

3.       Orang-orang Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah mula mengatur stratergi dan melobi untuk jawatan Nombor 2 tersebut. Beberapa nama telah disebut sebagai calon yang sesuai dan layak mengisi jawatan tersebut. 3 nama yang teratas ialah Abdullah Ahmad Badawi, Musa HItam, Rais Yatim,  Najib Tun Razak dan Tengku Razaleigh sendiri.

4.       Dikala Anwar Ibrahim sedang bergelut dengan kes Sodomi yang dihadapinya serta percaturan mengajak rakyat untuk turun ke jalan mengadakan protes besar-besaran. Calon-calon Timbalan Presiden menunggu nasib mereka ddengan penuh debaran.

5.       Pada mulanya Dr. Mahathir agak condong untuk memilih Najib Razak sebagai pengganti Anwar  Ibrahim anak emasnya selama 16 tahun didalam UMNO. Begitu pun selama beberapa kali pemilihan untuk jawatan Naib Presiden UMNO, Abdullah Haji Ahmad Badawi atau  lebih dikenali sebagai Mr. Clean oleh anggota UMNO telah dikekalkan sebagai Naib Presiden secara konsisten selama beberapa penggal.

6.       Ternyata para perwakilan tidak kesah dengan sejarah Pak Lah yang tercalar akibat menyokong Musa Hitam dan Ku Li yang menentang Ghafar Baba dan Mahathir Mohamad pada pertandingan 1987.

7.       Perwakilan UMNO telah menghantar  isyarat yang cukup jelas dan konsisten untuk mengekalkan Abdullah Badawi sebagai Naib Presiden, walaupun jelas Mahathir di dalam ucapan pembukaannya ingin mengenepikan Pak Lah. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003. Beliau hanya kalah sekali yakni pada tahun 1993.

8.       Dengan munculnya Pak Lah sebagai Timbalan Perdana Menteri maka secara otomatiknya beberapa nama bekas Team B telah kembali mendapat tempat di persada arus perdana seperti  Ahmad Shabeery Chik, Rais Yatim, Tengku Azlan,  Musa Hitam,  Datuk Zainal Abidin Zain, Hajjah Ilani Ishak, Marina Yusoff, Radzi Sheikh Ahmad dan termasuklah Shahrir Samad sendiri.

9.       Hanya dua tokoh politik daripada KEM B yang terus di asingkan daripada terlibat secara langsung dalam arus politik perdana. Tokoh peratam seperti yang kita sedia maklum Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah  itu sendiri dan seorang lagi adalahseorang politikus yang sering mencetuskan kontraversi iaitu Datuk Paduka Ibrahim Ali.  Tokoh politik dari Team A yang  juga merupakanpenyokong kuat Dr. Mahathir  yang di tidak berapa disukai oleh Pak Lah ialah Abdullah Ahmad atau dikenali sebagai Dolah Kok Lanas.

10.   Maka dengan sebab takdir Tuhan,  maka kembali bergemerlapanlah bintang politik Dato’ Shahrir Abdul Samad.

11.   Tahun 2004, meyaksikan beliau kembali bertanding untuk kerusi Parlimen Johor Bahru atas tiket BN. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5, telah menawarkan jawatan di dalam cabinet terbarunya tetapi telahditolak oleh Shahrir diatas prinsip politikny dan  meraskan ramai  lagi calon yang lebih layak daripada dirinya; secara ikhlas danmerendah diri. Sebaliknya, dia memilih untuk kerusi Jawatankuasa Akaun Awam (Public Accounts Committee ) di dalam Dewan Rakyat.

12.   Pada 4 Mei 2006, Shahrir mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi Barisan Nasional Kelab Penyokong Kerajaan ( BNBBC ) yang sedikit sebanyak telah menimbulkan kontraversi di akibat daripada tindakkan beraninya menyokong satu usul pembangkang DAP di Parlimen. Shahrir berjalan keluar dari Dewan dan mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen , memberitahu pemberita bahawa "Walaupun ia adalah satu gerakan pembangkang , kita harus menyokong untuk kepentingannya kepada Ahli Parlimen dan Dewan. "

13.   Pada tahun 2008, mencatatkan sejarah terburuk kepada Barisan Nasional apabila parti-parti pembangkang bergabung di bawah jenama Pakatan Rakyat telah dapat menafikan majoriti 2/3 untuk pertama kalinya.

14.   Disaat BN sedang goyang menanti rebah itulah maka bagi membalas jasa dan budi baik Shahrir  lalu Tun Abdullah Ahmad Badawi telah melantik Shahrir sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Jelas sekali Pak Lah ingin menyediakan tempat selesa dan megembalikan Shahrir Samad ke politik perdana tanah air sebelum mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan bersara buat selamanya.

15.    Pada tahun 2009, sekali lagi nasib tidak menyebelahi beliau ketika Perhimpunan Agung UMNO, Shahrir gagal dalam cubaan beliau untuk tempat di dalam Majlis Tertinggi dan seterusnya meletakkan jawatan di dalam Kabinet.


* Shahrir Samad akan  terus di ingati sebagai ahli politik yang terbilang, berkredibliti dan mementingkan integriti. Berani menentang Arus untuk  menyatakan pandangan yang berbeda. Sebagaimana Musa Hitam pernah mendakwa sebagai Demokrat Tulen, maka tidak kurangnya juga Shahrir sebagai Tokoh Politik Johor Tulen. Sejarah telah merakam dan generasi depan akan memberikan justifikasi  terhadap gelombang sejarah dan stail politik yang menjadi amalannya.

SHAHRIR SAMAD : TOKOH POLITIK MELAYU JOHOR - SIRI 1 Oleh Indie Ficitionwriter


1.   Pada tahun 1975, seorang pemuda kurus melengking, tinggi daripada kebanyakkan Melayu tipikal, bercermin mata dan berambut ikal tebal telah diantik sebagai Setiausaha Politik kepada Musa Hitam, yang menyaksikan sebagai orang yang paling muda pernah dilantik ke jawatan tersebut.

2.   Shahrir Samad baru berumur 24 tahun tatkala menjawat jawatan tersebut. Manakala adiknya Khalid Samad yang kini Ahli Parlimen Shah Alam di atas tiket PAS, berumur 16 tahun pada waktu itu.

3.   Selepas berkhidmat di bawah Musa Hitam (Bekas Timbalan Perdana Menteri di era Dr. Mahathir) bintang politiknya semakin bersinar apabila Tun Abdul Razak berminat melantiknya sebagai Setiausaha Politik bermula dari 1975 sehingga 1976.

4.   Karier politik Shahrir terus didalam pendakian yang penuh bersemangat apabila memenangi kerusi Parlimen Johor Baharu pada tahun 1978, yakni pilihanraya umum yang pertama kali disertainya.

5.       Pilihanraya Umum 1978 mencatatkan bahawa 154 kerusi parlimen di pertandingkan, dengan Barisan Nasional berjaya memenangi sebanyak 131 kerusi parlimen berbanding dengan PAS hanya mampu memenangi 16 kerusi parlimen, manakala Sarawak People’s Organisation dan Calon Bebas masing-masing memiliki 1 kerusi sahaja.

6.       Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad atau lebih di kenali sebagai Tan Sri Shahrir Samad bukanlah ‘Kecik Anak’ di dalam sepak terajang dunia politik Malaysia. Selama 41 tahun terlibat dalam rencah politik, baik di pentas UMNO mahu pun sebagai calon indipenden pada pilihanraya umum adalah sebuah tempoh yang sangat lama. Karakternya akan senantiasa di ingati sebagai Bekas Musuh Ketat Dr. Mahathir, lambang KUNCI dan suka menentang arus politik perdana.

7.       Terang dan jelas, beliau adalah anak didik Musa Hitam, permainan politiknya banyak berkiblatkan Musa Hitam. Politik Johor tulen. Kata kebanyakkan orang kaedah permainan politik Johor sedikit berbeda dengan lain-lain negeri di Semenanjung. Entahkan betul, entahkan tidak. Memang ter[ahat didalam sejarah politik nasional bahawa beliau adalah ‘orang kuat’ Musa Hitam bergandingan dengan bekas Menteri Besar Johor Adib Adam dalam menghadapi Tengku Razaleigh Hamzah Putera Raja Kelantan dan Bekas Menteri Kewangan.

8.       Dilahirkan pada 22 November 1949, di Kuantan Pahang, dan mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Selepas itu menyambung pelajaran dalam jurusan Ekonomi pada peringkat Ijazah di Universiti Malaya di bidang Statistik. Seterusnya  mengambil Masters of Business Administration daripada International Institute for Management Development di Lausanne, Switzerland.

9.       Selepas berjaya di dalam cubaan pertamanya bertanding pada pilihanraya umum, beliau pada mulanya dilantik sebagai Timbalan Menteri, Perdagangan dan Industri, tetapi kemudiannya menjadi menteri kebajikan, belia dan sukan, dan pada tahun 1987 mengambil jawatan Menteri Wilayah Persekutuan.

10.   Beliau juga sempat menjadi Setiausaha Politik kepada Hussien Onn, yakni Perdana Menteri ketiga dalam tempoh 1983 sehingga 1986.

11.   Begitupun benarlah pepatah melayu, ‘Ku sangkakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengahari’, begitulah yang terjadi kepada karier politik Sharir. Di dalam politik ada naik turun. Bagi sesetengah politikus ada masa naik, di waktu lain turun dan tidak lagi naik-naik.

12.   Demi kesetiaan dan mengenang jasa ketuanya Musa Hitam, beliau sanggup mempertaruhkan nasibnya demi taat setia kepada politik Johor dan Big Boss nya. Bagi Shahrir Samad ketuanya ialah Musa Hitam, bukan Dr. Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri  Malaysia. Shahrir sanggup menentang arus dengan bersekongkol dengan juak-juak politik Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dengan menyertai Team B. UMNO berpecah dua pada pertandingan di Perhimpunan Agung 1987.

13.   Kem-kem politik yang wujud pada waktu itu menyebabkan perpecahan yang sangat teruk selepas pertandingan. Rumah siap, pahat masih berbunyi, maka muncul pula Kumpulan 11 yang diketuai oleh Marina Yusoff  membawa kes ke Makhamah. Di akhir cerita UMNO diharamkan oleh HAKIM Harun Hashim,  Musa Hitam menyepi, Ku Li menubuhkan Semangat 46 dan Shahrir Samad letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Baharu bagi menyahut cabaran dan sindiran Dr. Mahathir untuk bertanding sebagai Calon Bebas!

14.   Pada 1988, Shahrir Samad menunjukkan bahawa dia benar-benar ahli politik Anak Jantan dengan kembali memenangi kerusi parlimen Johor Baharu dengan simbol KUNCI pada piliharaya kecil itu. Kemenangan bergayanya sedikit sebanyak telah mencalarkan imej Dr.  Mahathir pada ketika itu dan mengembalikan maruah UMNO Johor.


15.   Setahun selepas itu Musa Hitam menyertai UMNO Baru yang di tubuhkan oleh Ghafar Baba dan Dr. Mahathir Mohamad. Shahrir menurut jejak langkah ketuanya.


Selasa, April 22, 2014

WARGA ASING BESAR KEPALA DI MALAYSIA : SALAH SIAPA?

1. Kebanjiran warga asing di Malaysia semakin kronik dan membimbangkan. Kalau di era 80a  kita hanya menyaksikan kemasukkan PATI daripada rakyat Indonesia, namun mutakhir ini kita melihat kemunculan pelbagai warga asing yang terdiri dari Nepal, Mynmar, Bangladesh malah Afrika yang masuk ke negara kita bertopengkan pas pelajar untuk tujuan tertentu.  

2. Ironinya ahli-ahli politik kita lebih banyak bertelagah sesama sendiri berebutkan kuasa daripada mempunyai perasaan serta keinginan membasmi masalah ini hingga ke akar umbi. Di peringkat bawahan rakyat marhain terpaksa saban hari bergelut dengan kerenah Warga Asing, baik yang masuk ke negara ini secara haram mahupun datang secara 'Halal' tetapi dengan niat melakukan kerja haram. Peristiwa beberapa bulan lalu amat mengejutkan rakyat Malaysia diseluruh negara apabila seorang kakitangan Bank ditembak tanpa belas dalam kes rompakan nekad oleh Warga Asing yang berkerja sebagai Pengawal Keselamatan.  

3. Kita tertanya-tanya mengapakah negara ini mudah dibolosi oleh pendatang luar secara haram. Apakah gejala rasuah telah menular dikalangan pihak berwajib? Warga Mynmar, Nepal, Pakistan, India dan Bangladesh kini berselerak diseluruh negara. Situasi ini mengakibatkan ketidakselesaan kepada orang tempatan sendiri, yang kadangkala mencetuskan kebimbangan dan ketakutan akan keselamatan ahli keluarga semasa berada diluar rumah.  

4. Kemudahan Awam seperti Hospital dan Klinik Kerajaan turut dikenakan oleh mereka dengan bayaran yang sama seperti yang dikenakan terhadap rakyat kita sendiri, sedangkan cukai dipungut daripada rakyat Malaysia sebenarnya bertujuan mengutamakan kebajikkan rakyat kita sendiri. Jika sesiapa yang kerap menggunakan pengangkutan awam seperti LRT dan Bas akan berhadapan situasi berhimpit-himpit, dan di kebanyakkan masa rakyat kita terpaksa berdiri (ini termasuklah warga emas dan wanita mengandung) sedangkan mereka begitu selesa duduk dan bersenda-gurau sesama mereka tanpa mempunyai sensitiviti menghormati adab dan budaya sivik di kalangan rakyat Malaysia.  

5. Rakyat Malaysia bukanlah begitu kejam mahupun tanpa belas ingin menindas Warga Asing yang masuk ke negara kita ini, akan tetapi oleh kerana dek terlalu ramainya yang masuk ke sini seolah-olah tanpa kawalan ketat mengakibatkan kebanyakkan dari mereka menjadi terlalu Besar Kepala dan kerap kali membahayakan keselamatan rakyat kita sendiri. Bahkan mereka dengan begitu berani bertindak mewujudkan perkampungan sendiri. Jangan sampai nanti Telunjuk Menjolok Mata barulah kita terhegeh-hegeh mahu bertindak. Ditakutki pada saat itu segalanya sudah menjadi sangat terlambat. Satu kejadian di Kondominium di Puchong, memperlihatkan bagaimaa tempat itu dikuasai oleh Warga Afrika yang menjadikannya sebagai lubuk pengedaran dadah. Sampaikan pemilik Kondominium itu sendiri tidak selesa menetap di situ lagi, tetapi apabila mahu menjual harganya telah jatuh dan tiada sesiapa yang berminat mahu membeli. Sekarang anda telah melihat kesan buruk dari sudut ekonomi untuk jangkamasa panjang.  

6. Ini belum disebutkan lagi bagaimana sikap pengotor yang terdapat dikalangan mereka yang membuang sampah sesuka hati dengan selamba. Malah secara tidak langsung turut menyebarkan  virus yang dibawa daripada negara asal mereka kepada rakyat tempatan. Apakah ini yang kita mahukan terjadi didalam negara kita? Rakyat hidup ketakutan di dalam negara sendiri. Adalah mustahil pihak berkuasa tidak mengetahui apa yang terjadi diperingkat bawahan, atau barangkali rasuah telah berada ditahap kritikal. Dimanakah Menteri dan apakah cukup dengan tindakan yang telah di ambil sebelum ini atau sekadar melepaskan batuk di tangga, telah bersungguh-sungguhkah kita menyelesaikan masalah-masalah yang di hadapi rakyat ini. Di mana kebajikkan untuk rakyat jelata yang dilaungkan selama ini. Konsep 1Malaysia jangan sampai bertukar menjadi 1Banglasia! Jangan salahkan Perdana Menteri,  beliau tidak bersalah akan tetapi Menteri yang diberikan amanahlah yang sepatutnya bertanggungjawab.  

7. *Mengikut sebuah laporan; sejumlah 1,303, 126 orang pendatang tanpa izin (PATI) dilaporkan masih berada di negara ini sehingga bulan Ogos tahun lalu berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.  
Perkara itu dibacakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Mutalib kepada Dewan Rakyat dalam sesi soalan lisan hari ini.   “Mengikut statistik pada Kementerian Dalam Negeri sehingga Ogos 2012, terdapat 1,303,126 orang. Kadar pengangguran di Malaysia yang dilaporkan pada tahun 2012 adalah sebanyak 3.0 peratus.  
Tambah Timbalan Menteri, sebanyak 1,529, 944 pas lawatan kerja sementara telah dikeluarkan pada jangka masa yang sama tahun lalu.   Beliau menjawab pertanyaan lisan kedua hari ini daripada Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw.  


*(Sumber : http://news.abnxcess.com/bm/2013/07/1-3-juta-pati-direkodkan-masih-di-malaysia/)