Isnin, Mei 19, 2008

Jake Scott Pengarah Filem Termuda di Festival Filem Cannes 2008 Ditulis oleh Moderator Indie.

Ini dia wajah sebenar pengarah filem independen!
Jake Scott sedang bergaya dengan senjatanya...



Siapa sangka bila kekecewaan didalam bercinta boleh membawa harapan baru ke Cannes.

Itulah kisah benar menyayat hati disulami berita kegembiraan tidak terkata yang dinikmati oleh seorang remaja berusia 18 tahun yang menetap di Britain. Ingat ! hanya 18. Bukan 25, 33, atau 43. Hanya dengan angka 18 tahun sejarah telah tercipta.

Namanya Scott. Bukan pengarah filem Holywood tersohor, Ridley Sott yang baru-baru ini telah membikin filem American Gangster tapi dia adalah Jake Sott. Keduanya berasal dari Britain. Bukan pula anak lelaki Ridley yang juga bernama Jake Scott (kebetulan nama mereka sama) yang pernah mengarahkan sebuah filem berjudul 'Plunket & Macleane tahun 1999 dan yang akan datang berjudul Welcome to the Rileys (2009).

Ini Jake Scott lain. Ini adalah anak muda yang baru mahu mencipta nama gemilang dipersada antarabangsa. Jadi sememangnya mereka tiada kena mengena baik dari segi karakter mahupun hubungan pertalian darah. Seorang dilahirkan pada tahun 1965, sementara yang lagi satu baru melepasi alam persekolahan. Jadi secara berfakta mereka adalah watak yang berbeza walaupun terlibat didalam industri perfileman.

Atau sememangnya segelintir manusia yang bernama Scott mempunyai karisma sentuhan ajaib bila mereka terlibat didalam industri bikin wayang.

Jake Scott mencipta sejarah apabila menjadi sutradara filem paling muda apabila hasil kerjanya ditayangkan di Festival Filem Cannes, Perancis. Ingat! ini Cannes, bukan pula anugerah Oscars mahupun Festival Filem Malaysia. Bila sebut Cannes bermakna ia satu bentuk festival filem yang paling berprestij didunia. Jadi festival-festival filem lain boleh dilupakan dahulu.

Ironinya saat filemnya ditayangkan pada minggu ini, Scott sendiri tidak dapat menghadirinya. Kenapa ini berlaku? Ini adalah disebabkan remaja itu hanya tinggal bersendirian disebuah flat sempit di bandar Hastings, Britain kerana dia tidak mempunyai cukup wang untuk sampai ke Cannes.

Scott dilaporkan berkata, "Walaupun sedih tetapi saya gembira kerana apa yang saya tidak pernah impikan selama ini menjadi kenyataan dan saya berharap filem saya mendapat sambutan," katanya.

Filem pendek hitam putih durasi 15 minit itu berjudul 'Downright Disco'. Scott mendapat idea bagi menghasilkan filem itu selepas berpisah dengan teman wanitanya bernama Alice. Dihasilkan hanya mengambil masa selama 2 hari dengan menggunakan sebuah kamera digital.
Filem itu pada mulanya dihantar kepada pegawai di Cannes dengan tujuan suka-suka tetapi dia kemudian terkejut apabila pihak disana menyukainya.

Downright Disco menceritakan tentang kisah cinta monyet (baca lain: cinta suci) hubungan mereka bermula pada hari pertama sehinggalah ke hari terakhir hubungan mereka. Niat sebenar Scott membikin wayang gambar tersebut agar dapat menghapuskan kesedihannya.
Kisah dalam filem itu bermula apabila Scott jatuh cinta pada Alice ketika mereka berada didalam tingkatan 6 di sebuah kolej di Bexhill. Pada waktu itu dia masih tinggal bersama ibunya. Bapa Scott merupakan cikgu sains di sebuah sekolah.

Agak menyedihkan apabila ibu bapanya tidak merestui cinta suci mereka berdua kerana berpendapat Scott dan Alice terlalu muda untuk terlibat dalam satu hubungan yang serius.
"Filem itu mengisahkan sesuatu yang berlaku pada diri saya dan kadang-kadang saya berasa teruk kerna terpaksa mdnghadapi peristiwa berhubung orang yang rapat dengan diri saya," melahirkan pendapatnya.

Keadaan tersebut menyebabkan Jake Scott merasakan dirinya terlalu tertekan. Dan bagi beliau satu-satu cara untuk keluar daripada masalah serta tekanan hebat yang dihadapinya adalah dengan cuba hidup secara mandiri dan berasingan.

Menurutnya walaupun filem itu sebenarnya tidak memaparkan 100 peratus kisah sebenar yang berlaku namun ia tetap melibatkan perasaan dan emosi sekiranya anda jatuh cinta dalam usia yang muda.

Scott mula jatuh hati dengan filem sewaktu berumur 8 tahun dan mula menjadi fanatik tahap ekstrem dengan kamera selepas mula menyertai kelab fotografi. Pada umurnya 11 tahun dia telah pun mengetahui asas fotografi sehingga teknik pemprosesan terakhir.



(Festival Filem Cannes, Perancis kali ke-61 bermula dari 14 - 25 mei ini. Turut dihadiri oleh beberapa pelakon termasyhur dari seantero dunia. Diantaranya adalah aktres Filipina, Mercedes Cabral, dan beberapa aktres Holywood seperti Penelope Cruz, Kate Blanchett dan Phoebe Price.)

Artikel ditulis sendiri berdasarkan sumber rujukan: Akhbar Sinar Harian,
www.thisislondon.co.uk., http://www.dailymail.co.uk/,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Downright Disco" ni masuk seksyen mana satu? penat cari...