Confirm! Aku undi nenek ni kalau dia bertanding kat kawasan tempat aku mengundi. Tiada Kompromi.
Dengan umur 89 tahun, Yang Berhormat Nenek masih lagi gagah mengayuh basikal untuk menjual kain batik disekitar daerah tempat tinggalnya. Kuat lagi orang tua ni. Kayuh basikal, jumpa orang, meniaga kain...dan terus kempen kat regular customer. Perrrghhh...dasat nenek ini. Super Grand Ma!
Beliau telah meletakkan wang pencalonan sebanyak RM 15 ribu, wang hasil titik peluh hasil pendapatan dari jual kain keliling kampung selama bertahun-tahun. Perrrgghh...masyuuukk.
Saya merayu kepada penduduk disekitar tempat Nenek ini bertanding supaya pakat gotong royong memberikan pertolongan dalam apa jua bentuk kepada Nenek, samada sokongan berbentuk moral, wang dan kempen.(paling kurang belilah kain yang dia jual, kira sokong ler tu)
Seperti yang Nenek suarakan didalam video ini...Dia hanya nak platform bercakap dalam dewan orang ramai. Nenek pun tau dosa pahala.
Sokongan saya buat Nenek tanpa berbelah bahagi. Inilah wakil rakyat pilihan kita. Tulus dan Ikhlas.
"UNDILAH NENEK!" heheheee
Jumaat, Februari 29, 2008
Semangat si nenek lawan BN, PAS - UNDILAH NENEK!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
saudara..cakap tak serupa bikin la saudara ni..
elmoderator,
hehe..
ko boleh percaya ke cerita ni?
bukankah ini salah satu konspirasi untuk memecah undi dengan kewujudan nenek ni sbg calon bebas?
yang aku tahu terdapat Tuan Guru yg menjadi calon di situ.
Apa polisi nenek ini? Memperjuangkan apa?
he..he.
wallahualam.
Salam,
Kagum dengan nenek ini..Tetapi mampukah dia memikul amanah sebagai pemimpin rakyat jika menang?..Satu persoalan untuk difikirkan.. Selamat mengundi..
kuat semangat si nenek ni ya.. semoga dia berjaya
Salam sejahtera buat para pengunjung blog yang dirahmati Allah swt hendaknya.
Saudara Tanpa Nama,
boleh saya tahu dengan lebih lanjut; apa yang saya cakap tala selupa bikin? hehehe
Saya bersedia menerima teguran dan kritikan yang membina dengan lapang dada dan hati yang terbuka.
"Saya budak baru belajar...kalau salah tolong tunjukkan"
Semoga Saudara Tanpa Nama mendapat keredhaan Allah swt.
PEACE. :-)
Salam Peguam Syariah Al Fadhil Ustaz el- Hakim wal sahabati.
Aku 50/50 percaya. Namun ini samasekali takkan menghilangkan rasa hormat dan bangga aku sama ini YB NENEK. Kalau ko tanya kau nenek ini memperjuangkan apa?
Jawapannya : YB NENEK ini sebenenarnya memperjuangkan HAK DEMOKRASI RAKYAT. Secara tak langsung menunjukkan ini YB NENEK mempamerkan hak dia sebagai rakyat untuk bertanding merebut kerusi, supaya Suara NENEK didengar oleh semua.
Tetuan el- Hakim, aku benar2 berharap next election ko akan masuk bertanding bagi kerusi Parlimen Sungai Siput. Samada ko atau Tuan Lawyer Haji Rastom yang masuk gelanggang, dua2 aku akan sokong. Aku akan bagi support habis2an. Insha'allah...
hehehe
Salam Aslina Bidadari,
Kalau ikut logik akal, memang nampak gaya ini Yb Nenek, susah sikit nak melaksanakan tanggungjwab sebagai wakil Rakyat. Namun saya akan tetap menyokong beliau, untuk menunjukkan ini YB Nenek masuk gelanggang bukan main-main. Saya lebih redha menyokong sama ini YB Nenek daripada dengan berat hati pangkah orang yang KAKI RASUAH.
Sama-sama kita fikirkan...
Salam Mak Su,
Saya setuju dengan anda. Nenek ini memang kuat semangat. Lebih daripada itu saya rasa dia lebih tulu s ikhlas.
Belum tentu lagi kita sewaktu berumur 89 tahun boleh kayuh basikal dan kempen keliling kampung.
Kasi BRAVO sama itu YB NENEK. Tahniah kami ucapkan.
Wassalam. Salam Sayang Pilihanraya
walaupun kalau sy ade di tempat tu, sy x undi nenek, tp nenek mempunyai hati yg sgt suci..
mengalir airmate..
sy doakan nenek bahagia diakhirat nnt. amin..
Catat Ulasan