Khamis, Mei 08, 2008

Pak Lah tak halang Najib jumpa Mahathir

Diantara pengaruh kuasa Pak Lah dengan Legasi Mahathir, siapakah yanga bakal muncul sebagai pemenang?



Pak Lah hari ini membuat satu penafian bahwa beliau telah menghalang Najib dari berjumpa dengan Tun Dr. Mahathir. Beliau sesekali tidak akan bertindak begitu.


"Tak ada halangan...tak ada," katanya ringkas ketika ditanya oleh wartawan.


Sementara dalam situasi lain, Dr.Mahathir dilaporkan berkata adalah sesuatu yang teruk jika perdana menteri tidak percayakan timbalannya.


Dr Mahathir berkata beliau tidak bercakap mengenainya sebelum ini kerana ia satu perkara peribadi tetapi memutuskan untuk mendedahkannya kerana semakin meningkat percubaan untuk menutup mulut mereka yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan parti.Baca lain

2 ulasan:

Zainal Ariffin Ashari berkata...

Moderator,
Jika Pak Lah tidak menghalang DS Najib berjumpa sedangkan sebelum itu beliau mahu mendapatkan kebenaran daripada bosnya, jadi apa yang sebenarnya berlaku?
Salam

manggis berkata...

Sebelum PRU lagi aku dah tak percaya cakap pak lah. Cakap apa ajalah paklah, nafikan ajalah Pak Lah, kami dah tak percaya dah, sebab tu BN hampir hilang majoriti. Kalau terus bohong BN akan terus hilang kuasa. Rakyat hakimnya sekarang. So dengar cakap rakyat.