warna warni lampu kelip kelap telah bermula di tempat saya... cahaya indah ini menunjukkan semangat raya telah bermula. saya suka lampu ini...ia semacam menceritakan sisi raya yang semakin tiada. tafsiran saya berkaitan dengan lampu ini selalunya berkait rapat dengan malam 7 likur....atau mungkin malam sejuta rahmat, Lailatul Qadr. Berkelip kelapnya lampu ini solah menandakan Lailatul Qadr, semakin hampir. Ramadahan akan berakhir...menjelmalah pula bulan sabit bernama Syawal...
Hijau..biru...kuning...dan merah pun bercahaya. Memang indah! Lebih indah kalau ditambah lampu pelita. Pelita panjut memang terkenal di rumah-rumah kampung. Tapi jangan sampai terbakar...elok-elok gembira nak raya...tak pasal-pasal panggil bomba! Bila saya memandang cahay lampu kelip kelap...saya banyak kali juga teringat raya yang lepas-lepas. Setiap raya terpalit memori tersendiri, namun lampu kelip kelap tidak pernah langsung berubah. Ceria sepanjang masa...Dulu sekali sekala masa zaman budak-budak lepas solat terawikh mesti main mercun katak takpun mercun das 12 warna. Tak pernah pula putus tangan...alhamdulillah. Sekarang budak-budak suka modified belerang mercun...tu yang putus tangan...cedera teruk tu. bahaya la kan. menyesal dah tak berguna.
Cahaya hijau terus memuntahkan sinar sepi...sepanjang malam. waktu lepas berbuka...terus menerus...seakan lampu itu seperti berkata-kata...."hari raya bakal menjelma...terimalah cahaya ini seadanya..."
Ahad, September 30, 2007
Isnin, September 24, 2007
Selasa, September 18, 2007
buku tasawuf
kecintaan saya terhadap buku-buku tasawuf memang sejak lama dulu. buku tasawuf banyak merungkai misteri. alam malakut yang penuh keajaiban. tasawuf patut datang bersama tauhid dan syariat. jangan saling tinggal meninggal. kalau satu tersasar buruk padahnya. jadilah manusia sesat lagi menyesatkan. tasawuf itu ilmunya sangat mendalam. kalau dalam perigi buta, rasanya dalam lagi perginya ilmu ma'arifat. tasawuf itu ilmu akhlak. ilmu betul membetul buat penunjuk jalan yang betul. jika syariat berjalan tanpa tasawuf...maka berjalanlah pemiliknya dengan segala rasa ego mendabik dada. kepala besar batu ada duduk! ilmu hati ini mempunyai faedah yang sangat besar. membersihkan kotoran hati yang telah lama bermukim. hati yang kotor datanglah penyakit. sombong, takabbur, riak, ujub...benci dan marah. tasawuf berkait rapat dengan zikrullah. roh yang kurang dihidangkan zikrullah lama kelamaan akan sakit. penawarnya ingat kepada Allah swt. Ilmu tasawuf datang dengan pakej sempurana. datang beradab untuk bai'ah kalimah "tiada tuhan melainkan Allah swt.
bila saya membaca kitab-kitab Tasawuf, saya cuba membaca dengan perasaan ingin tahu dan hati tebuka. jangan tutup! kalau tutup rasanya tidak dapat apa...
bila saya membaca kitab-kitab Tasawuf, saya cuba membaca dengan perasaan ingin tahu dan hati tebuka. jangan tutup! kalau tutup rasanya tidak dapat apa...
Isnin, September 17, 2007
van jenazah
orang islam kenalah hormatkan agama sendiri. kalau kita sendiri tak reti-reti nak hormat agama jangan diharap si Bush nak hormat. bulan ramadhan ini bulan Allah swt. maka hormatkanlah Allah. kalau yang tidak boleh dan tidak mampu berpuasa, jika nak makan pun menyoroklah sikit. jangan makan terlalu banyak macam bulan biasa. makan yang sekadarnya saja untuk menghormati ramadhan. kepada yang berpuasa pun jagalah semua sekali. jangan hanya sekadar dapat letih,lapar dan dahaga. berpuasalah supaya dapat pahala, dan yang paling penting mendapat keredhaan tuhan yang esa…Allah swt. maka mulut, mata, telinga disertakan tanpa ketinggalan tangan dan kaki hendaklah berpuasa sekali. hentikan umpat mengumpat . hentikan buat kerja tak berfaedah. hentikan sumpah seranah. hentikan semua benda yang jahat. puasa dengan sebenar-benar puasa. jauhkan yang tidak benar dan ambilah yang benar. hormatlah bulan ramadhan supaya kita tidak menyesal…kalau ada yang kurang ajar berani makan depan orang lain, siap sedialah naik van free sambil makan angin satu bandar. van jenazah…
kejar duit halal
kita mesti berlari kejar duit. jangan duduk tetapi berlarilah sekuat hati. tapi ingat! wahai sahabat. kejarlah duit halal. bukan duit haram untuk suburkan hati. duit halal campur haram juga bukan. halal penuh berkat walaupun tak nampak. tak nampak tak semestinya tak rasa. tuhan juga kita tak nampak tapi kita boleh rasa. halal itu mengharmonikan ummah. haram mengucar kacir perpaduan. ya la, kalau dah ambil hak-hak orang lain tanpa kebenaran mestilah bergaduh, bertengkar akhirnya berperang. seperti yang terjadi dibumi Palestine misalnya, bila tanah dirampas maka ditubuhkan Negara haram Israel. AKHIRNYA KEMANA? sampai sekarang tak aman. punca sebab ambil secara haram.
kembalilah kepada yang halal walaupun susah sedikit. kita diberkati pasti…
kembalilah kepada yang halal walaupun susah sedikit. kita diberkati pasti…
tanpa agama...
tanpa agama hancurlah manusia. tanpa agama binasalah tamadun. tanpa agama hilanglah maruah bangsa. agama penawar mujarab buat akhlak yang telah rosak. dalam konteks masyarakat Malaysia mengejar kemajuan agama sering diremehkan. haba kerosakkan semakin terasa membakar sifat kasih sayang masyarakat. perasaan saling hormat menghormati dicampak kedalam tong sampah. apabila manusia mentabalkan “materialistik’ sebagai raja yang mesti dijunjung maka tunggulah saat kebinasaannya. nilai-nilai baik yang tidak boleh dilihat semakin diperlecehkan. maka saat itu hanya agama tempat manusia bergantung harap…buat membezakan buruk dan baik…
tanpa agama…hinalah kita…
tanpa agama…hinalah kita…
Sabtu, September 15, 2007
buku apa mau baca
saya masih mencari-cari buku apa yang perlu untuk saya baca sempena bulan puasa ini. masih tercari-cari. saya mahu baca buku melayu dan inggeris. walaupun pembacaan saya dalam bahasa inggeris tersekat-sekat. saya masuk masuk terus kedalam isi. korek sebanyak mungkin rahsia. itu yang paling penting. mahu mencari yang segar bugar harap bila ditulis bukan yang tegar! bila membaca dalam bahasa inggeris memang mencabar sedikit urat sebrum otak saya. penat tapi seronok! bagi mereka yang tahap pembacaan bahasa inggerisnya bagus itu sudah bagus. oleh itu teruskan membaca. membaca untuk mencari yang bagus-bagus, hindarkan yang tidak bagus. rasanya saya ingin kembali membaca karya stephen king, everything's eventual. mungkin ya, mungkin tidak. saya pernah membaca buku inggeris yang bertajuk everything is illuminated...saya sendiri terlupa siapa pengarangnya yang handal itu. tetapi rasa jonathan safran foer...atau zoer. betulkan saya jika tersilap. memang teruja dan mengelamun lebih daripada biasa saya ketika itu. saya seolah-olah separuh daripada dunia sang penulis. alangkah elok jikalau diriku ini dapat mengetuk bait-bait ayat seperti itu di keyboard laptop ini. buku melayu saya mahu baca kisah-kisah cinta dan juga agama. buku bertajuk tuhan manusia karya faisal tehrani belum dibuka plastik pembalutnya walau telah seminggu dibeli. bila mahu baca agaknya. atau mungkin saya mahu baca kembali karya ahadiat akashah, atau mungkin juga penulis yang saya suka ramlee awang mursyid. nantilah saya pikir-pikirkan...
Khamis, September 13, 2007
setahun yang lalu...
(Tulisan dibawah pernah disiarkan diblog lama saya pada bulan Ramadhan al Mubarak tahun 2006, yang tidak aktif lagi. Saya mengambil pendekatan 'ulang siar' kembali, kerana mungkin ramai yang belum pernah membaca tulisan ini. Saya masih 'obsess' dengan bulan ramadhan...perasaan saya masih seperti dahulu...Alhamdulillah...)
Sesuatu Yang Jernih...di Bulan Ramadhan.....
Saya selalu 'obsess' dengan satu kepercayaan bahawa langit dibulan ramadhan amat berlainan sekali di bulan-bulan yang lain. Bagai ada sesuatu yang membuatkan langit di bulan Al Mubarak ini kelihatan ceria dan terang benderang. Tidaklah dapat saya pastikan bahawa ini cuma sekadar perasaan yang diikat kuat diminda saya sedari kecil, atau mungkin satu rahsia yang tidak terungkai. Biasanya dibulan ramadhan perasaan saya sungguh damai serta tenteram walaupun letih berpuasa.Perasaan jernih ini mula saya perasaan telah lama dulu.
Muzik yang saya dengar di bulan ini seakan lebih meriah dan menyentuh jiwa. Sudah tentulah bukan sekadar lagu Raya yang sedari awal lagi menari dicorong-corong radio. Pandangan landskap saya juga turut kelihatan indah dan harmoni berbanding-banding hari biasa. Mungkin ini anugerah Allah swt. khas kepada umatnya yang sanggup menunaikan perintah wajib ini secara ikhlas.Maka selalunya bila Ramadhan Al Mubarak menjelma perasaan saya begitu gembira dan rindu sekali. Rindu kepada siapa? Pertanyaan ini juga tidak mampu saya jawab. Cuma rindu sekadar rindu yang penuh kejernihan...atau mungkin rindu pada kisah-kisah Ramadhan yang lepas.
Dulu pada waktu zaman budak-budak sudah tentulah malam-malam Ramadhan saya banyak dihiasi dengan bermain mercun dan bunga api. Sebelum itu sudah menjadi kesemestian saya bersolat tarawikh dulu. Bila tiada kenangan yang selalu diingati sudah tentulah berbuka puasa beramai-ramai bersama teman. Saat itu sungguh meriah! Walaupun sekadar berbuka sepinggan nasi kandar bersama ais kosong, perasaan indah itu tertanam dalam dibahagian memori bahagia dalam minda saya.
Bulan Ramadhan memang memberi semacam perasaan yang sungguh berlainan...indah...ceria...harmoni.....lalu terungkaplah satu kejernihan disanubari...

Rabu, September 12, 2007
korma oh korma!
ramadhan al mubarak bulan menikmati kurma. macam-macam jenis kurma sampai dinegeri malaya. ada kurma iran, kurma medina dan yang paling mahal sudah tentu "kurma nabi". pendek kata bolehlah secara tak rasminya kita panggil bulan ini 'dates festival'. macam-macam bentuk. macam-macam rasa. saya suka nikmati korma iran...yang selalu dipanggil korma madu. kulit luar kering manakala isinya basah; memang lazat dan selayaknya digelar kurma madu. harga pun tak berapa mahal. inilah rezeki pemberian Allah swt. banyak-banyaklah kita bersyukur.
bulan puasa kurma berlambak dipasaran...inilah nilai estetik ramadhan yang boleh kita nikmati. patut sangat sangat dipertahankan estetika budaya islam ini... nilai yang begitu berharga...tanpa kehadiran buah korma waktu berbuka...hilangnya seri seketika. walaupun kita berpuasa bukan kerana korma najwa. seni berbuka puasa kena ada.sunnah Rasulullah saw. kita panjangkan...
Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak. Bulan suci lagi memberkati. Rintik-rintik rahmat memberikan ketenangan hakiki... Segala yang melata dibumi berzikr kepada Ilahi. Bergemalah Wahyu disetiap ceruk. Terikatlah syaitan terkutuk. Lalu berkumpulah segala jin dan manusia beriman, menadah telapak tangan sambil berkata, "Ampunkan dosa Kami, Wahai Allah..."
Selasa, September 11, 2007
mati sesat
perjalanan menempuhi hidup memerlukan ketabahan laksana Abu Bakar ra. Tabah menghadapi dugaan hidup. Dalam kita mabuk dunia, peluru-peluru Iblis Laknatullah bersimpang siur. Disebabkan itu islam menentang perasaan berputus asa. Jangan sesekali kita berputus asa dengan rahmat Allah swt. Hari-hari kita peroleh pilihan. Mahu buat jahat atau mahu terus berada dalam kebaikkan. Mahu solat atau mahu terus lalai. Pilihan ditangan manusia, jangan salahkan tuhan. Tuhan tidak salah. Allah swt. tuhan yang Maha Adil. manusia yang tidak adil kepada diri sendiri. termasuklah saya!
Dibarat ramai yang mati sebab bunuh diri. Rock Star seperti kurt cobain ada wang bertimbun, dicampur populariti, ada anak, ada isteri...terkenal seantero dunia; diakihir hayatnya letupkan kepala dengan selaras pumpgun. Berdentum! kepala kurt berkecai. Mahu kita jadi seperti itu? nau'zubillah min zalik. Itu semua mati sesat. tidak mahu saya mati keji begitu. dibarat agama dibuang dalam tong sampah kerana itu ramai yang sampai makan sampah. Terbaru pelakon Weeding Crusher dan Shanghai Noon, Owen Wilson cuba kerat urat nadi sebab putus cinta dengan kate hudson. Satu bentuk kebodohan alaf baru terunggul!
Janganlah mati sesat. mati menyerah ibarat pengecut yang kalah. Matilah laksana seorang pejuang seperti Sayyidina Hamzah...paling kurang pun matilah berjuang seperti William Wallace, freedom fighter di Scotland. mati bermaruah. kalau tewas pun sekurang-kurangnya mati melawan kezaliman. matilah dengan berjuang kejalan Allah swt, dan bukan pula mati disebabkan merempit dimalam minggu bersama gadis bukan muhrim tengah ligat bersidai dibelakang. tak kena..takpe....tapi kalau dah terkena...masa itu dengar lagu Nirvana pun sudah tidak berapa 'feel'...
na'uzubillah sekali lagi.

Monyet dijalanraya
paling banyak terlibat dengan lumba haram dan dadah adalah orang melayu. melayu islam! islam yang hanya pada nama, solat kemana zikir kemana. bila media massa tempatan memberi satu anugerah kata nama khas buat mereka, Mat Rempit; makin menjadi-jadi mereka riak dijalan raya. Ada pula pihak-pihak tertentu kononnya hendak merapatkan diri mereka dengan mat rempit kononnya "rempit pun tapi bertanggungjawab..." Bukankah terang-terang itu satu idea bangang lagi membangangkan...
Sepatutnya penguatkuasa undang-undang kena bertegas. Jangan manjakan monyet-monyet dijalanraya bermaharajalela. Kadang-kadang bila digeselnya kereta orang lain, terjatuh selepas itu datang pula kuncu-kuncu mereka dijalan raya membelasah si pemandu kereta yang memang nyata tidak bersalah. Padahal salah mereka. Selepas 50tahun merdeka, anak-anak muda melayu mencapai kejayaan menjadi monyet dijalanraya dan penagih dadah.
Bukan pula saya mahu menyalahkan sesiapa. Cuma menunjukkan bukti, tanpa agama...hanyutlah bangsa.
maaflah kalau tulisan kali ini keras...tetapi diatas dasar tanggungjawab sosial, yang mungkar harus dicegah. kalau kita sendiri tidak mahu menegur, siapa lagi?

Duit buat beli cinta!
Manusia sekarang kebanyakannya suka jadi hamba duit. Malah sudah jadi hamba duit. Duit memang elemen penting dalam hidup tetapi bukanlah yang tertinggi. Duit memang mashyur. Bangun pagi celik mata, duit...duit...duit. Jangan sampai jadi hamba duit, nanti dunia kian sempit. Hanya kertas bertanda ringgit, dosa-dosa sering terpalit. Maruah hancur lebur untuk cekau kertas gambar raja, banyak warna.
Duit sepatutnya digunakan untuk mencapai keredhaan Allah swt, yang lain letak bawah dulu. Kalau dengan kertas yang bernama duit sampai manusia bermusuh dan sering berbunuh maka rendahlah kita daripada taraf binatang. Lembu tak pandai simpan duit dalam kocek seluar.
Duit sepatutnya datang besama tanggungjawab yang besar. Duit untuk bayar ZAKAT bukan buat beli CINTA! Apapun terpulanglah pada fikrah kita samada mahu jadi hamba atau mahu jadi Tuan Hamba kepada duit kertas. Hanya kepada ALLAH swt sepatutnya kita jadi hamba abdi, bukan kepada yang lain...

Isnin, September 10, 2007
blog-blog yang saya suka
2 weblog yang paling kerap saya masuk. Blog kepunyaan Dato' Kadir Jasin dan blog milik faisal tehrani. agak teruja juga dengan lenggok gaya dakwat mereka. namun saya punya pendekatan penulisan yang berlainan. saya cuba cara saya. saya memang mahu berlainan daripada mereka sudah tentunya. Mereka dalam kelas yang agak popular dan diiktiraf sedangkan saya punya kelas tersendiri. tidak perlu perbandingan cuma...cuma saya suka masuk blog mereka.
masih mencari 'cutting' sendiri...
masih mencari 'cutting' sendiri...
tak lama lagi ramadhan
tidak lama lagi ramadhan menerjah kembali. bulan puasa memang enak! berbilang juadah boleh dirasa (untuk orang yang ada duit nak beli nasi tomato). buat mereka yang susah, ramadhan mendatangkan rahmat Tarawikh. dulu orang-orang tua pernah berkata, bulan puasa setan kena ikat; tapi kalau tak salah saya 3 tahun lepas suratkhabar lama ada tulis pasal orang beratur nak beli nasi kandar kat kedai mamak di kg. pandan,kl. Nampaknya manusia jadi setan masa bulan puasa itu hari. Macam-macam hal bukan. Malulah sikit. Ooh ramadhan aku rindukan kamu!
peluru sesat
bila suka membaca kita sebenarnya menggali ilmu. ilmu buat bekalan akhirat. saya suka membaca novel dan suratkhabar. suratkhabar yang lama pun kadangkala saya renung kembali. Sulaat kaba lamaaaaaaa! membaca buat saya berfikir. namun haruslah kita tapis bahan bacaan yang kita baca. takut-takut tersalah baca, maka salahlah pula fikiran kita. kalau buku yang kita baca itu penuh anasir subversif yang menolak tuhan misalnya, mungkin akan menyebabkan kita banyak juga terpengaruh. apatah lagi bila buku yang memaparkan propaganda aliran tertentu. Islam hari ini dah terlalu banyak aliran. wahabi, syiah....islam liberal semuanya saling menembak masing-masing. Peluru sesat terkena orang awam. mereka tak bersalah...
carilah makanan halal
sebagai islam, sebolehnya saya memang menjaga bab halal haram dalam makananan. makanan yang baik bakal menumbuhkan hati yang baik. hati yang baik bakal mengembangkan masyarakat yang baik. semua sekali baik. tiada jenayah dan kacau bilau. beribadah senang, cari duit pun mudah. halal haram makanan adalah satu benih untuk buah yang manis. carilah halal. tolak yang haram. tuhan bersama kita...jika niat kita mencari makanan yang halal.
cuba membenarkan Stephen King
diriku ini cintakan menulis. ketagih rasanya. menulis berikan diri ini kebebasan, walau tidak mutlak. kiranya saya cuba memecahkan belon-belon penjara yang mentupi minda. Stephen King pernah berkata...'writing can give me a freedom'. mula-mula saya tak tahu menahu. lama-lama makin tahu. betul menulis memberi saya kecapi kebebasan menulis ikut sedap rasa dan dihiasi lenggok bahasa indah. cuba mengasahkan bakat kreatif penulisan membuat saya teruja sambil tersenyum manja...
saya pikir...saya mampu...habiskan masa sepanjang malam...duduk berjam-jam mengetuk keyboard laptop saya. memikirkan cinta saya...
saya pikir...saya mampu...habiskan masa sepanjang malam...duduk berjam-jam mengetuk keyboard laptop saya. memikirkan cinta saya...
kodok panggil hujan
saya akan terus berjalan. tidak laju sangat. tidak perlahan sangat. sedang-sedang sahaja. bila berjalan biasanya sekali sekala saya cuba lihat kebawah. takut-takut tersadung katak kodok sedang panggil hujan. katak kodok memang tak kacak, tapi besar jasanya. Ong! Oongg! OOnkk! suara sikodok memang harmoni. rakan-rakan sikodok cengkerik selalunya bersatu hati main orchestra. saya damai melihat lagu alam. pilu tapi indah.
bila mendonggak kelangit, rendahkanlah ego untuk melihat tanah. kerana tanah berlumpur…itulah kita.
bila mendonggak kelangit, rendahkanlah ego untuk melihat tanah. kerana tanah berlumpur…itulah kita.
dimanakah kita?
manusia dari segi emosi mempunyai pelbagai ragam tersembunyi. bercampur baur diantara hitam putih kehidupan yang menyerlahkan sisi kelabu. ada masa terserlah baik di masa yang lain muncul yang nakal mungkin. dimanakah kita?
Ahad, September 09, 2007
cuba bercerita dari sudut yang lagi satu...
Bismillahirahmaniraheeem...
Saya suka bermimpi...dan saya tidak pernah berhenti bermimpi...maka saya akan terus bermimpi.
Impian memberikan saya sejuta harapan.
Dengan rendah hati saya mempersembahkan...diri saya dari satu sisi yang lain. Biarkan saya namakan ia..."the indie story..."

Langgan:
Catatan (Atom)