Masih ingat lagi pada Parti Melayu Semangat 46? Ia telah terkubur tanpa nisan. Telah mati dibunuh pada Mei 1996. Dibunuh oleh tangan pengasasnya sendiri demi 'Perpaduan Orang Melayu'. Ku Li dengan sikap merendah diri telah mengisytiharkan sanggup untuk menjadi 'Gurkha' UMNO.
Kebanyakkan generasi muda yang dilahirkan ditahun-tahun 80'an dan 90'an memang tidak berapa tahu tentang asal usul dan sejarah perjuangan parti nasionalis tulen ini. Besar kemungkinan hanya ingat-ingat lupa.
Parti Melayu Semangat 46 ditubuhkan oleh Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah bersama-sama bantuan dan pengorbanan besar juak-juak politik disekelilingnya; akibat daripada tewasnya beliau ditangan Tun Dr. Mahathir semasa perebutan jawatan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 1987. Ku Li sebenarnya menang moral walaupun hanya tewas tipis dengan 43 undi.
Pertembungan bersejarah yang menyaksikan UMNO terbahagi kepada 2 kem.
Team A yang diterajui oleh Dr. Mahathir Mohammad, Ghaffar Baba, Anwar Ibrahim, Najib Tun Razak, Sanusi Joned, Mohammad Rahmat dan lain-lain.
Sementara Team B dikepalai oleh Musa Hitam dan Tengku Razaleigh, serta mandapat dokongan kuat dari Shahrir Samad, Abdullah Badawi, Ajib Ahmad, Rais Yatim, Harun Idris, Marina Yusuf, Othman Saat, Radzi Sheikh Ahmad dan banyak lagi.
Selepas pertandingan sengit tahun 87, hanya Abdullah Haji Ahmad Badawi (Pak Lah) sahaja satu-satunya calon dari Team B yang dapat mengekalkan kerusi Naib Presiden UMNO.
Parti Melayu Semangat 46 diwujudkan akibat daripada Tragedi Pengharaman UMNO tahun 1988. Salah seorangnya pangasas utamanya adalah Dato' Seri Utama Rais Yatim, yang telah sanggup 'membakar jambatan politiknya'.
Parti ini juga mendapat sokongan padu daripada kedua-dua bekas Presiden UMNO LAMA yakni, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Hussien Onn yang juga bapa kepada Ketua Pemuda UMNO sekarang, Dato' Seri Hishamuddin Tun HUssein. Kedua-dua bekas Perdana Menteri Malaysia ini telah menggunakan daya inisatif mereka untuk cuba menubuhkan parti baru yang bernama 'UMNO MALAYSIA' bagi menggantikan UMNO LAMA. Namun tidak diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran. Lalu kedua-duanya menyertai kem Tengku Razaleigh Hamzah.
Parti ini pernah menjalankan kerjasama dengan DAP dan PAS. Kejayaan terbesar Semangat 46 adalah dapat menumbangkan UMNO di Kelantan pada pilihanraya 1990, dengan pukulan TKO! Dengan itu wujudlah Kerajaan Islam Kelantan dibawah pemerintahan PAS yang diterajui oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Kerajaan PAS Kelantan telah dapat bertahan sehingga ke hari artikel ini ditulis. Lebih kurang 18 tahun lamanya.
Gabungan diantara Semangat 46 dan PAS yang diberi nama 'Angkatan Perpaduan Ummah'berjaya dilakukan adalah disebabkan oleh karisma dan pengaruh politik Tengku Razaleigh Hamzah. Putera DiRaja Kelantan yang sangat disayangi oleh seluruh rakyatnya.
Angkatan Perpaduan Ummah terdiri daripada PAS, Semangat 46, HAMIM, Berjasa, KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia).
Sementara disatu pihak lain Semangat 46 menubuhkan juga GAGASAN RAKYAT yang terdiri daripada DAP, PRM, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Barisan Progresif India (IPF). Inilah idea permulaan yang seterusnya ditiru kembali oleh Anwar Ibrahim untuk menggabungkan parti-parti pembangkang bagi menubuhkan Barisan Alternatif yang akhirnya bertukar menjadi Pakatan Rakyat. Cetusan idea asalnya adalah daripada Ku Li dan ini memang menjadi satu catatan terpenting bagi sejarah Politik Malaysia Moden. Kekuatan Bapa Ekonomi Malaysia ini mampu menyatu padukan gabungan pembangkang.
Angkatan hanya mampu menang di Kelantan sahaja pada pilihanraya 1990.Dalam pilihan raya umum 1995, Angkatan hanya tinggal PAS, PMS46, HAMIM dan Berjasa. GR tinggal DAP, PRM dan PSM46. Keputusannya, kerusi barisan ini merosot walaupun Kelantan dapat dipertahankan.
Nama asalnya Semangat 46. Ditubuhkan pada 5 Mei 1989. Mesyuarat Agung Pertama Semangat 46 pada 12 Oktober 1989 dirasmikan bekas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Satu fakta yang tidak diketahui ramai orang ialah bahawa Tengku Razaleigh Hamzah dan para penyokong kuat beliau tidak pernah sesekali 'Keluar UMNO'. Apa yang sebenarnya berlaku adalah mereka telah disekat untuk memasuki UMNO (Baru) akibat percaturan politik pada waktu itu. Oleh yang demikian, Semangat 46 telah menjadi wadah perjuangan baru untuk sebahagian bekas pemimpin-pemimpin UMNO LAMA meneruskan survival perjuangan mereka dengan membawa semangat penubuhan UMNO asal pada tahun 1946, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Kemudian pada 10 Febuari 1994, nama parti itu ditukar kepada Parti Melayu Semangat 46. Warna rasmi yang menghiasi angka '46' yang terletak elok didalam bulatan kecil pada bendera, lambang, logo dan poster pilihanraya parti ini adalah warna hijau dan kuning.
Menteri Penerangan baru Ahmad Shabery Cheek adalah bekas Ketua Penerangan Semangat 46. Antara tokoh-tokoh besar UMNO yang sanggup berjuang dan tenggelam bersama Ku Li adalah Hajjah Marina Yusuf (emak kepada pelakon Ida Nerina), Hajjah Ilyani Ishak, Datuk Harun Idris (Bekas Legenda Ketua Pemuda UMNO), Datuk Haji Suhaimi Kamaruddin (bekas Ketua Pemuda UMNO yang tewas ditangan Anwar Ibrahim didalam perebutan jawatan tersebut), Tan Sri Othman Saat (bekas Menteri Besar Johor), Tun Saleh Abbas (bekas Ketua Hakim Negara), Datuk Radzi Sheikh Ahmad (bekas Setiausaha Agung UMNO yang lepas), Arwah Pak Yim (setiausaha sulit Ku Li), Datuk Zainal Abidin Zain (bekas Timbalan Menteri Kabinet Pak Lah), Tengku Azlan (bekas Timbalan Menteri Kabinet Pak Lah) dan Datuk Paduka Ibrahim Ali (ahli parlimen Pasir Mas).
Ku Li hanya sempat berjuang didalam barisan alternatif hanya kira-kira lapan tahun. Parti Melayu Semangat 46 hanya terlibat dengan 2 pilihanraya umum, iaitu 1990 dan 1995.
PENAMBAHAN: Selepas mengalami kekalahan 'bermaruah' pada pertandingan sengit di Perhimpunan Agung UMNO 1987, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Musa Hitam telah pun ditawarkan jawatan Menteri Tanpa Folio namun diatas sebab-sebab tertentu mereka telah menolak jawatan tersebut.
Datuk Shahrir Samad (bekas Setiausaha Politik Datuk Musa) telah bertanding sebagai Calon Bebas dengan lambang 'KUNCI' dan telah memenangi pilihanraya kecil yang cukup gempar di Johor Bahru tahun 1988 dengan majoriti undi yang besar. Musa Hitam dilaporkan telah menghantar satu pita ucapan memberikan sokongan moral kepada Shahrir yang telah membantu kemenangan peribadi beliau.
Musa dan Shahrir akhirnya kembali menyertai UMNO (Baru).
10 ulasan:
assalamualaikum moderator...
ulasan yang cukup menarik. saya sejak kecil memang mengenali KU LI kerana keluarga saya sampai sekarang masih menyokong KULI. KULI merupakan ahli parlimen di kawasan saya iaitu Gua Musang. saya akui beliau merupakan seorang tkoh politik yang bersih. sampai saat ini, saya berdoa akan kepimpinan umno bertukar dan di harap KULI menjadi presiden umno.
itu harapan saya kerana pada pandangan saya amat sukar untuk mencari pemimpin yang ikhlas berjuang untuk agama bangsa dan negara. perjuangan KULI adalah mengenai alif,ba dan ta. iaitu alif untuk agama, ba untuk bangsa dan ta untk tanah air.
amat menarik jika KULI dapat menjadi presiden umno kerana semua peringkat ahli umno mahu melibat perubahan dalm umno. mereka tidak mahu lagi pemimpin yang mengutamakan kepentingan sendiri menjadi agenda utama. seharusnya umno mengutamakan kepentingan bangsa sendiri supaya orang melayu tidak melukut di tepi gantang. hina di tanah air sendiri.
wa'alaikumsalam hisham,
saya bukan orang kelantan. saya suka dengan Ku Li bukan diatas sentimen kenegerian. saya suka Ku Li sebab dia bagus.
Bagus dan terlalu banyak jasanya kepada pembangunan ekonomi bangsa melayu.
terima kasih kerna memberi komen bernas. dapat juga saya tahu bagaimana pandangan daripada rakyat kelantan terhadap Ku Li.
wassalam.
salam.
susah nak predict akan Ku Li ini.
sama macam el-Badawi.
pun ramai yang tak predict pada mulanya.
Mungkin hampir 80 peratus orang ahli iMNO menganggapnya seseorang yang bersey (PADA Mulanya)...
bersey..
bersey..
bersey..
macam sabun FAB berbuku tu lah..
YM Ku Derator,
Kulihat Ku Li ada lembut Melayu, kalau Tuan tala pistol dekat saya suruh pangkah mana pemimpin UMNO, Ku Li saja saya pilih, hehehe
Assalamualaikum.
Saya ada tulis dalam blog saya "tengku razaliegh tokok yang di lupai?".http://siraltalmustaqim.blogspot.com/2008_03_01_archive.html
di antaranya:
Saya percaya rata rata kalau kita tanya anak anak muda sekarang ini mereka tidak mengenali KULI apatah lagi untuk mengetahui jasa jasa Tengku.
Malah saya percaya di kalangan exco pemuda UMNO sendiri mungkin ada yang kenal dan mungkin ada yang agak samar samar kalau kita tanya mereka…
Munkin semua tahu bangunan PWTC dimana Ibu Pejabat UMNO terletak..dan semua tahu PWTC itu hak milik UMNO. Tapi berapa orang yang tahu bagai mana Bangunan PWTC di dirikan dan di atas tanah siapa Bangunan itu di dirikan?
Pernah kah mereka di beritahu bagaimana UMNO bolih berdiri di atas kaki sendiri dari segi kewangan di Zaman Tun Abd Razak (sebelum tu UMNO banyak bergantung pada belas ehsan pihak lain) dan siapa yang menubuhkan Fleet group syarikat milik ahli UMNO ? Siapa yang mengeluarkan modal dan berapa banyak modal tersebut untuk mulakan perniagaan ?(Fleet group begitu kokoh pada satu masa dulu dan dari situ sumber kewangan UMNO di perolihi )
(Fleet group hancur selepas bertukar tangan ,Nak tahu kesah Fleet Group bacalah buku yang di karang oleh Puan Marina Yusuf satu masa dulu..)
Tahu ke anak anak muda ini siapa kah pengasas dan CEO pertama PETRONAS?
Tahukah mereka siapa yang menubuhkan PNB dan Amanah Saham National dan atas idea siapa?
Siapa yang bertungkus lumus membentuk Pernas dan Pernas Edar dan rangkaian bisnes nya? (Pernas Edar yang membantu perniaga dan kontraktor bumiputra, sekarang dah hancur dah..)
Siapa yang terlibat melulus dan menubuhkan Bank Simpanan National (mulanya hanya simpanan di Pejabat Pos)?
Saya percaya anak anak muda dan mungkin juga exco pemuda tak tahu perkara ini .
Kalau ada exco pemuda tak mengetahuinya dan ingin mengetahui nya saya cadangkan mereka pergi ke pejabat Tengku di Langgak Golf bertanya khabar jumpalah dengan fikiran terbuka..tiada salah dan tak ada apa nak di takutkan .
Telipon setiausaha Beliau untuk temujanji. Inshaallah dapat jumpa
Sudah lama saya mengadu pada rakan rakan bahawa budaya politik yang ujud di Negara kita ni ialah jenis tak mahu nama tokoh tertentu di kenang rakyat akan jasa jasanya.
Macam ada tangan yang bermain wayang kulit supaya rakyat mula lupa dan tidak tercatit dalam sejarah akhirnya.
Terang terang bila PNB menyambut ulang tahun (tak salah 20 tahun) penubuhannya. .Iklan iklan nya, rencana khas serta ulasan ulasan dalam media cetak tidak langsung menyebut nama Tengku sebagai orang yang terlibat dalam penubuhannya (Hairan nama lain lain tokok ada ).Apa tujuan mereka?
Rasanya banyak tak tahu bahawa Tengku pernah menjadi Ketua Bank Bumi dan Chairman Bank Pembangunan Dunia ( Pemilihan di buat melalui undi dan Beliau menang dalam undian tersebut).
Mungkin anak muda kini tak tahu Tengku pernah memegang Menteri Kewangan di mana waktu itu ringgit Malaysia sama kuat dengan Singapore..?
Memang lah bila di ajukan kepada Tengku pasal orang mula lupa akan jasanya, beliau tak ambil kesah atas ini .Kerana beliau iklas dan semuanya dilakukan atas nama bangsa dan ugama!
Saya amat yakin pada KuLi dan masih percaya khidmatnya akan diperlukan juga ahkirnya nanti..
Ku Li...???
haha...
dah bakar jambatan pastu patah balik ye...???
ish3...
ramai yg join S46 nih...
lps je gambar dia pakai topi ada salib tu...
kuasa Allah...
kalah terus...
bagus la...
org gilakan kuasa...
sampai mati la hang duk je kat gua musang tu ha...
kesian2...
bukan apa...
dah la buat S46...
pastu dah kalah masuk balik...
ble kalah...
pegi buat report kata UMNO(lama) nih parti haram...
btoi jugak...
apa la setiusaha time tu...
xpegi daftar UMNO...
hape la...
truk btoi...
gle la...
sebab tu UMNO bubar...
Cina pegang sehari weh Malaysia nih...
CINA...!!!
kumpulan minoriti...
ape nk jd mcm negara Fiji ke...???
india n mat saleh minoriti jd pemerintah pastu yg majoriti bumiputera xjd apa (jd player ragbi je la)...
adoi...
tp...
nasib bek la, cina tu bg balik kat Tun M jd PM...
kalau tidak...
mau perang kaum wooo...
then UMNO baruuuu...
xcelent...!!!
yg mana masuk S46 dulu Tun M amek balik...
bagus Tun M nih...
pasal dier xsimpan dalam hati time S46 maki hamun dia dulu...
keperibadian yg patut dicontohi...
bagus2...!!!
rasanya rakyat2 di malaysia nih...
patut nye blajo sejarah byk lg...
tp...
apa nk buat...
Melayu mudah lupa...
sape la tanpa nama ni. Suruh tengok sejarah, walhal nampaknya dia buta sejarah.
Tak salahkan tanpa nama kerana tidak mengetahui fakta yang benar, mungkin sejarah yg tidak berdasarkan fakta.Pergilah perpustakaan negara dan arkib negara seperti yg saya buat.
Melayu tidak akan maju tanpa apa yang dilakukan Ku li.Sampaikan harta sendiri habis kerana rakyat dan negara.Kalau dia tidak halalkan mcm mana?
Salam.Hidup ku li
Ya kita jangan jadi melayu mudah lupa.Perjuangan Parti Melayu S46 mempunyai sejarah yang tersendiri yang tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja.Para sejarawan perlu menulis artikel khas mengenai penubuhannya.Entah kenapa saya amat tertarik dengan perjuangannya.malah berharap agar ada pemimpin yang cuba menghidupkan api perjuangan Melayu ini.Buku dosa2 Tg Razeligh masih dalam ingatan,waktu itu saya baru berusia 13tahun.Pembubarannya merupakan satu langkah yang tidak bijak.Kenapa kita bersusah payah membina rumah akhirnya kita yang merobohkannya.Seorang ahli politik ,sejarawan dan perjuang harus berani menempuh halangan.
Sejarah merupakan peristiwa yang benar berlaku mengikut ruang lingkup masa dan waktu.Penubuhan parti Melayu S46 merupakan satu sejarah yang seharusnya tidak dilupakan oleh generasi masa kini. Satu - satu parti pembangkang Melayu yang memperjuangkan apa itu Melayu dan berani menegakan isu kemelayuannya seperti raja,istana dan kehakiman pada masa dahulu.Namun pembubarannya amat myedihkan saya apa tidaknya susah payah kita mendirikan rumah namun akhirnya kita yang merobohkannya.Igauan buku dosa -dosa Tg Razaligh masih terpahat dlm ingatan.Waktu itu saya baru 11-13 tahun,mula mengenai parti politik dan pembangkang.Kenapa wardah perjuangan Tengku tidak dilepaskan pada orang lain biar Tg dan yang setia saja mengikut UMNO tanpa membubarkannya.saya percaya jika S46 masih ada namanya sepopular pakatan rakyat sekarang malah lebih baik,tersusun dan motif perjuangannya diiktiraf.Apapun semua ini merupakan sejarah yang patut dibhukukan oleh sejarawan mahupun penulis yang berani.Agar generasi akan datang tahu menghargai apa itu sejarah politik tanah air selepas merdeka...
Catat Ulasan