Selasa, Julai 01, 2008

Anwar Ibrahim Kaki Main Bontot?

"Mereka nak tuduh bontot siapa pula yang saya balun kali ini tanpa belas?"
(Dialog hanya rekaan semata. Foto Ihsan Anwar Ibrahim blog).


Walaupun Pak Sheikh bukanlah pillihan utama saya untuk calon jawatan PM, namun begitu tuduhan keji yang dikenakan terhadap beliau melampaui batas-batas sebagai seorang Islam. Jika saya percaya terhadapa tuduhan liwat tanpa bukti yang dikenakan kepada beliau, ini bererti saya telah membunuh daya keintelektualan diri sendiri. Bawakan kita 4 orang saksi yang warak dan boleh dipercayai seperti yang diperintahkan oleh Al Qur'an maka barulah kita boleh pertimbangkan. Jika tidak bersediakah pihak yang menyebarkan fitnah menerima 80 kali sebatan seperti yang termaktub dalam Al-Kitaab?


Saya sebenarnya benci nak tulis tentang ini; (hanya meletakkan daya intelektual ke tahap yang paling rendah). Namun bila membaca kenyataan jahat daripada Ezam Mohd Nor didada akhbar Utusan Malaysia hari ini maka terpaksalah saya mengajukan satu persoalan dasar:

"KALAU BENARLAH ANWAR IBRAHIM INI JENIS KAKI MAIN BONTOT; MAKA SECARA LOGIKNYA BONTOT EZAM DULU YANG DAH LAMA KENA SONDOL SECARA OPTIMUM".

Bukankah Ezam dahulu diantara yang paling rapat dengan Pak Sheikh? Mustahil dia tidak tahu sikap, akhlak dan citarasa bekas Big Boss nya? Ini betul-betul sudah jadi kacang lupakan kulit. Boleh juga diibaratkan seperti batang tebu; 'habis manis sepah dibuang'. Wahai Ezam @ Pendekar Jawa kalau pun dah tak sekapal tapi janganlah pula sampai hilang rasa hormat kepada satu manusia yang memperkenalkan engkau kepada sepak terajang dunia politik nasional. Kalau dek tak kerana itu Brother Anwar ambil engkau berkerja dengan dia sebagai Setiausaha Politik, maka secara automatiknya belum tentu engkau boleh naik sampai ketahap sekarang. Entah-entah engkau hanya sekadar berkerja makan gaji dengan syarikat swasta. Rakyat Malaysia pun tak kenal engkau. Kalau nak bertapak pun kembali dalam UMNO, ingat-ingatlah sikit...ini dah kira betul-betul punya The Derhaka Student!

Politik Malaysia semakin hodoh. Tilam jenama apakah yang akan diusung ke makhamah kali ini? Vono atau Dreamland? King Size or Queen Size?

Isu politik yang dimanupulasikan oleh media massa pada hari ini sebenarnya tidak menyumbang kepada daya kemajuan berfikir dan kematangan didalam berpolitik. Politik Malaysia sebenarnya sudah sampai ke satu tahap yang paling jijik, kotor dan memalukan. Inikah bentuk sebuah negara Malaysia yang mahu kita bangunkan?

1 ulasan:

lordmusan berkata...

Salam,
Ezm jadi derhaka pada Anwar sebab ikut tauladan Pak Lah derhaka dan tak kenang budi pada Tun M.Tu la pasai dia masuk UMNO and skang dok kipas teloq Pak Lah....Ezam tu lalang kecik tapi Pak Lah tu Lalang besar..nazri tu pulak kepala segala lalang...

lord musan