Pilihanraya Malaysia ke-12 ini menyaksikan banyak perkara yang menarik. Selain perang poster parti-parti politik yang bertanding dan ceramah yang diadakan saban malam; pilihanraya kali ini kembali menguji kekuatan Barisan Nasional dibawah pimpinan Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Sementara kemunculan kembali Dato’ Seri Anwar Ibrahim di arena persada politik nasional dengan mengetuai gabungan parti-parti politik pembangkang yang dinamakan Barisan Alternatif pasti memperlihatkan senario pertembungan yang mendebarkan dada.
Pasti ramai yang tertunggu-tunggu keputusan pilihanraya ke-12, yang akan diumumkan dikaca televisyen selepas hari pembuangan undi pada 8hb Mac nanti. Didalam masa yang sama, kempen semakin giat dijalankan, sehingga boleh dikatakan tiada tempat yang tidak dipasang poster dan bendera lambang parti yang bersaing.
Kelantan, negeri yang telah dikuasai oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selama hampir 18 tahun, bakal juga menyaksikan pertembungan yang hebat. UMNO sudah tentu cuba sedaya upaya untuk merampas kembali negeri Kelantan dan membentuk kerajaan. Sementara Pas Kelantan dibawah Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat akan berusaha sehabis mungkin untuk terus mempertahankan Kelantan dibawah penguasaan PAS.
Apapun, sistem pilihanraya yang diamalkan di Malaysia sudah tentu berbeza sedikit sebanyak dengan sistem pilihanraya Negara-negara lain. Parti-parti politik disini hanya bertempur dari segi ideologi politik melalui siri ceramah, kenyataan akhbar dan internet. Lebih dari itu, hanya semenjak kebelakangan berlaku satu dua perhimpunan tunjuk perasaan yang masih lagi terkawal. Kita bernasib baik, kerana disesetengah Negara; pertembungan politik membabitkan keganasan dan pembunuhan.
Situasi di Malaysia nyata berbeza, kerana kedua belah pihak mengambil sikap lebih bertanggungjawab dan membenci politik cara keganasan yang pada umumnya ditolak oleh semua pihak termasuk rakyat jelata.

Tragedi 13 may 1969, masih menjadi trauma bagi kebanyakkan rakyat dinegara tercinta ini.
Pada dasarnya semua pihak mencintai keamanan, tidak kiralah samada dari parti pemerintah dan juga parti pembangkang.

Terima Kasih Rakyat Malaysia!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan