Najib Razak dgn perdana menteri mana ni? Mongolia ke? Oh...bukan...ini perdana menteri negara komunis China rupanya....heheheee....sori abg jib...gurau-gurauan di bulan ramadhan
ni gambar apa dol?
Orang kanan Najib, Si Zahid plak bukak topik komunis... Eh, tapi betul ke Umno tak pernah jalin hubungan dgn komunis... Jalinan macam mana tuh...
Habis tu yang gambar Almarhun Tun Razak jabat tangan dgn Pengerusi Mao Zedong yang terkenal seantero dunia tu apa nyerr??? Nak menipu pun ingat-ingatlah... bukan sume orang jenis samdol.
Ohhh tu hubungan diplomatik. Hubungan Diplomatik bukan jalinan hubungan ke. Bahasa apa lu pakai brader...heheheheeee
Lain kali cakap biar terang...dan jelas. Lagi pun apa salahnya buat hubungan dgn negara komunis. Ini kan zaman globalisasi. Tamo campor orang duduk sorang2 kat dalam hutan. Tempat jin bertendang...
Zahid: Umno tak pernah jalin hubungan dengan komunis
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan kononnya Umno mempunyai hubungan dengan pihak komunis.
Beliau berkata Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.
"Apa buktinya? Dalam sejarah parti Umno, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT)yang mendakwa kononnya Umno menjalinkan hubungan dengan pihak komunis.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-20 Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) di Seri Kembangan, di Kuala Lumpur, hari ini.
Dalam laporan FMT semalam, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin sebagai usaha Umno dan BN menggunakan kaedah zaman Perang Dingin.
Mohd Sofian sebelum ini dilaporkan mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi PAS dan elemen komunis cuba meresapi DAP.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan