Apapun pihak kami ingin berbanyak terima kasih kepada para pengunjung blog ini diatas kesudian anda melawat, singgah sebentar dan lebih2 lagi kepada para bloggers yang setia seperti abgjas, noushy shah, maksu, tuan el- hakim, aslina salleh dan rakan-rakan yang lain. Juga terima kasih diucapkan kepada para pengunjung blog yang baru.
Terima Kasih Daun Keladi,
Ada masa singgahlah lagi.
Selama beberapa hari ini, sejak Parlimen dibubarkan; kempen pilihanraya semakin rancak dan giat dijalankan oleh Parti-Parti Politik yang bertanding. Ditempat saya sendiri, kempen-kempen dijalankan terus menerus...seoalah-olah tanpa henti. Siang dan Malam. Cuba bersaing sesama sendiri menyebarkan Manifesto, menampal poster lambang parti dan wajah calon, menaikkan bendera, menaikkan banner (kain pemidang) dan macam-macam lagilah, dengan tujuan untuk memancing hati rakyat. Sampai jalan ditar...berlapis-lapis.... Padahal sebelum ini punyalah sakit hati jalan berlubang-lubang. Dalam pulak tu...silap-silap kalau tayar motosikal terbenam...confirm! tergolek dog!. Kereta pun silap haribulan, exzober pun makin cepat kena tukar sebab selalu masuk lubang. Cepat jahanam, maka cepatlah keluar duit bayar tokey eksesori kereta. Untungnya siapa?Sebenarnya apa yang saya cuba gambarkan ini hanya segelintir sahaja dari 1001 masalah rakyat marhain.
Kita memilih sesebuah kerajaan sepatutnya lebih daripada itu. Sebagai orang yang beriman kepada ALLAH swt, maka pilihlah sebuah calon dan parti yang benar-benar berjuang menaikkan syiar ISLAM dan menegakkan kalimah "TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH..."
Kepada yang masih *confuse atau ragu-ragu maka sebenarnya didalam islam kita ada tempat rujukan. Apa...Siapa....dan Dimana kita nak merujuk???
Maka rujuklah dengan hati yang redha dan minda yang terbuka (jangan ditutup) kepada :
- Al-Qur'an
- Sunnah Rasulullah saw.
- Ahlul Bait
- Para Alim Ulama', para ilmuan dan tokoh agama yang benar tanpa berselindung dan cari makan dengan sesama manusia dan mengharapkan habuan duniawi.
Maka jangan sesekali kita bersikap angkuh dan bongkak dengan memperkecil dan memperlekehkan Para Alim Ulama' dengan memandang sinis dan menggelar mereka dengan pelbagai kata dusta dan tidak baik. Kita ini tahu apa??? Mohon dijauhi Allah swt sifat-sifat keji begitu...
Seperti tulisan saya yang sebelum ini...maka akal lah yang menjadi garisan penentunya. Pandai-pandailah kita berfikir dengan betul dan lurus tanpa berbelit-belit. Jangan sampai kita menjadi barisan penentang para alim ulama'...
Perkara yang diatas ini bukanlah pendapat peribadi saya selaku hamba Allah swt yang kerdil. Tetapi ini semua terdapat didalam Kitabullah dan Sunnah Nabi saw... Saya hanya menjadi tukang sampaikan sahaja,tanpa menambah satu sedikit pun. Nasihat ini buat semua, terutamanya buat diri sendiri.
Perkara yang diatas ini bukanlah pendapat peribadi saya selaku hamba Allah swt yang kerdil. Tetapi ini semua terdapat didalam Kitabullah dan Sunnah Nabi saw... Saya hanya menjadi tukang sampaikan sahaja,tanpa menambah satu sedikit pun. Nasihat ini buat semua, terutamanya buat diri sendiri.
"Jangan sesekali kita lupa berkata benar itu jihad..."
1 ulasan:
sebagai seorang pelajar, saya ingin mencari maklumat dari pelbagai sumber... Nampaknya blog saudara masih kurang maklumat tapi agak bagus untuk menjadi salah satu media alternatif setelah rakyat dibasuh dan dicanang dengan media seperti b.harian,utusan, tv3, rtm1 dan rtm2... media2 ini (lebih sesuai diklasifikasi sebagai parti komponen BN) banyak peranan dalam menghasut pemikiran sesetengah masyarakat kampung (tidak semua)... saya boleh dihubungi dengan emel betheredz@yahoo.com.my...
Catat Ulasan