Ditulis pada malam tadi:
Sebentar tadi saya ada terbaca akhbar tabloid Kosmo!, tentang hukuman gantung sampai mati dijatuhkan kepada 2 orang pesalah yang melibatkan kes dadah sintetik. Salah seorangnya adalah bekas anggota polis yang berpangkat konstabel. Saya sengaja tidak memberikan link berita tersebut, supaya anda berusahan sedikit mencari jika berminat untuk membaca berita itu selanjutnya. Lebih daripada itu supaya imaginasi tidak mati. Kedua-duanya masih agak muda belia, berumur dalam lingkungan tidak sampai 30 an.
Gantung sampai mati? fuuhhh…ngeri sungguh. Setiap orang mempunyai ajal maut yang telah ditentukan oleh Allah. Namun begitu tuhan memberikan kita keupayaan untuk membuat pilihan mengikut apa yang kita mahu. Baik atau jahat. Dosa atau pahala.
Bukankah Allah itu tuhan yang Maha Adil lagi saksama. Kerana itu sebelum kita membuat pilihan untuk melakukan sesuatu kerja mahupun perbuatan, kita wajib berfikir dengan sedalam yang mungkin. Jangan sampai menyesal tak sudah!
Garisan penentunya adalah akal. Akal itu diberi Allah untuk apa ya? Apakah untuk saja-saja. Sekadar suka-suka dikurniakan tanpa maksud tertentu. Sebenarnya dengan akal itulah, akan menentukan samada seorang manusia itu dimana pengakhirannya. Syurga atau Neraka. Dengan sebab itu adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia yang waras agar dapat menggunakan akal kita semaksima yang mungkin.
Hari ini kebanyakkan manusia, bertindak seperti manusia yang hilang akal! Lebih suka mengikut logic pemikiran yang terbatas, nafsu serakah dan gerak perasaan yang dibisik setan tanpa ditapis-tapis terlebih dahulu dengan akal.
wallahu’alam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan