Isnin, September 10, 2007

blog-blog yang saya suka

2 weblog yang paling kerap saya masuk. Blog kepunyaan Dato' Kadir Jasin dan blog milik faisal tehrani. agak teruja juga dengan lenggok gaya dakwat mereka. namun saya punya pendekatan penulisan yang berlainan. saya cuba cara saya. saya memang mahu berlainan daripada mereka sudah tentunya. Mereka dalam kelas yang agak popular dan diiktiraf sedangkan saya punya kelas tersendiri. tidak perlu perbandingan cuma...cuma saya suka masuk blog mereka.

masih mencari 'cutting' sendiri...

2 ulasan:

AbGJaS berkata...

Salam Mr.Moderator,
Terima kasih diucapkan ats kunjungan Tuan ke blog saya. Ia semestinya penghormatan bg saya.

Saya selalu singgah ke blog Tuan kerana konsep yg menjurus kpd moral dan keagamaan dan saya dpt rasakan ada sedikit 'kelainan' berbanding blog2 lain.

Spt Tuan, ats dasar 'kelainan' itu juga lah saya mengujudkan blog dlm bentuk kartun/karikatur.

Moga2 ada sedikit manfaat yg boleh kita sumbangkan.

the indie story berkata...

Terima kasih abgjas sahabat cyber yang dihormati.

Sebenarnya kedatangan saudara kesini lah merupakan satu penghormatan buat diri saya. Terima kasih kerana boleh dikatakan sering mengunjungi blog saya. Sokongan orang seperti saudara memberi pengertian besar.

Saudara orang pertama yang sudi memberi komen didalam bolg bar yang serba naif ini. Hari ini dalam sejarah...

Saya perhatikan saudara begitu berminat dgn dunia kartun dan boleh dikatakan berbakat melukis. Teruskan melukis kartun. usaha sungguh2. mungkin satu hari saudara boleh setanding dgn kartunis Lat. insya'allah.

Jangan jadi seperti saya..walaupun dilahirkan dgn boleh dikatakan berbakat besar melukis...namun saya tak begitu produktif. senang cerita saya sudah jadi pemalas nak lukis kartun. saya lama dah berenti lukis....coz...sebab2 tertentu yg berlaku satu masa dulu.
Maybe abg jas akan terkejut bila lihat stroke lukisan saya.

Bukanlah bermaksud saya nak riak, cuma sekadar bercerita...hmm rasanya stroke lukisan saya yg paling dekat ialah dgn kartunis aie...yg terkenal dgn komik "aku dan sesuatu..."

Mungkin satu kebetulan, dan sudah tentu saya tak tiru sesiapa. Tapi bila first time komik "aku dan sesuatu..." keluar kat pasaran, rasa frust juga laa. Samapai berkata "kenapalah aku tak kelaurkan dulu?"...
nasib...nasib...hahaa..takdir Allahswt. Dia usaha..dia berjaya.

Apapun selamat datang kemari wahai sahabat alam mayaku. TQ