Khamis, Februari 28, 2008

singgah mendengar kempen...




( 2 malam lepas dalam pukul 9.30 malam...sewaktu saya sedang menaiki motosikal melalui sebatang jalan di AU/4 Lembah Keramat; saya lihat bilik gerakan PAS terang benderang dan dipenuhi orang setempat. Lalu tanpa membuang masa singgah, mencari bahan untuk blog dan tertinjau-tinjau melihat jika ada sesuatu yang boleh saya rakamkan dengan kamera. Rupa-rupanya ada satu majlis ceramah politik yang diadakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) diatas platform BARISAN ALTERNATIF. Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Tuan Haji Saari Sungib turun padang rupanya. Tanpa promosi yang hebat, kehadiran orang ramai disekitar kawasan ini agak memberangsangkan. Boleh dibanggakan...Malah ada ketikanya audiens memberi respon diluar jangkaan seperti bertepuk beramai-ramai dan bersuara mencelah pidato Azmin Ali.)

Setelah puas mendapat informasi kempen politik BARISAN NASIONAL yang dikeluarkan oleh seluruh jentera kerajaan dan media massa, saya memang dahagakan maklumat yang daripada pihak yang lagi satu. Sebagai rakyat Malaysia yang akan membuang undi kedalam peti undi lutsinar pada *8hb Mac nanti, saya rasa...saya harus mendengarkan kempen politik dari kedua-dua pihak supaya lebih adil dan saksama. Mengikut pemerhatian saya pada malam hari tersebut, kebanyakkan orang ramai yang sanggup bersusah payah datang; ada yang mendukung anak, datang berkain pelikat selepas pulang dari surau dan masjid berdekatan, ada yang saja-saja singgah sambil melekap diatas motor, malah ada yang sanggup duduk diatas rumput tanpa beralas suratkhabar...hanya semata-mata dengan tujuan ingin mendengar "khabar berita dari pihak yang lagi satu" yang ditutup oleh media massa arus perdana kepada rakyat jelata.

Selepas ini saya akan turun padang pula melihat cara kempen politik Barisan Nasional peringkat bawahan. Saya ingin melihat dan menganalisis cara jentera kedua-dua pihak bergerak.


DEMOKRASI HAK RAKYAT!

1 ulasan:

Elhakim berkata...

beb!
kamera kau lawa laa...

kasik aku spesifikasinya...
spt
brand-camera, megapixels, harga dll

DSLR ker? takkanla kot..