Rabu, Februari 20, 2008

Mengintai proses pilihanraya Malaysia tahun 2008!


Pilihanraya datang lagi. kempen baru bermula. Perang poster belum terasa. Nampaknya sepanjang 13 hari ini, masa saya rasanya akan kerap dihabiskan mendengar ceramah setiap malam sebelum tiba proses membuang undi kedalam kotak plastik transpirasi bagi sekian kalinya. Jiwa bergelodak mahu tahu juga perkembangan terkini isu-isu panas Negara. Ingin juga melibatkan diri dalam proses demokrasi di Negara Malaysia.

Penilaian naïf saya walaupun gegak gempita tidak sehebat pilihanraya 1990 dan 1999, bahang pertembungan masih terasa kuat. Ingin juga meneropong ADUN dan Parlimen mana calon-calon 'Heavyweight' akan bergasak sehebat-hebatnya. BN dan BA memang mempunyai potensi dan kekuatan yang berlaianan. Saya tidak ingin mengulas dengan menyebelahi mana-mana parti supaya lebih adil dan saksama kepada para pengunjung blog lain; yang mungkin sahaja boleh jadi tidak sehaluan dan sependapat dengan saya dalam soal politik kepartian.

Jadi tulisan ini lebih kepada ulasan perjalanan politik tanahair secara umum, walaupun memang tidak mendatar. Sebagai orang luar yang tidak menjadi ahli kepada mana-mana Partai Politik, ulasan ini akan cuba duduk “ditengah-tengah” tanpa juga bisa menghilangkan fakta dan kebenaran. Tulus dan seikhlas mungkin…