Sabtu, September 11, 2010

Aidilfitri ku baru dalam gear 1, dan aku masih bertanya kepada diri sendiri

baju melayu ku

merun. kain sb line

aku kenakan dengan

samping kuning diraja

aidilfitri ku baru melangkah

setelah semenjak semalam

ku sambut dengan

makan-makan

minum-minum

dan sedikit senaman kayuhan

apakah erti raya?

apakah erti beraya?

apakah hanya suka-suka?

ya raya memang untuk bersuka ria

habis untuk apa lagi?

banyak sangat pertanyaan

tapi satu pertanyaa yang masih meledak

kenapa aku disini....

ANGELINA JOLIE MENEWASKAN OTAK KELDAI PASTOR TERRY JONES...

Wah! Jelita sungguh la Cik Angelina kita nih, macam aweks Pakistan laa. Ala-ala gaya Benazir Bhutto. Memang cuuuuunnn... phewittt~!!!


Jolie kutuk cadangan bakar al-Quran. tajuk berita ini membuatkan aku semakin sayang kepada awek cun yang bernama Angelina Jolie. sesungguhnya aku mencintai Angelina. walaupun dia tidak pernah tahu tentang kewujudan aku.

Apakah si Jolie bercakap begini disebabkan dia berada di islamabad,Pakistan. takut kena bom? atau mungkin nak jaga hati. apaun alasannya kita tidak patut prejudis dgn beliau. sebab apa? sebab beliau cun gila....

kenyataan yang paling bagus menunjukkan dia mempunyai IQ tinggi adalah bila dia berkata, "Saya sukar memikirkan bahawa ada orang yang sanggup membakar kitab suci agama lain," kata Jolie.

kenyataan yang tersangat-sangat bijak dan rasional. kenyataan yang anti perkauman.

nampaknya walaupun si Angleina Jolie ini hanya sekdar pelakon cun Holywood tapi pemikiran jauh meninggalkan otak keldai seekor manusia yang bernama Pastor Terry Jones. Baca lagi...

kawan datang nak beraya beb!

kawan-kawan ku dalam perjalanan untuk beraya di rumah... satu rombongan kapal haji. come...come... bon apetite!

apakah perlu aku memakai pakaian lengkap baju melayu atau cukup sekadar pakai seluar pendek samil berlengeng tak pakai baju? kahkahkahkahkahkahhhhh... almaklumah baru lepas bersenam.

tadi makan lemang berpotong-potong. cecah dgn serunding daging yang ku beli di jalan TAR.

nampaknya aku harus kembali menyarung baju melayu, walaupun badan sedang berpeluh. dengan baju melayu hijau yg berusia 5 tahun diri ku nampak kacak lebih daripada biasa...

selamat malam, aku nak tido...esok nak jalan raya lagi

esok makan
manis-manis.
esok minum
air gas
ari kordial
macam-macam sirap
macam-macamkaler
esok jumpa
pelbagai jenis manusia
tua muda
gembira duka
ada yang kenal
ada yang tak kenal
tapi bila dah berjumpa
mesti beri salam
salam tangan
tangan lelaki
tangan perempuan
walaupun aku pernah bagi 'signal'
tak mahu jamah tangan
perempuan yang bukan muhrim
tapi kadangkala terpaksa
tak mahu malukan sesiapa
lembut juga

dari pagi
sampai kepetang
berhari raya
tak henti-henti
setahun hanya sekali
apa salahnya...

ahli umno & ahli pas mesti saling kunjung mengunjungi supaya jangan sampai terputus tali persaudaraan sesama islam

dia UMNO. jiran sebelah rumahnya PAS.
dulu masa dua-dua tak masuk parti, boleh bertegur sapa. beramah mesra.
lepas aktif politik dah mula 'start' perang dingin.
di Amerika Syarikat:
Phil Brosnan sokong Demokrat. Jiran depan rumahnya William Wooden kempen kuat untuk Republikan. Semasa pilihanraya kedua-duanya bermusuh. Habis sahaja pilihanraya dengan Bandar itu dimenangi calon Demokrat. phil terus saja telefon jirannya William untuk enjoy parti dirumahnya.

maka kita di malaysia tak paham-paham lagi? inikan raya, buang yang keruh...ambillah angpau raya... gajah sama gajah bergasak, kita pulak yg kat bawah ni nak bermusuh sampai taknak datang raya apa ada hal???

SEEKOR KELDAI BERNAMA TERRY JONES NAK BAKAR WAHYU ALLAH...

ada seorang mat saleh bahalol yang cuba nak bakar Al Qur'an. Jenis american yg ego dia lagi besar daripada otak dia. nama dia Padri Terry jones. mulanya dia nak kas bakar wahyu Allah pada tarikh 9/11 bersamaan sabtu;tetapi akhirnya telor dia kecut.

atas dunia boleh lah si mat saleh keparat ni nak main-main bakar ikut suka otak mangkuk hayun dia. kepada umat islam sedunia kita jangan termakan dengan provokasi murahan seperti ini. umat islam harus menggunakan stratergi bijak untuk melawan anasir-anasir perkauman ala-ala otak keldai Padri terry Jones. sila baca lagi...

Jumaat, September 10, 2010

aidilfitri mata kiri ku bengkak, lalu aweks-aweks cun berbaju kurung memang takkan menoleh...

mata kiriku bengkak dihari raya ini. ketumbit atau bentel tidaklah aku fahami. sumpah aku tak tengok anak dara mandi bogel. aku bukan begitu. aku mamat baik. hendak menatap wajah-wajah gadis cun pun kadangkala hatiku terasa malu.
makin lama makin membesar pulak bentel mata ku ini. dulu aku pernah jumpa doktor di GH, dia cakap sebab saluran darah tersumbat. aku rasa pun begitu...

bosan juga sambut raya sambil mata membengkak. confirm dah tentu aweks-aweks cun tak pandang. walaupun aku dilahirkan hensem. kahkahkahkahkahkahkahhhhh~!!!

melihat ucapan raya oleh student2 melayu melalui You Tube... lalu aku tetap anggap mereka KOOL...

bagaimanakah agaknya orang melayu yang berhari raya diluar negara? seronok agaknya. sarung baju melayu sambil main baling-baling salju puteh. tentu kool...

orang melayu kalau sambut raya didalam negara, kalau berselisih bahu dijalan dengan ornag yang mereka tidak kenal pasti keberatan nak bertegur sapa. termasuklah aku. tetapi kalau diluar negara lidah pasti lebih ringan nak tanya khabar. begitulah lumrah.

walaupun tiada lemang dinegara mat saleh, kemeriahan mungkin masih terasa. jangan tanaya aku. aku agak sahaja. lebih-lebih pun sebab aku mencari ucapan selamat hari aidilfitri oleh pelajar2 kita diluar negara melalui You Tube. aku tengok mereka kool juga. walaupun ada sesetengah budak perempuan yang lidahnya terbelit bila buat ucapan rayooosss. cakap melayu slang omputeh beb! kahkahkahkahkahhhh...

tetapi secara jujurnya aku tetap anggap mereka kool...

apakah kalian sanggup menjadi sibebal yang sambut raya depan TV?

malam disini sejuk. barangkali tercipta kerna dikelilingi pokok-pokok hutan. suara cengkerik mendamaikan. baru lepas hujan maka suara katak juga satu anugerah ilahi. ada juga aku terdengar letusan-letusan mercun. jauh-jauh. sayup-sayup.

banyakkah kalian mengunjungi rumah sana saudara serta rakan taulan? ataupun duduk seharian menjadi sibodoh yang hanya tahu menghadap tv. jika hari raya, maka nikmatilah sepenuhnya. bukan peti bodo (tv) itu yang sambut hari mulia ini, tapi kita. manusia yang satu bulan berlapar dahaga... maka nikmatilah dengan jiwa raga. janganlah kalian biarkan tetamu yg sanggup datang dari jauh dengan melayan secara acuh tak acuh, dimana mata hanya mampu tertancap ke cermin tv... maka beballah jika begitu....

ketagih facebook, kembali berbloging

mana lebih bagus facebook atau blogger.com?

aku dah lama yidak mencurahkan tulisan disini sebab sibuk dengan facebook. rangkaian sosial berkemungkinan facebook. tapi blogger.com lebih afdal untuk kita menulis. lebih bebas. dihari raya pertama ini aku merindui blog kembali.

jadi setelah sekian lama jadi ketagih dengan facebook, aku ingin aktif kembali berbloging. memnag betullah puasa ramdhan dan kesyahduan syawal banyak mengubah sikap seseorang. aku berubah...

minum air gas di hari lebaran

aku berada sangat jauh dari Kolumpo. orang disini lebih appriciate Baju Melayu. seminggu beraya seminggu pakai baju melayu. dari malam tadi aku tak henti-henti makan. makan nasi himpit plastik, makan daging lembu. makan ayam. makan sate. makan lemang. tapi lemang kali ini memang sedap. lemak berkrim.

gula masuk banyak dalam darah. sebab minum air gas. minum air sirap. jadi kena minum air kosong banyak.

lepas ini kayuh alat senaman depan bilik. cuba bakar gula. cuba bakar lemak.

selamat hari raya tuan-tuan. selamat makan berlebihan. selamat makan tanpa kawalan.

Baca novel Ekuinoks oleh Azizi Ali di Aidilfitri...

hampir berapa helai sahaja lagi aku akan menghabiskan novel Ekuinoks tulisan Azizi Ali. perkara yang paling menggembirakan hati nurani ku adalah melayan novel enggeris mahupun melayu. dua-dua aku suka. aku ini pembaca novel tegar. namun begitu banya juga tulisan2 hebat yang belum aku berkesempatan baca. begitupun aku membaca lambat sekali. sedikit demi sedikit. tapi penuh kosenstrasi.

aku membaca Ekuinoks dari pertengahan ramadhan, sampai kini belum habis-habis. dihari raya pertama ini pun masih belum dapat kuhabisi. apapun aku snagat gembira sekali membaca novel ini. watak-watak seperti Iskandar, Brenda dan ASP Ridzuan makin lama makin sebati...

anda patut cuba baca novel. cubalah baca apa-apa sekali pun... nikmatnya menggunung~!!!

Raya 2010, dimanakah kita?

dimanakah kita beraya di hari ini? kenapa kita disini? berfikir dan terus berfikir... kenapa aku ditakdirkan berada disini?

keindahan aidilfitri bukan semata kerna lemang,ketupat dan rendang. bukan juga hanya kerna duit raya.

mungkin keindahan ini memang di ditiup kedalam hati kita oleh ilahi...

Selasa, Ogos 24, 2010

KENAPA DUTA MALAYSIA KENA BALING TAIK???

Kenapa nak main tunjuk-tunjuk f**k pulak, tak eloklah. Kita ini bangsa yang bertamadun. Malu satu dunia tengok. Lagipun taik tu kotor, nanti nak sembahyang takut tangan yang pegang taik tu tak bersih dah tak sah... Lepas buat demonstrasi pegang taik lepas tu bila perot lapar terus pergi makan. Basuh pun ala kadar jer... bermakna itu sudah 'Makan Taik'... berkuman, takut kena penyakit...


Kedutaan M'sia dilempar najis, bendera dipijak

Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di Jakarta telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) pada satu demonstrasi petang ini.

Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu telah melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang sedang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.

Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.


Kumpulan itu sebelumnya telah membawa lima bungkusan najis itu, ada yang diletakkan dalam kertas bungkusan makanan, dalam plastik dan dalam kotak polisterin dan dinyatakan sebagai "hadiah" untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini telah beberapa kali memberi "najis" yang lebih kotor kepada Indonesia.

Dengan tiba-tiba seorang daripada mereka melempar bungkusan kertas berisi najis itu ke dalam pagar kedutaan itu dan pada masa yang sama, najis turut dilepaskan ke atas bendera Malaysia yang mereka sedang pijak itu.

Demonstrasi itu diadakan bagi menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang mereka dakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Ia juga untuk menyatakan kekecewaan rakyat terhadap kepemimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang dikatakan sangat lemah menghadapi Malaysia.

Berikutan kejadian lempar najis itu polis Indonesia menangkap tiga orang pelaku berkenaan.

Demonstrasi itu berlangsung selama sejam.

Seorang wakil kumpulan itu kemudian memberitahu wartawan yang meliputi peristiwa itu bahawa mereka telah memberi kata dua kepada polis Indonesia iaitu lepaskan rakan-rakan mereka itu daripada tahanan atau mereka akan melakukan operasi usir rakyat Malaysia petang ini.

Operasi yang dinamakan "Sweeping Rakyat Malaysia" itu dirancang akan dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di Jakarta.

Polis Indonesia telah menugaskan ramai anggota untuk mengawal ketat di hadapan bangunan kedutaan Malaysia, setelah mendapat maklumat bahawa demonstrasi berkenaan akan disertai antara 300 dan 500 penunjuk perasaan.

Dalam insiden di perairan Malaysia-Indonesia itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai pengkuatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing.

Kedua-dua negara kemudian membebaskan tahanan-tahanan itu pada 17 Ogos lalu.

- Bernama

Isnin, Ogos 23, 2010

TUN MAHATHIR TIDAK SETUJU BINA JAMBATAN DI LANGKAWI

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju cadangan projek pembinaan jambatan kerana ia akan menjejaskan kecantikan dan keunikan pulau peranginan itu.

"Pulau Langkawi perlu kekal sebagai pulau, jika pulau hendak dijadikan daratan tidak sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berupa wang dan coklat dari Jetty Points kepada 120 anak yatim dan kanak-kanak istimewa di perkarangan Masjid Istiqamah Kuala Teriang di Langkawi malam semalam.


Dua syarikat di Perlis telah mencadangkan untuk membina jambatan sejauh 48 kilometer menghubungkan Langkawi dan Kuala Perlis.

Jumaat lalu, Pengerusi Eksekutif Juruelit Sdn Bhd, Kamarudin Husin berkata pihaknya mempunyai kemampuan dana yang mencukupi untuk melaksanakan projek itu, termasuk pembinaan jambatan monorel.

Bekas Perdana Menteri itu merupakan perancang utama yang membangunkan Langkawi iaitu dari sebuah pulau yang tidak dikenali menjadi destinasi pelancongan yang unggul di negara ini dengan pelbagai produk pelancongan seperti Kereta Kabel, Galeria Perdana, Kota Mahsuri, Underwater World, Taman Burung dan Kompleks Kraf.

Dr Mahathir berkata masih banyak ruang perlu dibuat dan berharap setiap program yang akan dilaksanakan perlu mendapat kebenaran dari kerajaan agar peruntukan dapat disalurkan untuk memajukan industri pelancongan Langkawi, katanya.

Beliau berkata Langkawi diberi tumpuan dalam industri pelancongan danberharap program ke arah itu perlu dipertingkatkan.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, beliau sedih kerana umat Islam sesama sendiri bermusuhan antara satu dengan lain.

"Kita sesama Islam mestilah bersaudara walaupun mempunyai perbezaan pendapat, tapi tidak bermusuhan sehingga berpecah yang akan menjadi lemah dan hilang kuasa di negara sendiri," katanya.

Dr Mahathir dan isteriya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersama 500 umat Islam menghadiri majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih di masjid berkenaan.

Ahad, Februari 07, 2010

VIDEO : Shaykh Nazim on Sayyid Ahmed Amiruddin

May Allah blessed their souls...and guide us to the straight path...ameeen ya rabbal a'alameen...

Ahad, Januari 31, 2010

Funny Iranian Short Film: The Slap

what a nice film. our director sholud learn from iranian directors... i give a 4 and half star from 5.

Jumaat, Januari 29, 2010

Aku dan Coklat KANDOS.


When i was 4 years old; i found a small blade. Then i make art sculptured to my mother small circle cushion (brand new) . At that time my mind only thought about image of KANDOS choclatoes logo. Something like pyramid image. I don't think kids in nowdays ever heard about KANDOS choclatoes which its coco sweet is quite famous to kids in late of 70's and early 80's era. Its delicious and cheap. We can easily buy this one from grocery shop with only 10 cent in our pocket. Then it melts before we open the packs... (old days memories)

Rabu, November 11, 2009

BAHAYA WAHABI DI MALAYSIA!!!

Bahaya Wahabi

Oleh Roslan Ibrahim dan Mohd Fadly Samsudin
rencana@hmetro.com.my

GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah.

Perkembangan fahaman berkenaan di Malaysia kebanyakan dibawa pelajar yang pernah menuntut ilmu agama di negara Arab yang terpengaruh dengan ajaran itu.

Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan berzikir selepas solat.


Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia.

Mereka juga seperti musuh dalam selimut kerana sukar untuk mengenal pasti golongan ini apatah lagi mereka turut hadir dalam majlis agama, bersolat di masjid atau surau dan tidak mengaku diri mereka pengikut ajaran Wahabi.

Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini dengan menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam dengan membawa Islam mudah sehingga masyarakat keliru.

Mazhab Ahlu-Sunnah dalam syariat beragama sangat penting bukan saja kepada umat Islam sendiri, malah seluruh masyarakat.

Fahaman Wahabi turut menolak ijmak dan qias. Ijmak ialah persepakatan dalam hukum syarak di kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w wafat.

Ini jelas dibuktikan dengan firman Allah s.a.w yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah an-Nisaa', ayat 115).

Jadi, wajib kita mengikut apa yang diputuskan ijmak kerana ia senarai yang ketiga terpenting daripada sumber perundangan Islam.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pemantauan Akidah dan Pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Ustaz Mahfuz Mohamad, fahaman Wahabi bertapak di negara ini sejak awal tahun 1900 apabila Sheikh Abdul Hadi membuka sekolah agama di Melaka.

"Bagaimanapun, sekolah itu tidak mendapat sambutan dan beliau berpindah ke Pulau Pinang. Melalui sekolah itu lahir tokoh fahaman Wahabi iaitu Sheikh Abu Bakar al-Ashaari.

"Selepas menamatkan pengajian di sekolah terbabit pada tahun 1925 beliau menyambung pengajiannya di Mesir dan pulang ke negara ini pada tahun 1932.

"Beliau menyebar fahaman Wahabi di Pulau Pinang, tetapi mendapat tentangan hebat ramai tokoh ulama ahlu Sunnah, antaranya Sheikh Abdullah Fahim.

"Beliau lari ke Kedah dan kemudian menetap di Perlis bagi menyebarkan fahaman Wahabi," katanya.

Mahfuz berkata, ketika itu ia dinamakan fahaman muda atau mudah kerana mereka selalu bermudah-mudahan.

Ini dicatatkan di dalam Kitab Senjata Syariat yang diterbitkan pada tahun 1953 khas bagi menjawab gerakan Wahabi oleh tiga tokoh ulama besar ketika itu: Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Tun Hussein Pokok Sena dan Sheikh Abdul Rahman Abdullah Merbok.

Abu Bakar as-Ashaari pernah menerbitkan buku bertajuk Ibadah Rasulullah s.a.w yang menimbulkan keraguan kerana 'menjelmakan' petua menghalalkan memakan biawak, ular, labi-labi dan penyu.

"Di dalam buku itu, Abu Bakar as-Ashaari mencaci amalan bermazhab yang dikatakan haram dan bidaah dalal.

"Ulama ketika itu sudah memberi amaran bahawa gerakan Wahabi sudah menyusup dalam masyarakat dan perlu membendung segera," katanya.

Hasil ketegasan ulama sebelum ini, fahaman Wahabi kian menyepi, tetapi kini muncul kembali berikutan banyak kelonggaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja atas 'tiket' menyebarkan Islam.

"Golongan Wahabi tidak berpegang kepada mana-mana mazhab kononnya hanya berpegang kepada al-Quran dan hadis.

"Tetapi, sejarah membuktikan ramai tokoh tersohor Islam seperti Imam Nawawi, Imam al-Ghazali, Termidzi, Bukhari dan Muslim berpegang kepada mazhab yang empat itu," katanya.

Katanya, tuduhan Wahabi terhadap beberapa amalan yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia seperti doa qunut, membaca al-Quran di atas kubur dan wirid selepas solat membuatkan umat keliru.

Merujuk kepada buku Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi yang dikarang oleh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari yang turut disemak oleh Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya serta Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Saleh Ahmad menyebutkan ulama bersepakat mengenai pembahagian bid'ah antara yang terpuji dan tercela. Orang pertama yang mengatakan demikian ialah Umar r.a.

Ulama juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan: "Setiap yang bid'ah itu sesat" adalah hadis umum yang perlu dikhususkan.

Imam al-Syafie berkata: "Setiap yang mempunyai sandarannya dari sudut syarak, bukannya bid'ah sekalipun tidak diamalkan oleh generasi salaf. Mereka meninggalkan perkara itu mungkin kerana keuzuran."

Al-Imam Ibn Lub dalam menyangkal pendapat golongan yang tidak menyenangi amalan berdoa selepas sembahyang mengatakan perkara berkenaan tidak diamalkan generasi salaf.

Namun, tidak mungkin mengatakan hukumnya haram atau makruh kerana perkara yang dilakukan itu mempunyai asas dalam syarak.

Mengenai amalan membaca wirid beramai-ramai selepas sembahyang. Memang ia tidak pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, tetapi tidak haram. Sesiapa yang mendakwa amalan ini diharamkan bererti dia melakukan pembohongan atas nama Allah s.w.t.

Pengharaman amalan itu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah berkumpul satu kaum di dalam rumah Allah sambil membaca al-Quran dan mengulangkaji antara sesama mereka melainkan turunlah kepada mereka ketenangan, dan mereka diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh malaikat, dan Allah menyebut perihal mereka kepada makhluk yang di sisiNya."

Hadis ini memberikan kefahaman bahawa membaca al-Quran secara beramai-ramai di dalam masjid adalah disyariatkan.

Dalam Sahih Muslim terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asya'ari daripada nabi s.a.w yang bersabda yang maksudnya: "Selalulah membaca al-Quran, demi Dia Yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, al-Quran itu lebih mudah terlepas (hilang) daripada unta yang diikat." (Muslim. Kitab Salah al-Musafirin (231/791).

Kesimpulannya, dari segi tauhid, fahaman Wahabi bukan ajaran baru atau termasuk antara 73 cabang ajaran sesat, cuma ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat Islam kerana pendekatan yang diambil terlalu mudah tetapi bahaya.



INFO



Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:

  • Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah

  • Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)

  • Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias

  • Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)

  • Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w

  • Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik

  • Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya

  • Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain

  • Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya

  • Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh

  • Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah

  • Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w

  • Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja

  • Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang

  • Amalan tariqah dilarang sama sekali

  • Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras