Isnin, Julai 30, 2012

GAMBAR MERIAM BULUH BERDENTUM~!!! MERCUN BOLA JADI BOM...


MERIAM BULOH TRADISI BANGSA MELAYU SEMENJAK ZAMAN BERZAMAN...

BERDENTUUUUUMMM~!!! Opocot Meletop! Kita kasi gegar satu KAMPOOOONGGG!!!


Satu kali itu mercun BOLA SEPAK PIALA DUNIA SUDAH MELETOP TERKENA KAT REFREE... SENJATA MAKA TUAN!

BETUL-BETUL MARBAHAYA! BETUL-BETUL WORLD!
terlalu indah saat ini...anugerah Allah tak terperi... nostalgia memori terindah dalam hidup...


MUSIM MERCUN WORLD CUP SOCCER DATANG LAGI...MAKA RAMAI LAH ANAK-ANAK BANGSA MELAYU PUTUS JARI KELINGKING, BUTA SEBELAH MATA DAN ROBEK MUKA. ASTAGHFIRULLAHAL"AZEEM... tak insaf-insaf.

Nak salahkan budak-budak ni pun tak bley gak... yang penting KASI TANGKAP ITU TOKAN BESAR MERCUN BOLA! KASI CAMPAKMASUK JEL! KALAU SETAKAT KENA DENDA, KENA KOMPAUN, BAIK TAK PAYAAAAAAAAHHH~!!!

PERLU KE MERCUN UNTUK MERIAHKAN RAMADHAN DAN MALAM RAYA?

Ini senjata melayu...berlagu dimalam raya...tradisi yang semakin pupus ditelan zaman...

Bukan tak bley brader...sikit-sikit cukuplah...ni sampai  bleh bawak maut...ni dah kira Over Excited nak sambut Hari Raya Aidilfitri... Budak-budak tahun tahun 70an dan 80an bantai main cucuh MERIAM BULOH takde benda pun...

Tu laa lain kali jangan gatal...buat modifikasi kat mercun tu. Dah terang-terang mercun MADE IN CHINA. LAIN KALI MAIN YANG MADE IN MALAY PUNYA...meriam buloh pakai kabaid... tapi yg ni pun kena berhati-hati...kena belajar drp OTAI...

RAYA TIAP-TIAP TAHUN BLEY RAYA...TAPI KALAU DAH SAMPAI CACAT SEUMO IDUP PER CERRR???

Minta di lindungi ALLAHUTA"ALAA... drp benda-benda merapu...

Buta akibat letupan mercun bola


MOHD. Sohibollah kini berhadapan dengan masa depan suram selepas mata kirinya dikhuatiri buta akibat letupan mercun bola.



ALOR SETAR – Seorang pemuda bersama anak jirannya yang berusia lapan tahun terpaksa dirawat di hospital malam kelmarin selepas sumbu mercun yang dipasang jatuh ke dalam bungkusan 40 biji mercun bola sebelum berlaku letupan kuat di Kampung Kuala Kangkong di sini.
Dalam kejadian pada pukul 7 malam kelmarin, pekerja syarikat percetakan, Mohd. Sohibollah Saad, 27, buta mata kiri akibat letupan tersebut sementara jirannya, Tuah Mohd. Hafiz Mohd. Razli cedera di muka dan beberapa anggota badan.
Kejadian tersebut berlaku di hadapan rumah Mohd. Sohibollah di Kampung Kuala Kangkong.
Kedua-dua mangsa yang dibawa ke sebuah klinik berdekatan kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dengan ambulans berikutan kecederaan mereka serius.


Tuah Mohd. Hafiz



Mohd. Sohibollah terpaksa menjalani pembedahan mata kiri dan kini dilaporkan stabil. Bagi Tuah pula, nasib kanak-kanak itu lebih baik apabila dia dibenarkan pulang selepas diberi rawatan.
Mohd. Sohibollah menceritakan, kejadian berlaku ketika dia bermain mercun bola di depan rumahnya selepas membelinya di bazar Ramadan di Tandop di sini.
“Pada mulanya saya bermain seorang diri tetapi anak jiran (Tuah) datang dan minta nyalakan api pada satu mercun bola yang dipegangnya.


WALAUPUN berbahaya, mercun bola tetap digemari kerana bunyi serta kuasa letupan yang kuat. - Gambar hiasan



“Ketika sumbu mercun dicucuh tiba-tiba ada api terpercik dan terjatuh ke dalam bungkusan 40 biji mercun bola sebelum meletup serentak,” katanya semasa ditemui di HSB di sini.
Sebaik letupan berlaku, Mohd. Sohibollah berasa sakit pada mata kiri dan penglihatannya menjadi kabur.
“Saya nampak anak jiran itu tercampak beberapa meter dan pengsan. Saya meminta pertolongan jiran untuk menghantar kami ke klinik,” ujarnya.
Katanya, doktor yang merawatnya sudah membayangkan dia mungkin hilang penglihatan mata kiri.
Sementara itu, Pengarah HSB, Datuk Dr. Juita Ghazalie memberitahu, Mohd. Sohibollah dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan mata kiri serta perlu menjalani rawatan lanjut di wad mata HSB.
“Tuah pula cedera pada mata, muka dan paha kanan dan hanya mendapatkan rawatan pesakit luar,” tambah beliau.

Tiada ulasan: