Khamis, Januari 31, 2008

Si Kerdil Mr. Frodo bakal muncul kembali...yesss...

Cover to the 1937 first edition

Tolkien in 1972, in his study at Merton Street, Oxford.

imaginasi pelukis saat permulaan ketibaan Ahli Sihir anti-korupsi Gandalf di Shire...

The Hobbit milik Guillermo
AKHIRNYA, persoalan siapakah yang bakal menerajui filem prekuel, The Lord of the Rings (LOTR) iaitu The Hobbit akhirnya terjawab, apabila pengarah filem kelahiran Mexico, iaitu Guillermo Del Toro bakal mengarahkan filem yang ditunggu-tunggu itu.
Sebelum ini, pengarah asal trilogi LOTR iaitu Peter Jackson disebut-sebut bakal kembali menduduki kerusi pengarah untuk mengarahkan filem yang diadaptasi dari karya agung J.R.R Tolkien itu. baca lagi...

Ulasan Moderator :

Memang tidak sabar rasanya untuk menunggu sambungan kembali filem prekuel hikayat "The Lord of the Rings".

Filem yang diadaptasikan daripada novel fantasi karangan John Ronald Reuel Tolkien atau lebih dikenali diseluruh dunia sebagai J.R.R. Tolkien. Saya tidak malu mengakui memang ini diantara 10 filem terbaik yang pernah ditonton sepanjang hidup saya.

Rindu saya pada protagonis, si pengembara hobbit, Frodo Baggins memang mengcengkam dalam. Rindu juga pada 3 sahabat karib hobbit: pippin, merry dan sam sekaligus. Mereka ini memang sahabat ikhlas yang sanggup menemani Mr. Frodo mengharungi segala rintangan dan pertempuran kejahatan makhluk Orcs.

Bagaimana pula dengan si tua Gandalf, ahli sihir anti-korupsi; yang berjanggut putih halus panjang dan berjubah labuh. Tua tapi tampan! Tongkat Saktinya masih ada sisa magis kah?

Masih ingat dengan makhluk pelik Gollum yang suka membahan ikan mentah hidup-hidup? Jika anda pernah menonton filem LOTR , mana mungkin anda melupakan dialog ini "...my precious one....eeigghh..eerghh..."

Telahan peribadi saya tanpa bias, kumpulan paksi baik yang diketuai oleh Aragon dan dibantu oleh Legolas mungkin masih belum mahu wujud didalam layar The Hobbit....mungkin?

Jadi bagaimana agaknya nasib Mr. Frodo dan 3 sahabat apabila bertembung Nazgul (Raja Sihir Angmar)?

Atau mungkin filem ini hanya berkisar tentang puak kerdil hobbit yang aman sentosa di perkampungan Shire. Oh Ya! jangan sesekali dilupakan Uncle Bilbo. Hikayat Hobbit sebelum kemunculan "Cincin Yang Satu". Sebelum kejahatan Mordor datang mengganggu...

Jangan ditanya sama saya, kerna saya belum pernah sekalipun duduk mengunyah naskah fantasi novel 'The Hobbit' yang pertama kali diterbitkan pada 21 September, 1937. (lama tuuuuu...heheeh...)

Imaginasi saya masih 'fresh'...masih mampu berfantasi menikmati filem yang bakal menyusul tiba...insha'allah...

2 ulasan:

azeel berkata...

aku harus mulakan membaca novelnya dahulu ...

mungkin ada paksi jahat yang lain, aku kira ...

dan aku difahamkan, JRR Tolkien, ketika menulis novel-novel agung itu, berdasarkan kepada keadaan dunia selepas perang dunia 1 dan perang dunia kedua yang baru bermula.

kepala paksi kejahatan ketika itu adalah Jerman dan dibantu oleh sekutu2nya Itali dan Jepun.

Mak Su berkata...

ada prekuel? sudah pasti nak tontonnnn sangat2 (siok sangat sambil mata terbeliak bak si Gollum, precious, precious)