Jumaat, Mei 02, 2008

Dr. Mahathir sudah jadi blogger!

Che Det sudah ada blog sendiri. Paparan pertama dalam laman blog itu ialah mengenai penubuhan suruhanjaya pelantikan hakim. Mahu bertukar pendapat, memberi idea dan pandangan, marah sikit-sikit, cuit-cuit sayang, kritikan politik dan ucapan tahniah serta terima kasih, maka sila datang ke www.chedet.com

Jangan pi maki hamun sudah! Berilah sedikit penghormatan kepada Negarawan Berjasa meneruskan saki baki usianya...bukan susah sangat. Beliau pun banyak juga berjasa.

3 ulasan:

rastom berkata...

Kang Mas Aji Muderatur,

Saya ini penuh dengan negative vibes, yang mungkin mengeluarkan maki hamun yang tidak sepatutnya terhadap insan yang BERJASA BESAR itu, maka eloklah saya langsung tidak melintas apa lagi masuk ke rumah Tuan Besar Tanah Kedawung Ronggowarsito itu. Kan lebih elok saja saya melepaskan nafsu amarah saya terhadap Kang Mas Aji yang ariffin lagi muqorrobin...hehehe wassalam.

AbGJaS berkata...

Salam Moderator,
Abgjas sudah pi lawat blog TDM...terubat rindu dgn beliau.

Setuju dgn Tuan Moderator; jgn pi maki hamun sudah..

Halal-haram masih wujud dalam internet..

Sutera Timur berkata...

Salam moderator,

Yang dinanti dah tiba. TDM YANG
disanjung telah membuka blognya ,saya lihat ramai yg telah melayari website nya. Semuga demokrasi semakin berkembg dan subur dibumi Malaysia. Warga Malaysia kita harus terus menghargai sumbangan ide TUN WLPN untk 100 thn lagi.Ide Tun merentasi sempadan dunia dan bangsa.WA...CAYA U...TUN..