Hebat...hebat... INI BUKTINYA KALAU PERHIMPUNAN AMAN RAKYAT TIDAK DIPROVOK... SEGALANYA AKAN BERJALAN LANCAR, TENANG DAN HARMONI. TIDAK ADA YG CEDERA. TIDAK ADA KERETA POLIS DITERBALIKKAN. TIADA GAS PEMEDIH MATA. RAKYAT MALAYSIA HANYA MAHUKAN PERHIMPUANAN AMAN TANPA KACAU BILAU....
BUAH OREN BUAT SANTAPAN ISTANA...
Kenderaan Istana jemput wakil Himpunan Oren
Seramai kira-kira 5,000 peserta Himpunan Oren berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Kumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub.
Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib.
Peserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia.
Tidak lama selepas itu, kumpulan berkenaan bagaimanapun disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan di persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1.
Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 2 kilometer daripada Istana Negara.
Dalam ucapannya di lokasi tesebut, Mohamad Sabu berkata Yang di-Pertuan Agong boleh campurtangan dalam isu bekenaan demi "mempertahankan kepentingan orang Melayu."
Mazlan Aliman pula dalam ucapannya berkata pihaknya akan "melawan habis-habisan" walaupun FGVH telah disenaraikan ke Bursa Malaysia.
"Selagi BN tidak batalkan (penyenaraian) FGVH, kita tetap lawan habis-habisan," katanya.
Perjuangan itu masih belum berakhir dan barisan peguam ANAK juga akan mengemukakan saman ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini menyifatkan sekumpulan peneroka sebagai "haram jadah."
Lapan peneroka berkenaan yang disifatkan demikian oleh Najib, akan mengemukakan saman sebanyak RM80juta ke atas perdana menteri itu.
Selain itu, pihaknya akan menyaman Suruhanjaya Sekuriti kerana membenarkan penyenaraian dilakukan.
Bahkan, kata Mazlan, pencarum KWSP, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera turut akan mengambil tindakan yang sama selepas simpanan mereka didakwanya dilaburkan di FGVH.
Sementara ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya di situ turut mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletak jawatan kerana rakyat "hilang kepercayaan" kepadanya.
"Kita minta kerajaan beri perhatian kepada tuntutan rakyat. Dengar cakap rakyat atau kami tumbangkan kerajaan yang ada," katanya.
Beberapa pemimpin lain dalam kumpulan itu kemudiannya meneruskan ucapan kepada para peserta sementara dua buah kenderaan Istana tiba ke kawasan tersebut pada kira-kira jam 3 petang untuk menjemput lapan wakil kumpulan berkenaan.
Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum bagi memohon Yang di-Pertuan Agong masuk campur dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.
Wakil berkenaan, yang diiringi kenderaan polis, kembali menyertai kumpulan peserta Himpunan Oren kira-kira setengah jam kemudian selepas menyerahkan memorandum tersebut kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Khairi Abdul Rahman.
Mazlan dalam sidang medianya selepas itu antara lainnya mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis atas kerjasama yang diberikan kepada mereka dalam perhimpunan hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan