Isnin, Mei 19, 2008

Rakyat Selangor Berpesta Air! Tahniah buat Pak Khalid...

Ini paip meter kita kasi tukar sama dia...jangan kasi can...


Pihak pengurusan pangsapauri di Selangor disarankan supaya mengadakan perbincangan dengan Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) bagi menyediakan meter air individu bagi menggantikan meter air pukal.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ia bagi membolehkan kira-kira 300,000 penduduk pangsapuri juga menikmati pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu bermula 1 Jun ini. Baca lagi...

Seraya menambah dengan tegas, “Kita tahu siapa yang tidak hendak air percuma… (akan menerima) bil seperti dulu dan lebihan duit itu kita hendak salurkan kepada mereka yang memerlukan terutama sekolah agama rakyat, sekolah tamil, sekolah cina dan apa-apa juga diperlukan,” katanya.

Wah! Untunglah rakyat di negeri Selangor, kerana setidak-tidaknya ini akan mengurangkan serba sedikit beban tangungan rakyat jelata.

Berbaloi juga rakyat yang telah mengundi Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan baru. Rakyat tidak minta lebih, kebanyakkan mereka hanya mahu sebuah kerjaan yang mementingkan hak dan kebajikan mereka yang rata-ratanya berpendapatan sederhana. Jangan pula selepas ini, datangnya berbondong-bondong manusia dari negeri dibawah pemerintahan BN berhijrah ke negeri Selangor. Apa nak dikata? Mereka pun nak air 'pree...' (percuma). heh!

Terima kasih kerajaan Selangor! Tahniah...

5 ulasan:

Letting the time pass me by berkata...

Jangan membazir air sudah la...

So, bila pulak nak bukak Supermarket bebas cukai? Kereta bebas cukai dan barangan-barangan bebas cukai...

Lepas tu boleh bagi subsidi petrol dan subsidi diesel pada semua orang

Syabas Kerajaan Selangor...

the indie story berkata...

bro' letting,

gua rasa kerajaan baru selangor ini sedang berhempas pulas untuk menunaikan segala janji yg terkandung didalam maniesto mereka pada pilihanraya yg lalu.

Cuma sering diganggu gugat oleh pihak yg gila talak. Media memanipulasikan berita. dari isu babi hinggalah kepada laporan negatif tentang intensif RM1000 sebulan. lepas satu persatu. Gua harap rakyat jgn biarkan diri mereka terus diperbodohkan lagi.

ini semua propaganda murahan...

manggis berkata...

Mula-mula free, lepas tu turun, lepas tu naik, lepas tu turun semula ,lepas tu naik turun naik turun. Adat inflasi. Politik pun ada inflasinya.

Tanpa Nama berkata...

Media BN menyatakan pemberian air percuma kpd rakyat Selangor adalah pembaziran dan rasuah, kalau tarif air/letrik naik tak mengapa pula, apakah ia dikira sedekah kpd Krjn. Malaysia.
B/mn pula isu wang Balkis disedekahkan kpd Bakti. Itu wang rakyat N. Selangor tu.

Ini seperti pendapat Dr. masitah la , kalau melanggan pelacur yang nak bagi anak makan dikira tak mengapa kerana darurat, kalau macam tu yang melanggan pelacur dikira dapat pahalalah ya.

Hai, ini lah islam hadhari, agama mengikut kehendak manusia, bukan manusia mengikut agama. Tapi ada juga yang tak boleh berfikir ya!

Panglima Perang Cyber berkata...

apa nak gaduh.. biar semua free dari tol, air, api boleh tak ?

agak agak tak bankrap ke kalau air RM4 juta x 12 bulan + ibu tunggal dpt 1000 seorang x 20,000 + 20,000 pelajar x rm 1000 seorang + anak lahir + + +

kiralah berapa ratus juta kena belanja tu...

patutlah sultan risau jer bujet negeri takut dihabiskan Pakatan Rakyat.

Anda sokong ke parti tak fikir dulu buat manifesto ???

ish ish ish...tak tahu nak kata...