Sabtu, Februari 09, 2008

Listen Attentively to the Qur'an

Beberapa hari yang lepas Tuan Guru Al-Qur'an saya sekeluarga iaitu Ustaz Haji Hamzah telah pun kembali kerahmatullah.

Saya sedih. Tapi redha.

Sebagai guru mengaji Al Qur'an buat kami sekeluarga, beliau memang banyak menunjukkan cara membaca Al Qur'an yang betul dan tertib. Alhamdulillah.

Beliau telah bersama kami, lebih daripada 1O tahun. Telah dianggap sebagai ahli keluarga sendiri. 2 malam sebelum menghembuskan nafas terakhir sewaktu mengambil wudhu' Solat Subuh, beliau masih sempat lagi menjadi imam solat jemaah dan mengetuai majlis zikr tahlil kami sekeluarga. Namun sayang, malam tersebut saya tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana hal yang tidak dapat dielakkan.
Segala tunjuk ajar beliau cara membaca Al Qur'an kepada kami sekeluarga biarlah ALLAH swt sahaja yang membalasnya.

Al Qur'an itu petunjuk ALLAH swt.

Al-fatehah...

1 ulasan:

Mak Su berkata...

buat mcm yg dia ajarkan pun ada kebaikan utk dia yang telah pergi itewww... Insyallah