Isnin, Mac 31, 2008

Menuju kearah Masyarakat Madani...Oppss ...maaf...Masyarakat Hyper-Tension!

(Foto ini diambil 2 minggu lepas. Cuba anda teka dimana? Pada pilihanraya yang baru berlalu...diflat usang inilah diletakkan bendera BN yang terpanjang diarea Titiwangsa. Hebat bukan?)



Anda tahu foto diatas ini dimana lokasinya? Ini flat PKNS yang terletak disatu-satunya kampung melayu ditengah-tengah kota. Ya! Kampung Baru. Flat ini memang lama juga. Rasanya hampir 30 tahun... Apa yang cuba saya ketengahkan ini, ialah disaat bapak menteri dan pembesar UMNO bersenang lenang didalam istana banglo berhawa dingin mereka; rakyat jelata hanya mampu menyewa bilik sempit diflat usang yang dibawahnya bersepah dengan penagih dadah. Lif yang berbau hancing. Kaki lima yang kotor dengan sampah. Gejala social seperti budaya samseng, hidu gam dan Kaki Rempit semakin merebak tanpa sekatan. Percaya atau tidak, masalah kes jenayah bermula daripada masalah sosial seperti ini. Jangan bila sudah tidak terkawal; baru nak sibuk-sibuk masuk suratkhabar dan tv.

Sebenarnya ini hanyalah salah satu senario lumrah hidup biasa masyarakat di ibu kota. Banyak lagi tempat-tempat lain yang keadaaan sosialnya hampir sama; malah kadangkala lebih teruk. Itu belum masuk kes-kes kemiskinan di kawasan pendalaman di Kedah, Terengganu,Sabah & Sarawak. Malah dinegeri Selangor negeri maju juga terdapat banyak rakyat miskin. Kalu tidak masakan terdapat program diTV3 "Bersama mu...".

Disaat bapak menteri dan pembesar parti UMNO bersuka ria mandi swimming pool dan bercuti ke London dan Paris; rakyat jelata hanya mampu berjimat cermat untuk gunakan air paip yang kadangkala tak sampai sebab tekanan air rendah (low water pressure). Duit gaji cukup makan. Itulah nak bayar sewa...nak bayar minyak..dan itulah duit nak makan. Kalau bulan itu kena saman parking? Jangan buat pasal...silap-silap kena ikat perut. Budget lari!

Bercuti? feeerrhhh... saya rasa perkataan ini jarang-jarang ada didalam kamus hidup rakyat jelata. Rasanya satu patah perkataan asing dari Planet Zuhal yang tidak mampu difahami penduduk bumi. Manalah nak cekau duit, nak pergi bercuti...jangan mimpilah! Orang-orang yang duduk diatas itu lainlah, mereka bisa bercuti 'around the world'...cuti-cuti Malaysia tak mainlah kan. Rakyat marhain setakat nak pergi bercuti ke Langkawi pun kena fikir seribu kali.
Macam manalah kota-kota besar tidak melahirkan generasi yang tertekan (tension community); dan semakin banyak orang yang tinggal bandar-bandar besar seperti KL jadi gila tanpa sedar. Sikit demi sedikit...jadi depress... Pantang tersilap sikit boleh jadi berbunuh.

Kenapa? Kerana bertungkus lumus berjuang untuk hidup. Berpenat lelah kerja hanya untuk menanti gaji 'ciput' yang hanya cukup-cukup untuk bayar kos sara hidup yang semakin tinggi dinegara Malaysia. Bapak Menteri dan Pembesar UMNO ada rasa peduli? Ada perasaan kasihan dengan kami yang dibawah ini? Bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee : "cakap lawa...boleh laaa...". Cakap-cakap yang hanya untuk menyedapkan hati rakyat jelata, sebab nak kaut undi dan dapat kekal berkuasa supaya boleh terus menerus mengaut dan membolot kekayaan dengan jalan mudah.

Bila sudah menang, lepas pilihanraya lesap entah kemana. Boleh pula bina Mahligai Istana Mewah dekat tengah-tengah rumah kampung beratap zink. Punyalah sedap kena hembusan air-cond sampai terlupa kepada rakyat yang tengah baik punya bagai udang kena bakar 'time' tengahari terik. Ya lah, dah rumah pakai atap zink. Weiii...Nabi saw ajar akhlak macam ini ke? Pikirlah sikit...

Akhirnya...rakyat marhain semakin hari semakin terus ditekan tanpa belas. Mereka sedap-sedap naik kereta jenama mewah; petrol free, makan free...hampir semua free. Semua subsidiary...Bila subsidi hak rakyat, pandai pula dipersoalkan...kononnya sampai bila nak jadi bangsa subsidi. Inikah keadilan yang Islam ajarkan? Jawab sikit...jawablah sayang, janganlah malu-malu. Kalau sudah termalu ala nak jawab (sebab takut) ; next election...pakat tumbanglah kalian hendaknya. Kerajaan Firaun pun boleh jatuh tersembam...inikan pula kerajaan rasuah UMNO. Sebenarnya UMNO tak salah...yang salah pemimpin yang kaki rasuah berjiwa feudalism. Naik sebab jasa arwah bapa; bukan disebabkan 'special charater' atau karisma sendiri. Dua tiga kerat masih boleh pakai...contohnya Ku Li dan Ahmad Shabery Chik.

Izinkan saya meminjam istilah saudara Anwar Ibrahim : "Pemimpin yang jiwanya tercabut dari akar umbi..."

Siapa mahu bela nasib kami??? Tidakkah mereka sedar; yang kini rakyat sedang melalui hidup ini dengan jiwa yang HYPER-TENSION!

PENGUMUMAN PENTING!

Assalamualaikum, kepada rakan-rakan bloggers dan para pengunjung blog yang dirahmati Allah swt sekelian.

Pihak kami ingin memohon maaf kerana semenjak 2-3 hari ini tiada post entry dan foto terbaru yang dapat di upload, kerana Laptop Tuan Moderator sudah terkena demam teruk (VIRUS). Segala komen Tuan/Puan yang telah dihantar, lambat sedikit di PUBLISH serta diberi respon kerana masalah Virus yang sedang melanda ini.

Jadi didalam masa lebih kurang SEMINGGU ini, Laptop Tuan Moderator kita; akan cuba diberi suntikan VAKSIN untuk memulihkan kembali keadaaanya seperti sediakala (Hantar balik kedai - Nasib baik masih dalam Warranty).

Namun begitu Tuan Moderator sendiri akan cuba sedaya yang termampu untuk 'update' blog-blog ini dari masa kesemasa. Bergantung diatas kebaikan hati rakan-rakan disini untuk memberi laluan menggunakan komputer mereka. tQ...insha'allah.

Apapun segala kunjungan dan komen yang pihak Tuan/Puan berikan amat dihargai dan dialu-alukan. Pihak Kami sekali lagi memohon maaf dan kesal diatas segala kesulitan dan masalah yang timbul kepada rakan-rakan bloggers dan pengunjung blog yang dikasihi sekelian.

Harap maklum.

Salam Sayang Ukhuwah,
Mr. Moderator & Crew
(*p/s: manyak gian mau tulis dalam ini blog wooo...haiyaa...ini laptop betol2 bikin kacau... sikit2 mau demam-blogger lah katakan...huhuhuuu. Banyak jelesss sama itu Tuan Rastom, el-Hakim, AbgJas, MakSu, Noushy, Aslina Salleh dan semua skali laaa...takpe...sabar...bebanyak bersabarrrr...mati kutu maaa...)

Khamis, Mac 27, 2008

Silverchair - Madman (berpolitik sampai jadi gila...)

Aku tujukan lagu 'madman' ini buat semua politikus gila kuasa di Malaysia...

Siapa boleh melupakan tahun "97"? Disaat bangkitnya new generation membawa semangat muzik Grunge.

Ketika rambut panjang mencecah dada. Ketika jeans lusuh hampir koyak terkena paku. Ketika kasut getah Converse merah menapak berbatu-batu...

Aku dan teman-teman melayan sound distortion dari Daniel John, ketukan dari Ben Gillies dan wajah innocent Chris Joannou.

Jika ditanya? Dekad mana aku mahu kembali? Maka aku pilih 90an; saat anak-anak muda sedang melayan Pearl Jam!

macam daun


Ros Merah pembakar cinta...

*Jangan ditenung lama-lama... takut nanti jatuh cinta!


Malam tadi; kawan baru kami jadi gila.

Dia gila melihat bunga ros kembang mekar ditaman sorga. Kawan kami menjadi mamai. Angau mungkin. Dia bukan angau biasa. Rasanya dia terkena gila angau konspirasi peringkat tertinggi. Semakin kami menegur, semakin bodoh alang jadi sahabat kami. Aku tak kuasa campur pada peringkat mula; tetapi setelah melihat sakit rohaninya semakin kronik aku mula membaca serapah. Aku mulakan dengan bismillah. Merenung sedalam-dalam makrifat; tapi sayang hati ku menahan supaya jangan campur. Kalau guruku tahu,pasti dia tegur.


Bunga ros, kalau tersalah renung; memang bahaya. Bisa durinya boleh merayap seluruh urat nadi. Jadi kawan kami mula meracau. Tak tentu hala. Seluruh komuniti gegak gempita. Hari demi hari sakit sahabat kami semakin teruk. Teruk melampau-lampau. Disebut-sebutnya kecantikkan bunga Ros. Setiap detik setiap saat, bunga ros merah terbayang-bayang. Habis hilang seluruh malu. Bukankah malu satu cabang iman? Kawan kami ditipu cinta dunia…tidak kekal, hancur musnah. Kawan baru kami jadi tak siuman. Semakin ditegur, semakin galak jadinya...


“Wahai Allah! Dengan berkat baginda Rasulullah saw…Kami bakar syaitan cinta yang menipu cucu cicit adam dan hawa…dengan kalimah mu wahai Tuhan seluruh alam semesta...”


Pffuuuhhhhh…

Rabu, Mac 26, 2008

Politik Nasi Campur...


Politik Malaysia sudah bertukar jadi Politik Nasi Campur.


Macam-macam lauk ada. Bercampur-campur. Banyak benda-benda tidak dijangka berlaku. Bila menang ingat boleh bergumbira dan bersuka hati, rupa-rupanya tidak begitu. Mahu jadi Menteri Besar tidak semudah tampal poster dan menang. Maka banyaklah benda-benda pelik berlaku. Semua mahu kekal berkuasa. Mahu berkuasa sampai menderhaka kepada Raja. Perbuatan sumbang politik makin terserlah. Budaya melayu selepas pilihanrya 2008, makin terhina. Rakyat tersenyum sinis melihat sampai mata terkebil-kebil.


Mereka sangka rakyat itu BODO. Tidak...rakyat tidak bodo. Mereka cuma melihat teater bangsawan yang hodoh. Mahu berkuasa sebab mahu duit. Mahu harta dan kekayaan diatas perit dan derita rakyat marhain. Bila petrol naik, secara logiknya mana mungkin barang tidak akan naik. Menyuruh rakyat jelata mengukur baju dibadan sendiri memang mudah. Bercakap macam orang tak berakal. Kamu lainlah, makan hari-hari 'free', petrol ''free', macam-macam 'free'. Kami? Kami semua kena bayar...

Bila petol dan gas tidak jadi naik, kami sebenarnya tidak rasa apa-apa pun. Pendapatan kami bila boleh naik? Kamu lainlah...jarang-jarang sangat singgah di gerai Nasi Campur.

Jumaat, Mac 21, 2008

Air Pancut di Kuala Lumpur...

(foto yang baru diambil beberapa jam yang lepas...)


Air Pancut di Kuala Lumpur


Aku terkesan disini


melayan muzik keroncong


melihat orang lalu lalang


pengangkutan awam bersimpang siur


traffic light merah oren hijau


dua tiga pasang mata memandang aku


tidak ku hirau.




Air Pancut di Kuala Lumpur


Aku terpesona sebentar


silau lampu neon


mengkhayalkan sesuatu


lantas dikejutkan hon motokar


setelah puas memanaskan bangku


aku bersedia merakam warna


cahaya indah gemilang


diselang seli manusia


bergelak ketawa.




Masanya telah genap tiba


lantas aku berjalan pergi


meninggalkan lanskap


kehidupan malam


di


Air Pancut di Kuala Lumpur...

Khamis, Mac 20, 2008

KU LI PALU GENDANG PERANG! Ditulis oleh Bro' Shinri

Ku Li dan Che Det...sahabat karib dan musuh politik...

Gedang perang telah dipukul bertalu-talu. Gegak gempita Tanah Malaya. Muncung-muncung meriam sedang dihalakan ke Mahligai Putra Jaya. Serunai ditiup sayup-sayup bunyinya. Bala tentera telah berada diperbatasan terakhir…

Inilah saki-baki bala tentera yang masih setia kepada Anak Raja berjiwa rakyat. Percubaan terakhir untuk menakluk hieraki kepimpinan UMNO. Setelah dimalu dan diaibkan semenjak sekian lama; Tengku Razaleigh Hamzah bangkit menuntut kembali takhta singahsana UMNO yang dirampas darinya semenjak diakhir tahun 70an lagi.

Bapa Ekonomi Orang Melayu masuk kembali kegelanggang sebagai seorang Panglima Melayu berpantang undur sebelum ajal. Semenjak kembali semula kepada UMNO pada tahun 1996, Ku Li dilayan saling tak tumpah sebagai Ashkar Gurkha. Segala jasa dan budi beliau kepada ekonomi orang melayu dan pembangunan Malaysia tidak pernah langsung disebut oleh media massa. Legasi beliau terhakis sedikit demi sedikit setelah mengalami ‘kekalahan bermaruah’ hanya 43 undi di Perhimpuan Agung UMNO pada tahun 1987 kepada rakan sekapal Dr. Mahathir Mohammad.

PETRONAS yang menjadi salah satu syarikat petroleum gergasi didunia pada hari ini siapa yang menubuhkannya? Bank Bumi Putra Malaysia Berhad yang banyak menyokong usahawan-usahawan melayu yang baru mula hendak belajar berniaga, siapa yang menubuhkannya? Bangunan UMNO dan PWTC hasil usaha siapa? Anda tidak tahu bukan. Maka rajin-rajinlah mengkaji sejarah. Malah banyak lagi jasa Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak cukup untuk disebutkan disini.

Kapal perang beliau yang diberi nama ‘Team B’ karam tidak ubah seperti Titanic. Ramai juak-juak politiknya berpaling tadah dan menikam beliau dari belakang. Bezanya beliau tidak mati karam seperti lagenda Tragedi Titanic. Selepas Bahtera Perang beliau pecah dihempas UMNO Baru, Ku Li tidak pernah berhenti berjuang demi menyelamatkan survival Politik Ketuanan Melayu.

Parti Melayu Semangat 46 yang ditubuhkan beliau turut mendapat sokongan daripada bekas-bekas Presiden UMNO Lama; iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussien Onn pada waktu itu. Datuk Paduka Rais Yatim dengan semangat kental sanggup membakar jambatan untuk turut bersama dengan Anak Raja Istana Kelantan ini. Bekas Ketua Pemuda UMNO seperti Dato’ Harun Idris dan Datuk Haji Suhaimi Kamaruddin turut menyertai beliau. Jangan sesekali kita lupa bahawa dizaman beliaulah pertama kali tercipta perpaduan gabungan parti-parti politik pembangkang.

Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang melibatkan kerjasama diantara Semangat 46 dan PAS; serta lain-lain parti politik yang berteraskan islam dan melayu. Juga kerjasama dengan DAP dan PRM. Kekuatan Ku Li mampu menyatu padukan gabungan pembangkang. Inilah mulanya…sebelum ditiru kembali oleh Anwar Ibrahim yang mengambil idea asal ini. Jangan sesekali kita lupa; Daulat Ku Li mampu menumbangkan kerajaan BN di Kelantan pada pilihanraya 1990 yang penuh berliku itu. Dengan jasa Anak Raja Kelantan inilah; PAS mula mengasah taring dan melebarkan jaringnya untuk bertapak kukuh di Kelantan.

Selepas itu semua telah menjadi rentetan sejarah poltik orang melayu yang pasti akan dikaji kembali selepas sekian lama.

Tahun 2008, menyaksikan gendang perang yang telah lama terhenti; dipalu kembali berkali-kali tanpa henti. Panglima-panglima disekitar beliau telah meniup semboyan perang diseluruh Tanah Malaya. Jika pada tahun 1996, sewaktu kembalinya beliau bersama ribuan pengikut setianya kepada UMNO Baru; dia dikatakan berada dalam posisi ‘Gear 2’ oleh Tun Musa Hitam (musuh politik tradisi beliau). Kini tanpa sangsi lagi beliau telah berada dalam posisi Gear terakhir…Top Speed!

Ku Li dengan berani dan secara berterus terang mengisytiharkan kesudian beliau mengambil-alih pucuk kepimpinan UMNO daripada tangan Dollah Badawi. Tiada lagi berkias-kias…
Dengar sini rakyat jelata bumi bertuah…Tanah Pusaka Melayu sekangkang kera… Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah mencemar Duli ingin merawat UMNO dan membela nasib kamu!

Pekikan “SELAMATKAN MALAYSIA” pada pilihanraya sengit 1990 kembali bergema. Masih berbisakah Keris Keramat Melayu dari Gua Musang? Berjaya atau tidak saki baki tentera yang setia kepadanya merempuh Mahligai Putra jaya dan Tingkat 4, hanya ALLAH swt. yang menentukannya... Pantang Pendekar untuk berundur bila kaki mencecah gelanggang!

Wala haw lawala Quu wata ila billahil a' liyil a'zeem...

Rabu, Mac 19, 2008

PENGUMUMAN:

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1429H/2008M
Tarikh: 20 Mac 2008 (KHAMIS)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur
ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR

Lelaki Jambu menyerahkan tugas...

Foto diatas mempamerkan tafsiran yang tersendiri... wajah hilang kuasa? jejaka jambu...bibir merah merekah bak delima? malu? botox? dendam? kecewa? Sekeping foto mempunyai sejuta tafsiran yang berbeza...

SERAH TUGAS: Abdul Khalid dan Mohamad Khir menandatangani dokumen penyerahan tugas pada satu majlis di Bangunan SUK, di Shah Alam.

Foto Jejaka Jambu disedut daripada BERITA HARIAN

Kabinet Malaysia atau Kabinet Kayu Getah?


Cerita Kak Pidah dan Bekas Menteri Besar Wahhabi...

(Shahidan Kassim bersama beberapa pemimpin politik negeri, Datuk Zahidi Zainal Abidin (kiri), Azihani Ali, Hasmunir Hamzah dan Hashim Suboh (dua kanan) ketika ditemui di Bilik Pergerakan UMNO Pengkalan Asam, Kangar, semalam.)
Dengar Cerita Kak Pidah telah pun selamat digugurkan dari mengangotai Kabinet Kerajaan kali ini. Turut menerima nasib yang sama adalah Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin dan Datuk Seri Azmi Khalid.



Kalau Datuk Seri Radzi kita boleh faham, kerana beliau awal-awal lagi telah pun menyatakan akan bersara dari politik selepas pilihanraya ke-12 ini. Tidak pasal-pasal regu politik belaiau di Perlis; Datuk Seri Azmi Khalid turut terlibat. Kita juga tertanya-tanya, apakah keputusan ini demi menjaga hati Shahidan Kassim yang baru terlepas menjadi Menteri Besar Seumur Hidup Perlis. Mungkinkah keputusan menyingkir Azmi Khalid hasil daripada lobi politik daripada juak-juak bekas Menteri Besar Wahhabi tersebut?Apapun keputusannya, kita sepatutnya mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Yang Teramat Mulia Baginda Raja Perlis; diatas keberaniannya untuk menyingkirkan Shahidan Kassim.


DAULAT TUANKU!

Dengan tersingkirnya Shahidan Kassim daripada menerajui kerajaan negeri di Perlis Indera Kayangan, maka secara automatiknya berakhir penguasaan puak-puak Wahhabi Jumud didalam menyebarkan dakyah fahaman sesat mereka terhadap rakyat Perlis.


Sesat lagi menyesatkan!
Selama ini mereka telah menyebabkan banyak kerosakkan, mendatangkan fitnah dan permusuhan sesama jemaah di Masjid dan didalam masyarakat Islam secara keseluruhan; didalam menyebarkan fahaman keras , rigid tanpa bertolak ansur didalam menyebarkan pengaruh mereka.

Sedang diluar banyak lagi kemungkaran berlaku didepan mata, puak-puak fanatik ini sibuk bertelegah sesama Islam membincangkan bab-bab furu' (ranting); yang telah selesai ratusan tahun dulu. Bangsa Amerika dah lama sampai ke bulan, yang kita kat sini sibuk bergaduh pasal Bida'ah Baca Yaasiin malam jumaat. Bukankah ini satu bentuk kebodohan yang sukar dimaafkan.

Syukur, Alhamdulillah...Sesungguhnya Allah swt telah menunjukkan takdirnya. Fahaman sesat selalunya tidak mampu bertahan lama...

Soalan penutup: "Kemanakah hala tuju politik Kak Pidah selepas ini? Bersarakah beliau?". Hanya masa yang menentukannya. Sama-sama kita tunggu... AP...Oooh...AP...heheheee...
Agak-agak kenapa Kak Pidah tidak dilantik kembali sebagai Pembesar Negara, Pak Lah boleh tolong jawab? Oh Ya! Berita terbaru yang diterima, Shahidan Kassim akan memberikan sokongan kepada pengganti beliau. Yooorr laaa tuuuu...

16 Bapak Menteri Dalam Kabinet Dapur

18/03/2008 1:34pm

PUTRAJAYA 18 Mac – Sebanyak 16 muka baru akan menganggotai Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Mereka terdiri daripada:
1. Datuk Shaziman Abu Mansor, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi
2. Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan
3. Datuk Shahrir Samad, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
4. Datuk Ismail Sabri Yaakob, Menteri Belia dan Sukan
5. Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
6. Datuk Ahmad Zahid Hamid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
7. Datuk Zaid Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
8. Datuk Amirsham Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
9. Datuk Douglas Unggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
10. Datuk Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
11. Datuk Ir. Mohamad Zin Mohamed, Menteri Kerja Raya
12. Datuk Ong Ka Chuan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
13. Datuk Dr. Ng Yen Yen, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
14. Datuk Ong Tee Keat, Menteri Pengangkutan
15. Datuk Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan
16. Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam.

Selasa, Mac 18, 2008

Koleksi Peribadi Foto Eksklusif: PERANG POSTER PILIHANRAYA 2008

Kubu Kuat UMNO di Kampung Baru,KL. Disebelah bilik gerakan BN ini; betul-betul terletak Markaz PAS Kg. Baru. Para petugas jentera parti politik dari kedua belah pihak; berjiran baik dan memang saling mengenali diantara satu sama lain. Tak bermusuh...takde gaduh-gaduh. Masing-masing buat kerja sendiri. No hal punyer... Kadangkala para petugas BN ada yang duduk 'melepak' di Markas, bila time malam (mungkin boring tahap giler tak tau nak wat per...); apabila video ceramah politik ditayangkan dilayar putih besar. Salah satu contoh kematangan orang kita berpolitik di alaf baru. Boleh sama-sama lepak hisap rokok dan pekena teh tarik...(ye laa..takkan nak bermusuh plak...nanti lepas habis pilihanraya; time pagi nak jugak sembang2 balik sambil pekena Nasi Lemak Haji Ali Parpu...)

Masing-masing tak mau mengalah...flat kos rendah Dato' Keramat.


Keramat AU/4, foto diambil pada waktu tengahari.


Berhampiran Dewan Dato' Keramat...serta berhampiran juga dengan Markaz Pas dijalan Gurney.


Betul-betul dibawah jejantas MRR2, berdekatan Pusat Bandar Taman Melawati.


Tempat parkir kereta di AU/3 area flat kos rendah keramat , turut tidak ketinggalan menjadi tempat meletak bendera parti.


Secara peribadi saya berpendapat bilik gerakan PKR di area AU/3 ini memang menarik perhatian sesiapa sahaja yang melalui kawasan ini. Poster XXL Anwar dan Azmin diletakkan dilokasi yang agak stratergik.


Inilah diantara tempat 'Perang Poster' yang paling panas... Pusat Bandar Taman Melawati. Memperlihatkan Poster PAS dan KEADILAN bagai mengamuk sakan. Bendera dan Poster BN bagai tidak terkejar... Foto ini dirakamkan menjelang hampir waktu Maghrib.

Foto ini juga sempat dirakam menjelang Maghrib lagi beberapa hari sebelum pembuangan undi oleh rakyat Malaysia. Ditengah-tengah Pusat Bandar Taman Melawati.


Sekali lagi di Taman Melawati... angle yang berbeza. Gambar mampu menceritakan segalanya...mengikut tafsiran orang yang melihat.

Ahad, Mac 16, 2008

PENGUMUMAN

Kepada kawan-kawan & para pengunjung blog yang ingin melihat 'photo SLIDE' SABA BOWLING CHAMPIONSHIP 2008, yang baru berlangsung pada hari Jumaat lepas; bolehlah masuk ke blog yang lagi satu:

http://sabapersonalalbum.blogspot.com

wassalam, tQ.

Sabtu, Mac 15, 2008

3 ekor gagak hitam diatas tiang lampu...


Gagak hitam basah
ditimpa hujan
awan mendung
rintik merempuh dinding flat usang
Tiga ekor gagak bertengek
diatas wayar
tiang lampu milik 'gomen'
gagak hitam berborak
berborak-borak
isu politik nasional
bahang musim pilihanraya
selepas membuang undi
4 negeri bertukar tangan.

gagak pertama:

"aku tegar menyokong pemerintah
selama-lamanya. kerajaan ini banyak berjasa, kalian tahu apa?"

gagak kedua:

"sehingga mampus, aku sesekali tidak akan menyokong kerajaan rasuah ini.
kerajaan zalim ini tidak dapat undi aku. barang naik tanpa henti. gaji aku
cukup makan."

gagak ketiga: (hanya terdiam. sesekali mengangguk-anggukkan paruhnya.
diam seekor gagak menyimpan rasa. bersuara bila perlu)

petir berdentam dentum
guruh keras
kilat sabung menyabung.

Tiga ekor gagak masih bertenggek
gagak-gagak hitam
melihat arus perubahan
melanda daerah mereka.

Gagak hitam pertama terus bersuara
lantang
menyakitkan hati.

Gagak kedua
tidak kurang keras
sekali-sekala
mencarut-carut.

Gagak ketiga
diam.
berjaga-jaga.
bersedia.

ZAASSSSS! GRROOOMMMMMM! DEENTTUUUMMMMM!

2 ekor gagak hitam
mati kejang
terbakar dipanah petir
bulu hangus
paruh rentung.

Terbanglah gagak hitam ketiga
membawa kisah duka
sambil mengeleng-gelengkan kepala
menoleh diatas udara memandang
2 bangkai saudaranya
sambil berkata:

"Kalian selamanya tidak mahu belajar..."


(Ditulis oleh Shinri, 15 mac 2008; pukul 6.20 petang Sabtu)

Jumaat, Mac 14, 2008

FORUM:"Kemana Malaysia? Analisa Keputusan Pilihanraya Ke-12, Lokasi:Selangor Chinese Assembly Hall,KL 12 Mac Pukul 8pm-10pm. Anjuran SIRD







Wajah-Wajah Sebenar Seorang Pejuang



Ketiga-tiga foto wajah pejuang diatas diambil dari BERITA HARIAN

Mahu tahu kisah sebenar seorang pejuang diatas? Sila baca kisah mereka

Berjaga-jaga dengan batu api

Rakyat negeri Perak perlu bersikap waspada dengan tangan-tangan ghaib yang cuba mencetuskan provokasi. Mengikut cerita yang didengar terdapat penyebaran sms secara meluas meminta kaum melayu mengadakan Perhimpunan Raksasa bagi membantah tindak-tanduk DAP yang cuba mencabar Ketuanan Melayu.

Disaat kerajaan Barisan Rakyat baru hendak ditubuhkan; bahang api perkauman cuba dicetuskan oleh segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab. Semua bangsa tidak mengira kaum dan agama harus bersatu dengan berani menentang pihak yang cuba menjadi batu api; mewujudkan ketegangan kaum di Malaysia.

Kononnya perhimpunan raksasa itu akan diadakan di depan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Namun Pihak Polis siang-siang lagi telah memberi amaran tegas.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyertai perhimpunan berkenaan kerana tiada sebarang permit atau permohonan diluluskan bagi perhimpunan berkenaan. Zulkefli berkata mereka yang menyebar SMS tersebut juga akan diambil tindakan. Lagi berita

Sebagai Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita harus saling menghormati biarpun berbeza warna kulit, budaya dan agama. Kita juga berharap Lim Kit Siang berhenti daripada memainkan isu perkauman dan mempersoalkan hak keistimewaan orang melayu demi kebaikkan semua pihak. Lebih -lebih lagi buat Kerajaan Barisan Rakyat di 4 buah negeri yang baru hendak berfungsi.

Demi kebaikan rakyat jelata tanpa mengira kaum.

Khamis, Mac 13, 2008

Koleksi Gambar: Penyerahan Watikah Perlantikan Menteri Besar Kedah

Koleksi Sehari selepas selepas Barisan Alternatif diisytiharkan menang pada pilihan raya umum ke-12 bagi Negeri Kedah, satu majlis penyerahan dan perlantikan diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Star, kedah. sila klik

Jangan Fanatik Melulu: Tidak semua yang UMNO buat itu tidak baik

(Wajah seorang Menteri Besar pilihan rakyat.)


Pihak Moderator memberi sokongan 100% kepada kenyataan dibawah ini.
Kerajaan Kedah tidak tolak DEB sepenuhnya
Helmi Khalid Thu Mar 13, 08 1:53:16 pm MYT

ALOR STAR, 13 Mac (Hrkh) - Kerajaan Kedah tidak menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara total, bagaimanapun akan melalui beberapa perbincangan khusus sebelum menentukan dasar kewangan negeri yang boleh memberi manafaat kepada semua pihak.
Menteri Besar Kedah, Ustaz Haji Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan pihak yang terbabit sebelum mengeluarkan satu garis panduan mengenai dasar kewangan.

Manakala dalam perlaksanaan NCER, beliau akan berjumpa Perdana Menteri selaku Pengerusi NCER bagi memperhalusi mengenainya.
Walau bagaimanapun katanya, sehingga kini Kedah belum melaksanakan apa-apa projek dalam konteks NCER. Sila baca keseluruhan pos

LIM KIT SIANG MUDAH LUPA!


« Pengantar Komunikasi dan Sains Politik (versi ringkas)
Lim Kit Siang masuk Kelab Cina Mudah LupaMac 13, 2008
Kerana sudah terlalu uzur agaknya. Sudah jadi old school. Sudah layak join Kayveas, Tsu Koon dan Dewa Samy Vellu. Setelah DAP Perak bersetuju dengan apa saja pilihan Sultan Perak, tiba tiba kelmarin petang di dalam blognya menyeru supaya DAP Perak memboikot isitiadat angkat sumpah. Di zaman tiada internet bolehlah dia cakap segala arahan datang daripada CEC (AJK Pusat), dan kononnya ramai ahli dan penyokong marah dengan keputusan memilih PAS sebagai MB. Saya rasa yang marah bukan ahli atau penyokong tetapi hanya dia seorang. Di zaman internet, anda boleh lihat samada penyokong DAP marah atau tidak……..rujuk blog Kit Siang. Nampaknya LKS akur juga dengan kuasa interaktiviti internet.
*Tulisan ini diambil daripada blog sahabat saya Tuan Guru Bomoh Bersara RASTOM dalam blog beliau HALWA ROMANTIS

Dan ini pula komen saya:

Tuen Menteri Besar Pulau Besar Rastom Hikmat Gaban,
Semalam aku belasah cukup2 lim guan eng dalam blog aku…tak pasal2 aku kena maki. Kena tuduh perkauman. Tapi sayang Tuen Rastom langsung tak datang menjenguk untuk backing aku.

OOO…baru aku tau…BN kita boleh pakat maki cukup2…. DAP jangan usik. Mahasuci langsung tak boleh kritik, walaupun dari belah2 penyokong sendiri.

Aku rasa baik Lim Kit siang tukar itu Makkal Sakhti kepada Lim Sakhti.
Baru betul.

Malam Kemuncak Kebangkitan Rakyat: Anwar di Batu, 6

Anda tahu mengapa Si Kurus Tian Chua dapat menang di Parlimen Batu? Video ini jawapannya...

Kenyataan Ulama' yang berfikiran terbuka...

Sila baca elok-elok kenyataan dibawah dengan fikiran yang terbuka dan tidak mudah melenting mengikut hawa nafsu setan! - Kenyataan ini ditujukan kepada beberapa pengunjung blog (orang baru) yang pengecut tapi berselindung dengan nickname (nama samaran).

Ada diantara mereka telah memberi komen didalam bentuk maki hamun dan menghina yang secara tidak langsung menunjukkan tahap mentaliti dan tahap kelayakkan (Qualification) mereka sebagai seorang manusia normal dan terpelajar.

Samada mereka ini mempunyai sakit mental atau tahap IQ yang rendah tidaklah Pihak Kami ketahui.

Namun begitu segala komen bertaraf rendah mereka telah pun selamat dibakul sampahkan tanpa berfikir 2 kali, kecuali bagi komen-komen yang mengkritik tetapi secara rasional dan konstruktif telah pun disiarkan tanpa tapisan. Kepada mereka ini Pihak Kami mengucapkan berbanyak terima kasih.

Pihak Kami bersedia menerima kritikan dan teguran yang membina dengan fikiran yang terbuka dan berlapang dada. Pandangan anda senantiasa dialu-alukan...untuk mewujudkan arus berfikir dua hala. Pro dan Kontra. Blog ini juga begitu sifatnya; kadangkala terpaksa bersikap "Melawan Arus" biarpun tidak popular dan dikritik hebat demi untuk menyatakan KEBENARAN.

Kebaikannya tetap ada, ia tetap akan disanjung oleh manusia-manusia yang tahu menghargai konsep berfikir dengan betul dan bersedia menerima pelbagai pandangan yang bertentangan. Agar dapat mewujudkan satu masyarakat yang saling menghormati pandangan orang lain tanpa berseteru dan sengketa!

Bukankah manusia dianugerahkan dengan fikrah dan kecenderungan yang tidak sekata dan samarata. Betapa besarnya keagungan Allah swt... Dunia akan Aman, Harmoni & Makmur jika kita bersedia untuk saling menerima dan memberi.

Pihak Kami tidak sesekali akan melayan komen-komen yang berbaur lucah, mencarut, memaki hamun, perkauman, menghasut dan berunsur fitnah. Harap maklum. tQ

Aspek negatif DEB memang perlu diketepikan - Presiden PAS
Intan Abdullah Wed Mar 12, 08 4:37:56 pm MYT

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata, PAS tidak menyokong tindakan mana-mana pihak yang mahu menolak DEB sepenuhnya tapi mahu aspek negatif yang boleh mencetuskan rasuah, nepotisme dan ketidakcekapan diketepikan.

"Setakat ini, DEB telah disalahgunakan sehingga terjadinya amalan rasuah, penyelewengan dan unsur nepotisme yang berleluasa dalam kerajaan negeri itu sebelum ini.
"Justeru, kita telah meminta supaya semua wakil rakyat PAS agar mengisytiharkan harta mereka kepada umum untuk mengelakkan masalah seperti itu berlaku," katanya dalam Sidang Media di Pejabat Agung PAS,Jalan Raja Laut petang tadi.

Jelasnya, DEB mempunyai kebaikannya kepada rakyat namun Umno-BN telah mengkhianatinya.

"Kita kena teruskan apa yang baik seperti membela nasib orang melayu yang miskin dan tidak merampas harta orang bukan Melayu," ujarnya. Sila baca keseluruhan pos...

Barisan Rakyat Retak?

Benarkah Barisan Rakyat @ Barisan Alternatif telah retak menanti belah gara-gara perebutan jawatan Menteri Besar Perak seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA

Jika benar retak, sama-sama kita fikirkan kenapa? Dan jalan penyelesaiannya harus menguntungkan rakyat jelata....

Kemenangan sepatutnya untuk membela rakyat. Bukan pula membolot jawatan dan kuasa. KOMPROMI adalah alternatif. Duduk bincang baik-baik sambil pekena Kopi Jantan! Baru ada umpphhh!

Rakyat tidak berparti hanya mampu terkebil-kebil sambil garu kepala. Pilih BN salah...tak pilih BN pun salah. Gajah sama Gajah bertembung, pelanduk lari dulu...Zzaasss! (buat apa nak mati dok kat tengah-tengah)

Sultan Melayu harus dihormati...

Mohammad Nizar mohon semua pihak hormati keputusan Sultan Perak
Johari Jaafar Wed Mar 12, 08 11:21:09 PM

IPOH, 12 Mac (Hrkh) - Bakal Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin meminta semua pihak menghormati keputusan yang telah diputuskan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung perlantikan ketua kerajaan negeri berkenaan.

"Ketiga-tiga parti, DAP, KeADILan dan PAS telah menamakan calon-calon masing-masing untuk jawatan calon Menteri Besar. Tuanku telah meneliti senarai nama calon yang dihantar, dan hari ini Tuanku telah memberi perkenan untuk melantik saya sebagai Menteri Besar. Oleh itu, setiap kaum perlu menghormati keputusan dari istana," ujar beliau.
Menurut Mohammad Nizar, pimpinan ketiga-tiga parti alternatif telah berjanji untuk akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak. Dengan itu, tambahnya, mana-mana pihak tidak perlu meragui keputusan tersebut.

"Saya minta rakyat bertenang dan tidak terpengaruh dengan sistem pesanan ringkas (SMS) sejak dua tiga hari kebelakangan ini. Kita minta rakyat negeri ini menerima peralihan kuasa dengan baik dan tidak cuba mencetuskan perkara-perkara yang boleh memburukkan suasana," ujar beliau. Sila baca keseluruhan pos...

Wakil Rakyat Pas disahkan sebagai Menteri Besar Perak ke-10

Alhamdulillah, wakil rakyat DUN Pasir Panjang; Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, akan dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-10 dengan perkenan Sultan Perak; Sultan Azlan Shah.
Majlis angkat sumpah jawatan akan berlangsung pada keesokan hari, pada pukul 4 petang esok di Istana Iskandariah Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Beliau juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri.

Perkenan Sultan telah dimaklumkan kepada beliau oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang sudi menerima rombongan pemimpin ketiga-tiga parti itu yangdatang menghadap di Istana Kinta pada pukul 5 petang; seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA

Maka kerajaan campuran akan dibentuk mengikut persefahaman yang telah dimeterai.
Sebelum ini ketiga-tiga parti telah berusaha mengemukakan calon daripada parti masing-masing. Namun kuasa pemutus di tangan Sultan Perak. Maka keputusan ini seharusnya di hormati oleh semua pihak tanpa bantahan. Supaya jangan ada pihak yang tidak lagi berpuas hati dan menjadi api didalam sekam yang akhirnya merugikan semua pihak.

Kewajiban membela rakyat harus didahului daripada perebutan jawatan dan kuasa politik. Jika tidak kerajaan baru ini tidak mampu bertahan lama…

takbir! Allahuakbaaar!

DAP pulau majlis angkat sumpah MB Perak

KUALA LUMPUR 12 Mac – Sebanyak 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di Perak akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar yang dijadualkan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, petang esok.

Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini berkata, tindakan itu dibuat kerana pelantikan Ir. Mohamad Nizar Jamaludin dari Pas sebagai Menteri Besar masih belum menerima mandat daripada Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.

Sumber: UTUSAN MALAYSIA

Rabu, Mac 12, 2008

Lim Guan Eng jangan jadi celupar! Ditulis Oleh Bro' Shinri


Lim Guan Eng (kanan) dan bapanya, Lim Kit Siang meninjau bandar Georgetown dari tingkap pejabat Ketua Menteri di tingkat 28 Bangunan Komtar, Pulau Pinang selepas mengangkat sumpah semalam. – Gambar Zhafaran



Lim Guan Eng sepatutnya lebih berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan. Tersalah cakap buruk padahnya. Silap-silap kerajaan DAP di Penang hanya sempat bertahan tak sampai 3 bulan. Tolong jaga sikit perasaan hati kaum Pribumi Melayu Islam. Agaknya beliau terlupa bahawa kemenangan besar DAP di Pulau Pinang adalah hasil undi daripada semua kaum, termasuklah melayu. Jadi beliau tidak seharusnya bermegah diri mendabik dada dengan beranggapan bahawa itu adalah kemenangan mutlak untuk Democratic Action Party (DAP) yang terkenal dengan konsep slogan ‘Malaysian Malaysia’.

Jangan kerana pulut santan binasa…kerana mulut kerajaan baru di Penang boleh pecah belah. Walaupun PAS hanya mempunyai satu kerusi DUN Permatang Pasir setelah kalah 4 kerusi yang lain, namun tanpa bantuan PAS dan PKR, maka Lim Guan Eng jangan bermimpi nak tawan Pulau Pinang.

Orang Melayu Islam juga berterima kasih diatas kesudian DAP, melantik Timbalannya daripada PKR ialah Mohamad Fairus Khairudin yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mengalahkan penyandang, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN) dengan majoriti 2,219 undi.

Manakala Timbalan Ketua Menteri daripada DAP ialah Prof. Dr. P. Ramasamy yang menang di Parlimen Batu Kawan menewaskan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dengan majoriti besar 9,485 undi.

Ramasamy juga memenangi kerusi DUN Perai menewaskan calon BN, R. Ulaganathan dengan majoriti 5,176 undi. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar BERITA HARIAN.

Guan Eng turut mengumumkan jawatan speaker dan timbalannya akan diberikan kepada PKR.
Persoalannya sekarang dimanakah calon yang mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS)? Adakah Lim Guan Eng yang turut dinasihati oleh bapanya Lim Kit Siang (Mastermind DAP) cuba menyisihkan wakil PAS secara senyap-senyap. Jika itulah cara dan niatnya, maka percayalah Kerajaan Anak Beranak Lim tidak mampu bertahan lama. Pilihanraya yang akan datang akan membuktikannya… Jadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru harus bertindak bijak untuk menghargai sumbangan semua pihak demi keutuhan dan perpaduan BARISAN RAKYAT.

Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Pribumi didalam DASAR EKONOMI BARU (DEB) atau NEW ECONOMY POLICY (NEP) yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak adalah isu yang terlalu sensitif; maka jangan sesekali mempersoalkannya. Sepertimana Bangsa Melayu yang tidak pernah pun mengungkit dan mempersoalkan kewarganegaraan kaum-kaum pendatang yang mendapat hak warganegara mengikut Perjanjian Kontrak Sosial sebelum Tanah Melayu MERDEKA!


Jadi buat Lim Guan Eng berfikirlah dahulu sebelum bercakap besar!
Terlajak perahu boleh diundur...


*Keceluparan Lim Guan Eng boleh dibaca didalam akhbar UTUSAN MALAYSIA

Dimanakah menghilangnya Khir Toyo? (segalanya masih menjadi misteri...)


(Dimanakah mereka? Dan kemanakah halatuju politik mereka selepas ini?)


BERITA TERBARU:
Dengan tidak semena-mena selepas tulisan ini di 'Publish', Dato Seri Dr. Khir Toyo muncul dikaca tv didalam Buletin 1.30 TV3. Beliau turut mencabar Kerajaan Barisan Alternatif Selangor yang baru supaya menunaikan segala janji yang terkandung didalam Manifesto Pilihanraya BA yang lalu. Dengan mendapat tepukan dan sorakkan padu daripada para penyokongnya dan Mike Tyson (Tan Sri Muhammad Taib - bekas Menteri Besar Selangor yang dulu) yang berada disebelah kiri beliau. Beliau berkata akan mendaftarkan seluruh anak-anak Selangor untuk menuntut janji tersebut.


Silakan...silakan...


Sudah-sudahlah...awak tu dah kalah tak payah nak cakap banyak. Buat rakyat jelata meluat. Tutup buku!
Kita tidak sabar-sabar untuk melihat aksi beliau sebagai Ketua Pembangkang Di Negeri Selangor Darul Ehsan.
Berita terkini juga menyebut Baginda Sultan Selangor Yang Dikasihi Rakyat sudah memperkenan hak Barisan Alternatif untuk melantik Menteri Besar Baru (?) dan menubuhkan kerajaan baru.


DAULAT TUANKU!




Kemanakah menghilangnya tauke penyapu buruk?

Pada malam tumbangnya kerajaan Barisan Nasional di Selangor Darul Ehsan, perkara pertama yang terlintas dikepala saya ialah Dato’ Seri Khir Toyo. Bagaimanakah keadaan dan reaksi spontan beliau menerima kekalahan mengejut tersebut. Teringin juga melihat air muka beliau pada malam itu. Bukankah Dr. Khir Toyo dengan keyakinan yang terlalu tinggi sering merwar-warkan motto “Pembangkang Sifar [0]” di Selangor.


Namun sayang sejuta kali sayang, sehingga ke saat artikel ini ditulis; bayang wajah beliau tidak kelihatan sehingga ke hari ini. Apa dah jadi? (seperti tajuk lagu seniman veteran S.M. Salim)
Mungkin beliau tidak pernah menjangkakan, Barisan Nasional akan kecundang secara mendadak di Selangor. Atau mungkin beliau berperasaan akan terus menjadi Menteri Besar Selangor seumur hidup? Dengan takdir Allah swt, kuasa boleh hilang sekelip mata? Keangkuhan seorang bekas Menteri Besar jatuh merundum dilanda Tsunami Pilihanraya 2008.


Jika Pak Lah segan silu untuk memecat Dr. Khir Toyo sebagai Menteri Besar; maka rakyat jelata di negeri Darul Ehsan tanpa berdolak dalik menjatuhkan pentadbirannya dengan ‘Kuasa Rakyat’. Banyak kesalahan dan kesilapan yang Khir Toyo lakukan sehingga tidak tertahan-tahan nafas rakyat untuk memberikannya pengajaran. Antara yang dipersoalkan oleh rakyat Selangor ialah tentang hutan Bukit Cerakah yang habis ditarah; tanpa tinggal hatta sebatang pokok pun. Bukit Cerakah telah menjadi ‘Padang jarak Padang Terkukur’. Ini kerja malaun mana? Apa tindakan beliau?


Jika satu masa dahulu beliau sebagai manusia berkuasa, tanpa rasa bersalah sanggup mengaibkan kakitangan negeri dengan memberikan Anugerah Penyapu; kini rakyat Selangor menganugerahkan beliau dengan keputusan pilihanraya diluar jangkaan juak-juak politik beliau.
Dengar cerita beliau hanya bersetuju berjumpa dengan media selepas Menteri Besar baru dilantik. Kita tidak sabar-sabar menunggu kenyataan dan melihat sendiri wajah manusia angkuh yang telah kehilangan kuasa. Apabila manusia diberi amanah oleh rakyta dan dikhinati, inilah padahnya! Pengajaran buat yang lain...berhati-hati menjaga amanat dan kuasa yang diberi.


Kuasa tidak kekal...nama yang baik itulah yang sering disebut-sebut...



Malah kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang itu juga tidak kelihatan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat jenazah Allahyarham Datuk Zakaria Deros di Klang semalam. Beliau dikatakan menziarahi jenazah lebih awal iaitu kira-kira pukul 3 pagi. Ini seperti yang dilaporkan akhbar tabloid KOSMO!

Di Ipoh, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli juga masih belum 'bersedia' bertemu media dengan 'berkubu' di kediaman rasminya.

Kali terakhir beliau muncul di khalayak ialah sewaktu mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini kelmarin sebelum menghilangkan diri selepas itu.

Dimanakah Khir Toyo selepas kekalahan teruk Barisan Nasional?


"Kelip-kelip mata...cuba cari... "

Selasa, Mac 11, 2008

Ibrahim Ali suka bebas...

Bekas Ketua Umno Pasir Dato' Paduka Ibrahim Ali 57, yang lebih dikenali sebagai Tok Him beliau tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti termasuk PAS walaupun bertanding menggunakan tiket parti itu pada pilihan raya umum ke-12 Sabtu lalu.

Tok Him mencapai kejayaan cemerlang.. gemilang...dan terbilang... pada kali ini, dengan sokongan padu penyokong PAS dan PKR. Harap Tok Him tidak melupakan hakikat ini. Rakyat tidak mahu mendengar permainan kotor "lompat lompat parti". Akan tetapi bila difikir-fikirkan balik, Parti mana yang beliau akan keluar sedangkan beliau calon bebas tidak berparti.

Pilihanraya yang baru berlalu ini melihat Tok Him yang berlabelkan lambang hijau bulan telah membenamkan lawannya Ahmad Rosdi Mahmad dari BN tanpa belas. Tok Him tetap handal berpidato dan tidak akan sesekali undur bila keris telah dihunus. Akibatnya calon BN telah terpukul teruk dengan majoriti 8,991 undi. Politik stail 70an dan 80an Tok Him tetap efektif walaupun ramai pengkritik mengatakan gaya tempur politiknya agak ketinggalan zaman. Mana mungkin ahli politik setahun jagung ingin bertempur dengan Tok Him yang kaya dengan sepak terajang silat lintau politik 'Gedebe'.

Satu-satu manusia yang mungkin boleh berhadapan dengan Ibrahim Ali adalah Mat Sabu. Musuh politik tradisi yang akhirnya menjadi rakan kongsi. Sama-sama agresif, dan mampu memukau audiens dengan pidato lancang mereka.

“Saya bukan agresif, tetapi akan tetap lantang membawa suara rakyat dan menjadi anggota Parlimen yang baik. Saya bukan nak kejar apa-apa pun, jadi, lebih baik saya bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. Ini adalah seperti yang dilaporkan BERNAMA.



Selamat masuk gelanggang secara rasmi; Panglima Harimau Berantai Dato' Paduka Ibrahim Ali!
KEPUTUSAN PILIHANRAYA 2008 - PARLIMEN PASIR MAS, KELANTAN:
Ibrahim Ali [Calon BEBAS tiket PAS] - 28,673 undi
Ahmad Rosdi Mahmad (BN) - 19,682
MAJORITI UNDI - 8,991

Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi kembali menjadi PM!

(Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan Istana Negara selepas majlis mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara hari ini)

KUALA LUMPUR 10 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dua hari selepas Barisan Nasional kembali berkuasa setelah memenangi pilihan raya umum Sabtu lepas.
Acara penuh istiadat itu berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara di sini bermula pukul 11.10 pagi dengan pengurniaan suratcara pelantikan dan diikuti dengan melafaz ikrar, sumpah taat setia dan angkat sumpah menyimpan rahsia.
Abdullah, 68, memegang jawatan itu bagi penggal kedua.
Sumber : Utusan Malaysia

Isnin, Mac 10, 2008

Video detik-detik terakhir...malam sebelum Barisan Nasional Tumbang di Selangor - Malam Sebelum Mengundi (Lokasi:Taman Permata, Lembah Keramat)



Anda telah melihat fotonya, dan ini videonya...

Maaf, video ini ada kelam kabut sikit...sebab krew pihak Moderator terpaksa membawa terlalu banyak barang. So, kureng stabil. Apapun pihak kami ingin berkongsi peristiwa penting yang menjadi catatan sejarah ini. Walau sedikit cuma...barangkali...

tQ

HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA! ( A NEW DAWN FOR MALAYSIA!)

Ahad, Mac 09, 2008

Poster XXL Dr. Lo'Lo' tersergam di Markaz Pas Kampung Baru 2 hari lepas...

Congratulation! Wahai Sang Doktor...

(beliau telah berjaya memenangi sebuah kerusi parlimen; yang PAS sukar sekali untuk meraih kemenangan, hatta pada masa kebangkitan rakyat tahun 1999 sekalipun...kini beliau berjaya hanya pada cubaan pertama!)

KINI WAKTU BERTERUS TERANG Di Tulis Oleh A. Kadir Jasin

Kini Waktu Berterus Terang Oleh A Kadir Jasin



SESUDAH pengundi Malaysia membuat kata putus dengan memberi kejutan voltan tinggi kepada Barisan Nasional adalah tidak tetap dan tidak wajar lagi bagi sesiapa pun berselindung-selindung dan teragak-agak.

Realitinya BN kehilangan banyak kerusi Parlimen, terlepas kawalan ke atas Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak serta ketewasan beberapa tokoh berprofil tingginya, termasuk tiga orang menteri.

BN ditolak kerana ia dilihat sebagai tidak cekap dan tidak sensitif kepada kehendak rakyat tetapi pada masa yang sama bongkak, mungkir janji, mengamalkan pilih kasih dan gagal menangani isu-isu massa seperti kenaikan harga barang dan kadar jenayah.

Kerana dinasihati oleh anggota “kabinet dapur” yang jahil tetapi bongkah serta rakus – mereka yang digelar 3K, JKKK dan Budak Tingkat Empat -- dan menyisihkan jentera serta veteran parti, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN sering tersilap membuat perkiraan.

Kepemimpinan kerajaan dan parti dilihat sebagai mempersendakan suara dan aspirasi rakyat dengan membuat kenyataan-kenyataan yang menyinggung perasaan yang kemudiannya dihebahkan secara meluas oleh media massa arus perdana yang pro-pemerintah.

Misalnya:
1. Perdana Menteri, pada hari penamaan calon, menyifatkan pakatan pilihan raya pembangkang sebagai “syok-syok sahaja”;

2. Perdana Menteri yang mencabar penunjuk perasaan supaya menggunakan peti undi sebagai tempat mutakhir menunjuk perasaan;

3. Menteri Kerja Raya yang mengatakan dia sedia berhenti jika rakyat jelata tidak mahukan dia lagi. Dia terus bertanding dan rakyat menyahut seruannya dengan mengundi pembangkang. Maka kecundanglah dia pada hari jadinya yang ke-72;

4. Menteri Penerangan (yang kalah di Sungai Petani) yang menyifatkan para blogger sebagai “syok sendiri.”;

5. Dia juga “bersumpah” akan memastikan lawannya hilang wang pertaruhan. Lawanya tidak hilang wang pertaruhan sebaliknya dia yang hilang kerusi; dan

6. Timbalan Ketua Pemuda (yang menang di Rembau) yang berkata tugasnya adalah memporak-perandakan pembangkang. Malangnya yang berlaku adalah di sebaliknya. Pembangkang memporak-perandakan BN.

Sekali pun benar bahawa keperibadian, gaya, kaedah serta prestasi Perdana Menteri menjadi pertikaian, faktor yang benar-benar menyebabkan pentadbiran beliau menjadi begitu tidak popular adalah persepsi mengenai kesombongan dan keangkuhan segelintir kecil manusia di sekelilingnya.

Dalam tempoh kerjaya kewartawanan saya selama hampir 40 tahun, saya tidak pernah melihat sekumpulan orang di sekeliling seorang Perdana Menteri yang begitu dicurigai dan dibenci tetapi pada masa yang sama sangat ditakuti.

Hasil mengejutkan keputusan pilihan raya ini tidak dapat tidak akan mencetuskan tanda tanya mengenai kewibawaan, integriti serta kesahihan kedudukan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan dan Presiden Umno.

Apatah lagi banyak calon yang dikaitkan terus dengan Perdana Menteri dan “kabinet dapurnya” seperti Azim Zabidi (Bukit Gantang), Osman Desa (Sik), Zainuddin Maidin (Sungai Petani), Annuar Musa (Ketereh) dan Awang Adek Hussin (Bachok) kecundang.

Di pihak pembangkang pula, tindak-tanduk mereka akan diperhatikan dan dinilai bagi memastikan sama ada mereka juga akan menjadi sombong, angkuh dan pendendam kerana kuasa.



Atau mereka menjadi pemegang amanah yang berhemah, merendah diri, sederhana dan bertimbang rasa.

Dan apakah dasar-dasar dan program-program mereka lebih baik daripada BN.

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA UMUM KE -12

Sila rujuk kepada link :http://pru12.spr.gov.my/spr/

hari jumaat sebelum mengundi...












Sehari sebelum tiba hari mengundi, saya telah terserempak dengan YB Parlimen Gombak; Saudara Azmin Ali di gerai Nasi Padang Taman Melawati (bersebelahan dengan Restoran Mamak super marvelous DEEN...heheheee. Menu kat sini memang best, macam-macam ada!).


Saya terserempak secara tidak sengaja sewaktu beliau bersama rakan-rakan seperjuangannya (Ketua Pemuda PKR Gombak - Saudara Jefri yang peramah ( T-Shirt bila naka bagi bro'?) sedang menjalankan kerja-kerja kempen terakhir - Last Call!


Selepas habis Solat Jumaat di Masjid Assobirin, terus saya pergi ke Pusat Bandar Taman Melawati untuk membeli Nasi Bungkus Rakyat Marhain....tapi tak sangka terjumpa beliau. Dengan tidak membuang masa, terus saya bawa keluar kamera, dan sempat merakam beberapa aksi beliau bertemu dengan rakyat dan para pengundi disekitar kawasan tersebut secara spontan. Sempat juga saya bersalam dan mengucapkan kata-kata semangat buat beliau. Namun pada malamnya, sewaktu perhimpunan rakyat di Taman Permata; sekali lagi saya bertemu dengannya dan nyata beliau masih mengingati pertemuan di siang hari tadi.


Dan ini adalah foto-foto Saudara Azmin Ali dan Angkatannya sehari sebelum mengundi, yang tidak sempat saya uploadkan kerana desakan masa begitu hebat. Malam tadi saudara Azmin telah pun memenangi kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa, dan sekali lagi bergelar YB (bukan Yang Berhormat tetapi sepatutnya Yang Berkhidmat!). Kali terakhir beliau memenangi kerusi DUN Hulu Kelang sewaktu bertanding tahun 1999. Tahniah buat Azmin Ali...

Maka inilah rakaman spontan..."Sehari Sebelum Mengundi..."