(Foto yang sempat dirakamkan ini menunjukkan detik-detik terakhir Guru Al-Quran saya; Allahyarham Tuan Haji Hamzah; sebelum jasadnya selamat dikebumikan ditanah perkuburan yang berdekatan rumahnya. Ya...kita semua akan mati, bezanya diantara mati secara baik dan mati secara keji...Nau'zubillah min zalik. Alhamdulillah Tuan Guru saya pergi didalam keadaan sedang mengambil wudhu' untuk Solat Subuh. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Alla swt. dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang salih...amin. Al - Fatehah...)
Kalau kita mahu mengecapi ketenangan didalam hidup yang singkat ini, kita haruslah mula belajar menerima sesuatu yang berlaku dengan hati yang redha. Inilah ubat mujarab bagi hati yang sakit. Pun begitu, untuk belajar menjadi redha bukanlah satu perkara mudah yang datang secara mendadak. Perlukan latihan sedikit demi sedikit sehingga sebati didalam diri.
Jika sesuatu perkara yang berlaku bukan didalam jangkauan kita, maka anggaplah sahaja ia satu ketentuan ilahi bagi menguji tahap keimanan kita kepada – NYA. Boleh jadi sebagai satu bentuk kifarah kepada dosa-dosa silam yang kita lakukan. Bukankah ALLAH swt itu tuhan yang Maha Adil dan Maha Pengampun. Tentu ada sebabnya sesuatu perkara itu terjadi yang tidak terjangkau oleh akal manusia yang terbatas.
Bersikap redha dapat mendatangkan beberapa kebaikan. Antaranya ialah boleh mendamaikan jiwa dikala kesusahan datang melanda, menjadikan iman kita semakin kuat dan dapat merendahkan ego manusia yang terlalu tinggi.
Dapat juga mengingatkan kembali kita kepada asal usul jikalau sudah tersesat terlalu jauh. Menyedarkan kembali bahawa manusia ini walau sehebat mana pun dirinya sebenar adalah lemah dan tidak berkuasa dalam hakikat yang sebenar. Mungkin kadangkala yang kita terlupa bahawa sebenarnya kita ini akan masuk juga kedalam lubang kubur, walau sehebat mana pun kita.
Walaupun manusia itu mempunyai status, kuasa, pangkat dan harta melimpah ruah; kita sebenarnya tidak berdaya upaya melawan kehendak ALLAH swt. Hatta Firaun Lahanatullah yang begitu punya hebat kerajaannya boleh ditenggelam laut oleh ALLAH swt, inikan pula kita ini. Hakikatnya kita ini “O”.
Sesuatu perkara itu berlaku mengikut perancangan ALLAH swt. Manusia merancang….ALLAH swt juga merancang…..dan perancangan ALLAH lah yang sebaik-baiknya.
Maka redhalah kita…..jika tidak mahu jadi gila!
3 ulasan:
Salam,
Takziah Al-Fatihah untuknya.
Salam Tuan Moderator,
Mohon izin saya copy paste entry ini dlm blog.Sedang bersedih menerima berita kematian ibu secara mengejut di tanahair pada 2 Feb 2008,saya mencari ketenangan di blog Tuan.Bagai ditakdirkan bertemu entry yang menyentuh hati dan perasaan saya ketika itu.
Jazakalluhukhairankathira.
UmmiShafiq
Manchester
Salam UmmiShafiq,
innalillahi wa inna illa hirajiun...dari allah kita datang, maka kepadanya juga kita kan kembali.
saya turut bersimpati dgn anda. harap bersabar. perbanyakkan zikr dan solat sunat. semoga kematia ibu anta/anti membuatkan anda semakin dekat dengan Allah. Bukan sebaliknya.
Jangan lupa doa anak yg soleh/solehah diterima Allah. Insha'allah. teruskan berbakti kepada bonda. mudah-mudahan...
take care.
Catat Ulasan