Selasa, Julai 17, 2012

PILIHANRAYA MINGGU DEPAN? i followww...


Ada aku kesah? Ada aku pedulik? Pernah aku kesah ke?


KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHHHHH~!!!

Kalau nak menang...menang jer...ta kira bila pilihanraya...TAPI KALAU DAH NAK TERLUNGKUP...BUAT BILA-BILA PUN AKAN OTOMATIK TERLUNGKOP...MELUNGKOP...MENANGIS TAK BERLAGU...BERCUCURAN AIR MATA BUAYA TEMBAGA...

TENGOK TOK GUR NIK AJIS...rilek jer orang tua tu... nak buat bila pun...DIA...I FOLLOWWWW.... bak kata DJ ERA...ABANG JAM aka. SALEH YAKOB...
MACAMLAH HAK MUTLAK TU PENTING SANGAT... KALAU PUN PARLIMEN BUBAR... TAPI KALAU ITU TUANKU KHALID IBRAHIM  merangkap MB SELANGOR & KAPITAN LIM GUAN ENG TAMO FOLOW... APA LU LEH BUAT BRADER KU???

Nik Ajis lain....  Selagi dia hidup...ITU KELATE LU ORANG JANGAN MIMPILAH MAU NAIKKAN DACING BUAT TIMBANG IKAN PUYU....

I foloooowwwwwww....

Hanya PM tentukan tarikh PRU-13



PENGERUSI Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Zahid ketika Menteri Pertahanan itu melawat ibu pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak, Laksamana Abdul Aziz, Ismail dan Jeneral Zulkifeli.



KUALA LUMPUR – Hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi secara peribadi berpendapat, perlembagaan sudah menyebut bahawa Perdana Menteri akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.
“Hak untuk menentukan tarikh pilihan raya ialah Perdana Menteri manakala Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan tarikh pembuangan undi,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin di sini semalam.

Tiada ulasan: